Monday, January 31, 2011

Menolak diri agar hari ini lebih baik daripada semalam untuk permata tercinta..

Pada sesi terapi pertuturan yang lalu, Ms Tey ada menyatakan kegusarannya tentang Rayyan Ariff yang tidak punya kecenderungan untuk meniru bunyi yang didengari seperti kebanyakan anak-anak kecil. Ms Tey memberikan satu istilah saintifik mengenai keadaan ini yang mana saya sudah lupa apakah ia. Secara mudahnya, ia merupakan satu kegagalan fungsi otak untuk mengarah otot muka dan mulut meniru sesuatu bunyi yang didengarinya.
.
Takut? Tentulah! Dan semalam, saya berkesempatan menyelongkar rakaman-rakaman lama Rayyan Ariff dan antara rakaman yang saya temukan adalah ini:
.
video
 Rayyan Ariff pada usia 15 bulan dan belum mula memakai hearing aid. Rakaman ini diambil tatkala tangisannya baru sahaja reda.. Menangis kerna jatuh terlentang dari duduknya.. Baguskan sebutannya? =)

video
 Rayyan Ariff mula memanggil saya mama pada penghujung ramadhan 2009. Namun sudah agak lama panggilan mama ini tidak kedengaran.. Entah di mana silapnya..
.
Saya tidak pasti sama ada ini hanyalah satu mainan perasaan ataupun tidak, namun saya rasakan Rayyan Ariff seketika waktu dahulu adalah lebih baik daripada dia yang ada pada hari ini.. Saya tidak tahu siapa dan apa yang harus dipersalahkan dan saya tidak berniat mencari kesalahan itu, namun saya ingin sekali mengetahui puncanya..
.
Sesuatu yang pasti, setiap kali dikenakan hearing aid kepada Rayyan Ariff, dia akan lebih pasif dan seringnya tiada suara yang kedengaran.. Namun saya diajar untuk menerima bahawa "Rayyan Ariff diam apabila memakai hearing aid kerana dia sedang 'mendengar'.." Nyatanya, sememangnya dia lebih kurang 'bersuara' semenjak dipakaikan hearing aid..
.
Dan kemungkinan yang dapat saya fikirkan seterusnya adalah mungkin kerana sawan. Berbanding dahulu, Rayyan Ariff kini agak kerap mendapat sawan.. Dan apa yang saya perhatikan, apabila sekali diserang sawan, satu kebolehannya akan hilang.. Penatlah begini, sudah diajar itu ini, tiba-tiba sahaja hilang. Bagaikan hamster yang berlari setempat!
.
Wajah 'nakal' suatu masa dahulu..
.
Pernah suatu waktu dahulu, speech therapist Rayyan Ariff mensasarkan kalau pencapaiannya berterusan bagus, dia mungkin akan boleh berbicara dalam tempoh 6 bulan. Pernah suatu waktu dahulu, physiotherapist Rayyan Ariff meletakkan bahawa dia mungkin bisa berjalan dalam tempoh 4 atau 5 bulan sahaja lagi seandainya dia terus menunjukkan kemajuan..
.
Namun nampaknya kami tidak ke mana-mana dari sasaran yang diberi..
.
Mungkin saya perlu menolak diri untuk membuat lebih perkara untuk Rayyan Ariff. Mungkin saya perlu menolak Rayyan Ariff supaya lebih berusaha.. Mungkin, entahlah.. Sungguh saya mengharapkan hanya yang terbaik untuk anak ini. Dari segala segi.
.
P/s - Watie, agak-agak, Ian bleh try LR tak?? Ke too advance for brain injured child? Mana la tahu, bleh jadi genius brain injured child.. =P

Sunday, January 30, 2011

Satu hari yang penuh dugaan dan keletihan...

Semalam, sebaik sahaja hubby tiba di rumah dari LCCT setelah menghantar bibik yang pulang ke Indonesia untuk bercuti sebulan, saya terus mendapatkan kereta untuk membawa Rayyan Ariff ke sesi terapi pertuturan di Subang Jaya.. 
.
Tidak susah untuk mengejutkan anak ini bangun dari tidur..
.
Sesi terapi pertuturan berjalan dengan baik walaupun pada awalnya Rayyan Ariff menolak untuk dipakaikan hearing aid. Setelah 'dipaksa' barulah dia mengalah.. Beberapa peningkatan ditunjukkan oleh Rayyan Ariff daripada segi teknik bermain dan pengecaman..
.
Setelah selesai, kami berdua bergerak ke kereta. Hanya saya dan Rayyan Ariff kerna ayahnya menyertai tournament futsal. Setelah meletakkan Rayyan Ariff di kerusi sebelah pemandu, saya mengambil 'sesuatu', menutup pintu dan bergerak ke tempat duduk pemandu. Melihat apa yang ada di tangan saya, sungguh saya terkejut dan kaget! Bukan kunci kereta tetapi hearing aid Rayyan Ariff yang dibukanya sendiri tadi!!
.
Ya Allah,cuainya saya!! Terus sahaja saya menjerit memanggil seorang kakitangan SDMC untuk meminta bantuan.. Apabila dia mengetahui bahawa kunci kereta saya tertinggal di dalam, dan anak saya terkunci, terus sahaja dia memberi cadangan agar menyuruh Rayyan Ariff membuka kunci tersebut. "He doesnt know how, he's a special child!" Tegas saya dengan suara yang bergetar..
.
Terasa kesal kerna saya tidak pernah mengajar Rayyan Ariff cara untuk membuka kunci pintu. Beberapa kali saya menjerit dari luar sambil menunjukkan punat kunci itu kepada Rayyan Ariff. Dan dia pula menyangka bahawa saya ingin bergurau, lalu punat itu ditekannya berkali-kali. Semakin dalam.
.
Setelah mencuba beberapa ketika, seorang lelaki cina yang mungkin juga kakitangan SDMC, berjaya membuka pintu.. Ya Allah, hampir menitis air mata saya sewaktu mendapatkan Rayyan Ariff. Walaupun tempoh terkunci itu tidak lama, namun tahap ketakutan saya sukar untuk dijelaskan. Dengan sepenuh rasa saya mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu, namun saya langsung terlupa untuk mendapatkan namanya atau nombor telefonnya..
.
Terpaksa membawa Rayyan Ariff di dalam keadaan begini kerana carseatnya berada di dalam kereta ayahnya yang berada di bengkel.. *Kalau laki gila kereta gitu la.. sibuk nk modify sana sini*
.
Perjalanan pulang bersama Rayyan Ariff sungguh mencabar apabila dia asyik menangis dan meraung. Habis tudung dan lengan baju saya ditarik-tariknya. Cukup memcabar!!
.
Setibanya kami di rumah, saya menidurkan Rayyan Ariff sambil melipat kain. Setelah itu, saya mendapati bahawa peti sejuk kami rosak. 'Berperang'lah saya di situ, memasak kesemua bahan basah yang ada di dalam peti ais sebelum ianya rosak.. Sambal sotong, ikan goreng, ayam rencah dan ayam BBQ. Sekilo daging terbuang begitu sahaja kerna saya sudah penat. Ayam BBQ pula saya agihkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Iyalah, seekor ayam, mana mungkin dapat saya dan hubby habiskan. 
.
Niat di hati mahu mengosong dan membersihkan peti ais, namun anak kecil saya hanya tidur sebentar sahaja. Sudahlah begitu, merengek dan menangis tidak mahu ditinggalkan.
.
Jam 4pm, kami bergerak ke Subang Jaya sekali lagi untuk sesi fisioterapi. Kali ini, Rayyan Ariff saya letakkan di belakang. Di atas carseatnya yang sudah diambil ayahnya di bengkel sewaktu rehat tengahari tadi. Di MRR2, sewaktu saya sedang memandu, tiba-tiba sahaja kereta di hadapan brek mengejut. Makanya saya juga sama. Dan serentak itu, Rayyan Ariff terlompat keluar dari kerusinya, terhentak pada kerusi pemandu sebelum jatuh ke bawah. Nasib baiklah di tempat letak kaki itu ada begnya, maka kepalanya terjatuh ke atas beg.
.
Lama juga dia di dalam posisi itu sebelum saya dapat berhenti dan mengangkatnya untuk diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu. Rupa-rupanya, carseatnya sudah rosak. Tidak boleh dikunci lagi. Sudahnya, kami ke SDMC dengan dia yang duduk di kerusi penumpang sahaja.
.

Budak comel yang sibuk menyelongkar begnya sendiri sementara menantikan Auntie Sarjit
.
Dengan Sarjit, saya bercerita panjang dan topik kali ini adalah berkenaan dengan pembantu rumah. Huh, kerenah-kerenah mereka ini sungguh menyakitkan hati!!
.
Bekerja sambil bercerita..
.
Perjalanan pulang agak aman kerana Rayyan Ariff agak kepenatan. Tambahan pula saya sogokkan anak kecil itu dengan helikopter mainan yang saya beli di stesen minyak..
.
Setibanya kami di rumah, saya menguruskan Rayyan Ariff dan terus ke dapur. Mengemas dan membersihkan peti ais yang sudah dikosongkan hubby. Sementara itu, Rayyan Ariff dilayan oleh ayahnya.. Penat sungguh. Sudahnya saya tertidur bersama Rayyan Ariff seawal jam sepuluh malam!
.
Itulah hari kami yang penuh dugaan dan kepenatan!

