Sunday, April 19, 2009

Membiarkan dia seadanya.. Semahunya..

Dua hari kebelakangan ini, Ian kembali kurang meniarap.. Hari ini, hanya sekali dia mencuba.. Dan saya tetap meneruskan aktiviti-aktiviti latihan seadanya.. Tidak terlalu memaksa dan tidak terlalu mengikut..
.
Saya sendiri masih menyesuaikan diri dengan penggunaan core ball sebagai salah satu alat untuk senaman.. Mudah sahaja apabila melihat Ms. Sarjit melakukannya.. Tapi rupa-rupanya, ia memerlukan banyak tenaga.. Berpeluh-peluh saya dibuatnya.. Elok juga.. Senaman untuk Ian dan saya sekaligus..
.
Berbalik kepada meniarap, bolehkah saya bertanya di sini kepada ibu-ibu yang sudah berpengalaman? Saya tahu saya tidak boleh membandingkan anak saya dengan anak-anak anda.. Tapi sekadar ingin tahu.. Untuk dijadikan panduan..
.
Apabila anak-anak anda mula belajar meniarap dan akhirnya dapat melakukannya sendiri, adakah mereka akan melakukannya berulang kali, setiap kali diletakkan atau ada ketikanya mereka masih mahu berada di dalam posisi terlentang? Sebetulnya saya tidak tahu..
.
Pada fikiran saya, apabila seseorang (regardless anak kecil atau org tua.. ) mengetahui 'pergerakan' baru, tentu sekali mereka akan cuba memahirkan diri untuk lebih menguasai pergerakan itu bukan? Atau pun memang kita semua memerlukan waktu, apa lagi kalau pergerakan itu sesuatu yang susah bagi kita.. Entahlah buntu di situ..
.
Baru sahaja kegusaran bertapak di hati kerana Ian sudah kurang meniarap, sekali lagi dia mengejutkan kami semua.. Semalam, dia berjaya duduk tanpa sokongan untuk jangkamasa 15 saat.. Itu lama sekali bagi dia.. (cuba anda kira 1 hingga 15.. Lama bukan?? :P ). Saya betul-betul bangga dan gembira.. Sebelum ini, setiap kali kami letakkan dia di dalam posisi duduk, dia hanya mampu bertahan sesaat dua sahaja sebelum jatuh..
.
Tapi itu cerita semalam. Hari ini, badan Ian kembali condong hanya selepas 2 saat.. Hahaha.. Saya tidak tahu sama ada saya harus berpegang pada teori saya tadi, atau membiarkan sahaja dia mengambil masa seberapa lama yang dia suka.. Tanpa memaksa, tanpa perlu kecewa.. :P
.
Semalam juga, dia menghabiskan sebotol susu sendiri.. Sebelum ini, hanya beberapa minit sahaja dia mampu memegang botol susunya, tapi kali ini, sudah mampu menghabiskan sebotol susu.. Kalau sebelum ini juga, saya masih boleh memegang botolnya, kali ini, dia 'merampas' botol susunya dari saya.. Mahu melakukannya sendiri.. Menangis andai tidak di beri.
.

Anak kecil mama yang sedang membesar.. Pada mama, kamu masih seorang bayi kecil walaupun bau mu sudah tidak seenak semasa kami membawamu pulang dari NICU.. :P

Patutnya saya berasa senang hati kerana dia mahu berdikari dan mencuba.. Tapi ada sebahagian dari diri saya yang tidak mahu ia berlaku.. Saya mahu dia terus 'memerlukan' saya.. Mungkin kerana saya tidak menyusu badan, jadi saya mahu ada 'keistimewaan' memegang botol susu untuknya.. Hahahha.. Sentimental sungguh menjadi seorang ibu.. Nampaknya saya terpaksa menerima hakikat bayi saya semakin membesar.. =)
.
Semalam, selepas diperiksa oleh Dr. Yong, kami diberitahu agar tidak risau dengan kesan ubat yang diambil Ian.. Masih terkawal. Lagi pula, ruam di badan Ian sudah berkurang.. Masih bisa dirawat dengan krim travocort yang dibekalkannya.. Tentang keguguran rambut, kata Dr., biarkan sahaja dahulu..
.
Di perjumpaan ini juga kami sempat berbincang tentang keputusan ujian pendengaran Ian.. Hmm.. Biarlah pakar ENT yang membuat penilaian lanjut mengenai telinga Ian.. Selagi ada harapan, kami akan meneruskan perjalanan.. =)
.
P/s - Sudah membuat keputusan, hari ulang tahun Ian, kami buat kenduri kesyukuran dan sembahyang hajat sahaja.. =)
Kak Pnut, bleh order cupcakes tak?? Ada special price for special baby tak?? Hehhehehe..

