Friday, March 18, 2011

Menyalahkan diri sendiri untuk kehamilan yang lalu? Tidak!

Sewaktu usia kandungan mencecah 22 minggu, kami dikhabarkan tentang kelainan Rayyan Ariff. Kelainan yang akan memberi impak yang bukan sedikit. Lantas, kami cuba mencari punca namun sampai ke saat ini, tiada jawapan yang kami temui untuk semua yang terjadi.
.
Mula-mulanya, saya menyalahkan diri sendiri. "Adakah kerana saya tidak menjaga pemakanan sepanjang kehamilan?", "Adakah kerana saya terlalu lasak?", "Adakah kerana saya terlalu lembik?"
.
Namun semua itu tidak berkaitan. "There's nothing that you have done that caused it to happen. It just happened out of the blue moon.."
.
Lama saya mengambil masa untuk mencerna kata-kata doktor itu. Akal saya menolak untuk menerima. Saya masih mencari sebab musabab, namun sampai satu tahap, saya mengalah. It's de novo. Berlaku sedari awal dan secara rawak. 
.
Untuk Rayyan Ariff, malformasi pada otaknya berkemungkinan berlaku hasil daripada mutasi genetik. Kerana itulah bahagian mukanya cantik terbentuk, sedangkan di dalam kebiasaan kes, seringnya berlaku kecacatan pada mulut, hidung, mahupun mata.
.
Mutasi ini bukanlah diwarisi daripada kami kerana hasil ujian genetik, kedua-dua  gen saya dan En.Hubby adalah normal. Segalanya berlaku secara rawak di dalam kod genetik Rayyan Ariff sendiri pada minggu pertama atau kedua usianya di dalam kandungan.
.
Dengan kebarangkalian kelainan ini terjadi hanya 1 di dalam 5000-10000 kehamilan, dengan hanya 3% peratusan untuk fetus selamat dari dalam kandungan sehingga ke full term, dan hanya 1 di dalam 20 juta untuk hidup melepasi 6 bulan pertama kehidupan, saya yakin bahawa Rayyan Ariff adalah yang terpilih. Tidak perlu saya mencari sebab musabab kerna semuanya di tangan tuhan..
.
Seperti yang dimaklumkan oleh gyne saya, "Planned pregnancy is the best pregnancy.." Makanya saya sedikit terkilan kerana untuk kehamilan kali ini, saya tidak mengambil folic acid 3 bulan sebelum conceived. Namun hasil perbualan saya dengan 2 doktor sebelum ini, walaupun saya mengambil folic acid sebelum kehamilan, ianya tidak memberi apa2 kesan kepada apa yang berlaku pada Rayyan Ariff. Kerana ianya de novo, sedangkan folic acid hanya boleh menolak kemungkinan penyakit seperti spina bifida, dan bukannya keadaan seperti Rayyan Ariff.
.
Makanya, seperti yang saya katakan di entry sebelum ini, kami hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar semuanya selamat dan baik-baik sahaja.. 
.
Our little miracle dengan statistik kemandirian 1 di dalam 20 juta. ;-)

10 comments:

S a b b y & J a i said...

Assalamualaikum kak.. tersentuh bila saya baca blog akak.. dari apa yang saya baca, akak seorang yang tabah menghadapi dugaan Allah Taala.. saya kagum dengan sikap akak yang tidak mudah mengalah dan melatah.. insyaAllah, Ian akan membesar dengan sihat.. kami akan doakan kesejahteraan akak family :) apa yang berlaku ialah takdir dan ujian dari Allah Taala.. dan sebagai umat-Nya kita mestilah berusaha..

btw, saya sendiri mempunyai sepupu yang dissable..malah, kecacatannya itu adalah dari segi mental dan fizikal.. kini dia berusia 21 tahun :) Allah panjangkan usianya kak..

keep on updating yeh kak.. pengalaman akak bukan sahaja sekadar membaca buat kami, tapi sebagai kata-kata semangat..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

Ian tu miracle..tak boleh nak tolak dah fakta tu :) budak beruntung oghe tua2 kato :)

Cik Cammy Lia said...

akk ada entry for u kat my blog.. saya tersentuh hati sgt2 bile bace blog akk.. hope everything will be fine..n hope baby ke dua akan sihat seperti kanak2 lain.. rayyan comel

Musafir di Bumi Tuhan said...

Salam...

TAHNIAH...insyaAllah, segalanya akan baik kali ini. Always think +ve. Ceria2 selalu n jg kesihatan. Yg penting doa n sangka baik selalu kepada Allah. :)

me suya said...

Ian tu anugerah teristimewakan kak Jie.. Alhamdulillah. Ian juga bukti kebesaran Penciptanya..

-ini diary saye- said...

miracle and special gift Allah granted to both of you... yes it is miracle...

transformed housewife said...

Ada sebab utk semo bendo hok Allah jadikan.

Leen Die said...

jangan pikir bukan2 jie..pikir positif time mengandung nie...neway selamat menjalani tempoh mengandung...doa yang terbaik untuk jie sekeluargaa

Mamapinkie said...

Jiey congrats!! Akak dah lama tak baca blog orang apatah nak update blog sendiri..hehee...ada dua orang anak ni memang ambil time akak tul..tapi takpa, bahagia :D anyway, actually akak pun unplanned pregnancy ari tu and tak makan langsung folic acid sebelum conceive ashraf tapi alhamdulillah dengan kuasa allah ashraf turn out fine...yang penting Jiey, is doa banyak2x yea...ashraf pun masa akak mengandung dia ada false alarm skit, nanti akak citer dalam blog, bila? umm...ntahlah...heeehee..tapi yang akak tahu doa banyak2x insya-Allah everything will be fine yea...take care dear!! happy for you!!

fika79 said...

dun give up..Allah ada sebab yang tersendiri memberi ujian sebegitu..rasanya bukan silap sesiapa.inilah yang dinamakan qada' dan qadar..u mmg tabah!thumbs up..keep strong..