Friday, January 28, 2011

Potty training untuk Rayyan Ariff

Potty training untuk Rayyan Ariff dimulakan oleh cikgunya di sekolah. Hari pertama, Rayyan Ariff pulang dengan seluar yang berganti kerna seluar asal yang dipakai sudah basah.
.
Hari kedua, Rayyan Ariff pulang tanpa memakai seluar, hanya memakai lampin pakai buang kerna habis seluarnya basah.
.
Hari ketiga, Rayyan Ariff pulang dengan memakai lampin bersaiz besar, yakni lampin pakai buang untuk orang dewasa seperti yang pernah saya nyatakan di dalam entri ini. Kehabisan lampin pakai buang kerna bibik hanya membawa satu extra diaper.
.
Hari keempat yakni semalam (setelah beberapa hari tidak dapat ke sekolah kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan), Rayyan Ariff pulang dengan memakai seluar yang sama yang dipakainya sewaktu meninggalkan rumah! Read: Tiada adegan terkencing di situ.. =)
.

Terima kasih cikgu. InsyaAllah, akan kami teruskan di rumah..
*smiling*
Budak well-behaved sambut mama balik office.. =)
.
P/s - Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek, thanks for your support.. If just your place is near to our place kan? FYI, Rayyan started going to school in the 2nd week of January. But there is some issues as per this entry. Tapi takpe, InsyaAllah ada jalan nanti.. :-)
.
P/s 2 - Kiah Ronggeng, thanks for the info and support yea.. *smiling* Shi*chida? Ada kat entry ni. Glenn Doman? Ada kat entry ni. =)

Thursday, January 27, 2011

Erti sebuah kasih sayang..

Saya suka pada cikgu yang mengajar Rayyan Ariff di sekolah sekarang. Orangnya baik dan berbudi bahasa, dan penuh dengan kasih sayang.. Wanita berbangsa India itu tidak melihat pada warna kulit, kaum  ataupun tahap kecerdasan pelajar-pelajarnya dalam memberikan pengajaran kepada mereka. Keikhlasan terpancar pada wajahnya dan hasil pengajarannya jelas terlihat pada anak-anak didiknya yang sudah lebih setahun bersamanya..
.
Dari memakai pampers, sudah di ajar menggunakan tandas..
Dari tidak punya fokus, sudah di ajar memegang pensel..
Dari seorang anak yang berada di dalam dunianya sendiri, sudah di ajar berkasih sayang..
Dari tidak tahu berbicara, sudah di ajar bercakap..
.
Pada saya, inilah kualiti yang harus ada pada seorang guru.. Sayangnya, tempoh perkhidmatannya akan tamat dalam masa 2 bulan lagi.. Such a waste.. =(
.
"Dia ini sayang sama Rayyan. Mahu tengok?" Ujar cikgu itu kepada bibik seraya meletakkan Rayyan Ariff ke ribaan seorang anak autisme berbangsa india. Anak itu memeluk dan mencium Rayyan Ariff..
.
"Baby.." Ujar cikgu itu kepada anak berusia 5 tahun yang meriba Rayyan Ariff itu. "Baby.." Anak itu mengulangi perkataan baby yang diucapkan cikgunya seraya mencium Rayyan Ariff.
.
Mulus sekali perasaan kasih sayang itu. Terharu sungguh saya mendengar cerita ini daripada bibik.. Kalaulah cikgu itu tidak berhenti, kalaulah Rayyan Ariff sesuai di sini, pastinya saya tidak perlu melebarkan pencarian.. =(
.
Saya selalu bertanya tentang cikgu dan kanak-kanak di situ daripada bibik. Menurut bibik, sesekali terdengar bebelan daripada cikgu, "Aiyoo, anak demam pun mahu hantar juga.. Nanti berjangkit sama budak lain sapa susah? Ini mak bapak mahu senang saja, malas mahu jaga anak.." Di waktu yang lain, cikgu itu sesekali bercerita kepada bibik pada waktu rehat, "Yang ini bapak dia banyak sayang.." "Yang ini mak bapak takde kisah punya, hantar ambik sahaja cukup.." Dan banyak lagi kisah masyarakat yang sememangnya menarik untuk di dengar..
.
Cubaan memakai hearing aid buat Rayyan Ariff, sekali lagi berlaku penolakan selepas kami mengubah frekuensi bunyi dan mengenakan ear mould baru.. =(
.
Apa sekali pun, hanya doa yang kudus dapat saya berikan untuk semua anak-anak ini agar terus dipermudahkan segala urusan mereka.. Aminnnn..

Wednesday, January 26, 2011

Tak payah berdolak dalih; penerimaan terhadap anak OKU memang masih kurang!!

Honestly, saya malas untuk menaip entri ini. Mahu biarkan sahaja ianya berkubur di dalam minda ini, namun saya sudah berjanji dengan beberapa teman di FB..
.
Kenapa saya malas? Kerna cerita-cerita seperti ini takkan habis.. Selama mana saya bergelar ibu kepada Rayyan Ariff, selama itulah saya harus membiasakan diri dengan penolakan aka rejection. Inikan fitrah manusia, yang sering punya takrif tersendiri pada hakikat sebuah kesempurnaan.. Takkanlah setiap kali ditolak, saya harus melayan mereka dengan membuat entri khusus..
.
Secara ringkas, hari isnin adalah hari yang cukup mencabar kerana saya terpaksa mengambil EL dek keadaan kesihatan Rayyan Ariff yang kurang memberangsangkan seperti yang saya ceritakan di dalam entri sebelumnya.
.
Setelah menghantar Rayyan Ariff dan bibik pulang dahulu, saya bergerak ke kedai kek bagi mendapatkan beberapa potong kek dengan perisa berlainan dalam usaha memujuk Rayyan Ariff untuk makan. Usai memilih kek, saya terpandang pada logo Smart Reader yang jelas terpampang. Saya tidak tahu sama ada masih dibuka ataupun tidak kerna jam waktu itu sudah melebihi pukul 230 petang.
.
"Singgah sahajalah, sekadar bertanya.." Bisik hati ini..
.
Sewaktu saya tiba di tingkat satu bangunan kedai itu, sungguh saya tidak perasan bahawa perempuan yang ada di kaunter itu sudah mahu pulang. Namun dia tetap melayan saya dan menyuruh saya duduk..
.
"Kami sebenarnya dah nak tutup.." Dia
"Oh yea ke? Maaf tak perasan.." Saya.
Beberapa ayat lagi sekadar pembuka bicara.

"Berapa umur anak puan? Lahir tahun berapa?"
"Tahun ni nak masuk tiga. Lahir tahun 2008.." Saya
"Oh, kat sini kami dah terima umur 3 tahun.." Ujar dia lagi dengan penuh bersemangat.
"Anak saya special needs child.." Saya.
"Oh, kami tak terima special child kat sini.. Anak you down syndrome ke?" Dia. Dengan nada yang sudah berubah dan tidak berminat.
"Tak. Dia Developmentally delay.. Slow learner.."
"Puan, slow learner lain.. Anak puan ni down syndrome ke autistic?"
.
Masa ni, serius rasa nak jentik hidung minah ni. Which part of the word "Tak" yang ko tak paham? Dah aku kata bukan syndrome down, bukan autistic, bukanlah.. Pastu nak ajar kita pasal slow learner plak. Seriously, even though ko dah bertahun ajar budak-budak, tapi sape kat sini yang lebih well experienced dengan special child, ko ke aku??
.
"Puan, kita tak terima special child kat sini.. Sebab kita takut takleh nak deliver.. Apa kata puan antar anak puan ke sekolah anak istimewa.." Dia.
"Saya memang dah hantar.." Saya
"Ha.. Dah tu??" Dia.
Eh, eh, menyampuk pulak dia.. OK, to cut the story short, ni antara beberapa ayat dia yang saya rasa cukup tak mesra alam..
"Cikgu dia, therapists dia, even doctor dia suggest suruh gi skolah biasa so that dia boleh bergaul dengan anak-anak normal.. Dia alert n focus OK. Lagipun, kami memang buat early intervention programme untuk dia macam OT, physio, speech therapy semua.." Saya.
"Oh tapi kita tak terima anak istimewa takut apa yang kita ajar ni dia tak dapat ikut.. nanti puan blame kita.." Dia.
"You tak tengok lagi dia macam mana you dah boleh kata yang dia takleh ikut? Walaupun physically dia delayed, takkan kita nak ignore mental ability dia.. I've worked so hard for this child and I dah ajar dia banyak benda.." Saya.
"Bukan puan. Nanti dia rasa rendah diri.. Sebab dulu ada budak umur 5 tahun datang, semua OK, boleh bercakap everything. Cuma takleh jalan jer.. And dia memang rasa rendah diri sebab bila budak-budak lari and joget2, dia takleh nak follow.. Kalau terlanggar macam mana? Budak-budak kan lasak.. Lagipun, budak-budak sekarang pun dah tahu main geng-geng" Dia.
"Sebab budak-budak lasaklah saya akan bawak maid saya sekali teman dia.. 5 tahun dah besar. Anak saya baru nak masuk 3 tahun.. Apalah yang budak 3 tahun faham tentang rasa rendah diri? Lagipun, sebelum ni saya ada bawak anak saya ke satu taska ni and they are OK to accept him.. He can take instruction..Kalau kita tak dedahkan dia, lagilah tersisih.." Saya.
"Ha kalau macam tu hantar la kat sana.. Kenapa tak hantar kat sana?" Dia.
"Kat sana yuran mahal. 600-700 sebulan.."
"Untuk anak sendiri apa salahnya, pengorbanan untuk anak..Bukan untuk orang lain" Dengan nada menyindir..
.

