Saturday, April 23, 2011

Hidup 'kan terus berjalan, meski penuh tangisan..

Jam sudah melewati jam 1 pagi namun mata ini masih sukar untuk terlelap. Lantas saya meneroka segenap ceruk folder di dalam kad memori telefon bimbit yang sudah uzur ini. Satu persatu foto saya tatap. Seterusnya ke klip video yang pernah dirakam.
.
Antara klip yang ada mengingatkan saya pada catatan ibu Yasmin Nabilah, Ina, yang menyatakan kepedihan hatinya melihat puteri hati yang menangis kesakitan sewaktu sesi fisio. Hati yang menangis melihat permata belahan jiwa melalui pelbagai kepayahan dan penderitaan.
.
Bersama Ina, saya turut menangisi perit jerih Yasmin Nabilah melalui kehidupan. Namun tiada apa yang mampu saya ungkapkan kerana itulah hakikat jiwa keibuan. Kesedihan dan kesakitan itu akan terus bersarang. Selamanya.
.
Saya pernah, dan masih tewas dengan tangisan untuk Rayyan Ariff. 
Saya pernah, dan masih kalah dengan kepedihan untuk Rayyan Ariff.
.
video
Saya menahan rasa yang berbaur mendengar tangisannya.. Tangisan bayi berusia 5 bulan yang dipaksa melakukan fisioterapi.

video
Saya menahan sedih menyaksikan kesakitannya. Kesakitan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. 
.
Saya benci kerana sebagai ibu, saya tidak mampu meredakan keperitannya. Malah sehingga kini, perlu merakam SETIAP detik kesakitannya untuk ditunjukkan kepada doktor bagi mengenalpasti jenis kesakitan itu. Saya bukan pengarah filem dan anak kecil saya bukan seorang pelakon!
.
Namun apabila melihat anak-anak lain yang lebih 'sakit' kondisinya, saya belajar bersyukur.
Dalam masa yang sama, saya masih tamak. Tamak mahukan lebih pembangunan untuk Rayyan Ariff, maka saya menolak diri untuk lebih berusaha..
.
Dan saya cukup yakin, Ina juga begitu. Ina juga seorang yang tahu bersyukur, dan Ina juga seorang yang tamak dalam berusaha. Kerana kami berada di dalam acuan yang sama..
.
Kami sedih untuk anak-anak ini. Namun pada waktu yang sama, kami berterima kasih kerana kiriman-kiriman dari syurga ini menjadi pembuka mata dan penguat semangat kami.Sebelum ini, kami kenal tuhan. Tapi kini, kami lebih kenal tuhan.. =)
.
Terima kasih tuhan..
Terima kasih untuk Rayyan Ariff.
Terima kasih untukYasmin Nabilah
Terima kasih untuk Megat Idris
Terima kasih untuk Alisya Qaireen
Terima kasih untuk Ammar Nazheef
Terima kasih untuk Alanna Qish.
Terima kasih untuk  Irfan.
Terima kasih untuk Habib Azfar.
Terima kasih untuk Rayyan Akid.
Terima kasih untuk Ayeesha Ilhanee.
Terima kasih untuk Fahry Al-Hazim.
Terima kasih untuk Rania Quzayra.
Terima kasih untuk Qistina Sofea
Terima kasih untuk Ainur Ariana Damia
Terima kasih untuk  Syafiah.
Terima kasih untuk Haseef
Terima kasih untuk Mawaddah
Terima kasih untuk  Ayyash.
Terima kasih untuk Ainun Syafiqah 
Terima kasih untuk  Nabila.
Terima kasih untuk Batrisya.
Terima kasih untuk  Nurin Aisyah.
Terima kasih untuk Iman.
Terima kasih untuk Ridhwan.
Terima kasih untuk Adam Hariz
Terima kasih untuk Aimy Sufia.
Terima kasih di atas kurniaan yang sangat-sangat istimewa ini..
.
Ada waktu kita tewas, namun kita tak pernah berhenti untuk kembali bangkit, kan Ina?
Hidup 'kan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan..
=)

9 comments:

A.I said...

Yang penting kene kuatkan semangat. Semangat & kekuatan tu le ubat yg paling mujarab...Insyaallah =)

aku doakan yg terbaik utk kalian semua..amin...

zura_habib said...

kdg2 kena pejam mata dengar raungan anak sbb kita nak yg terbaik utk mereka...time x kuat nangis sajer utk legakan ape yg kita bendung tp jgn pernah putus asa:-)
syukur sbb ALlah kurniakan Habib Azfar utk sy..buat sy bertmbh sabar n matang...

Yasmin Nabilah.. said...

terima kasih untuk entry ini jiey..kadang2 rasa rebah dan perlu kawan2 untuk bangunkan kita semula..Terima kasih yek..:)

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam jie.Dalam keadaan jie skarang tinggalkan dulu crita-crita sedih.Gembirakan hati jie selalu, muga baby lahir menjadi seorang yang happy dan periang ya.

EternalLove -Firas§Fadzril- said...

tiada kate Jiey,yg dapat mengurangkn kepedihan hati jiey.Sebagai ibu,yg pernah kadang2 menempuhi keadaan sebegitu cuma boleh mendoakan.Ya Allah!Ya Allah!Ya Allah!Kau bantu lah keluarga ini.aku memohon Ya Allah,Kau hapuskan lah keperitan mereka.Kau sembuhkanlah Rayyan Ariff Ya Alah.

transformed housewife said...

tahniah utk semua ibu bapa yg tabah dgn dugaan tersebut. how's your second pregnancy, Jiey?

umi aiz said...

moga anak-anak syurga ini terus kuat dan sentiasa menemani ibu dan ayah mereka...hye ian !!

Bicara hati ibu aisya said...

Thank's jiey.
Kita perlu terus melangkah demi permata-permata ini.Semoga anak-anak ini terus kuat dan dipermudahkan segalanya.

mama akid said...

terima kasih k.jie untuk entry ni...semoga ank2 "kita" kuat dlam menempuh hidup mereka...kehadiran mereka sebenarnya lebih mendekatkan kita dari ilahi...bila k.jie kuat insyaallah ila tahu ian pasti kuat....bila ila kuat pasti akid sekuat ila...doakan yg ter baik buat mereka yer kak...merekalah penyelamat kita nnt...insyaallah...