19 comments:

Sue.Aleen said...

yes.. that's exactly what i'm doing... i don't force her. bila tak force sangat ni, akak tak rasa kecewa bila dia tak berjaya capai standard sepatutnya.

akak syukur sebab syafiah puas menjadi 'bayi' untuk jangkamasa yang lama. harap anak lain, sedo tak sedo ada yang dah sekolah pun sekarang ni. how i miss their babyhood. especially the smell.

macam Jiey kata, bukan tak nak dia membesar tapi lebih kepada suka dengan perasaan si bayi terus bergantung kepada ibunya. suka melihat anak sekecil itu berusaha dan terus berjuang untuk kehidupan. memang ditakdirkan menjadi hero dari kecil lagi..

Jiey^Mien said...

Kak Sue, betul sgt2.. Bia la dia nak jadi baby pun.. Takyah pikir nak tambah anak lagi.. Hehehhe..

Anak2 akak yang lain dulu camne ek? once diorg dh tau cara meniarap, diorg akan keep on meniarap ke ade jugak time diorg pause??

Kalau dulu, boleh kata sebab seizures dia.. Skrg ni on medication pun, takkan nak guna reason yang sama.. Hari ni sungguh2 meniarap, esok lain plak citer dia.. Baby mmg macam ni ke or ian yang lain.. Hahhahah..

-mama rayyan ariff yang kurang arif -

Sue.Aleen said...

Jiey,
bebudak lain tu bila dah capai satu milestone akan continue to achieve another. kalo dah meniarap, hari² akan meniarap, lepas tu menggapai benda di hadapan. of course deme ada reverse dulu ke belakang (i mean the movement), tapi improvement tu takkan berhenti. they're busy with growing things. adam could walk at the age of 11 months and his sister at the age of 13 months(most of the toddlers do). can u imagine how fast they learnt to reach each stage? of course, Ian and Syafiah are incomparable with them. macam langit dengan bumi... deme berdua tu stage meniarap mungkin ambil masa sebulan je kot. lebih tu dah menjelajah stage lain pulak. usually, baby w/o prob akan meniarap seawal 3-4 bulan and will keep improving his milestone from time to time.

don't worry Jiey... Ian lebih improve dari Syafiah. anak akak tu baru je nak belajo meniarap...

Jiey^Mien said...

Oo.. Gitu ke?? No wonder la.. Hmm.. Dah agak dah actually, cuma nak confirmation jer.. Thanks a lot Kak..

Hmm.. Jiey rasa baik jugak kalau Syafiah baru blaja meniarap.. Daripada Ian yang dari umur tujuh bulan lagi dok meniarap tapi tak gak terror2.. Hehehehe..

Unknown said...

dont worry jiey... setiap bb lain perkembangan especially bb bertuah cam ian... adwan pun skrg dh leh meniarap pun kekadang malas nak pusing badan n prefer baring or org pegang dia.. jgn risau k. bb ni lau dorg dh tau perkara baru n konfident leh buat, so dorg akan jarang lakukan sebab dorg dh leh buat... lin ckp melalui pemerhatian pd adwan...

so, to lil ian...jgn bg mama risau sgt ye..terus berusaha k syg...

Jiey^Mien said...

Adwindaa : Oo gitu la plak.. Susah jugak bila taktau nak compare ngan sesape ni.. Thanks ek..

mirah said...

Jiey, jgn risau sgt dan paksa Ian lebih2 yea.. :) mirah juga tak paksa khadijah. Biar dan observe saja dia. Skrg ni mmg dia dah meniarap menyusur dgn laju tp still tak dapat bangun duduk sendiri. Bila didudukkan, bertahan lah beberapa minit pastu dia pandai turunkan badan sendiri. Mmg dah duk dalam walker dah pandai gerak kaki sendiri. tgh suka memanjat, kita pula risau takut dia terjatuh dan hentak kepala..

Jiey^Mien said...

Mirah : Takde la paksa sangat pun.. Tapi nak tak nak memang kena buat Ian exercise coz takut badan dia akan kaku / tak kuat.. Mmg ths is one thng that need to be considered for brain injured child.. Kalau pasal premature, takde Jiey risau sgt coz mmg expected to be a few bit late kan.. Tp bila berckp tentang brain damaged child, kita jd taktau.. Benda yang dia buat ni ok ke tak? Normal ke tak? Jadi tertanya-tanya..

Lg pun taknak buat salah yang sama.. Kalau la kitorg dpt detect dia nyer seizures lama dulu, mesti dia nyer progress lagi better.. Tapi takpela.. Yang dah lepas tu lepas la.. Sebab belajar dari kesilapan la Jiey tanya pasal benda ni.. Sekadar nak tahu..

