Mata sudah terasa berat. Tiada niat untuk menulis. Tapi ada yang mahu diluahkan. Ada yang mahu dikongsi. Dari malam semalam, hati tidak keruan. Kerana ada sedikit rasa kecewa menyebabkan tiada keinginan untuk menulis atau membalas komen. Entry sebelum ini hanyalah scheduled post.
.
Semalam, beberapa kali saya cuba melakukan senaman-senaman yang diajar di sesi fisioterapi yang lalu pada Ian. Semalam juga, tiada kerjasama dari Ian. Beberapa kali dia menjatuhkan kepalanya dengan sengaja. Sambil ketawa.
.
Mungkin dia hanya ingin bermain dengan mamanya. Benar-benar bermain. Bukannya melakukan rutin-rutin fisioterapi yang memenatkan. Saya betul-betul kecewa. Ada rasa putus asa di situ. Masa saya dengannya cukup terhad. Saya mahu dia faham. Biar dia seperti saya, memanfaatkan segala waktu yang ada dengan sesuatu yang dapat membantu 'masa hadapan'nya.
.
Sukar untuk membuat dia faham. Dia hanya seorang bayi yang tidak mengerti kegelisahan seorang ibu. Dia hanya mahu melakukan rutin-rutin yang dilakukan bayi-bayi lain. Terlalu 'keras' kah saya dengan anak saya? Saya bukan zalim. 'Kekerasan' saya hari ini kerana mahu melihat dia berdiri sebaris dengan anak-anak lain pada masa akan datang. Saya tidak mahu dia disisihkan.
.
Membaca coretan terkini dari Puteri Nuur, membuatkan hati saya tergerak untuk menulis. Secara sengaja atau pun tidak, perasaan 'tersisih' akan datang tanpa diundang. Mungkin hanya mereka yang berada di posisi yang sama dengan kami yang lebih memahami. Senang untuk melemparkan kata-kata, membuat pelbagai andaian, namun sesungguhnya, ia tidak mudah untuk berada di dalam situasi ini.
.
Membesarkan seorang anak sudah cukup susah. Apa lagi seorang anak istimewa. Tahu apa rasanya? Lebih hebat dari rollercoaster ride! Debaran sudah menjadi kelaziman. Kalau hari ini kami diberi harapan, selang beberapa ketika, berita yang kurang enak mungkin menyusul. .
.
Sebagai contohnya, Ian sendiri.. Yang dikatakan hanya akan lahir, namun tidak mungkin akan hidup. Ada kekecewaan di situ. Ada juga harapan. Tapi apabila melihat semangat juangnya, harapan semakin menggunung. Elok sahaja 'gembira' hadir, duka menyelit.. Pembedahan pertama di kepala tidak berjaya. Teruskan hingga 'ia' sesuai.
.
Sesudah itu, Ian dikatakan tidak dapat melihat dan mendengar pula. Kami belajar untuk menerima. Tapi kembali disogokkan dengan harapan. Beri masa sel otaknya untuk berkembang. InsyaAllah dia akan dapat melihat dan mendengar.
.
Apabila disahkan Ian bisa melihat, kami gembira. Tapi sekali lagi terdiam kerana dia mungkin memerlukan pembedahan pada matanya agar tidak mengganggu penglihatannya pada masa hadapan. Agak mengecewakan.
.
Telinga? Kata doktor, dia mungkin bisa mendengar kerana apabila 'bercakap', dia mampu mengawal nadanya. Hati berbunga riang. Harapan kembali menggunung. Tapi sekali lagi, ia memeritkan apabila ujian demi ujian yang dilakukan, tidak membuktikan dia bisa mendengar. Apa rasa hati kami? Setiap kali azan berkumandang, hanya mampu berkata, "Duhai anak, indah sekali laungan azan yang memuji Allah SWT. Kami benar-benar berharap kamu bisa mendengarnya." Dan biarlah, andai hanya sebelah telinga buat masa ini.
.
Ini hanya cebisan dari apa yang kami lalui. Banyak lagi 'kemungkinan' yang diletakkan di hadapan kami. Penat untuk menghuraikan di sini kerana dalam jangkamasa tidak sampai setahun, terlalu banyak turun dan naiknya. Tiada siapa yang mahu jalan ini melainkan orang yang tidak waras. Tapi kami insan-insan yang terpilih, hanya pejamkan mata dan terus berjalan di atas landasan yang telah ditetapkanNya.
