Sunday, April 12, 2009

11 months old and birthday party..

Ian turns 11 months old today. I'm not going to blog about his achievement coz I've done that all the time. And also, because to us, the greatest achivement of all is, he's breathing. till now. Alhamdulillah.. Despite all the ups and downs, and all the prediction made by the doctors, he's still standing strong. Actually I should say laying strong or sitting strong in his bumbo chair! :P
.

Allahuakbar.. Besar sungguh kuasa dan nikmatMu...

A month from now, Ian will be 1 year old. We're still thinking whether we want to throw him a party or not. For now, what I've in my mind is to have kenduri kesyukuran and solat hajat agar dipermudahkan segalanya buat Rayyan Ariff.

Was talking to my friend, Intan, and she said there's no harm of celebrating Ian's birthday. Sekadar meraikan 'kejayaan' Ian yang sudah berjuang sejauh ini. I told her that I don't feel comfortable. Those who come will definitely will ask lots of question on his story and his progress. I can get easily tired when it comes to answering this type of question.
.
"Jemputlah orang yang Jiey rasa 'selesa'.." Usul Intan lagi. Hmm.. Mungkin juga. Hanya keluarga dan teman-teman rapat. InsyaAllah.. Kalau ada pun, mungkin hanya majlis kecil-kecilan.. Mungkin pada 10 May nanti.. Dua hari awal kerana hujung minggu berikutnya hubby sibuk.
.
Hari sabtu, seharian kami di rumah. Saya sibuk menyiapkan laporan yang perlu dihantar pada hari isnin nanti. Mungkin tidak dapat menyiapkan semuanya, sekurang-kurangnya, tidak banyak yang tinggal untuk disambung pada hari ahad.
.
Pagi ini, saya mengajak hubby ke kedai peralatan bayi untuk mendapat hadiah buat si cantik Sara Irdina yang lahir pada tarikh hari ini, setahun yang lalu. Sungguh pantas waktu berlalu.. Semasa melawat Intan di HUKM, saya masih membawa Ian di dalam rahim saya.. =)
.
Kerana sudah ada idea tentang apa yang mahu dibeli, kami tidak mengambil masa yang lama. Sebenarnya, saya sudah lama saya berkenan pada soft toy ini. Cuma hubby melarang saya membelikan untuk Ian, tidak macho katanya..
.

Di luar kedai.. F1 racer in the making.. Gambar senyumnya tidak sempat diambil..
.
30minit setelah tiba di rumah, ibu dan bapa mertua saya sampai. Mereka mahu ke kenduri kahwin dan mahu pergi bersama kami kerana kami juga dijemput. Awalnya, hanya hubby yang bercadang untuk pergi. Bila ibu mertua saya bersungguh-sungguh mengajak, saya dan bibik ikut sama. Ian kami tinggalkan di rumah bersama adik lelaki saya. Sewaktu ditinggalkan, Ian sedang tidur.
.
Setelah pulang dari kenduri kahwin, kami agak terperanjat kerana Ian masih tidur. Mungkin kerana hujan yang mencurah, membuatkan Ian tidur lena walaupun kebiasaannya, tidur siangnya hanya 15minit sahaja. Atuk dan Wan gelisah kerana tidak dapat bermain dengan cucunya. Hampir pukul 145pm, barulah Ian bangun dan kami terus bersiap-siap mahu ke rumah Intan.
.

Happy birthday Sara Irdina!! Mama Jiey saaaaayang Sara!!

Suasana di rumah baru Auntie Intan. Saya suka rumahnya.. Cantikkk.. Yang berbaju hijau itu abang Sara, Adam.. Comel sekali apabila dia mencium Ian. Dia memang suka baby..

Ian is checking his goodie bag.. Ada whistle.. Yeayyy!! - T-shirt from Auntie Jue.. Thanks a lot Auntie!! Ian suka.. Lepas basuh terus pakai.. :P

Bibik bagi susu kat Ian. Hadiah sape la dalam paper bag cuti-cuti Malaysia tuh. Tak senonoh betul. Mesti tuan dia busy sangat sampai tak cukup masa nak wrap kan?? :P

Ian and birthday girl.. "Eeii.. Cantiknya.. Girlfriend Ian ke ni mama??"