Ada satu mat saleh ni, anak dia sama kes ngan Ian.. Dia buat exercise sdr 3 kali sehari, one hour per session.. Huihh.. Dasyat betul.. Tapi Jiey takde la keras sgt ngan Ian.. 2 times a day.. 15 to 20min per session pun dh syukur bila dia cooperate.. =)

Sue.Aleen said...

yep... anak yang ada brain injury memang berbeza dengan kanak² lain. even tak boleh compare dengan premature. premature ni sooner or later dia akan catch up the same stage dengan yang lain. brain injury child belum tentu. stimulation is on-going process. tanpa stimulation, motor skill kanak² brain injured susah nak bergerak dengan sendirinya...

ps : kadang² termiss jugak bab stimulation ni... bad me!

Jiey^Mien said...

Dulu Jiey selalu rasa guilty ngan Ian coz cam tak cukup byk buat stimulation untuk dia.. Tapi bila akak kata akak pun ada termiss.. Takde la rasa guilty sgt.. hehheeh.. =)

Ala-ala kes masa blaja2 dulu.. Takut bila tak baca buku.. Kalo tgk kawan2 lain baca buku laaagi takut.. Tapi bila tgk ade gak kwn2 yang tak baca buku, lega hati.. :P

Farah said...

hi jiey...

afif pon belom pandai meniarap sendiri lg even dah 4 month plus...

tapi i takdela risau eventhough makcik2 i sume ckp patutnye age ni dah pandai guling hehe...

for me,every baby have their own time..ade yg lambat ade yang cepat..tgk ian pon dah pandai sit even for 15 sec *clap*clap*clap*....kita cuba bantu mereka dgn more practise and stimulation :D

Liana Manjaku said...

Salam Jiey...
Saya baru jer jumpa blog ni dalam 1blog tu. Sy hanya boleh katakan Jiey memang seorang yang penyabar sangat... Semoga dengan kesabaran u akan menjadi 1 kekuatan bagi anak u..InsyaAllah...

Jiey^Mien said...

Farah : Hehhehe.. Kita sama2 relax la yea.. :P
Actually takde la risau kalau dia takleh buat something, macam skrg ni, kalau ikut umur dia patutnya dah jatuh bangun dah.. Tapi tak kisah pun.. Cuma kalau something dia dah leh buat, and suddenly stop tu yang takut.. Takut ada something yang mengganggu.. Kalau dah besar bleh ckp, kecik2 ni mmg kita je la yang kena monitor.. :P

Thanks for sharing yea..

Jiey^Mien said...

Liana : Salam.. Thanks for dropping by.. Nanti saya buat kunjungan balas yea..

Parents kan pelindung kepada anak2.. Just doing what I'm supposed to do.. Actually, Ian is my strenght to continue walking.. :P

Leen Die said...

ermm..rayyan dia meniarap n mengesot.tapi ada yg umur baya dia dah pandai merangkak..pastu ada yang leh duduk sendiri..rayyan lak kiter yg kena dudukkan dia..mula2 cuak jugak tapi hubby ckp setiap budak lain perkembangan dia ada cepat ada lambat..tapi now dah angkat2 bontot sikit..jangan risau jiey..mesti ada lagi peningkatan anak bujang jiey tue..satu lagi kan jiey nak citer ko demo rayyan takleh ore ckp kuat2 ngan dia mudah terkejut.
n://tgk Ian tido nampak dia tggi lah jiey..ikut ayah dia yer..

NizA said...

sukernyer dgr ader Ian dah bleh pegang botol susu..leh duduk even 15sec pun...1 pencapaian yg bagus...unty pasti Ian akan trus berusaha lg tuk membuat mama tersenyum n bangga!!

AiYa said...

salam kenal,

mak kta kata baby cepat lupa apa yg dipelajarinya dan akan ambil msa utk memahirkannya. betul la kot sbb msa 1st time najwa meniarap, smggu lps tu bru dia meniarap lagi.

mOmmy of Triplets plus One said...

dear, rase nye my comment tu tak memberi jawapan yang u nk. tapi in my case...sume my baby each time i nk letak them on the floor / tilam mmg i trus letak dlm keadaan meniarap instead of telentang.

tat's wat i practice right from birth. pastu bile dh smpai certain age diorang akn cube tukar position from meniarap to telentang. awal2 tu mmg tangan sure stuck kt bawah badan so i tolong lar kuar kn tangan to. but most of the time they prefer to be on prone position (meniarap) sbb from tat position die bleh mengusut sesuka hati nk ke mane (before they started crawling)

Jiey^Mien said...

Niza : Ian good boy.. :P

AiYa : Salam kenal.. Thanks for dropping by.. Seminggu ok la kot.. Ni dari 7 bulan dok meniarap lagi.. Hehehhe.. Takpe la.. Pelan2 kayuh..

Munirah : I know it's good.. Before this ada buat jgk.. Tp ada skali tu, my mom buat right after ian minum susu.. tercekik la ian.. muka dah naik biru.. sib baik panjang umo.. terus dah fobia.. skrg ni make sure lepas 2 jam mkn baru buat.. =)