Jangan bercakap dengan saya tentang pengorbanan wang ringgit kalau kamu tidak kenal siapa saya!  Kalau bukan di atas tiket pengorbanan, takkanlah saya sanggup 'membuang'  sumber pendapatan sebanyak RM30K untuk bercuti tanpa gaji selama 6 bulan?? Pendapatan bulanan tiada, bonus terjejas kerana kaedah pro-rata bagi tahun 2009 dan 2010, hutang kredit kad yang bertambah, tahap simpanan yang  kritikal, semuanya kerana seorang anak!!!!
.
Honestly, untuk sebuah taska @ playschool biasa dan bukannya sekolah untuk anak istimewa, yuran RM600-RM700 sebulan adalah mahal. Sedangkan masih ada yang menawarkan yuran yang sedikit murah, salahkah saya kalau saya melebarkan pilihan sebelum membuat keputusan??
.
"Puan, boleh ke puan nak antar maid puan sama-sama tiap-tiap hari?"
Ayat mencipta alasan!
.
"Puan, kami takut kami tak dapat ajar anak puan.. Kami takut in term of delivery.." Dia.
"Saya sudah maklumkan tadi, saya boleh ajar anak saya sendiri dan saya dah banyak ajar dia.. Yang saya nak dedahkan dia adalah dari segi sosialization!"
.
OK, seriously, saya memang dah takde hati nak letak Rayyan Ariff kat sini.. It's more to argument untuk menyedarkan manusia di depan saya ini bahawa golongan OKU juga wajar diberi peluang! Kasihan anak-anak yang dihantar ke situ.. Kerana mereka di ajar oleh seorang cikgu yang shallow! Dididik oleh guru yang tidak punya empati.. Kerana mereka dibenarkan berpuak-puak sedari kecil dan bukannya di ajar untuk menerima.. So shallow!
.
"Bukan puan, saya tak bermaksud nak menghina puan. Tapi kami tak diajar untuk mengajar anak istimewa, kami takde pengalaman.. Takut nanti delivery takde.." Dia.
"Kan saya kata saya cuma nak in term of socialization. Cara awak memang salah! Belum awak tengok lagi anak saya, awal-awal lagi awak dah halau. Dah taknak terima, memang saya rasa terhina.. Cara penyampaian awak ni salah.." Saya.
"Ok, puan bawak dulu anak puan ke sini kita tengok macam mana.." Dia.
"Awak ingat saya nak bawa dia kat sini lagi ke? Belum apa-apa lagi awak dah pandang rendah pada dia.. I've worked so hard for this child and saya takkan biarkan orang macam awak tolak anak saya macam tu jer.." Saya.
"Maaflah puan tapi kami memang takde kepakaran dalam nak mengajar anak istimewa.. Saya bukan niat nak menghina puan bla.. bla.. delivery.. bla.. bla.. tersisih.. bla bla.." Dia.
"Tak kiralah apa niat awak tapi cara awak ni memang salah.. Belum apa-apa lagi  ibarat awak dah halau saya,dah bgtau taknak terima.. Ni ke cara bercakap dengan orang?" Saya.
"Saya sebenarnya nak cepat, ni saya dah pegang kunci kereta ni.." Dia.
Kalau betul ko nak cepat, apsal ko tarik kerusi n bagi aku duduk. Siap cakap lagi, biasa ada cleaner datang cuci time budak budak dah balik, yang korang terima budak-budak seawal usia 3 tahun and what not.. Nak bermanis muka konon. Bila aku bagitau anak aku OKU, terus ko jadik sibuk nak balik.? Nak cepat? Not acceptable laah!!
.
Ini antara intipati perkara yang terkeluar pada waktu itu.. Walaupun berkali-kali dia meminta maaf, saya hanya berlalu dengan menegaskan cara penyampaiannya adalah salah! Dan saya juga tidak tahu apakah dia benar-benar ikhlas dengan permohonan maafnya kalau dihujung bicara dia tidak habis-habis menggunakan perkataan ''delivery''..
.
Sebelum ini saya pernah bertanya pada taska lain. Namun cara penolakan mereka yang lembut langsung tidak meninggalkan kesan pada saya. Bukankah diplomasi itu penting?
.
Tapi saya memang terkesan dengan cara perempuan itu. Namun saya tidak mungkin menitiskan air mata untuk orang seperti itu. Tidak berbaloi. Dan saya pulang ke rumah dengan satu perasaan baru.. Satu semangat baru untuk lebih berusaha demi Rayyan Ariff. Allah SWT sebenarnya melindungi Rayyan Ariff daripada orang seperti itu kerana anak saya adalah bukti keajaiban kekuasaanNya.. Dan perempuan itu tidak layak untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang menyumbang kepada keajaiban Allah ini. Fullstop.
.
Rayyan Ariff was doing well with his classmate-tak-jadi @ Sri Mawar CDC
.
Pulang sahaja, saya bercerita pada bibik.. "Kak, tadi saya pergi tanya satu sekolah ni, dia kata taknak terima Rayyan sebab Rayyan anak istimewa.."
"Orang melayu kita? Islam?" Soalan pertama dari bibik.
"A'ah.." Saya menjawab ringkas..
"Waduhhh.. Enak saya dia berbicara. Lupa tuhan mungkin dia.. Kita doa sajalah yea.. Semoga anak-anaknya semua sehat-sehat saja.." Ujar bibik dengan penuh ketidakpuasan hati..

Tuesday, January 25, 2011

Pada saat yang mana saya merasakan seorang anak sudah memadai!

Semenjak dari hari sabtu yang lalu, jadual Rayyan Ariff dipenuhi dengan tangisan dan amukan. Semua makanan ditolaknya mentah-mentah. Susu juga tidak dihiraukan lagi dan hanya air putih yang menjadi peneman harinya.. Malam sebelumya, suhunya agak tinggi dan saya sudah membawanya ke klinik.
.
Sabtu, ahad dan isnin.. Tangisan, laungan, rontaan dan amukan yang cukup menyeksa batin. Penat benar melayan kerenahnya dan sesekali, nada suara ini meninggi juga. Habis kami ditendang dan dipukul oleh tangan kecil itu. Tidak terkecuali rambut saya dan bibik yang turut menjadi mangsa tarikan Rayyan Ariff. Puas dipujuk namun tidak berhasil. Dibawa menaiki kereta juga tidak mendatangkan kesan sedangkan kebiasaannya, mulutnya akan bernyanyi ceria tatkala dibawa bersiar..
.
Mungkin kerna kesakitan yang tidak bisa dizahirkan kata-kata. Semalam, kami membawa Rayyan Ariff bertemu dengan pakar kanak-kanak yang biasa merawatnya di PMC, Bangsar. Sudahnya, kami dimaklumkan bahawa terdapat infeksi pada telinganya dan di dalam mulutnya juga penuh bintik merah. Kerna itulah dia menolak makanan, sakit..
.
Apabila sudah 3 hari bertemankan air putih semata, berat Rayyan Ariff kini hanya tinggal 10.8kg daripada 11.5kg. Antibiotik sudah diberikan, harap-harap bertambah baiklah dia.. Pulih dengan sesegera mungkin.
.
Di PMC, saya dan bibik hanya bertemu makanan sewaktu jam menunjukkan jam 11.00pagi. Lapar yang bukan kepalang dibuatnya. Kami makan bergilir-gilir kerna perlu melayan amukan dan tangisan Rayyan Ariff.. Bayangkan, dari Klinik Audiologi di Jalan Tun Razak ke PMC Bangsar lagi dia menangis dan berteriak tanpa henti. Ingatkan sudah berhenti, namun bersambung pula di PMC Bangsar.
.
Penat. Lelah. Semuanya berbaur. Kami menjadi bahan tontonan percuma kerna laungan yang bergema pasti sahaja menarik perhatian sesiapa sahaja yang ada di situ. Puas memujuk namun tidak dipedulikan. Sehinggakan kami didatangi oleh kakitangan PMC yang sanggup meminta Dr.Yong mendahului giliran kami kerna dikhuatiri Rayyan Ariff di dalam kesakitan yang teramat sangat.. 
.
Saat saya mendukung Rayyan Ariff yang mengamuk itu, sepenuh kekuatan bagaikan keluar kerana dia menolak badannya dari dukungan. Maka saya terpaksa menguatkan pelukan agar dia tidak jatuh. Sudahlah belum makan apa-apa, tenaga memanglah kurang. Bibik pula makan bagaikan bercinta. Selesai dia makan, terus sahaja saya memberikan Rayyan Ariff kepadanya.
.
Laju-laju saya cuba menghabiskan makanan di pinggan. Memang tidak tenteram kerna tangisan Rayyan Ariff memang tidak berkurang. Bayangkan, 2 jam lebih dia menangis dan meraung tanpa henti. Sehingga ada yang  memberikan candy kepadanya, itu tidak termasuk yang menasihatkan saya untuk membawanya berjumpa Ustaz kerna khuatir dia sebenarnya 'keteguran'..
.
Saat dan waktu itu, saya bagaikan serik untuk punya anak lagi.. Susah. Menuntut kesabaran yang begitu tinggi.. Penat apabila badan Rayyan Ariff bagaikan begitu fragile. Cepat benar terdedah dengan kesakitan. Perit!
.
Namun saya harus bersyukur kerna kebiasaan waktu, anak ini memang senang dijaga. Penuh dengan senyuman tidak kira di mana. Kali ini, mungkin kerna kesakitan yang mengubah perilakunya. Wallaualam..
.
.
Ya Allah, berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepada anak ini Ya Allah.. Cantikkanlah budi bahasanya Ya Allah.. Tingkatkanlah keupayaan minda dan akalnya Ya Allah. Perkembangkanlah fizikalnya Ya Allah!
Aminnnn..
.
P/s - Saya tahu saya berhutang entri Smart Reader. Masih mencari 'mood' untuk menulis.. *Benci*

Monday, January 24, 2011

Paris Tassin ~ American Idol 10 ~ New Orleans

I felt her spirit move through me..
Mothers are soooooo unlimited!