.
Kalau dikatakan menggunakan anak istimewa sebagai alasan untuk mengambil cuti, itu terlalu cetek pemikirannya. Kalau diberi pilihan sama ada mahu 'kemudahan' mengambil cuti atau anak yang normal, tentu sekali kami memilih pilihan kedua. Cuti dari kerja tidak bermakna kami 'berehat'. Berada di hospital seharian amat memenatkan.
.
Kalau anda di hospital, menunggu giliran untuk suntikan imunisasi sudah memenatkan, cuba bayangkan 'kepenatan' kami, cuba bayangkan 'kebosanan' Ian. Setiap inci badan Ian sudah tepu disentuh oleh pelbagai pakar. Pediatrician, neurosurgeon, neurologist, ophthalmologist, pakar ENT dan segala jenis therapy yang perlu dia lalui!
.
Itu belum lagi dikira dengan 'pandangan' segelintir pihak. Kami sendiri, pernah diajukan dengan pertanyaan seperti, "Pandaikah dia menangis?" "Kalau dia lapar, tahukah dia menangis untuk meminta disusukan? "Bolehkah dia bercakap bahasa bayi?" "Kesian dia, tentunya dia hanya tahu minum susu dan tidak pandai makan bukan?"
.
Untuk pengetahuan semua, saya cukup pandai menangis, sedari lahir lagi.. Saya juga tahu meminta makanan.. Saya seorang yang suka membebel, walau hanya bahasa bayi.. Saya juga suka makan, bubur nasi yang di blend.. Lauknya: ayam, daging atau ikan, dan sayurnya : brokoli, carrot dan potato. Tapi mama juga tambahkan kismis atau kurma.. Saya juga suka makan apple, banana dan papaya. Nasi saya setiap hari mama yang masak coz kata Mama Qaisara, kena ajar anak makan air tangan ibu, bukannya orang lain..
Oh yea, hari khamis nanti, selain dari fisio dan occupational therapy, saya ada appoinment dgn opthalmologist.. Doakan mata saya ok yea.. =)
Tapi saya tidak salahkan mereka yang bertanya. Kerana mereka hanya ingin tahu. Cuma yang saya bimbangkan, perasaan Ian apabila dia pula yang diajukan dengan soalan-soalan begini. Bukankah dia akan rasa tersisih jika kebolehannya diragukan? Mungkin di masa akan datang, 'tugas' saya akan bertambah. Kerana saya mungkin terpaksa pertahankan dia dari 'dunia' luar.. Mungkin saya juga terpaksa menerangkan mengapa dia istimewa.. Dan mempersiapkan dia untuk mempertahankan dirinya sendiri.
Put, walaupun tidak pernah bersua muka, Jiey tahu 'rasa' itu. Persetankan mereka yang agaknya terlupa tentang kekuasaan Allah..
P/s - Actually, saya mahu tinggalkan anda dengan cebisan email yang saya dapat dari teman siber saya, Ina. Catatannya cukup meninggalkan kesan apabila dia dengan jelas mengeluarkan apa yang terbuku di hati saya. Namun saya takut dia tidak 'selesa'. Saya simpan email itu kerana apa yang ditulisnya, cukup memberikan kekuatan kepada saya. Kalau dibenarkan, mungkin saya boleh berkongsi bahagian-bahagian tertentu, iaitu kata-kata semangat yang dia pegang dan simpan.. =)
.
Dari entry :
Selamanya cinta.. Penat dan lelah akan berlalu bagaikan angin, kerana cinta yang menggunung..
.
P/s/s - Put, nok la video tuh.. =)
15 comments:
sedihnya sy baca jiey... takpe.. u must be strong... Ian anak yang kuat... Ian, jangan putus asa.. teruskan berjuang tau!
hugs n kisses for Ian.. =)
Takpe Ina.. Kelmarin n semalam je jiwa kacau.. Hari ni dah ok.. :P
Bak kata seorang teman, it's ok to fall once in a while as long as we keep on crawling back.. =)
jiey... believe in urself...
maybe Lya bukan ditempat jiey...
but kita semua diuji dengan cara yang berbeza hanya kerana Allah menyayangi kita.
ian... keep smiling k....
Betul tu Lya.. Setuju sgt2.. =)
Jiey,
Demi Ian, jangan putus asa. (itu juga pesanan untuk diri sendiri) tapi, bila rasa air mata sahaja yang boleh menenangkan kita, menangislah. Sudah 2 tahun put menangis, dan yakin akan terus menangis apabila perlu.
