Tuesday, March 1, 2011

Kami juga bahagia.. Kami juga bersyukur~

Tuan kecik masih demam, namun sudah bertambah baik.. Segalanya bermula pada petang sabtu yang lalu iaitu dengan serangan sawan yang berlanjutan sehingga satu jam lamanya. Menjelang jam 830 malam, Rayyan Ariff tidur membawa ke pagi. Pagi datang bersama suhu yang meninggi pada badan anak kecil itu. Namun setelah diberikan ubat, suhunya menurun..
.
Begitulah seharian di hari ahad. Sekejapan panas badannya dan sekejapan yang lain, kembali OK setelah diberikan ubat. Namun menjelang tengah malam, badannya panas benar. Selepas diberikan Uphamol untuk kesekian kalinya, suhu badannya mula menurun.. Tambahan pula kami tidak berhenti membasahkan badannya dengan air asam jawa.
.
Menjelang pagi, badan Rayyan Ariff masih hangat. Lantas saya mengambil cuti kecemasan di sebelah pagi dan membawa anak itu ke klinik. Rontaan dan laungan yang kuat tatkala diberikan nebulizer. Perasaannya bagaikan satu klinik bergegar dengan jeritan anak kecil itu.
.
"He's very strong yea.." Tutur pembantu klinik itu dan Dr. Sumi hanya memberikan senyuman.
"Yea, he's very strong.. In fact, when in comes to putting on drips on him., we need several peoples just to hold him.." Balas saya dengan senyuman.
"I'm not surprise when they told me he's strong. In fact, it is a known fact that mentally challenged persons are stronger than typical persons. I was with the phychology department for quite sometimes before, and it is definitely one fact that I cant deny.." Tambah Dr. Sumi.
.
Something new, anak hypotonia saya adalah semulajadi kuat.. Hehehe.. =)
.
Hari ini, demam tuan kecik bertambah baik.. Pernafasannya juga semakin baik daripada sebelumnya.. Harap-harapnya, esok bolehlah dia ke sekolah seperti biasa.. Kasihan pula bila pagi-pagi tuan kecik buat muka kesian mahu ikut naik kereta.. Dah terbiasa ke sekolah.. =)

Satu dos budak demam yang tertidur kepenatan lepas balik klinik.. =P
Sebagai ibu, bila kita tengok anak sakit, sedihlah.. Kali pertama tengok, sedih.. Kalu kedua tengok, masih sedih.. Kali ketiga, tetap sedih.. As the number grows, ingatkan makin kuatlah.. Tapi realiti tak begitu.. Tiap kali kita tengok, rasa kasihan tu tetap adalah.. Tapi as always, bila kita sering ingatkan diri kita yang anak itu kuat, maka hati sedikit terpujuklah..
.
Tentang bahagia? Tentang bersyukur?
.
Ini sekadar coretan perasaan secara umum.. Ada anak istimewa pun hidup tidak berkurang bahagia.. Ada anak istimewa pun kami sangat-sangat bersyukur. Cara dan jalanan takdir setiap insan itu berbeza, jadi tidak perlulah meletak nilai kebahagian itu agak berkurang pada kami hanya kerana kami dikurniakan anak istimewa..
.
Rasa bahagia itu sama apabila anak itu kegirangan menyambut kami pulang dari bekerja.
Rasa bahagia itu sama apabila anak itu menghadiahkan ciuman buat kami sebelum melelapkan mata di penghujung hari.
Rasa bahagia itu sama sahaja apabila anak itu menunjukkan setiap satu pencapaiannya. Mungkin lebih di situ.. Kalau anak tipikal, pada tahap-tahap umur tertentu, mereka akan meniarap sendiri, merangkak sendiri, duduk sendiri.. Ibubapa pastilah sangat-sangat gembira. Kami pun sama, malah lebih-lebih lagi.. Iyelah, untuk anak kami, penuh dengan ketidakpastian; boleh duduk atau tidak, boleh berjalan atau tidak.. Jadi bila anak itu menunjukkan sesuatu pencapaian, perasaan gembira itu sukar diungkapkan.. Terlebih-lebih.
.
Dan untuk setiap perkara di atas, kami sangat-sangat bahagia dan sangat-sangat bersyukur.. Hidup berumahtangga, seperti orang lain juga, ada waktu diserikan dengan usik-mengusik, rajuk tangis, suka duka.. Sama sahaja bukan?
.
Dan tentang sabar, terima kasih kerana mengingatkan kami. Tapi kalau bukan kerana sabar, dapatkah kami sampai sejauh ini? =)
Honestly, saya akan lebih terkesan kalau diingatkan agar terus sabar.. "Terus sabar" bermaksud sabar itu sudah ada namun perlu dipertingkatkan dan dikekalkan.. Kalau meminta saya supaya "bersabar", hanya ucapan terima kasih yang bisa saya ungkapkan kerana sebetulnya, sabar itu telah lama ada. Kalau tiada rasa sabar itu, mungkin sudah lama kami 'berhenti'.. Right?
.
Anak comel cenggini kalau tak reti bersyukur, taktau rasa bahagia, memang something wrong la kan? :P
*peace no war*

