Wednesday, March 16, 2011

Yang kami ada hanya doa..

Semasa melangsungkan perkahwinan, berat badan saya adalah 55kg. Tidak kurus, tidak gemuk. Dan saya biasanya memakai baju bersaiz M, adakalanya S. Selepas berkahwin, berat mula bertambah namun masih belum mencecah 60kg. Dan apabila hamil, berat mula bertambah. Berat terakhir sebelum bersalin adalah 73kg! 
.
Namun saya sedikit pun tidak gusar kerana saya diminta oleh gyne saya untuk makan sebanyak yang mungkin. Kerana bayi saya akan lahir pramatang, selain daripada vitamin, saya diminta untuk 'makan' sebanyak mungkin agar saiz bayi tidak terlalu kecil.
.
Selepas melahirkan dan berpantang, berat saya turun ke 58kg. Penurunan sebanyak 15kg itu mungkin kerana kerisauan yang saya hadapi sepanjang tempoh Rayyan Ariff di NICU. 45 hari dia di sana, melangkaui tempoh berpantang ibunya!
.
Setelah itu, berat saya mula naik sedikit demi sedikit. Dan kini, setelah hampir 3 tahun daripada tempoh berpantang itu, berat saya mencecah 77kg!! Melebihi berat terakhir saya mengandungkan Rayyan Ariff. Sumpah, melainkan sekarang, saya tidak pernah segemuk ini di sepanjang hidup saya.
.
Lantas, beberapa kali niat untuk hamil lagi tertunda kerana saya cuba untuk menurunkan berat badan sebelum hamil kembali. Paling banyak, berat saya turun sehingga ke angka 69kg setelah mengambil Jus Mate 5, berdiet dan dikunjungi demam yang teruk. Namun tidak lama kemudian, berat saya naik kembali.
.
2 minggu yang lalu, saya dikunjungi demam lagi. Berjangkit dengan Rayyan Ariff. Melepek teruk di hari minggu. Kunjungan kami ke klinik saya gunakan untuk turut meminta folic acid. Hajat saya, selepas period pada bulan Mac ini, saya mahu mula mengambil folic acid secara berterusan dalam usaha cuba untuk hamil.
.
Namun period yang ditunggu tidak kunjung tiba. Ada saya bercerita dengan Nor, teman sepejabat tentang ini namun tiada apa yang menggusarkan kami kerana kitaran haid saya sememangnya tidak lagi tetap 28 hari semenjak berat badan bertambah-tambah ini. Ada waktu, 32 hari. Ada masa, sampai 35 hari. Lagi pula, seingat saya tiada aksi 'erotik' suami isteri yang boleh membawa kepada kehamilan sepanjang tempoh subur yang lalu..
.
Hari jumaat, kebetulan saya ke farmasi berdekatan rumah untuk membeli susu Rayyan Ariff. Lantas saya beli sekali alat ujian kehamilan. Memandangkan saya sekadar mencuba dan tidak mengharapkan apa-apa, lantas saya membeli alat yang paling murah.
.
Hasilnya, positif! Dengan satu garisan yang tersangat kabur!
.
Reaksi saya? Berdebar, takut dan tidak tentu arah. Lantas saya menelefon teman saya, Nor dan Biey. Setelah berbincang seketika, saya mula tenang. Lantas saya menghantar gambar ini kepada En.Hubby. Suka bukan kepalanglah dia! Saya? Masih bersahaja walaupun ada ucap kesyukuran di hujung hati.
.
Patutlah sepanjang minggu yang lalu, saya teramat sensitif. Beremosi. Craving. Dan beberapa entri sebelum ini juga berkisar tentang kehamilan. Mungkin itu satu petunjuk yang saya tidak sedar.
.
Sungguh saya takut dan trauma. Apa yang saya lalui pada episod kehamilan yang lalu memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Saya melalui kesakitan yang mendalam. Terimbas detik yang mana saya dan En.Hubby berada di sebuah bilik kecil; bilik menunggu untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan kandungan ataupun memilih pengguguran. Itu semua kesakitan!!
.
Saya meminta En.Hubby membeli alat ujian kehamilan digital untuk mendapat pengesahan. Sememangnya saya terlalu runsing kerana tiada sebarang persediaan di pihak saya. Sedangkan sebelum ini saya sudah dinasihati oleh gyne saya untuk mengambil folic acid sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mengandung lagi!
.
Hasil ujian pada awal pagi Sabtu, 12.3.2011. Masih positif.
.
Namun saat ini, masih ada beberapa ketidakpastian. Ketidakpastian yang meresahkan. Dan saya diminta untuk segera bertemu dengan gyne saya bagi mendapatkan pengesahan dan melakukan beberapa ujian. I hate been in the high risk pregnancy department, but I totally understand that Rayyan's history wont let me be too far from it..
.
Yang kami ada kini hanyalah doa.. 
Doa agar Allah SWT memudahkan segalanya buat kami..
.
Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , 
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah, 
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana  , alim dan beramal .
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Aminnnnn..
.
Takut memang takut, namun saya mahu bersifat positif. Enjoying this moment to the max, selagi diberi kesempatan.. InsyaAllah..
.
P/s - Full detail? Tunggu next Tuesday.. =)

