Saturday, April 9, 2011

Mari kita belajar tentang erti PEKAK dan BISU..

"Rayyan dah boleh bercakap ke belum?"
"Sikit-sikit. Sepatah dua je.. Dia ni ada hearing problem tapi taknak pakai hearing aid. Tu yang susah nak develop speech.."
"Oh, pekak. Kalau dah pekak jadi bisu la tu.."
.
Klise bukan? Kalau dah pekak, mesti datang dengan pakej bisu sekali. Tapi, tahukah kalian bahawa anak lelaki Siti Hajar Cikgu AF, adalah salah seorang OKU pendengaran namun boleh berbicara dengan baik dan boleh berkomunikasi dengan membaca gerak bibir? Ini hanya satu contoh.
.
Ok, sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita ke Laman DBP untuk mendapatkan definisi pekak dan bisu..
Pekak ~ tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik
Bisu ~ tidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu; tidak dpt berkata-kata kerana rosak alat pengucapannya atau kerana tuli sejak lahir; kelu
.
Melalui definisi ini, memang Rayyan Ariff tergolong dalam golongan yang pekak kerana dia tidak dapat mendengar dengan baik. Tiada permasalahan pada sistem pendengarannya, namun ianya adalah kerana sensorineural hearing loss yang berkaitan dengan kecederaan otaknya. 
.
Dan Rayyan Ariff bukanlah tidak boleh mendengar sepenuhnya. Namun tahap pendengarannya adalah terhad untuk pembangunan pertuturan..
.
Source: http://www.daytonent.com/audiogram.asp
.
Berdasarkan audiogram di atas yang mana ianya diukur berdasarkan keputusan ujian pendengaran Rayyan Ariff, dia hanya mampu menangkap bunyi pada tahap 60db ke atas. Maknanya, dia boleh menangkap bunyi seorang bayi yang sedang menangis dengan lantang, dia boleh menangkap bunyi berirama seperti yang dihasilkan oleh piano, dia boleh mendengar bunyi kenderaan dan bunyi-bunyian kuat yang lain.
.
Untuk berlakunya pembangunan pertuturan, seseorang perlu ada keupayaan menangkap bunyi pada kadar sekurang-kurangnya 10dB sehingga 50dB. Lihat sahaja audiogram di atas, segala huruf berada di dalam range itu bukan? Bermakna, sebagai contoh, Rayyan Ariff tidak mampu menangkap bunyi yang terhasil dengan menggunakan huruf 'M' seperti perkataan Mama..
.
Namun reliable kah hasil ujian yang dilakukan berulang kali ke atas Rayyan Ariff? Wallahualam.. Lihat sahaja rakaman ini..
.
Rakaman ini dibuat pada usianya 1 tahun 4 bulan. Saat dia masih belum diperkenalkan dengan hearing aid.. Jelas bahawa dia mampu menangkap perkataan yang mempunyai huruf M bukan? Bukan hanya mendengar, malah mengulanginya juga..
 .
Keputusan ujian mengatakan dia tidak mampu menangkap bunyi itu, namun realitinya dia bisa.. Kerana itulah saya labelkan dia sebagai full of miracle.. Banyak lagi contoh lain yang boleh dikongsi sebenarnya..
.
Untuk aided hearing level pula, keputusan yang kami perolehi adalah di antara 40dB ke 60dB, dan sudah dikategorikan sebagai sufficient untuk pembangunan pertuturan kerana ianya adalah bacaan di dalam spektrum pertuturan. Permasalahannya ialah, dia menolak dan mengamuk setiap kali dipasangkan alat itu..
.
Walau apa sekalipun, saya sememangnya menolak sekiranya mahu meletakkan Rayyan Ariff di dalam  kategori bisu.. Kerana dia akan menyebut "Aiiirrrr" yang bermaksud bilik air setiap kali mahu lampinnya ditukar. Kerana dia akan memanggil "Iiikkk" untuk bibik setiap kali memanggil pengasuhnya itu. Ini adalah kebolehan bertutur..
.
Paling comel adalah setiap kali dia mendengar muzik di TV sambil menggoyang-goyangkan tangan persis berada di konsert rock tanda menari.. Priceless! Dan semua itu, dilakukan tanpa hearing aid.. =)
.
 
