Thursday, March 31, 2011

Saya dan my-so-what?-attitude..

Untuk kali pertamanya hari ini, kami menjejakkan kaki ke FMGC di Petaling Jaya untuk bertemu dengan Dr. Raman. Doktor yang sama yang menyambut Rayyan Ariff hampir 3 tahun yang lalu.
.
Segalanya serba baru di sana, lokasi baru, ruang baru, dekorasi baru, seorang doktor baru dan beberapa pekerja baru yang masih muda.
.
Namun masih ada yang lama di situ. 3 pekerja wanita yang pernah bergurau dengan kami, dan semestinya, pakar-pakar yang ada di situ masih sama, Dr. Raman, Dr. Yap dan Sr. Patrick.
.
Bukan itu sahaja perkara yang 'lama' di situ. Ada sesuatu yang masih juga seperti yang lama, iaitu perasaan saya.. Walaupun ruang klinik itu cantik terhias dan eksklusif, walaupun peralatannya canggih dan moden, perasaan saya masih seperti lama waktu dahulu. Saya tidak suka berada di situ! 
.
Ruang yang mengundang seribu rasa..
Mohon sahaja, kandungan kedua ini baik-baik sahaja. Agar kami tidak perlu menempuh kesesakan lalulintas pagi dari Ampang ke PJ hanya untuk pemeriksaan rutin. Mohon sahaja, kandungan kedua ini sihat-sihat sahaja, agar saya bebas memilih doktor yang biasa-biasa sahaja. Mohon, mohon, mohon Ya Allah.
.
Kami di sapa dengan mesra di sana. Salah seorang pembantu di situ bersungguh benar bertanya tentang keadaan Rayyan Ariff kerna dia tidak pernah lagi bertemu dengan Rayyan Ariff. "How's the little one? I thought you're going to bring him along.."
.
"Owh, he's in school. Maybe next time when we have appoinment on Saturday, we'll bring him.." Sungguh saya tidak menyangka mereka masih mengenali kami setelah hampir 3 tahun kami tidak menjejakkan kaki ke  klinik itu.. "Who can forget you after all those things that happened before.." Itu katanya. Nampak benar apa yang berlaku pada kami adalah 'rare' sehingga kami diingati dengan hanya sebuah kehamilan.. Hahhaha..
.
Sesi kami berjalan baik-baik sahaja. Saya dibekalkan dengan multivitamin dan folic acid. Luka bersalinkan Rayyan Ariff juga mendapat pujian doktor kerana ianya 'cantik'.. Hehehe.. Dr. Raman tidak tahu bagaimana bersungguhnya saya mengambil sup ikan haruan, gamat dan pati ikan haruan kerana mahu cepat sembuh. Semuanya untuk seorang anak yang sedang berjuang di NICU! =)
.
Kali ini, kami bukan sahaja dapat mendengar degupan jantung Baby RA, kamu juga dapat melihat degupan kecil itu. Sangat indah! Sumpah, satu melodi dan pemandangan terindah sama seperti abang Rayyan Ariff dahulu. Pada 12 minggu, kami akan membuat pemeriksaan imbasan anomali untuk mengesan kelainan. Pada minggu ke 16-20, kami dijadualkan untuk membuat down syndrome screening.
.
Pada saat itu, hati saya sedikit memberontak tidak mahu. Apa yang kami dapat daripada ujian itu? Kalau segalanya baik, kami akan kelegaan.. Kalau sebaliknya, kami akan diberi pilihan.. Lantas, pilihan yang mana yang akan kami buat? Pilihan yang sama sewaktu kehamilan yang lalu? Atau sebaliknya? Kalau masih sama, so what?
So what with the test result? It's not going to change anything..
So what if things dont turn up the way we want them to be? Life must go on kan?? =)
.
Sungguh saya tidak mahu memikirkan sebarang kemungkinan. Saya mahu melalui segalanya dengan senyuman.. InsyaAllah, Dia ada untuk kami.. =)

19 comments:

ieyka02 said...

kak jie..kite doakan yg terbaek utk bby RA..insyaAllah Dia maha mendgr kak..:)

Jiji said...

jiey .. aku doa kan segala yang terbaik dan terindah buat anak yg kedua ni. Be positive jiey the baby can feel u!