"This is our temporary home
It's not where we belong
Windows and rooms that we're passing through
This is just a stop, on the way to where we're going
I'm not afraid because I know this is our
temporary home..."

When the world says, "Give up"
Hope whispers, "Try it one more time.."
- Unknown Author-

And for you my angel, trust me, I'll try for more than 1 trillion times..
=)

Sunday, January 23, 2011

Terlalu banyak memintakah seorang ibu ini?? Tamak mungkin??

Semalam Rayyan Ariff diserang sawan lagi. Agak lama, kasihan sungguh menyaksikan tubuh kecil itu di dalam kesakitan.. Kaki menendang-nendang tanda sakit yang tidak tertahan sambil tangan tidak lepas menggosok mata dan memegang kepala.. Sakit kepala yang amat, mungkin.. Seperti biasa, serangan itu akan berakhir dengan lena yang dalam..
.
Terlalu memintakah saya jika ibu ini memohon kepada tuhan agar segala kesakitan pergi dari tubuh kecil itu? Saya tidak tahu apa jawapannya. Yang pasti, saya sanggup menjadi tamak untuk Rayyan Ariff!
.
Dan seketika tadi, melihat dia asyik bermain bola, jiwa dan hati ini memohon lagi kepadaNya.. Mohon agar tuhan cepat-cepat memberi kemahiran berjalan buat Rayyan Ariff. Ada rasa syahdu tatkala melihat anak cekal itu mengesot dari hujung ke hujung demi untuk mengejar sebiji bola..
.
Khairul Fahmi Che Mat versi OKU yang cukup tabah dan kuat!
Tidak mengapa, untuk Rayyan Ariff, Mama sanggup menjadi manusia yang tamak itu.. 
Mama tidak akan berhenti memohon kepadanya agar tiada lagi kesakitan yang singgah ke tubuh kamu itu.. 
Mama akan terus meminta agar kamu diberikan kemahiran berjalan dan bertutur sesegera yang mungkin.. 
Mama akan selalunya berdoa agar kamu terus menunjukkan perkembangan yang baik..
Aminnnnnn...

Saturday, January 22, 2011

Abang Rayyan oh Abang Rayyan!!

Sekarang ni, kalau buat apa-apa, member akan tepuk-tepuk dada tanda, "Abang Rayyan hebat.."
Contohnya, susun nombor 123, bila dah siap, *tepuk2 dada ala2 aku hebat* pastu kita kena cakap, "Oh Abang Rayyan.. Abang Rayyan.."
.
Tapi dah dua tiga hari Abang Rayyan tak sihat. Demam, batuk, selsema.. Tak mahu makan. Tak mahu minum susu. Merengek. 
.
Semalam telefon klinik Dr.Yong, paed Rayyan Ariff, nak mintak appoinment tapi penuh.. 
Habiskanlah dulu ubat yang ada sementara menunggu hari isnin lah.. =(
.
Suka gambar ni, Abang Rayyan mintak dukung.. Gambar blur tapi nampak mata bulat.. =)

Cepatlah sihat yea Abang Rayyan.. kembali meneroka..

Friday, January 21, 2011

Bila Rayyan Ariff melakukan sesuatu yang 'normal'..

Apa yang normal? Apa yang tidak? Bukankah itu subjektif? =)
.
Rayyan Ariff.. Kadang-kadang apabila melihat kebelakang waktu, saya rasakan keputusan melahirkan anak ini bagaikan bermain dengan api.. Satu jasad yang terbentuk dalam keadaan yang cukup unik yakni tanpa hampir tiada sel otak.. Tidakkah itu satu keajaiban untuk dia terus bernafas dan membangun? Hampir mustahil bukan?
.
Tatkala saya dan suami meneruskan keputusan yang dibuat, kami sebenarnya tidak tahu kehidupan bagaimana yang menanti kami di kemudian hari..
.
Kesal? Tidak.. Ini jalanan takdir kami. Susah? Tidak juga.. Segalanya terletak di tangan kita. Pilihan di tangan kita.. Kalau kita memilih untuk 'berusaha', perlukan semangat dan ketabahan.. Tetapi kalau kita memilih untuk tidak ambil peduli, senang sahajalah.. Biarkan sahaja dia dengan bibik. Biarkan sahaja dia di sekolah. Senang bukan? =)
.
Setiap air mata yang menitis sememangnya dirasakan cukup berbaloi apabila menyaksikan satu-persatu perkembangan Rayyan Ariff.. Terkini, Rayyan Ariff semakin 'bijak' dalam menonjolkan perasaannya. Sudah ada rasa malu.. Sudah ada rasa takut terhadap orang-orang yang dikenali..
.
Sebagai contoh sewaktu di hospital tempoh hari, apabila jururawat masuk sahaja ke bilik kami, Rayyan Ariff akan berhenti bermain. Badannya akan dikeraskan dan dia tidak akan sama sekali berpaling kepada jururawat itu.. Yang bergerak hanya anak matanya, setia mengikut pergerakan jururawat tersebut.. Segala perlakuan jururawat itu juga hanya dibiarkan sahaja. Comel sekali..
.
Sama juga sewaktu nenek dan atuk Rawangnya berkunjung ke rumah kami tempoh hari. Entah di mana silapnya, Rayyan Ariff memang agak 'kurang mesra' dengan atuk dan nenek Rawang berbanding atuk dan nenek Kota Bharu. Makanya, apabila nenek Rawang meriba tubuh kecilnya, terus sahaja badannya kaku tidak bergerak. Hanya ekor mata sahaja yang meliar mencari ruang untuk melepaskan diri daripada neneknya.. Sebaik ternampak mamanya, terus sahaja dia melambaikan tangan minta diambil..
.
Tatkala bertemu dengan orang yang baru dikenali juga sama. Kalau di suruh bersalam, dia hanya tersenyum malu.. Disuruh memberi lambaian selamat tinggal juga begitu. Hanya senyum tanpa sedikit pun suara yang kedengaran.. Malu benar dia. 
.
Pada kanak-kanak lain, mungkin ini adalah perkara biasa.. Namun untuk Rayyan Ariff, saya rasakan sifat ini wajar ditandakan sebagai satu lagi 'development' buat dirinya.. Dilahirkan tanpa septum pellucidum pada otaknya, dia dikatakan mungkin tidak akan mempunyai personaliti yang tersendiri. Namun bukankah apa yang ditunjukkan olehnya sekarang adalah satu personaliti yang ada pada anak tipikal yang lain? Sekali lagi, Rayyan Ariff melangkaui jangkaan yang diletakkan padanya.. =)
.
 Tiada siapa yang menyangka anak kecil ini bisa 'berjalan' sejauh ini.. =)
.
Keunikan yang ada pada Rayyan Ariff membuatkan saya terfikir, mungkin saya seharusnya lebih terbuka untuk bercerita tentang dia. Bercerita tentang apa, kenapa dan bagaimana.. Bercerita tentang diagnosis, prognosis dan desease yang jarang berlaku ini.
.
Kondisi ini kalau dilihatkan tidaklah begitu jarang berbanding kondisi-kondisi lain, yakni berlaku sekali di dalam 5000 hingga 10000 kelahiran. Namun yang menjadikan ianya unik adalah kerana fetus yang didiagnoskan dengan kondisi ini biasanya berakhir dengan keguguran. Dari sekiranya mereka selamat dilahirkan, peratusan yang berjaya melepasi 6 bulan pertama kehidupan hanyalah 3 peratus sahaja..
.
Dan Rayyan Ariff adalah salah seorang yang berada di dalam golongan 3 peratus itu. Hebat bukan percaturan tuhan? =)

Thursday, January 20, 2011

"Bila nak tambah anak lagi?"; "Bila nak bagi adik untuk Rayyan?"