"Pegang dia sikit.." Kata Ian berani.. - Masa Sara tido, berani la kacau. Bila Sara bangun, takde maknanya. Berair mata Ian kena cucuk ngan Sara.. Jangan Sara, anak Mama Jiey mahal nih.. Rege kondo sebijik.

"Oh mama, saya suka Sara! Kenapa Sara tak senyum balik?? Let my hand go!!"

Suka betul dia! Such a happy baby..

Senyum untuk Auntie Intan!! "Bleh saya jadi menantu Auntie? Saya comel.."

Rayyan behaved so well today. Alhamdulillah.. Nanti Mama leh bawak Ian gi jalan-jalan lagi. Ada lagi girlfriend yang mama nak kenalkan kat Ian nih.. *wink*wink* Nabila and Sarra.. :P

Rayyan asyik menghadiahkan senyum manisnya buat Intan. Mungkin dia suka Auntie Intan, mungkin dia 'kenal' suara Auntie Intan yang banyak memberi kata-kata dorongan kepada mamanya sewaktu dia masih lagi di dalam kandungan. Lucu sekali melihat aksi Ian bila bersama Intan.. Seakan-akan 'jatuh cinta' dengan Auntie Intan. Perkara yang sama berlaku bila Ian duduk dengan Doktor rehabnya, Dr. Tunku..

Bercakap tentang setahun, sebelum ini, jab Ian mengikut birth age dan bukanlah corrected age. Tapi jab untuk setahun Ian, dijadualkan pada bulan Julai. Kerana mengikut corrected age, Ian hanya akan mencapai usia setahun pada 12 Julai nanti. Jadinya, hanya setelah itu Ian dibenarkan untuk makan telur. Dan selepas makan telur, barulah jab itu boleh diambil.

Tadi saya berkira-kira mahu memberi Ian makan telur. Tapi bibik menghalang, "Biarla dulu.. Udah dibilang gitu sama dokternya.. Lagipun, kurang apa gizinya.. Ada daging, ayam, ikan, sayur semua.. Syukurlah tu.."

Ok la Ian, mama akur..

P/s - Dulu, Doktor hanya membenarkan Ian makan pada usia 8 bulan atau corrected age 6 bulan.. Tapi saya mula memperkenalkan nestum masa usia Ian 7 bulan ataupun corrected age of 5 months.. Hehhehe.. Bad me!!

20 comments:

SyahNur said...

salam... i'm ur silent reader... jadik silent reader sbb bnyk baca ur older post... kagum dgn semangat Ian utk hidup... alhamdulillah... congrate for u n family sbb menjaga Ian dgn penuh kesabaran & kekuatan...

for me.. kalo u nk buat doa selamat n sembahyang hajat je utk 1st besday Ian nnti pun ok je.. yg penting niat kite k!

iv said...

salam
jiey betul cakap intan, panggil org yg jiey rasa selesa

baik ya bibik, sungguh memahami

Ian senyum buat aunty iv melt..go handsome boy!

yatie chomeyl said...

ian mmg ensem sgt bila senyum...calon menantu pilihan sungguh :)

btw, i think ur bibik memang baik la..selalu mementingkan Ian..(ni yg I rasa based on ur story la). ssh kan nk jmp bibik yg btul2 boleh di harap

Jiey^Mien said...

Salam SyahNur: saya pun selalu gak singgah kat blog awak.. Jalan2 tgk Dayana, Dayini and Nasuha.. Muda2 dah ada 3 org anak.. Syok betul.. =)
Solat hajat tu niatnya buat di Rawang, rumah atuk and nenek Ian. Itu yang masih berkira-kira nak buat birthday party dia kat rumah sdr tu.. :P

iv, so far bibik ok lagi.. Hopefully in the future pun ok la.. Yang tak tahannya, dok 'berebut' Ian ngan kitorg. Padahal kitorg nak gak la pegang.. Dah la masa kat umah kan limited.. :P

Elyn Sani said...

jiey.... saya tgk ian sengih + senyum cam muke wafiq lam stroller merah tu la huhuhu.....

owh cepat je kan masa berlalu dh pun 11 mnth..... ian betui strong boy cam mama die gak!!!!

Jiey^Mien said...

Yatie : So far ni puas hati lagi la.. Tapi mak dia dok sakit2 ni.. Hujung bulan 5 dia kata nak blk.. Huhuhu.. Risau gak mokcik.. Kang dia tak dtg dah.. =(

Jiey^Mien said...