Satu lagi rakaman tanpa hearing aid.. =)
.
Kalau Mama saya buat kempen hearing for Rayyan, aunties support tak??? =)
Pada mereka yang jarang-jarang melihat Rayyan Ariff, mungkin pelbagai limitasi yang terpamer di mata mereka.. Namun bagi kami dan mereka-mereka yang mengikuti perkembangan Rayyan Ariff, cukup maklum bahawa dia bukanlah sekadar cacat, pekak dan bisu.. He's a true miracle.. Terima kasih tuhan.. =)

P/s - Recording adalah dibuat secara sembunyi.. Nanti kalau dah nampak kamera, terus tak cooperate plak pakcik neh..

12 comments:

Love... said...

ian.. aunty sokong ian....
jiey... take a good care of urself...
kesibukan sejak 2,3 minggu nie menyebabkan hidup ku x teratur..
but akak still read ur progress..

ian... makin comel n handsome la

zura_habibhaariz said...

yes..he's miracle...all d best anakku yg sorg nie...mish u darling:-)

Ina said...

sabar lah ye jiey. anggap la org yg berkata2 tu sbb dia krg ilmu. kalau dia baca entry jiey ni mesti dia tau dia dah salah. ian is miracle. n jiey pn jgn putus asa secara xlangsung didik masyarakat juga :)

Mama Naveed said...

Truely miracle.. :)

How was your pregnancy Jiey? Wish you all the best..

Salam sayang,
-asha-

Pnut said...

Meh sini nak pinjam Ian kejap.. biar dia main ngan alesya, dan biar dia menari bila abang najmi main keyboard dan gitar...

Mesti super duper cute kalo dia main ngan Alesya nanti, Alesya tak kedekut, kalau ada kawan, segala neka mainan dia keluarkan bagi kawan..

Geram nengok muka dia sengih-sengih tu.. cute

transformed housewife said...

Auntie Nur akan support Mama Ian kalau ada kempen pasal hearing. Maso knur kat NZ, Fathini pun nurse situ kato ado Hearing Prob sbb dio tok jawab soalan2. Padahal Fathini tu jenis malu dgn ore lain hok dio tok beso. huhu.

Mamanurin said...

sakitnya hati bila baca entry ni..wahhh sesuka dan sesedap mulut mengata anak orang kan..tak beringat nya!! kalau Allah kasi cashbaru tahu..

Rayyan, don'tt give up on hope, teruskan usahamu yer nak, Allah sentiasa dng Rayyan..ummi jgn putus asa utk rayyan.

Mama Naveed said...

Aunty Asha sokong ape je yang mendatangkan kebaikan untuk Ian.. Chaiyo'~!! Wink wink.. :)

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey, saya sokong 200% kalo jiey nak buat kempen hearing for Rayyan tuh.
Sakitnya hati baca ayat tuh(sebab aisya pun pernah kena ayat tuh)

Mama Q said...

Jiey..tahap pendengaran Ian lbh kurang sama mcm kakak Sofea (65dB)....ish!...sedap je org tu kata pekak/bisu...cetek ilmu...mulut x der penapis.

Kakak Sofea pun dulu refuse nak pki hearing aids..dia boleh pki x smpi 5 minit. Sekarang pun sama tp ada la perubahan...mahu pki lama terutama bila dia nk blaja, kat taska @ pg shopping.

Jiey...dun worry Ian lmbt ckp. Sofea yg x der masaalah mcm Ian pun masa umur Ian, sikit sgt vocab yg dia boleh tuturkan....so normal la tu pada Ian...ignore jer org2 yg x der filter mulut tu.

Mohon Allah beri lg miracles kat anak2 kiter. Amin

kayyana said...

he's true miracle kak... sgt teruja bile dpt dgr suara die... sgt sgt teruja.. moga rayyan arif akan terus bernafas dan akan terus sihat... amin

Anah said...

jiey adalah mama yg hebat..kagum sgt..