Rasanya, mana-mana 'rakan seangkatan' yang masih punya seorang anak, pastinya sering disogok oleh soalan di atas.. Tidak terkecuali juga saya, terutamanya daripada therapists dan cikgu-cikgu Rayyan Ariff kerna menurut mereka, anak-anak seperti Rayyan Ariff perlukan 'persaingan' untuk lebih menonjol..
.
Saya akui hakikat itu. Namun bukankah rezeki semuanya di tangan tuhan? Sebetulnya, kami tidak mengamalkan perancangan keluarga. Dan tidak juga 'berusaha'' untuk mendapatkan anak seperti waktu Rayyan Ariff dahulu.. 
.
Dulu, dengan penuh semangat, saya sering membuat perkiraan waktu subur dan memastikan kami 'bersama' dalam tempoh waktu itu. Pedih juga telinga apabila usia perkahwinan memasuki 3 ke 4 bulan, orang-orang di sekeliling sudah sibuk bertanya, "Bila nak dapat baby ni?".. "Dah ada isi ke belum?" Itu baharu sahaja 3-4 bulan, kalau 3-4 tahun, agaknya makin bernanahlah telinga saya. Sudahlah saya ini sedikit emo orangnya.. :P
.
Memasuki bulan ke-7 perkahwinan, saya disahkan hamil 5 minggu lebih.. Tak terkata rasanya kegembiraan yang ada di dalam hati.. Menggeletar tangan ini sewaktu melihat ada dua garisan pada alat UPT.
.
Namun sekarang, semua itu sudah tidak ada. No more ovulation calendar. No stress at all. Sebabnya? Kami perlu berfikir dari segi kualitatif dan bukannya kuantitatif semata. Rayyan Ariff menuntut perhatian yang bukan sedikit. 
.
Contohnya, prosedur pemeriksaan mata semalam, seharian kami berkurung di hospital bertemankan bibik. Kalau ada adik, pasti sahaja bibik terpaksa ditinggalkan di rumah untuk menjaga adik dan yang lelahnya, sayalah!
.
Banyak lagi situasi lain yang membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk menambah bilangan anak. Sudahnya, saya menjadi 'penat' dan memilih untuk meletakkan sahaja segalanya pada Allah SWT..
.
Namun semalam, tatkala tiba sahaja di rumah dari pejabat, saya mendapatkan Rayyan Ariff yang terbaring lesu. Dia hanya mampu mengangkat tangan dan melambai untuk seketika sahaja, tanda menyambut kepulangan saya. Panas sekali tubuh kecil itu. Demam rupanya dia. Setelah diberikan ubat, barulah dia kembali aktif.
.
Kata doktor, mungkin kesan trauma daripada prosedur pemeriksaan mata tersebut. Moga-moga anak mama cepat sembuh.. 
.
Sewaktu melihat sahaja tubuh kecil yang tidak bermaya itu, rasa takut datang menerpa-nerpa ke benak fikiran ini. "Kalau Ian tak ada, mama takde anak lain.. Kuat yea sayang.." Itulah kata-kata yang saya ungkapkan untuknya. Saat-saat sebegitu, bagaikan rasa mahu terus hamil dan kalau boleh, esoknya juga mahu melahirkan..
.
Tidak pernah terlintas mahu mencari pengganti Rayyan Ariff, namun saya sangat takut sekiranya 'kekuatan' saya itu dibawa pergi, saya akan tinggal jiwa yang kosong. Saya akan hilang punca.
.
Kalau kami punya anak perempuan, pasti dia secomel ini! =P
En.Hubby pula seringnya mengatakan dia mahu anak lelaki lagi.. Untuk menjadi teman kepada Rayyan Ariff, katanya.. Namun hasil perbincangan, kami redha untuk meletakkan segalanya di tangan yang maha kuasa. Allah knows best! =)
.
No pressure, no deadline. Untuk saat ini, we're enjoying our child.. Dan setelah segalanya 'teratur', barulah kami 'berusaha'.. OK? Jawapan yang terang, bukan?
=P

Wednesday, January 19, 2011

Saat Kau limpahkan karuniaMu, dalam sunyi aku bersujud!!

Sewaktu mengetahui bahawa di dalam rahim saya ada satu nyawa kecil yang bakal menjenguk dunia dari tempoh kurang dari 4o minggu lagi, segala impian saya sandarkan padanya.. Di setiap doa dan ingatan, saya memohon hanya yang terbaik untuknya..
.
Di dalam gambaran saya, Rayyan Ariff saya adalah anak yang comel.
Di dalam gambaran saya, Rayyan Ariff saya adalah anak yang pintar.
Di dalam gambaran saya, Rayyan Ariff saya adalah anak yang  cerdas, fizikal dan mental.
.
Seperti ibu-ibu yang lain, saya mahukan anak yang paling baik.. Saya mahukan anugerah yang paling indah. Saya mahukan apabila anak kecil saya tersenyum, seluruh bunga-bunga akan turut tersenyum bersamanya. Saya mendoakan segala keindahan ada padanya..
.
Namun ketentuan Allah adalah rahsia Allah. Dia menganugerahkan saya dengan Rayyan Ariff yang lebih indah daripada apa yang saya bayangkan. Rayyan Ariff yang penuh dengan keajaiban dan kejutan.. Terima kasih tuhan!
.
Saat kejatuhan kami yang paling dalam adalah tatkala Rayyan Ariff disahkan tidak dapat melihat dan mendengar pada usianya sebulan. Kesakitan itu melebihi daripada apa yang kami rasakan tatkala dimaklumkan bahawa Rayyan Ariff tidak akan hidup lama kerana kerosakan otak yang teruk yakni pada minggu ke 23 kehamilan.. 
.
Mungkin kerana apabila melihatkan semangat juangnya yang tinggi, kami mula meletakkan harapan yang menggunung padanya.. Lantas kami terlupa pada segala diagnosis dan prognosis yang pernah diberikan kepada kami sebelum kelahiran Rayyan Ariff..
.
"His optic disc is pale, I dont think he can see.." Pada usia Rayyan Ariff sebulan.
"He can see.. But I can't determine his vision level at this age. With the brain damages and his crossed eyes, I dont think that his vision is as good as a normal child.. We'll continue to monitor him.." Pada usia Rayyan Ariff 5 bulan.
"His eyes are not as shaky as the last time I saw him.. But it cannot be an indicator that his eyes are OK..  We will check later to see whether he needs a spectacle or not.. I'll be surprised if his eyes are not affected in any way.." Pada usia Rayyan Ariff setahun lebih.
"We'll do the procedure to check his eyes power to determine whether he needs a spectacle or not under GA later.. We cant have the procedure if he's not under GA, he struggled so hard and he's pretty strong.." Pada usia Rayyan Ariff dua tahun lebih.
.
Setelah 2 kali tertunda, prosedur itu berjaya dilakukan semalam..
.
Hari Rayyan Ariff bermula seawal jam 4 pagi kerna saya sibuk 'memaksa' anak itu makan dan mengambil ubatnya kerna dia perlu berpuasa bermula jam 5 pagi sehinggalah prosedur itu selesai.. Sedih juga melihatkan anak sekecil itu bermain dengan perut yang kosong dan sedikit 'restless' kerna tidak diberi susu.. tapi saya tahu anak saya kuat.. =P
.
Sejujurnya, hati ini begitu tercalar setiap kali melihat Rayyan Ariff menahan kepedihan apabila sejenis cecair dititikkan ke dalam matanya.. Prosedur itu diulang beberapa kali setiap 15minit dan bagai orang dewasa, Rayyan Ariff hanya membiarkan sahaja proses itu berlangsung. Tiada lagi amukan dan tangisan seperti mana pada sesi-sesi yang lalu. Sekali lagi, kuat sungguh kamu anak!
.
Rayyan Ariff disogok dengan majalah dan mainan..


Majalah kereta menjadi kegemaran saya.. =)

Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin

Mata yang cantik dan bercahaya..

Akur dan tidak melawan seperti kebiasaannya..
Menahan kepedihan..


Anak comel saya..
Prosedur itu berlangsung sekejap sahaja. Dari bilik pembedahan, saya diminta menunggu di unit pemulihan. Dan sewaktu menyaksikan katil Rayyan Ariff disorong ke ruangan itu, nafas saya bagaikan terhenti.. Waktu juga bagaikan berhenti berdetik. Hanya debaran yang ada..
.
"How is he doctor? What about his eyes?" Bertanya.
"Dont worry, he's OK. We just need to wait until he regain his consciousness.." Jawab Doktor itu.
"Both of his eyes are OK. Power also OK. He doesnt need spectacles. Last time, we have some concern because his nerve and neuro doesnt look good.. But he's OK now.. I'll see him again in one year time.." Sambung Doktor itu lagi..
.
Hanya lafaz syukur yang mampu saya ucapkan! Syukur Alhamdulillah.. Tidak terhingga besarnya rahmat yang Dia limpahkan ke atas kami sekeluarga.. Saat itu, ada cecair yang bergenang di kolam mata ini tanda sebuah kesyukuran.. Syukur Ya Allah!
.
Saat saya sendiri menemani Rayyan Ariff yang belum sedar, lirik lagu PadaMu kubersujud berputar-putar di minda ini.. Terima kasih tuhan!
.
 "Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud"
.
Setelah seketika, cinta hati saya sudah tersedar.. Warna kuning di matanya itu adalah cecair antiseptik..

Cubaan mencapai handphone Mama.. Confirmed! Anak saya sudah kembali!! =)

Kembali meneruskan 'pembacaan' di wad sementara menantikan doktor untuk proses discaj.. =)
"Allahu Akbar Maha Besar
MemujaMu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
KebesaranMu Tuhan.."
.
Ya Allah, terima kasih diatas kurniaanMu yang terindah ini. Sesungguhnya, hanya Engkau yang maha mengetahui.. Semoga penglihatan yang baik ini akan terus menjadi pinjaman buat Rayyan Ariff selama dia bernafas dibumiMu ini Ya Allah... Aminnnn..
.
You'll always be our little miracle, Rayyan Ariff!

