Tuesday, April 26, 2011

Kenapa rumah saya ada tuan kecik dan tuan besar..

Pangkal nama saya ada Wan. Pangkal nama atuk, makcik, pakcik membawa ke adik beradik saya semua ada Wan. Saya selalu ingat yang mak saya selalu membebel pasal pangkal nama Wan ni. Dia tak berapa suka actually. Tak manly untuk anak lelaki katanya. Untuk anak perempuan pulak tak friendly katanya. Hahahha..
.
So dalam kepala saya dok tanam la, takmo kahwin ngan orang yang ada pangkal-pangkal nama ni. Tak versatile la konon. Sebab tu saya kata nak elak kawen ngan orang Kelantan, Terengganu, Perak dan sewaktu dengannya. Sebab deme-deme ni keturunan yang banyak pangkal nama. Dalam berangan, dok budget nak orang KL (tak hengat!), sebab orang KL paling neutral bab-bab nama. Lagi satu, takmo jugak orang Sarawak. Sebab deme pun ada Awang dan Dayang. Hahahha.. Bodo betul saya ni. Padahal, bukan semua orang Sarawak tu ada Dayang n Awang yea dak??
.
Tapi dah jodoh, terkahwin dengan Encik Tuan Alimin. Masa tau dia from Ampang, member dah OK dah.. Sekali, walaupun kubur atuk ngan nenek dia nun di Ampang, atuk moyang dia nun datang dari Kelantan le jugakk. Cehhh.. Ada pangkal nama pulak tu! Memang kena batang idung sendiri la kan?
.
Encik Limin ni, masa kami kawan dulu, takde la gemuk narr cam sekarang. Tapi dia kategori besar aka tinggi dan tegap. Tough gitu ko!! (walaupun lembik jer mokcik tengok. Sakit sket jer lembik.. Tak manly.. :P).. Sebab saya dulu ala-ala kategori kecik molek jer ala-ala geram-geram gitu, so mak dan adik beradik beradik saya selalu dok ejek dia Tuan Besar. Nama tu lekat la sampai sekarang dan saya juga turut sama-sama membesar, dengan jayanya!
.
Sentimen tak suka pangkal nama tu still tak ilang lagi masa pregnant kan tuan kecik dulu. Selalu gak saya negotiate dengan tuan besar takmo letak "Tuan" dekat nama Rayyan Ariff. Tapi member takmo kalah.. Dia kata, dalam family dia semua yang lelaki ada Tuan dan yang pompuan ada Puteri.
.
Saya pun degil jugak, since nak letak sangat, letak la Putera.. Cadang saya. Konon match la dengan Puteri. Tapi dia lagi keras rupanya.. Dah nak sangat, hah ambik ko! Gazette la nama Tuan Rayyan Ariff.
.
Bila time tuan besar tu bermalas-malasan takmo tolong, saya mesti sound, "Hah, tu perangai tuan-tuan la tu.. Takmo tolong bini tuh.." At the same time, bila tuan kecik buat perangai, mesti kena jugak, "Hah, ni ikut la sangat perangai tuan-tuan nih! Kecik-kecik dah pandai nak jadi tuan!" Muahahahhaha.. =P
.
Tak abis sentimen lagi ke saya nih? Takde la.. Setakat gurau-gurau jer. Dah tak kisah dah pun. Baby RA ni pun hubby dah excited dah, "Ish, abang rasa baby boy ni.. Nak letak Tuan ape eh?" Saya senyum je la. Suka ati dia la. Tuan ke, Puteri ke, yang penting sihat walafiat. Apa ada pada nama kan? Janji maknanya elok..
.
Tapi bila saya introduce Rayyan Ariff, biasanya saya tak mention Tuan tu. Sebab rasa janggal. Hahhaha.. Ada sekali tu, masa kat klinik, akak tu panggil la.. "Tuan Rayyan.." Pastu kawan dia gelak n tanya kawan dia, "Nape you panggil baby tu macam tu?" Pastu akak tu selamba la jawab, "Dah nama dia Tuan.." Haaa.. Itu la yang mokcik tak mahu. Kawan dia tu ingat si akak ni nak buat lawak pulak dah..
.
Kata hubby, kalau baby RA ni Tuan, takleh la nak panggil Tuan besar & Tuan kecik lagi. Coz nanti, baby RA nak panggil apa? Saya senyum je la sambil jawab, "Boleh apa.. satu tuan besar, satu tuan abang, satu tuan adik. Kalau keluar lagi tuan, kita tukar tuan sulung, tuan tengah dan tuan bongsu.. Hahhaha.."
.
Tapi kalo ada Tuan Besar, Tuan Kecik & Puteri Kecik best jugak dak?? Ni asyik Tuan jerr.. Encik Limin tu memang, kalo boleh nak Tuan ajerrr sebab nak kumpul geng.. Padahal, tak kisahlah girl ke boy, memang confirm la jadik anak manja mama jugak.. =P
.
Tuan besar pegang tuan kecik.. Besar kan tuan besar? Kecik kan tuan kecik? Masa ni, berat tuan kecik baru 1.5kg..