73 comments:

me suya said...

kak Jiey,
first of all.. tahniah for the new life inside u.. kedua, suya doakan yang terbaik buat kak jie dan hubby, Ian dan a new life inside your tummy. take care kak Jie

MuMMy CHoMell said...

Take care kak Jie..sy doakan semoga semuanya selamat ya.. tumpang gembira utk kak jie sekeluarga.. superb hero, ian..mesti da x sabar nk dpt kwn tuh..(^_^)

Nini The Cokelat Celup said...

kak jiey, congratz! :)

S.U.F.E.E.N.A.N said...

Ameen..ameeen ya rabb..

Jiey..take care ye..

Nadiah Sidek said...

tahniah jiey. insyaAllah, mudah2an dipermudahkan kehamilan kali ni & semoga jiey dan baby sihat2 aje hendaknya sampai 9 bulan nnt. sama2 doa :)

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Alhamdulilah.. Tahniah jie.. Rasa rindu lak nak buat pregnancy test yg positif.. Hihi..

eRaY said...

Tahniah jiey, saye pun berdebar jugek!

CikNon said...

tahniah jiey, menitis air mata akk baca entry jiey kali ni, Ian nk jadi abanggggg best nyaaa

A.I said...

TAHNIAH JIEY!! ^__^

Aku doakan semoga kau & kandungan sihat & diberikan kesihatan yg baik...amin

laila said...

alhamdulillah tahniah kak jiey
think positive selalu
kami semua doakan yg terbaik
and rayyan akan jd abg terbaik!

MaMaNuRiN said...

congrates jiey!!! moga jiey dan kandungan senantiasa dalam rahmat allah. Uhhhh musim kawan-kawan blog mama pregnant ni...nak ikuttt!!!

ddiini said...

tahniah...take care

Mama Kembar 3 said...

Congrats Jiey! InsyaAllah all will be fine dear :-)

Anonymous said...

Jiey, akak silent reader. Kagum dengan ketabahan dan usaha Jiey. Allah memberi pd yang mampu. Akak jg mempunyai seorang anak OKU, dan amat memahami psaan Jiey. First of all, congrats. Jiey, jgn takut, berserah dan berdoa pdNYA. Hanya pd DIA kita mengadu. Memang akak juga mengalami keresahan yg sama setiap kali pregnant. Tp kita hanya manusia biasa yg telah tertulis takdirnya. Insyaallah dengan usaha dan doa, anak Jiey akan sihat, bertambah seri hidup Jiey sekeluarga.

iBu ZulFaQar RayYaN said...

tahniah,take care dan saya doakan yg terbaik utk yg baru dlm tummy tuh.

ICAZIESYIRA said...

jiey,
congratssssss and take extra care :D

Salina@IbuAqil said...

Tahniah jiey..
Semoga dilindungi dipermudahkan segalanya..
Amin!!!!!!!!!!!!!!!!!

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

tahniah jiey..jaga diri..

yana pun tgh folic asid ni..:)

angahjamal said...

tahniah! aper2 yang Allah bagi kat kita pasti yang 'terbaek'..

mirah said...

jiey, jaga diri betul2 ya. jgn angkat berat2..moga jiey dan kandungan sihat2 sahaja.. amin.

normi said...

tahniah...

wadiina said...

Tahniah.....enjoy this moment.....

Mama Naveed said...

Tahniah~! :)

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey..TAHNIAH!Ayu tumpang gembira.

Ayu doakan agar bayi yang dikandung sihat, comel dan sebijak abangnya..ian.Insyaallah.
Semoga semuanya sihat dan selamat.Jiey jangan risau2, nanti stress, terganggu pulak baby yang kat dalam tuh.Be enjoy the moment k.