Tuesday, January 18, 2011

"Kenapa Rayyan belum boleh jalan lagi?" ~ Lawak bodoh seorang ibu!

Semalam, ada tiga cerita lawak bodoh dalam diari harian kami. Tak kelakar pun, tapi nak dijadikan cerita.. =P
.
Saya membawa Rayyan Ariff bertemujanji dengan Dr. Sofiah di SDMC semalam. Bayangkan, kami tiba jam 2pm dan giliran kami hanya tiba jam 430pm. Penat menunggu dibuatnya! Segalanya selesai jam 530pm dan sudahnya, memang meredah kesesakan lalulintaslah jawabnya. Tidak mengapalah, untuk seorang anak..
.
Cerita pertama
Sebetulnya temujanji kami dibuat agak last minute kerana bibik tiba-tiba sahaja memaklumkan kepada saya bahawa ubat sawan Rayyan Ariff sudah kehabisan. Melompatlah saya! Hendak dimarah, umur sudah tua.. Membebel sahajalah di dalam hati.. 
.
Saya cukup takut dengan hakikat ketinggalan mengambil ubat kerna diri ini benar-benar fobia menyaksikan tubuh kecil Rayyan Ariff dilanda kesakitan. Makanya, terus sahaja saya menelefon klinik Dr. Sofiah dan apabila maklum bahawa ada tempat untuk Rayyan Ariff, terus sahaja saya menelefon bibik untuk menyiapkan Rayyan Ariff usai waktu persekolahan semalam.
.
Sewaktu saya tiba, bibik sedang bersiap-siap manakala Rayyan Ariff pula sudah kemas berpakaian. Saya ternampak sesuatu di atas meja.. Terus sahaja saya bertanya kepada bibik kerna pemandangan itu begitu pelik untuk berada di meja makan!
.
"Apa tu??? Sapa punya??"
"Oh iya. Ini pampers untuk orang dewasa. Tadi semasa di sekolah, Ian buang air besar.. Saya pula hanya bawa satu pampers sahaja. Makanya, udah tidak ada lagi.. Jadi, sewaktu mahu pulang, cikgunya pakaikan sahaja pampers dewasa ini. Takut terkencing di bas.."
Waktu itu, tawa saya sudah berderai kuat..
"Habis tu, buat apa pampers tu dok atas meja?"
"Oh, saya letak di situ sebentar.. Sayang mahu buang Kak.. Belum kena kencing ni.. Ian belum kencing lagi.."
.
Ok, motif?? Sayang nak buang, tapi sape yang nak pakai?? 
Diapers orang dewasa OK!! Hahahha.. Mati-mati saya ingatkan bibik sudah dilanda heavy period makanya dia membeli diapers orang dewasa, dan bukannya pad aka tuala wanita! Lawak bangang di situ wahai bibik!
.
Cerita kedua
Hubby : Dik, abg kat umah ni. Balik antar kete. Maid takde dik. Ntah mana dia pergi.. Dia bawak Rayyan naik kete ngan 2 orang lagi!! *suara cuak*
Wifey : Sape yang cakap? Abang tanya sape??
Hubby : Ni hah, abang tanya security ni. Dia bagitau. Mana maid awak bawak lari anak ni?? *suara serius giler*
Kalau ikut zalim hati, mahu sahaja saya pura-pura tidak tahu. Namun kerna kasihan, saya menjawab bersahaja..
Wifey : Hahhaha.. Ada ni ngan adik.. Bawak gi jumpa Dr. Sofiah. Baru sampai spital ni. Kan semalam dah bagitau ubat habis. Tadi call, last minute diorang kata still ada kosong, leh datang, kelam kabutlah datang.. Lupa nak bagitau abang..
.
Sudahnya, kami sama-sama ketawa.
Lawak bengong oleh security guard di situ. Padahal dia nampak saya yang mendukung Rayyan Ariff ke kereta dan diikuti bibik dari belakang, celah mananya dia boleh bagitau hubby bahawa Ian di bawa pergi menaiki kereta oleh tiga orang perempuan?
.
Cerita Ketiga
Ibu : Doktor, ada orang kat skolah anak saya tanya, nape Rayyan takleh jalan lagi? Balancing tak bagus, ada cedera kat bahagian serebelum otak ke?
Doktor : Eh eh awak ni.. Macam mana plak awak boleh tanya camtu? Kan dah memang otak dia kosong. Ada sikit-sikit je kat belakang tu.. Takkan awak takleh jawab. Ni pun dah kira OK sangat sangat dah Rayyan ni, dapat tara ni.. Cuba tengok dalam paper semalam.. Kesian sangat..
Ibu : A'ah kan doktor.. Lupa plak otak anak saya kosong.. Memang la cedera!! hahahaaha.. *gelak malu*
Doktor : Hah tau pun. Kalau dah kosong tu, toksah kata serebelum, serebrum dan yang lain-lain pun takde. Injured la tuh.. Hahhahah.. *gelak jahat*.. Sape yang tanya, physiotherapist ke?
Ibu : Bukan. Principal dia..
Doktor : Nasib baik.. *Sambung gelak*
.
Soalan bodoh seorang ibu yang sememangnya sudah maklum bahawa nama desease itu sendiri sudah cukup untuk menghuraikan tahap kecederaan otak Rayyan Ariff. Lawak bodoh di situ. Malu jadinya dengan Dr.Sofiah.. Entahlah, mungkin kerana semalam adalah hari yang 'blur' buat kami..
.
Budak yang bosan sebab lama menunggu.. Terpaksa pujuk bagi tengok fish..

Monday, January 17, 2011

Yang mengundang kasih dan amarah..

Lately, tahap manja Rayyan Ariff memang sangat tinggi.. Batul-betul mencabar kesabaran kami.. Tapi kalau tengok dia duduk diam-diam, main sorang-sorang macam ni, sejuk betul hati.. Silap-silap boleh beku! Sejuk sangat.. :P
.
 Saya anak kecil yang busy.. Hari ni, saya nak jumpa Dr. Sofiah untuk seizures treatment.. Esok pagi, jumpa Dato' Dr Ramani untuk check mata.. Doakan saya yea Aunties.. Saya takmau pakai cermin mata.. Cukuplah dengan hearing aid sahaja.. =(

Sunday, January 16, 2011

Berhenti menulis blog??

Saya tidak tahu blogger lain, tetapi untuk saya sendiri, ada waktu yang mana saya merasakan sudah tidak mahu menulis lagi.. Rasa malas menjalar di setiap ruang hati kerna apa yang saya paparkan hanya berteraskan intipati yang sama.. Tiada satu pun yang baru..
.
Namun apa yang membuatkan saya masih di sini?
.


Anda yang sering mendoakan kami!
Terima kasih!
=)

Saturday, January 15, 2011

Entri beremosi yang tidak punya hala tuju..

Hari ini merupakan satu hari yang boleh dikategorikan sebagai, "Just another busy day".. Hari kami bermula seawal jam 900am iaitu bertemujanji dengan Ms. Tey untuk sesi terapi pertuturan Rayyan Ariff. Sesi kali ini tidak begitu memberangsangkan. Tumpuan Rayyan Ariff agak kurang dan paling nyata, kerjasama yang diberikan juga kurang.
.
Pada sesi yang sama juga, kami dapat melihat dengan jelas bahawa 'Encik Sawan' datang menjenguk seketika, dengan selang masa yang tidak jauh. Dan Rayyan Ariff pastinya terganggu dengan serangan itu walaupun ianya hanya untuk beberapa saat. 
.
"No wonder he's loosing his attention. His response is also slower than before.. Fits is definitely not good for learning. I think, as he grow older, he tends to use his brain more which caused tense to it. So that could be why he got the attack.."
.
Apa lagi yang mampu saya katakan? Bersama Rayyan Ariff bagaikan berjalan di atas roda. Seketika di bawah dan seketika di atas. Melihat kepada episod kesakitan yang lalu, pada dasarnya, Rayyan Ariff akan 'kehilangan' kemahirannya seketika dan kami perlu berusaha lebih keras untuk mengembalikannya semula. Itu pun, setelah serangan sawan bisa dikawal. 
.
Kalau dirujukkan perkara ini kepada doktor, pasti sahaja dos ubat-ubatan Rayyan Ariff akan dinaikkan. Mungkin kali ini saya perlu berubah cara dan tidak hanya bergantung pada dadah clonazepam dan epilim semata-mata.. Berani untuk mengambil risiko dan beralih kepada rawatan alternatif. Mungkin..
.
Dan entah dimana silapnya, hari ini juga dipenuhi dengan laungan tangis dan amukan Rayyan Ariff. Sedari dia membuka mata sehinggalah dia tidur. Sungguh tahap kesabaran saya teruji. Alangkah indahnya jika dia mampu menzahirkan apakah yang tidak kena pada dirinya!
.
Anak yang tertidur setelah penat mengamuk!
Selesai sahaja sesi terapi pertuturan, kami bergegas ke Brickfield untuk menghantar hearing aid Rayyan Ariff yang tidak pernah diservis semenjak dari hari pertama kami membelinya. Dan di sana, kami juga membuat acuan telinga baru buat Rayyan Ariff kerna acuan yang lama sudah semaking longgar dan menyebabkan hearing aid itu mengeluarkan bunyi yang bingit. Ditambah dengan 3 paket bateri, jumlah yang perlu dibayar hanya membuatkan mamanya ini tersenyum. Tidak mengapalah, simpan sahaja resit untuk tuntutan cukai nanti.. =)
.
Prosedur membuat acuan mengundang lebih amukan pada Rayyan Ariff!
Untuk seketika, kami setia menunggu alat itu diservis. Mujurlah tidak melebihi 3 jam seperti mana yang dijanjikan oleh mereka. Sewaktu menunggu, Rayyan Ariff menghabiskan sebotol susu sambil matanya semakin layu kerna tidur yang terganggu.
.
Budak tak cukup tidur!
Seterusnya, kami ke Keramat untuk makan tengahari dan terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, sebotol lagi susu untuk Rayyan Ariff dan dia terlena dari jam 1pm hinggalah 3pm tanpa menjamah nasi tengahari. Bangun sahaja dari tidur, Rayyan Ariff kami mandikan dan disuap makanan seterusnya bersiap-siap untuk ke SDMC sekali lagi.
.
Sudah beberapa minggu kami tidak bertemu Auntie Sarjit dan pertemuan ini mengundang banyak cerita untuk dikongsi. Dan seperti Ms Tey, Sarjit juga menyatakan ketidaksetujuannya dengan keputusan kami menghantar Rayyan Ariff ke sekolah untuk anak-anak istimewa..
.
"He's one of the best H baby that I've ever seen.. It will be such a waste for him to be there.." Dan saya hanya mampu mengangguk tatkala mendengar kata-kata Sarjit.
.
One singing baby.. =)