Elyn : A'ah.. Ada iras kan? Hahaha.. Ke sbb lahir tahun 2008 so muka pun sepesen.. :P
Mama dia yang pinjam kekuatan Ian.. =)

Eliss said...

aku baca entry ni dalam senyuman semanis senyuman Ian..
jiey,buatlah bday party/kenduri kesyukuran utk Ian..atleast ada kenangan bila dier besar nanti..ajak orang yang jiey selesa..

AppleCrux said...

amboi..sungguh charming Ian tu ngorat anak dara org!

Happy 11months old dear!

Leen Die said...

Ian nie suka senyum kan..manis sungguh senyumannya..suka tgk mata dia jiey..mata dia lawa..kalau dia sneyum mata dia pun seakan senyum..bulu mata lentik..kalah bulu mata mokcik nie...Ian lahir 12/5 ek..rayyan lak 12/9..

Ina said...

hoho mama plak kena sound dgn bibik ek xkasik mkn telur. jiey untung bibik sayang ian. xperlu nk gundah gulana sgt hati kan kalau tinggalkan ian dgn bibik. xpela jgn risau. ian mesti tau mama n papa dia org yg plg syg dia n dia pn takkan syg bibik melebihi mama dia punya :)

Pnut said...

wahhh suka dan teruja nengok pic Ian ngendeng kat birthday girl tu..sweeet jek..sangat romeo..

Jiey, pasal birthday party bash tu, akak setuju kalau for the first time ni buat doa selamat dan kesyukuran dulu, and jemput yang Jiey selesa

next year, Ian dah boleh jalan (Insya-Allah Ian kuat) bila dia dah pandai berjalan, baru cun.. suruh dia pegang pisau, potong kek, and dia pun pandai bersuka ria dengan kek, belon...

apa pun itu pendapat akak je.. tapi Jiey sebagai ibunya pasti mahukan yang baik-baik untuk Ian, apa pun yang akan Jiey buat, moga seronok dan bahagia, itu yang penting... Tidak salah kalau kita nak bergembira cara kita, asalkan tidak over dose kan.. yang penting kita sentiasa panjat kesyukuran pada Ian.

Akak pun sabar tunggu tahun depan baru nak wat birthday party ala-ala princess gitu hahahaha biasalah mak pnut over. Tahun ni buat doa selamat je dulu..hiks..

Puteri Satu said...

Aqilah lak 11/5.....dekat-dekat je tarikhnya kan..walupun tahun berlainan...

suterabatik said...

Ian sgt comel... Sgt suke tgk dia senyum.. Sooo cute..

-:- Zafran BabyAndKidsCollections Enterprise -:- said...

sama2 Ian...
so cuteee...

Anonymous said...

hahaha...pandai sungguh ian ni ngorat...klakar giler tgk dia sengih2 tgk sara...cute sangat....

luv,
ninie

Mrs. Simplicity said...

amboi ian, kemain lagi tuh sengih sampai telinga tgk pompuan. mcm sin chan nih. hehehe..

Ummi Alisya said...

hai Ian & mamanyer...sarra teruja tul lah tgk Ian try 'tackle' sara irdina tuh..macho habeh! hehe..erm kalau ader rezeki, kite jumpe di celebration nabilah yer..auntie can't wait to see you, Ian...teruskan senyum manis Ian tuh yer..sarra deboks nak tgk!! hehe...

M@y said...

Jiey,
sgt cumiiiillll la budak Ian nih!! Geram je tgk dia senyum..auww..suwit!!

Jiey^Mien said...

eliss : Mungkin buat kenduri kesyukuran je bulan May ni.. Bulan 7 nnt baru celebrate befday ian skali ngan ayah.. (ikut corrected age.. hehehhe..

applecrux : tenkiu auntie..

leen : sbb tu org selalu ingt ian baby girl..

ina : harap2 gitu la.. mama dia nih jeles sungguh..

kak pnut : insyaAllah..

puteri1 : bleh celebrate togede-gede nih..

suterabatik : singgah2 la selalu.. ian selalu senyum.. =)

auntie jue : arigato sekali lagi..

auntie ninie : nasib baik baby auntie ninie boy.. kalu dok, ian chup..

aly : muka notty budak nih

ita : beware auntie ita, ian nih suka kaco ank dara org nih

may : time mood baik senyum la.. kalo tak, bleh tahan gak nih.. :P