Monday, March 21, 2011

Satu keazaman, satu kenakalan.. =)

Bila melihat gambar-gambar Rayyan Ariff di sepanjang sesi terapi pada hari sabtu yang lalu, saya melihat satu keazaman di dalam setiap langkah yang diambil oleh anak kecil ini. 
.



Wajah penuh senyuman..
Dunia mungkin melihat setiap langkah itu sebagai satu ketidakupayaan lantas ia perlu dibantu dengan sebuah walker. Namun kami melihatnya sebagai satu keajaiban kerna lebih 3 tahun yang lalu, kami tidak pernah pasti bahawa dia akan bernafas selama ini, apa lagi untuk mengatur langkahnya sendiri. Besar sungguh nikmatMu ya Allah!! Syukur Alhamdulillah..
.
Kami masih berkira-kira mahu mendapatkan alat ini ataupun tidak. Saya tidak pasti harga sebenarnya namun untuk yang ini, RM700. Itupun ia dibeli beberapa tahun yang lalu. 
.
Menurut Sarjit, Rayyan Ariff mungkin tidak memerlukannya kerna dia sudah bisa melangkah walau dipimpin dengan hanya sebelah tangan. Namun hati saya kuat mengatakan bahawa Rayyan Ariff perlu mencari sesuatu alat untuk membuatnya lebih berlatih dan alat ini adalah yang paling tepat buat masa ini. Wallahualam..
.
Dan seterusnya, ini adalah wajah-wajah nakal anak yang bakal menginjak ke angka 3 tahun dalam masa kurang daripada 2 bulan dari sekarang..
.



Didenda dan dimarahi Auntie Sarjit kerna tidak mahu bekerjasama dan hanya lebih kepada bermain! Anak oh anak! :P

11 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Owhh..Melihat gambar-gambar ini teringat aisya dulu.Cara yang sama,alat yang sama.Jiey, ayu yakin rayyan pasti berjalan xlama lagi.Insyaallah.
Doa xhenti utk rayyan dari kami.

Salina@IbuAqil said...

Comelnyer dia.. Anak2 oh anak..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

dia jelir lidah ker tu? comel nyerrr :p

PuteriKureKure said...

Ian cerdik sesangat tau! geram betul auntie tgk. senyum cheeky dia tu aduhai...lemah cair hati auntie ni nak....~

jiey, kita rasa benda ni macam baby walker untuk baby. ada baby lambat jalan, ada yang cepat jalan jugak guna walker ni. tapi, jiey lebih faham Ian kan. jiey fikir betul2 tau perlu tak benda ni sebenarnya. RM700 tu banyak. tapi progress Ian pon penting juga. entahla. pendapat kita ni rasanya tak membantu jiey pon. makin kusut adala. sorry! hehe.

:)

AkUiStInI3 said...

hehe..comel muka ian tu..muka budak nakal..hehe..ian, jgn nakal tau,,.nnt aunty bwk ian jalan2 tau.jalan2 dkt Sabah.tp kena dgr n ikut ckp aunty sarjit tau

Mama Q said...

Salam Jiey...maaf klu komen ni buat jiey kecil hati..tp mgkn betul kata Sarjit, ian x perlu alat (walker)tu. Melihat pada semangat Ian, dia mmg boleh berjalan...
Kiter sbg ibu/bapa ni mmg nak yg terbaik saja utk anak kiter..mcm2 kiter nak beli agar anak lebih/cpt develop sehingga kdg2 kiter abaikan kebolehan dia..saya pun sering begitu tp ada satu masa saya agak terkejut dgn kebolehan anak tanpa bantuan alat/mainan pendidikan.Wsalam

me suya said...

Ian ttp comel..
bagusnya IAn.. terus berusaha.. Anak istimewa yg memenuhi makna istimewanya kepada Kak jie sekeluarga.. Go ian~

Jiji said...

eh eh anak bujang sorang ni!!

eh jiey aku terpikir le.. kalo ko rentas tali dari dinding A ke B.. lepas tu hantung belon ke.. toys ke kat tgh tgh... cuba tengok rayyan ada effort nak bangun sendiri tak?

i believe all this while dia akan bergantung kat sofa.. kat dinding berpaut..

littlehumblelynn said...

jiey

senyum puas :) he always make u smile & keep stronger!! mungkin instinct jiey..he need that support,mungkin berguna..apapun instinct ibu plg tepat!!

yatie chomeyl said...

kalu pushing walker yg biaso tu buleh guno dop jiey? pushing walker adik SN ado jah di rumoh ni tok guno, kalu abe Ian buleh guno pushing walker tu..nanti ore leh hantar ko abe Ian. oyat la jiey deh kalu nok

Cik Cammy Lia said...

comel lah rayyan ni