'Anak manja' Auntie Sarjit!
Dan bersama Auntie Sarjit, beberapa kali lagi Rayyan Ariff mendapat serangan seizures.. Fully and partly awake. Hmm.. Nampaknya kami perlu memasuki medan perjuangan yang sama sekali lagi.. *sigh*
.
Itulah cerita hari yang penuh emosi saya. Penat, mahu tidur.. Moga hari esok datang bersama satu semangat yang baru.. InsyaAllah..
.
Selamat malam.

Friday, January 14, 2011

Kekuatan yang ada pada sebuah kepercayaan; amazing!!

Entri ini agak terlewat sedikit kerna ia sepatutnya disiarkan lebih awal.. Tambahan pula, waktu kejadian adalah pada hari ahad yang lalu.. Namun kerna keterujaan seorang ibu melihat anaknya bersekolah, entri ini tertangguh untuk beberapa ketika..
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyimpan keinginan, saya akhirnya dapat menyertai Seminar ECE - Early Childhood Education anjuran Genius Baby On Board yang merupakan syarikat milik Watie Aziz. Watie sendiri bertindak sebagai speaker untuk seminar tersebut, iaitu untuk keseluruhan sesi..
.
 Speaker yang superb - Sampai duduk bersila ko!
.
Watie Aziz merupakan seorang ibu kepada dua anak perempuan yang cukup comel dan istimewa, Rania Qarissa dan Rania Quzayra. Dan yang sangat mengagumkan ialah kesungguhan Watie di dalam memberikan  anak-anaknya stimulasi sedari awal kelahiran. Percaya atau tidak, Qarissa mula membaca di usia 12 bulan dan Quzayra, seawal usia 5 bulan!!
.
Perkenalan kami bermula apabila Watie meninggalkan beberapa komen di dalam blog saya tatkala dia menemui blog ini sewaktu Rayyan Ariff baru sahaja menyambut ulangtahun pertamanya. Dari situ, kami panjangkan perkenalan siber ini dengan mengagumi cara masing-masing dalam memberikan stimulasi kepada anak-anak kami, dengan cara yang tersendiri..
.
Apa yang saya dapat sepanjang sesi seminar berlangsung? Terlalu banyak! Informasi yang dia berikan bukan sahaja merangkumi fakta kepentingan merangsang minda anak, ia juga termasuk dengan cara-cara yang praktikal untuk dipraktikkan, hatta untuk ibubapa yang bekerja sekalipun.
.
Saya sememangnya banyak belajar daripada doctors, therapists dan teachers Rayyan Ariff tentang kepentingan stimulasi untuk anak-anak. Melalui mereka, saya mengenal terma-terma asing seperti tactile, proprioception, vestibular dan lain-lain lagi. Dan saya, menolak diri untuk masuk ke permukaan dunia sains perubatan demi mengenali dan memahami terma-terma asing ini untuk membangunkan anak saya.
.
Berlainan dengan apa yang diberikan oleh Seminar ECE, segalanya digarap untuk pemahaman ibubapa dengan maklumat asas yang cukup mudah untuk dihadam oleh minda kita. Bahasa dan penerangannya santai. Maka tiada alasan untuk  mengapa kita menolak benda yang sebaik ini. Walaupun apa yang saya perolehi di sini adalah sesuatu yang sudah lama berada di dalam kamus hidup saya sebagai seorang ibu, namun ianya tetap mengujakan kerana fakta yang diberikan adalah sangat berguna. Sejujurnya, bayaran RM199.00 per pax @ RM350 per couple yang dikenakan adalah sangat-sangat berbaloi dengan setiap butiran ilmu yang diberikan oleh Watie.
.
Mungkin ada yang berkata, buat apa mahu anak belajar membaca awal-awal? Kita dahulu tidak diberikan stimulasi seperti itu namun berjaya juga menjadi 'manusia'.. Perlu diingat, zaman sudah berubah. Kita berada di zaman yang mana semua manusia asyik bersaing untuk menjadi yang terbaik, yang mana, pasti kita tidak mahu anak kita ketinggalan kan?
.
Dalam konsep yang diamalkan Watie Aziz, ianya bukanlah satu konsep 'paksaan' yang mana ibubapa tidak perlu takut dengan anak mereka bertukar menjadi another Sufiah Yusuf. Apa yang diterapkan ialah belajar melalui bermain dan keseronokan mencari ilmu melalui pemupukan minat membaca.
.
Dan jangan ingat stimulasi awal adalah berkenaan dengan kebolehan membaca semata-mata. Apabila kita memberi rangsangan kepada otak anak kita, secara tidak langsung, kita meningkatkan kebolehan berfikir mereka.
.
Kepada ibubapa anak-anak istimewa, seminar ECE ini juga boleh kita aplikasikan kepada anak-anak kita. Malahan, apa yang Watie lakukan untuk anak-anaknya adalah sama dengan apa yang kita lakukan untuk anak-anak kita. Bezanya hanyalah volume. Jika dengan anak-anak tipikal, kita lakukan untuk setiap aktiviti 3 kali contohnya, tingkatkanlah volume untuk anak-anak istimewa kita; 20 kali, 30 kali atau 50 kali!
.
Yang penting, kita harus yakin dan percaya dengan kebolehan anak-anak kita. Suatu waktu dahulu, antara saya, keluarga dan Rayyan Ariff, kami tidak punya apa-apa. Tiada harapan, tiada sokongan. Namun di atas konsep kepercayaan, kami sampai sejauh ini. Terima kasih Ya Allah..
.
Tetapi untuk anda, anda masih punya pilihan. Sama ada masih mahu menunggu atau mahu merebut peluang usia emas anak anda sekarang.. Fikirkanlah!
=)
.
Kami di akhir sesi - Ada blogger lain di situ; MommyLina dan Kak Nur =)

Thursday, January 13, 2011

Selamanya dia adalah anak kecil saya!! Selamanya dia adalah bayi saya!!!

Hari ketiga persekolahan, tangisan Rayyan Ariff bermula sebaik sahaja dia menaiki kereta lagi. Amukan yang bukan sedikit. Sudahnya, saya menelefon atuknya di kampung dan membiarkan Rayyan Ariff dipujuk atuknya. Setelah seketika dipujuk, amukannya mula reda.
.
Setibanya kami di sekolah, tangan Rayyan Ariff bersungguh-sungguh menunjuk ke arah pintu masuk sekolahnya tanda mahu segera masuk. Saya jadi keliru. Mana satu yang dia mahukan, ke sekolah ataupun tidak? Terus sahaja saya melangkah masuk dan menghantarnya ke kelas. Hari ini, Rayyan Ariff adalah orang pertama yang tiba.. =)
.
Mari kita buat wood puzzle..