12 comments:

Intan and The Boys said...

ohh....camtu. kita lak suka je tuan2 ni. nampak cam orang bangsawan je. best!

Unknown said...

haha..memang layak dengan nama.beza betol.tuan besar sebab besar,tuan kecik sebab kecik,kat kelantan ni mmg byk gelaran,Tuan,Tengku,Wan,Putera,Puteri

Lynn Abd Latib said...

jiey

hehehe..menarik entry nih..wat lyn senyum ptg2 gini..lyn doakan kali ni leh dpt girl pulak..kawan dgn jiey pulak..hehehe

Anonymous said...

selalu yg kita tak berkenan tu yg dapat!

apa2pun yg pnting kalian bahagia sekeluarga :)

salam peluk cium tuk rayyan..muah!

rokayah said...

ye lah jiey... akak pun org sarawak.. takde pun pangkal nama..

mmyAlqayyum said...

"Hah, tu perangai tuan-tuan la tu.. Takmo tolong bini tuh.." At the same time, bila tuan kecik buat perangai, mesti kena jugak, "Hah, ni ikut la sangat perangai tuan-tuan nih! Kecik-kecik dah pandai nak jadi tuan!" Muahahahhaha.. =P

kak jiey, kelakar r ayat ni...sy suke.np la nm suami sy xde tuan pangkal dia kot x leh gak sy nk bg ayt cmni kat dia...kekekeke.

kakjiey, tuan RA xpe jd tuan sbb dia tuan yg macho, kekek...sy dh jth cinta la ngn blog akk..ari2 sy bc...trs kan memblog ye kak...sy akn sentiasa doa kan akk sht, tuan RA yg macho membesar dgn sht. dan xlupe doakan bby RA skali...

zura_habibhaariz said...

:-)

yatie chomeyl said...

hok toksey tu la hok buleh jiey deh kui3x.

kalu kali ni dpt puteri mesti comel lote cung melecung. nok cop wat menantu deh ekekeke

Nadiah Sidek said...

hahaha..lawak la jiey

sy pulak..belah hubby pangkalnya ada wan (org kelantan pun). sy kalau blh tak nak letak nama anak2 dgn pangkal wan tapi hubby tetap nak letak jgk..huhu..mengalah je la. dah penat berbahas dgn dia kalah jugak :p

me suya said...

Kak Jiey,
lecturer suya kan.. nama die TUan Besar Bin Tuan Sharif.. So we all panggil die Pak tuan.. hehehe kawan2 die pun panggil die tuan.. Ngeh3. takkan nak panggil besar kot.. but then RA tetap comel.:)

oren said...

hahaha..entry nih, kelakar :)

jie said...

kawan saya pompuan pun ada nama tuan, so kitaorg panggil dia kak tuan hehehe janggal kan bunyinya