Sunday, April 10, 2011

Sambutan ulangtahun ke tiga~

Dalam masa sebulan lagi, usia tuan kecik bakal mencecah ke angka tiga. Betapa benar bahawa masa tidak menunggu sesiapa.. =)
.
Sambutan ulangtahun pertama Rayyan Ariff disambut meriah bersama-sama keluarga, sanak-saudara, teman-teman dan rakan-rakan blogger.. Dimulakan dengan solat sunat hajat oleh orang-orang surau, bacaan doa selamat dan kemudiannya, sambutan hari lahir..
.
Budak nangis masa nyanyi lagu befday.. :P

Antara teman-teman blogger yang hadir.. =)
Sebenarnya, kami bukanlah semata-mata membuat sambutan ulangtahun Rayyan Ariff, ianya beserta dengan jamuan terakhir sebelum berpindah dari kawasan kejiranan ini. Lagi pula, kami benar-benar teruja kerana Rayyan Ariff dipanjangkan usia sehingga ke hari ulangtahun kelahirannya, dan bukanlah hanya 2/3 hari seperti jangkaan yang diletakkan oleh doktor.
.
Sambutan ulangtahun yang kedua hanya disambut di kalangan keluarga dan sanak-saudara di rumah Atuk KB. Berlaku percanggahan tarikh dan beberapa perkara besar lain lagi, maka hanya ini sahajalah sambutan untuk Rayyan Ariff. 
.
Sambutan di kalangan kaum keluarga.. Masih tetap meriah..

Budak comel yang dirai.. =)
Untuk ulangtahun yang ketiga, sebelum ini, ayah Ian sudah berkira-kira untuk menyambutnya di pool side kediaman kami.. Mungkin BBQ bertemakan pool party yang mana saya ingin menjemput semua kenalan termasuk teman-teman blogger yang banyak menyokong perjalanan kami.. 
.
Namun itu hanyalah perancangan yang mungkin tinggal perancangan. Saya sudah memaklumkan kepada En.Hubby bahawa dalam keadaan sekarang, saya tidak mampu untuk menjadi tuan rumah bagi sebarang majlis. Keadaan kesihatan sangat tidak mengizinkan dan syukurlah En.Hubby memahami..
.
Lantas terfikir untuk menempah makanan seadanya dan membiarkan Rayyan Ariff menyambutnya di sekolah bersama-sama teman-temannya sahaja. Namun saya tidak pasti apakah perancangan ini juga akan terlaksana kerna saya sedang berkira-kira untuk menukar sekolah Rayyan Ariff.. 
.
Jadi kemungkinannya, tiada sambutan yang meriah untuk Rayyan Ariff bagi tahun ini juga.. Sekadar bersederhana sahaja.. =)

8 comments:

Mama Naveed said...

Wahhh..

Ian dah nak masuk 3 tahun ye.. Naveed lambat 2 bulan dari Ian.. Wishing you all the best sayang.. Salam sayang dari Aunty Asha n Naveed..

Nanti bufday Naveed jemput datang tau.. Details nanti kitorang bagi tahu...

umi aiz said...

happy besday ian comel..

mama akid said...

takpe k.ji jnji kita sambut walaupun tk semeriah mn...ingatan itulah yg penting..

mama akid said...

takpe k.ji jnji kita sambut walaupun tk semeriah mn...ingatan itulah yg penting..

littlehumblelynn said...

JIEY

biar kecik sambutannya..as long as ian happy !!

kayyana said...

kak, buatlah majlis nye di mcd or other place yg tidak memerlukan akak utk bertungkus lumus mengemas.. buatlah kak.. sian ian.. he deserve it kak... ini juga membuktikan perjuangan akak sebagai seorang ibu yg sgt sgt sgt kuat... setiap ari umurnya amat bermakna kan..apatah lagi setiap tahun,.. =)

me suya said...

happy birthday Ian..
Be a good boy yer dear..
Allah is always by ur side.. :)

AIN NAZRI said...

xpe kak kalu x celebrate tahun nie.. Ian paham.. yang penting ada celebration between family ajerk... mesti Ian happy..

jaga kesihatan kak.. kena banyak rest.. *org tua2 kata jgn buat kuat2