AkUiStInI3 said...

KAK JIEY...x sbr nya nak tunggu next entry!! hopefully this time, kita doakan yang terbaik k..InsyaAllah.

nur.. said...

jiey tahniah dr wanie...
ian dah ada kwn pas ni...

Mayyonnizz said...

congrates Jiey....

Alhadulillah..Insayaalah...
what else can we say... ur deserve it...wink...:))

Marsha~ said...

Ya Allah... Jiey rupanye yg pregnant.. status kat fb tuhari samar2 mcm kata bibik yg pregnant.. haih... congrats dear.. sangat happy for u... semoga kali ni girl.. bestnyeeeeeeeeeeeee.. sy doakan yg terbaik utk Jiey... habislah rayyan kali ni manja dia mesti double up.. dah kena panggil abg long lah... congrats dear!

linda said...

salam jiey...
tahniah dear....sy tumpang gmbira..:)
insyaAllah, kami semua sentiasa doakan jiey...smg Allah permudahkan sglanya buat jiey skeluarga...aminnnn...take care ye...utk ian syg, auntie sayang ian..mmmuuuahhhh.....

Dong, Dia & Azra said...

Tahniah Jiey!!! Dan dari jauh kami doakan agar Jiey dan baby sentiada dilindungi dan diberi kesihatan yang baik. Amin.

alyyani said...

ramai mendoakan ko jiey. yg penting ko positive and tak mo stress2 eh! congrats!! ko nak dpt baby ok! syukur..

insan biasa said...

tahniah jiey!!!

Zety Zin said...

Tahniah! Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya :)

kayyana said...

kak, syukur alhamdulillah.. meremang bulu roma saya bc entry akak nih.. gembira yg amat sgt... mudah2an semuanya sempurna kak... Ian bakal menjd abang,, tentu die akan menjadi seorang budak yg sgt berani sbb dia akan menjadi abang.. =).. take care kak

MamaAimy said...

Tahniah...tumpang gembira & sy doakan semoga segalanya berjln dgn lancar. Amin :)

PuteriKureKure said...

congrats jiey! kita doakan sepanjang pregnancy ni jiey sehat, kandungan excellent ye!

ieda said...

tahniah jiey...enjoy your pregnancy.insyaAllah Dia akan memberi yang terindah buat Jiey & husband...juga buat abang rayyan.

Fariza said...

Salam jiey,
Tahniah!

Saya doakan semoga semuanya baik2.Amin.

Elyn said...

alhamdulillah. tahniah jiey!!!

-iLLa- said...

tahniah!!! take care!!

Yaati Nor said...

kak jiey..saya doakan semuanya bagus sahaja..saya pulak berdebar2 tunggu ari selasa..huhuhuh...Anyway tahniah...

zue said...

salam jiey
tahniah atas perkhabaran gembira
berdoa dan terus berdoa agar semuanya selamat
insyaAllah

azra amira said...

salam kak jiey,

tahniah atas rezeki kurniaan Allah.. kuatkan semangat.. Mesti rayyan pun happy nanti ada kawan.. saya doakan kak jiey sihat slalu.. =)

azlin mrs'Hairil said...

congrates k.jiey..take care & think +V only..

Yana, mama falisha said...

tahniah dear....
jaga diri n yana doakan yg terbaik utk jiey, hubby n ian... amin... =)

afni+hafiz=dani said...

kak jiey, congratz! sgt2 rasa happy utk kak jiey sekeluarga.

kak jiey jgn pikir mengarut ok. just be positive, byk kan solat hajat. insyaallah allah permudahkan semua =)

Liyana said...

Wan

Congratulations!! Happy for you. Akak lagi sebulan nak bersalin...Wan plak take over :)

InsyaAllah semua ok. My prayers are with you. Take care.

oren said...

tahniah..

dan insyaAllah, kami pon doakan yg baik2 utk awak sekeluarga..

MommyAqil said...

Kak jiey..tahniah..semoga segalanya baik-baik sahaja dan jaga kesihatan kak Jiey ye..semua mendoakan yang terbaik buat kak jiey..

Manjakusayang Collection said...

Assalamualaikum,

Jiey, ketika ummi baca entry jiey yg lepas sudaha terdetik di hati ini... Namun, tuan punya badan xmau bercerita lagi... so ummi pendamkan saja lah...