13 comments:

attyfir said...

salam mien..kty percaya ..mien memang seorang yg sabar dan tabah..
kalau tak macamana mien boleh pergi sejauh ini.

be strong ye..

yatie chomeyl said...

jiey, terus sabar! ;)

abe Ian deme sbb nok pandai gapo2 la tu lepas ni, key ore tuo2 oyat sokmo deh..kalu budok deme mesti nok pandai something lepas tu

btw, mem epong tiap2 kali tgk nok x sihat. mok dio yg emo terlebih. ore pong 2x5 jugop, anok deme sikit..sibuk nok teriok berende air mato doh..padahal budok tu OK jah duk buahh supo sekalo2x

Fysa Ismail said...

salam kak jiey,,,
kak jiey kuat klu x,smpai tahap ni dh, ian pun dah jd hemsem boy...
ian kuat so kak jiey makin kuat kn...
hye !! si comel ian..

Lynn Abd Latib said...

jiey

yea..mungkin demam nak boleh wat menda lain pas ni..insyaallah!!

UmmiAQs said...

Salam Ian,
Ummi doakan Ian cepat sembuh dan sihat selalu..

Mama Kembar Tiga said...

dah anak jiey, sampai bila pun hati kita mesti sedih tgk anak sakit/sedih. Tapi Ian strong boy, sbb mama dia pun very strong mummy.

Ian cepat sembuh ye, peluk cium utk encem boy :-)

Angah said...

semoga anakndanye bertambah baik ya...

ieda said...

akak sokong apa yg jiey tulis tu..bila anak2 macam anak2 kita ni boleh buat something..kita happy sgt bcoz kita bukannya boleh expect kemajuan dia..just hoping & praying..

actually for those who are concern,they also feel the same way as we do.just like a fren of mine..for a few mths tak jumpa nabila..bila jumpa nabila dah pandai cakap (bolehla kita faham)...she was soooo excited..keep on saying "ehh..dia boleh cakap dah...bestnyer..."

kesimpulannya...kita bahagia dgn cara masing2.

Zaidah said...

semoga tuan kecik sihat yer....

ika said...

sekarang ni tiap2 hari bc post jiey.sebagai ibu,sy betul2 kagum dgn jiey yg sungguh tabah.
untk ian,semoga sihat selalu.aunty akn selalu doakan agar ian dpt bermain mcm anak2 yg lain.terasa ingin bjumpa dan bkenalan dgn ian.

ummu rayyan said...

hahaha ... kak wan wat entry emo lagi ... haiyoo , jangan emo2 ok ...

Kasihku Abadi said...

setiap dugaan yang diberikan oleh Allah mungkin ada hikmahnya. Bersyukur sbb kak jiey masih diberi rezeki utuk pnuya anak..merasai kesakitan bersalin.berbanding org lain yang menunggu kedatangan ank bertahun lamanya. seperti jg saya. apapun saya tahu Ian anak yg kuat kalau tdk bgmn die blh melangkah sejauh ini kan.kekuatan yg kak jiey ada buat sy kuat jg utk teruskan hdp. doa sy agar kak jiey sekeluarga kuat dlm menempuh semua nie.

sblm nie sy hnya sbg silent reader jer hr nie baru tergerak ht nk comen...sori klu ganggu dgn komen sy...

Unknown said...

salam..za doakan ian @tuan kecik cepat sembuh..amin..