Wohoho.. Lappie pink you!!
Setelah seketika, saya tinggalkan Rayyan Ariff dan bergerak ke pejabat. Jam 1015am, saya menelefon bibik untuk bertanyakan keadaan Rayyan Ariff..
.
"OK kak.. Dia baik-baik sahaja. Tidak menangis dia. Saya masuk suapkan makanan pun dia buat tidak tahu. Cikgunya sibuk sahaja melayan dia.."
.
Lega di situ. Sekurang-kurangnya, tiada adegan amuk.
.
Jam 1.15pm, saya menelefon bibik lagi. Bertanya khabar. Resah tak diam duduk mama Ian. *Emo*
.
"Kami udah sampai tadi, jam 1245pm. Lama berpusing-pusing menghantar murid lain.Rayyan sedang tidur Kak.. Oh yea Kak, esok cikgu pesan tidak perlu pakai seluar jeans. Pakai seluar biasa sahaja kerna dia mahu mengajar Rayyan ke tandas supaya tidak perlu pakai pampers lagi.."
.
Sumpah, waktu itu ada rasa sedih. Sedih yang bukan sedikit. Syahdu. Terus sahaja saya mengadu kepada rakan sepejabat..
.
"Sebelum ni,ada dua tiga orang jugak suruh Wan potty train Rayyan sebab dia boleh take instruction, tapi Wan tak sedia.."
"Nape, Wan malas ke?" Tanya teman itu.
"Takkk.. Wan nak dia pakai pampers. Sebab tiap kali Wan pakaikan pampers untuk dia, rasa macam dia baby lagi.. Baby kecik.. Kalau tak pakai pampers dah besar la.."
.
Drama queen, kan? *Mode sedih - Even 30 years from today, he will still be my baby!*
~@Sob.Sob.Sob@~
.
Menurut bibik juga, Rayyan Ariff tidak henti-henti tertawa gembira sepanjang perjalanan pulang menaiki bas sekolah. Teruja mungkin. Kali pertama menaiki bas. =)
.
Secara keseluruhannya, Rayyan Ariff behaved very well in school today. Cikgunya juga melayan dia dengan cukup baik. Kebanyakan waktu, dia asyik melayan Rayyan Ariff. Sewaktu Rayyan Ariff menyusu juga, anak itu berbaring berbantalkan paha cikgunya.. Sepanjang Rayyan Ariff duduk di kerusi, tidak sesekali dia meninggalkan anak itu. Sewaktu Rayyan Ariff duduk di bawah pula, dia begitu setia meriba dan melayan anak kecil itu.
.
Mungkin itu lebihnya Rayyan Ariff.. Allah SWT memberikan dia kelebihan dengan membuatkan orang-orang sekelilingnya mudah jatuh kasih padanya. Syukur Alhamdulillah!

Wednesday, January 12, 2011

Memarahi diri sendiri untuk sesuatu yang bukan satu kesalahan!

OK, kali ini adalah kisah Rayyan Ariff ke sekolah.
.
Sesi persekolahan adalah dari jam 8am hingga ke jam 12pm. Hari pertama, Rayyan Ariff bertahan sehingga jam 11am sebelum dia mengamuk mahu pulang. Hari kedua, dia hanya bertahan sehingga jam 10.30am dan bibik segera menelefon En.Hubby untuk menjemput mereka pulang.
.
Hari esok masih belum tahu bagaimana. Saya tidak dapat menemaninya lagi. Esok, saya hanya menghantar Rayyan Ariff dan bibik ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Dan mereka berdua akan pulang dengan dihantar oleh bas sekolah yang disediakan. Runsing juga apabila memikirkan sama ada Rayyan Ariff mampu bertahan sehingga jam 12pm atau tidak. Harap-harap dia mampu kerna esok hari, tiada lagi saya ataupun En.Hubby yang boleh membawa mereka pulang awal lagi..
.
Hari pertama, sewaktu saya menemani Rayyan Ariff dari luar, sumpah mahu gugur air mata ini tatkala melihat anak saya duduk di kerusi dengan tertib sambil bermain dengan bead toys. Matanya melilau memandang sekeliling termasuk anak-anak lain yang sibuk dengan aktiviti mereka sendiri. Melihatkan Rayyan Ariff yang tidak dilayan sesiapa membuatkan hati saya meronta-ronta ingin mendapatkannya, namun minda menghalang.
.
Sehinggalah selepas kejadian Rayyan Ariff terjatuh dan menangis tidak berhenti, barulah saya dibenarkan berada di dalam kelas tersebut iaitu bersebelahan cinta hati saya itu.
.
Dalam pada saya sibuk melayan kerenah Rayyan Ariff, mata saya tidak lepas memandang anak-anak lain di dalam kelas itu. Ada anak cerebral palsy dan ada juga anak autisme di  dalam kelas itu. Dan Rayyan Ariff adalah yang termuda di antara mereka.. Sungguh hebat asuhan cikgu itu apabila anak autistic yang asalnya hanya berada di dalam dunia mereka sendiri berjaya dilatih untuk menguruskan diri sendiri. Berpakaian sendiri, ke tandas sendiri, makan sendiri dengan tertib, dan juga bisa melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan. Namun yang nyata, mereka tidak 'berhubung' dengan rakan-rakan yang lain. Kemahiran sosial masih lagi perlukan ruang untuk dipertingkatkan.
.
Waktu itu saya terfikir, bukan ini yang saya mahukan untuk Rayyan Ariff. Saya mahukan dia bersosial agar dia dapat meluaskan penerokaannya. Namun senario ini menunjukkan bahawa Rayyan Ariff masih lagi terasing. Namun saya tidak mahu terlalu cepat menilai kerna ini hanyalah hari pertama persekolahan.
.
Waktu sesi rehat untuk minum pagi, saya dihampiri 'seseorang'.. Dan dia yang berhati mulia ini memaklumkan sesuatu kepada saya setelah puas memerhati tingkahlaku Rayyan Ariff sedari awal kehadiran Rayyan Ariff.
.
"Honestly, he's not suppose to be here. He's too focus and too alert to be in this place. He seems so restless because things that we've here is not to his standard. He can do the activity easily though there're still  some room for improvement. Why dont you go and find a better place for him to develop. He's hunger for stimulation and he needs one to one teacher so that he can feed his  learning needs.. And he needs the stimulation right now, dont wait until it's too late.."
.
Saat itu, rasa panas menyerbu ke muka saya. Apa yang sudah aku buat untuk Rayyan Ariff?? Saya mula mencongak kesalahan diri. 
"Did I overstimulate him?"
"Or maybe I've not done enough for him that he doesnt belong to any category?"
.
Kesedihan datang menerpa kerana Rayyan Ariff bagaikan golongan 'tersisih'. Dia dikategorikan sebagai 'advance' apabila diletakkan di kalangan kanak-kanak istimewa. Namun jika diletakkan di kalangan anak-anak tipikal, dia memang sedikit ketinggalan dan pastinya tidak dapat untuk segera menerima pembelajaran seperti mereka.
.
Tatkala itu, saya cukup kecewa dan marah pada diri sendiri kerana mengeluarkan Rayyan Ariff dari kepompong anak istimewa. Hati menjerit mengatakan kalau benar saya mahu berusaha untuk dia, seharusnya saya membawa dia ke satu tahap yang mana dia tidak tersisih. Istimewa atau tipikal, selagi ada tempat untuknya, bermakna dia tidak tersisih.
.
Beberapa nama sekolah dicadangkan kepada saya dan minda terus berkira-kira. Apabila sekolah antarabangsa yang dicadangkan, pasti yurannya bukan sedikit!
.
Setelah meninggalkan sekolah tersebut, saya mula membuat panggilan telefon. Pertamanya, kepada 'kakak' saya untuk melepaskan rasa yang terbuku. Dan barulah jiwa ini mendapat sedikit kelegaan.. Seperti kata kakak saya, sememangnya penat mahu memulakan kembali pencarian, namun kami harus bersyukur. Someone acknowledged that Rayyan Ariff is smart and we should be thankful for that.
.
Betul. Saya terlupa. Benar-benar terlupa. Ini anugerah tuhan buat seorang anak kecil yang dilahirkan di dalam keadaan hampir tiada sel otak! Pernyataan syukur yang harus kami berikan di atas kurniaanNya bukan?? Terus sahaja mulut saya tidak henti-henti mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada tuhan yang maha memberi...
.
Dan hati ini semakin kelegaan apabila saya selesai berbicara dengan Ina, ibu Nabila.. Mungkin kami terpaksa meneruskan pencarian kembali, namun bukankah ini sesuatu yang baik?? =)
.
Untuk hari kedua, saya meminta Rayyan Ariff diletakkan di lantai sahaja kerna bimbang dia akan jatuh lagi..
.
Saya tahu, ibubapa adalah guru terbaik buat anak-anak dan alangkah indahnya kalau saya mampu mengajarnya sendiri sepanjang waktu. Namun kekangan kewangan sangat tidak mengizinkan. 
.

Di sekolah Rayyan Ariff juga terdapat kepingan wood puzzle seperti ini, namun bilangannya adalah sedikit berbanding jumlah kepingan puzzle ini. Mungkin 3-5 keping. Dan apabila my so-called severely brain injured baby sudah mampu menyesuaikan kesemua 16 keping puzzle di atas, mungkinnya dia merasakan tugasan di sekolahnya adalah tidak mencabar.. Mungkin. Wallahualam.
.
Saya sudah mengambil keputusan untuk membiarkan Rayyan Ariff meneruskan pembelajaran di sekolah ini untuk tempoh sebulan kerna sayang pula dengan segala yuran yang telah dibayar. Dalam waktu yang sama, saya akan meneruskan pencarian tempat terbaik buat Rayyan Ariff.. Semoga dipermudahkan segala urusan  anak ini dan semoga anak ini akan 'diterima' kelak.. Aminnn..
.
P/s - Puzzle di atas adalah pemberian boss di pejabat. Kali pertama melihatnya, hati berkata, entah bilalah Rayyan Ariff boleh buat semua. Biasanya begitulah, sesuatu yang kita tidak jangka itulah yang anak-anak kita akan tunjukkan.. Right? =)