Tahniah buat jiey sekeluarga... Jaga diri baik2 yer...

P/s: ummi bulan depan baru merancang untuk bagi Husna adik :)

umi aiz said...

kak jiey congrtz....
xoh risau sgt..enjoy the moment..

@iN mArHaiNi said...

Tahniah kak jiey..Seronoknye dgr Ian nak dapat adik..Moga segala urusan akak dipermudahkan..Amin.. =)

Anonymous said...

first of all, congrats jiey!
the same feeling i had, when i knew i was pregnant (preknenkan hanun-adik yusuf)..risau, takut, seriau...
just keep on doa n doa n doa...itu je senjata paling kuat yang kita ade...doa semoga semuanya berjalan dgn baik dan lancar...:)
congrats again!
-haryati yaacob-

Anonymous said...

tahniah jiey,

InsyaALLAH tak da apa2 lah...jaga kesihatan jgn fikir yg bukan2..nanti penyakit lain lak yg timbul. Byk2 berdoa ya semoga ibu n bb sihat.

Ian, kalau mama tak sihat...boleh la aunty ayu take care Ian bila saturday sunday..::))

Kak ayuzafina

littlehumblelynn said...

tahniah!!tumpang happy ..

:: Mama Butterfly :: said...

alhamdulillah jiey.. insya allah bertambah la lagi ahli keluarga.. tentu abg rayyan seronok dapat adik nanti..

Nour El AiN said...

Alhamdulillah =)
Syukurrrrr
Tahniah!! Semoga dalam lindungan Allah selalu
Ameennn...

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

jiey..

first of all, congratz...ian bakal jadik abang long...

lame tak jengah blog jiey, tgk2 ade khabar gembira..

as for my side, nita doakan jiey lalui preggy moment dengan baik ye..moga segalanya dipermudahkan dan semua indah indah belaka..

izzahazfar said...

tahniah kak jiey :)

Anonymous said...

Salam Jiey

Congrats...
Enjoy the moment. Jgn stress and mcm jiey ckp kita hamya mampu berdoa. Insyaallah, Allah akan memberikan yg terbaik utk kita. Amin...

Wan said...

congratulations! best nyer preggie! and congrats kat ian jugak, dah nak jadik abg! :)

AppleCrux said...

congrats Jiey..Ian nak dpt adik!

Insya-Allah Moga dipermudahkan kehamilan Jiey and yes..a lot of doa for the little one...

AIN NAZRI said...

akak.. alhamdulilah.. tahniah kak.. Allah sayang kan akak.. ada rezeki yang hebat tuk akak and family... ada sesuatu yg baru tuk Rayyan kenali dan mungkin memberi sejuta nikmat baru buat Rayyan..
akak jgn negative thinking... tak terlalu lambat.. try get the best doctor to advice.. Allah tak kejam kak.. insyaAllah ada cahaya kebahagian tuk akak..

jija said...

tahniah....
yeyeyeyee ian nak dpt adik.........

Mama Naveed said...

Salam Jiey..

First of all, congratz.. :) Finally Ian ada kawan nak bergaduh n main..

Naveed pun dah pandai mintak nak baby.. Doakan untuk Asha gak ye.. :)

Jaga diri Jiey, Jage Baby.. Salam sayang peluk cium untuk Ian..

fariross said...

Tahniah... moga semua baik2 saja... follow your blog...

transformed housewife said...

Alhamdulillah. Tahniah! Insyallah, Knur pun akke tulung doa utk Jiey sokmo.

zura_habib said...

tahniah! syukur ahli keluarga kita dh nak bertambah:-)

Nurul Hazira Razali said...

Salam kak jiey...congrats ...may Allah will always bless u:)

Mama Q said...

jiey...jaga diri, jaga pemakanan & perbanyakkan doa....moga segala2nya berjalan dgn baik...moga Allah permudahkan segala urusan

Intan said...

Tahniah Jiey!!!

I'm so happy for you! Take gud care of urself and the baby too ;)

Bestnya Ian nak ada adik :D

mama da_ nia said...

tahniah atas anugerah yang Allah bg.Jangan takut dengan pengalaman silam.sy pun pernah rasa apa yang awak rasa.lahirkan anak pramatang mmg bnyak dugaan dia..harap kali ini semuanya selamat..

humayraa said...

Sekalung tahniah drp kami buat Jie, Ian and papa..:))Alhamdulillah di atas nikmat kurnianNya..