Diyana said...

jiey!!congrats..kite sekapal lagi..;).diyana pun preknen [again].:D

AIN NAZRI said...

semoga semuanya baik-baik aja untuk akak dan baby.. insyaAllah kak.. Allah tahu segalanya.. yang terbaik buat akak

Mama Q said...

InsyaAllah Jiey...InsyaAllah semuanya baik2 saje...

littlehumblelynn said...

jiey

berdoalah banyak2..insyaallah Allah maha pemurah..lyn akan doakan sekali..smg segalanya baik hdknya..

AkUiStInI3 said...

saya doakan yang terbaik dan tersihat untuk kandungan kak jiey kai ni. InsyaAllah kak Jiey..Berprasangka baik kepada Allah itu yang terbaik..Hepi2 tau pregnant mom..so that baby boleh sihat..

Mama Kembar 3 said...

betul tu jiey, lalui segalanya dengan senyuman. Mama doakan moga Jiey & baby sentiasa sihat, Amin :-)

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

dah lama tak tinggalkan komen kat blog jiey. but, jue sentiasa follow jiey.. btw, congrats atas kehamilan yg baru nie. Insyallah, hopefully semuanya baik2 belaka.. Take care yea..

yatie chomeyl said...

insya Allah semuanya baik2 sajo jiey, stay positive deh sayam ku :)

ain zuraini said...

kekalkan positive thinking tu insyaAllah...

MaMaNuRiN said...

insyallah, moga kasih sayang Allah pada hambaNYA sentiasa bersama jiey, baby RA dgn big brother..ummmm rindunya nak tengk degupan jantung baby...-:(

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Semestinya kami doakan yang terbaik buat jie.P.Ros mengandungkan anak ke 3 dikala usia mejangkau 41 tahun.Pastinya Doctor muhukan kita membuat ujian.tapi seperti yang Jie kata,so what kalau anak didapati tidak sempurna?Apakah kita ada pilihan untuk menghalang kelahirannya kedunia ini???Semestinya tidak kerana mereka adalah anugerah.Tabah dan berdoa banyak2 ya jie. salam sayang untuk Rayyan.

Anonymous said...

insyaallah..semuanye akan baik2 k.jie
jgn terlalu pk yg bukan2..x elok utk kesihatan k.jie & bb RA

transformed housewife said...

doa banyok2. stay positive mace org2 lain royak tu. Meme buke mudoh sbb Jiey pernoh lalui keperitan tapi Insyaallah Allah tu Maha Mendengar.

My Life My Journey.. said...

Sala, Jiey,
Sedikit perkongsian. Jika di sini andai selepas imbasan kandungan pada minggu ke 16 didapati bayi mengidap down syndrome, parents akan diminta unt terminate the kandungan. Ini kerana kanak2 golongan tersebut entitled dibiaya goverment seumur hidup, jadi govenment tak mahu spend byk duit di situ, maka diminta 'buang' andaikata dpt dikesan sewaktu di dlm kandungan..:(

Nurul Hazira Razali said...

u must be always think positive kak...insyaallah semoga semuanya akan baik2....we pray for your happiness kak

PuteriKureKure said...

kita panjtakan doa tinggi2 untuk awak sekeluarga. semoga semuanya OK saja. :)

Pnut said...

Jiey-Insya-Allah semua kan baik-baik saja.. *macam lirik lagu Dewa-Hadapi dengan senyuman...

Akak doakan semuanya tak terbaik dari Allah untuk Jiey sekeluarga. Sedangkan ibu bapa yang melalui kehamilan dan kelahiran anak tipikal pon tiap kali pregnant suspen je..inikan Jiey yang ada pengalaman silam.. tak salah Jiey bila ada perasaan begitu.. Insya-Allah doa kita dimakbul Allah...aminnn