Selepas menangis, kita bangun semula. Pasal video tu, nanti Put kasi ye.
Baca entry kali nie membuatkan tersentuh hati leen. Air mata bergenang mengenangkan Ian..tapi dah jauh perjuangan Ian..Dia anak yang kuat Jiey..mmg kiter nak yang terbaik utk anak kiter tapi dia hanya insan kerdil lagi..tak mengerti apa2..begitu juga leen kalau rayyan lasak tak dengar kata leen marah tpi tiba2 terus terpikir rayyan hanya bayi lagi bukan mengerti sakit ke apa ker yg hanya tahu bermain2, nangis..memang kiter berlainan ibu kepada berlainan bayi..tapi Jiey diberi ujian oleh Allah untuk menjaga amanahnya dengan baik..hanya jiey yang merasa dan memikul bebanannya..segalanya hanya dari DIA jiey..semoga jiey terus tabah dan kuat..untuk Ian teruskan perjuangan mu wahai anak kecil.teruskan tersenyum dan tersenyumm...(tengok pepagi mokcik dah jiwang dan wat mokcik teringat kat anak mokcik..waa.....)
Sedih dan sebak baca entry Jiey. U both are strong. Setiap ibu mahu yang terbaik untuk anak mereka, dah Jiey dah cuba buat yang terbaik...u proved that...Moga Allah permudahkan segalanya...
As'kum Jiey :)
Setiap hari saya bukak ur blog,
xsabar nk baca cerita hati & gambar terbaru Ian.
Blog Jiey ni buat saya lebih menghargai apa yang saya ada.
Ketabahan Jiey, amat saya kagumi.
Ian mudah tersenyum, suka tengok gambar2 dia.
Anak saya, nak dapat gambar senyum, mencabar sket.
Tengok Ian asik senyum jer, jeles rasenye, hehee.
Thanks Jiey, tanpa sedar, u help others :)
Peluk cium tahniah juga kat Ian, sebab jadi sumber inpirasi untuk Mama nye bercerita.
jiey...sedih rasa baca entry nih...ape2 pun...tabahkan hati...jgn putus asa...demi anak jiey...
Saya amat memahami apa yg Jiey rasa sebab saya juga ibu yg dikurniakan anak yg cukup istimewa..My Rayyan akan menjalani pembedahan telinga in few weeks..Doakan semoga Rayyan selamat.
Kuatlah kuat, tabah ye....
jiey..
Jangan putus asa ya. kami sentiasa doakan Ian. Apa yang Ian capai harinih sangat2 membanggakan.
itu semua yg jiey raser tp bagaimana ngan Ian..aper yg jiey raser jiey dapat luahkan tapi Ian hanya pendam dan raser sendiri...diyer anak yg tabah jiey..dan haku yakin anak yang istimewa ader keistimewaan nyer senddiri...
lihatlah senyumannyer..walau diyer sakit sekalipon diyer masih tersenyum supaya ibu dan ayahnyer tidak terus risau..setiap derai airmatanyer ader cerita disebaliknyer...jiey perlu kuat utk diyer...kalau Ian tgk ibunyer kuat tentu diyer berusaha utk jadik sekuat ibunyer...
jangan berputus asa jiey..tabahkan hati..berdoalahh..moga Tuhan permudahkan segala urusan jiey sekeluarga...haku doakan terbaik utk kalian...
TQ jiey kerna setiap yg kau tulis membuatkan haku lebih menghargai dgn aper yg haku ader..dan haku amat kagum dgn kau..kau seorg ibu yg tlh memberi kekuatan utk haku menjadi seorg ibu yg baik..
jiey,
just want to share with you lah.. about neurogain supplement. recommended by uwais doctor. so far, sangat bagus utk brain uwais, especially utk kids with learning disorders.
not sure dari umur berapa boleh start makan, maybe 1 year+... apa2 pun mintak consult dari Ian's doctor dulu yer!
http://www.mederis.com.my/NeuroGain_Vegi.html
akak rekemen coz memang nampak byk improvement especially brain uwais!!
Thanks for the recommendation Kak. Ian mmg tgh amik Neurogain skrg.. Pastu amik Notropil Piracetam, MCT Oil and Appeton.. Ni semua utk brain development and weight gain.. Tambah satu lagi, Epilim utk Seizures.. =)
Post a Comment