Sunday, April 26, 2009

Sayang dia hanya untuk saya! =P

It's official, Ian knows how to kiss me!! :P
.
Malam tadi, saya meminta Rayyan memberikan ciumannya buat saya. 3 kali. Dan ketiga-tiga kali itu juga permintaan saya tertunai. Mommy yang ada di sebelah tertawa besar, seterusnya mengambil Rayyan dari pangkuan saya.
.
"Cium nenek.." Ian hanya tersenyum dan menyentuh lembut pipi nenek dengan tangannya. Berkali-kali mommy mengulangi permintaan yang sama. Hanya sentuhan dari tangan kecilnya. Dan giliran saya pula menyuakan pipi saya kepadanya. "Cium mama sayang.." Tanpa berlengah, dia memberikan saya ciuman yang keempat.. Hehehe.. Ian sayang mama! Ciuman Ian hanya untuk mama.. :P
.
Dan malam ini juga, untuk pertama kalinya, Rayyan berjaya menarik kaki ke dalam mulutnya.. Alhamdulillah.. Suatu waktu dulu, therapist Rayyan sering mengajar kami menolak kaki Rayyan ke atas. Biar sampai ke mulut. Katanya, kalau bayi tidak mampu membengkokkan badan sepenuhnya, mungkin dia akan mengalami masalah pada tulang belakang nanti.. Ataupun stiffness pada bahagian pinggang dan kaki..
.
Dan hari ini, pertama kalinya, tanpa bantuan kami, Rayyan berjaya memasukkan ibu jari kaki ke mulutnya.. Menyaksikan progress anak ini dari hari ke hari cukup mengujakan. Hanya syukur ke hadratNya yang terucap.. =) Ini bukan aksi mintak adik seperti kata orang tua-tua yea.. :P
.

Sekarang, Ian juga semakin 'hebat' menunjukkan 'protesnya' dalam banyak perkara. Waktu makan, sudu mahu dipegang sendiri. Mahu dijadikan teether. Fisio juga sudah tidak sesenang dulu. Dia bukan lagi seorang anak kecil yang hanya menurut. Segalanya harus mengikut kehendaknya, jika tidak, raungannya akan kedengaran!

Kerana sudah lama tidak berjalan-jalan, hari sabtu, kami ke Mines. Sekadar membawa nenek dan bibik bersiar-siar. Sudahnya, duitlah yang 'hangus'.. :P

Untuk Ian. Sleepsuits, rompers, jeans. sleeveless shirt dan kasut.

Untuk mama dan ayah.. Blouse, t-shirt dan shorts
.

Ian @ Food Court.. Tersengih2 dengan nenek..

Hmm Ian sekarang agak susah untuk didekati oleh orang-orang yang tidak dia kenali. Hatta dengan nenek sekalipun. Setelah beberapa hari, barulah mahu berbaik-baik dengan nenek. Hanya dengan nenek memegang tangan Ian sahaja boleh membuatkan dia menangis. Senyuman jauh sekali, langsung tiada..

Keesokan harinya, saya terpaksa ke office menyiapkan sedikit kerja. Dari office, saya dan hubby bergerak ke Midvalley untuk menghabiskan masa dengan teman-teman baik yang sudah lama tidak kami temui. Bergelak ketawa dan berbual-bual kosong. Namun tidak lama, kerana kasihankan Rayyan yang ditinggalkan di rumah.

Mokcik gemuk.. Amik gamba pun sorok2 belakang member2.. :P

P/s - Esok, kami akan ke SJMC sekali lagi. Temujanji dengan neurologist Ian lagi. Moga-moga segalanya baik-baik belaka.. Aminnn..

11 comments:

Ummi Salsabila said...

bestnye rayyan da pandai kiss mama dia.aufa bilala lak..:)oo,bby hisap jari kaki tu kira progress nye ea?sy siap tego & halang aufa buat camtu..(terpengaruh dgn kata org tue2 pnye psl..hihi)
*bestnye shopping moping ye..jiey,i tag u.nnt amik ye*

yatie chomeyl said...

ian punyer senyuman mmg sweet la...geram btol nengok

btw, lawa blouse tuh *wink wink*

Pnut said...

baru baca part entry jimat cermat tu..tetiba baca pulak entry mama Ian shopping baju-bajuan, kasut-kasutan Ian tu..heheheh

tak sabo juga nak tgk jiey decorate rumah baru nanti..jangan lupe menempek gambar nanti

Jiey^Mien said...

Ummi Salsabila : Tak lama lagi, terror la Aufa tu.. =)
Thanks.. Nanti Jiey amik yea..

yatiey : blouse terpaksa tu.. blouse untuk org yang dah gemuk.. :P

kak pnut : alamak kantoi.. ingt tak perasan tadi.. :P
Ni last shopping.. Betul.. :P
Ala.. Jiey bukan terror bab2 decorate nih.. Mmg takleh lawan akak la..

Unknown said...

hehehe gud ian..dia kiss mama dia je...

cam adwan lau kiss abis lekat ngan air liur bagai..hihihihi...

Mrs. Simplicity said...

aaa mmg betul la, makin besar makin banyak ragam anak kite ni ek. sama mcm nia, x mau kat org, tak bole tgk mama dia bangun pun mula la mengamuk. tp bab mintak kiss nia x terror lg. ;)

jiey, mata ian getting better kan? da x nampak crossed pun kan?

Elyn Sani said...

jiey saya pun teruja bile wafiq chium saya tp ........ nnt tgk blog ptg kang!!!

Ian meh chium aunty plak!!!

Liana Manjaku said...

his tak tau pun isap ibu jari itu progress. Dulu bila Husna buat cam tu...hati takut gak! Takut Husna beradik sebelum dia sempat boleh berdikari...huhuhu...Tahniah untuk ian...

eziannr said...

ahahah...comel...Ian dh pandai dah...keep it up boy!

Leen Die said...

Encem tul Ian senyum..tue mommy jiey ker yang gambar ngan Ian tue?kenapa satu gambar tue Ian cam tak puas hati jer..cam nangis..apa mama Ian buat kat Ian...neway go..go..Ian..huhu..jeles sebab Ian dah pandai cium mama dia...huhuhuh..pray for me supaya Rayyan cepat cium pp ummi dia..wink!!!

Jiey^Mien said...

lin : betul lin.. basah pipi.. hehehhe..

aly : lama2 dapat la nia tu..
alhamdulillah.. memang getting better.. doktor pun puas hati ngan mata dia..

elyn :siyannya.. sampai naik merah pipi mummy.. hahhaha..

liana : ia la.. petua org tua kan banyak sangat.. :P

eziannr : insyaAllah.. hopefully, more good news to come..

leen : insyaAllah.. esok lusa bleh la tu.. :P