Melihat foto bayi-bayi yang menjalani fisioterapi, saya agak terperanjat menyaksikan ia melibatkan banyak peralatan bantuan. In kerana, pada setiap sesi terapi Ian, dia hanya dipastikan meniarap dan mengangkat kepala. Saya tanyakan pada teman saya, "Mungkin kerana Ian masih kecil." Jawab teman saya itu..
.
Sesi terapi dulu..
Sekarang, Ian mengikuti terapi di SJMC. Di bawah pemerhatian Dr. Tunku dan therapistnya ialah Ms. Sarjit. Dia sudah berpuluh tahun bekerja dengan bayi dan kanak-kanak. Cukup berpengalaman. Orangnya teliti dan mempunyai personaliti yang baik. Lembut sahaja dia apabila dengan bayi.
Nampak kan kesan parut di kepala Ian
Cubaan membuat Ian meniarap.. .
Saya tanyakan pada Ms. Sarjit, pada usia berapa dia mula menggunakan peralatan pada bayi? "Seawal usia dua bulan. Tapi jangkamasanya tidaklah lama. Sekejap, sekejap sahaja sudah memadai.." Jawabnya di dalam bahasa Inggeris. Dia agak kekok bila berbahasa melayu.
.
Saya agak terperanjat. Di tempat lamanya, Ian hanya disuruh meniarap, mengangkat kepala dan duduk dipangku. Dengan mulutnya yang bising, setiap kali Ian tidak mahu mengangkat kepala, Ian dikatakan malas.
.
Saya bangkitkan isu 'malas' Ian. Percuma, Ms. Sarjit kelihatan cukup tidak berpuas hati. "You try to put yourself in his shoes. It's not easy for him. His body tone is not strong. He has lower body tone. For him to do the things that we asked him to do, is hard work. If he could, he would. He's not being lazy. It's not that he didn't try. He did. You can easily know when a child is throwing tantrum and don't want to cooperate. But it's definitely not Rayyan. He cooperate well. He's playful. He loves to communicate. If you try one thing and he's tired, make him do other things then only get back to the first one." Sekejaban saja, Ian mula menangis.
.
"See, I told you these are not tears of laziness. He's tired. If your baby is lazy and throwing tantrum, it will be merely screaming rather than crying with tears! Even if I ask you to sit on this ball, while holding your head straight, how long can you last? It's tiring. Furthermore, his muscle is not as strong as yours.."
.
Sewaktu Ms. Sarjit berbicara, rasa panas menyerbu ke muka. Saya tahan air mata yang hampir mengalir. Maafkan mama kerana salah sangka. Maafkan mama kerana tidak memahami. Maafkan mama sayang. Ms. Sarjit kelihatan cukup tidak berpuas hati dengan therapist yang mengajar saya bahawa Ian pemalas..
.
Apabila tamborine dibunyikan di bahagian sebelah kanan telinganya, Ian akan mengangkat kepala dan memerhati alat-alat yang dibunyikan kepadanya. Beberapa kali perbuatan yang sama diulang. Tiada reaksi di sebelah kiri. Hanya kanan sahaja.. .
Hebat tak saya angkat kepala? Saya anak yang kuat! Sewaktu Dr. Tunku sibuk memberi penerangan, Ian tidak henti-henti memandangnya sambil memberi senyuman yang cukup manis. Kadang-kadang dia 'menyampuk', seakan Dr. Tunku sedang berbicara dengannya.
"Dr. I think he likes you. It's normal for him to smile at anyone that he sees, but it's something unusual for him to smile at someone whom he just met constantly.." Kami semua tertawa.
"Oh Rayyan, Dr. likes you too.." Kata Dr. Tunku sambil mencubit pipi Ian manja..
Sungguh. Senyuman yang Ian berikan kepada Ms. Sarjit juga tidak sebanyak yang diberikannya kepada Dr. Tunku. Lucu sekali Ian.
Sesi theraphy berakhir selepas sejam lebih. Dr. Tunku memberi masa 6 minggu untuk Ian mencapai sasaran yang diletakkan padanya. Dan saya, pulang dengan rasa bersalah yang teramat dalam.
Kenapa? Kerana saya sering meletakkan Ian di dalam keadaan meniarap dan meninggalkan dia untuk beberapa ketika. Sama ada membuat kerja rumah atau membancuh susunya. Kalau dia tidak mahu mengangkat kepala, lagi lamalah masa yang saya kenakan padanya. Semua atas dasar Ian malas hendak berusaha. Bodohnya seorang ibu!
On the other hand, saya sudah mendapat keputusan BAEP test Ian. Jiwa saya dilanda taufan untuk seketika. Tewas lagi.. Sukar untuk saya terima kenyataan ini kerana apa yang ada dihadapan saya bertentangan dengan apa yang diberitahu. Tapi biarlah.. Gagal berulang-kali bukan bererti tewas. Kita hanya tewas setelah kita mengaku kalah. Dan mama sama sekali tidak mahu Ian mengaku kalah! Bukan sekarang nak..
Untuk tatapan auntie-auntie semua.. Terimalah....... Rayyan Ariff dlm mode : MUKA SERIOUS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH! - SAYA BUKAN PEMALAS OKEY??
.
Ku ingin selalu di sampingmu..
Tiap waktu siang melambai malam..
.
P/s - Perbualan antara saya dan bibik selepas pulang dari hospital :
.
"Kakak, Rayyan disayangi semua ya kak?? Ke mana-mana sahaja dia pergi, jadik perhatian dia. Mungkin kerana dia suka senyum ya kak??" Kata bibik kepada saya..
.
"Baby bik.. Sesiapa sekali pun, mesti suka pada baby kan?" Jawab saya bersahaja.
.
"Tapi rasanya lain sekali dengan Rayyan ini. Sayangggg banget" Jawab bibik lagi.
.
"Bagus la kalau bibik sayang sama Rayyan. Saya pun senang hati. Jaga Rayyan baik2 yea bik.. Inilah harta saya yang paling berharga. Amanah Allah yang tak ternilai!" Saya menjawab sambil tersenyum..
.
Saya tahu ramai yang mengatakan Ian bernasib baik kerana bibik menyayanginya. Rezeki dia mungkin. But the drawback? Dia terlampau memanjakan Ian. Kurang exercise. Asyik main sahaja. Sehinggakan Ian sudah tidak mahu mengikut arahan. Sampaikan duduk di bumbo chair juga tidak mahu, dia akan menolak-nolak kepalanya ke belakang. Meniru aksi yang sama semasa dia 'bermain' dengan bibik.. Aduhh.. Taktahu macam mahu terangkan lagi! Haihh..
.
~We are not challenging the reality of life.. But we are defying the odd~
17 comments:
Jiey..entry kali nih mcm sedarkan ina jugak!huhu..ina slalu ckp Nabila malas nak angkat kepala..tapi sebenarnya dia dah cuba kan?huhu..sedih la ina..ina pun rasa ina mcm ibu yang tak mampu nak paham perasaan anak..pasni ina tak nak ckp Nabila malas lagi..sian Nabila dan Ian..dorang dah usaha tapi kita tak sedar.. :(
jiey kalau mcm tu jiey tegur la bibik secara halus. agaknya bibik xsedar kot dia manjakan sgt ian. ajar dia jugak ke mcm mana nk buat so that sama2 leh latih ian. ian pn byk dok dgn bibik kan kt rmh so if jiey xde leh la bibik wat homework dgn ian setakat mana yg plg mudah tu.
terharunya...hmm...kalau sy jd awk pun mungkin sy fikir gitu jgk...nampaknya kito ni kurang sensitif kot...sie ko ank2...takpola...ian mesti buleh buat...sama2 doa ya...
luv,
ninie
oo bibik ni manjakan Ian sgt, nk kene babab bibik nih hik3x...xpe lah Jiey, kan ada balance. Jiey kan sentiasa memantau Ian...bibik memanjakan Ian..apa sekalipun,Ian mesti tau yang Jiey syg dia sgt2 :)
oh ian memang good boy..
Dear Jiey...masa Dina's fisio session dulu pun, they used lotsa toys to stimulate her tapi dia cukup suka bila digolek golek atas bola besar tuh...too bad masa tu tak teringat nak snap the photos...Ian is a strong boy ! He will do great..:)
ian, bila aunty aly nak jumpe ian nih. nia nak jumpe ian jugak!
p/s : jiey, susah gak dpt bibik camni ek. jaganye da tip top, tp... aku paham tuh...
moga ada sinar buat IAN di kemudian hari...AMIN!
Salam...
Jiey mmg parent yang bertuah & beruntung ade anak macam Ian.. Ian anak yang kuat.. Yang x cepat putus asa... Go Ian, Go...!! U r strong boy.. Make your parent proud!!
Ian...u can do it dear!!!we all love u...
jiey...dlm ape yg kite buat n walau ape org sekeliling ckp...ambik yg positif...tabahkan hati jiey...
Autie leen tahu Ian bukan pemalas kan..semua gambar2 Ian menunjukkan dia berusaha untuk berjaya..Try da best ok bb Ian..U can do it my little bb Ian..
auntie tujukan lagu untuk Ian..
You're my Honeybunch, Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake, Gumdrop
Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear..
Nanti klu auntie p umah Ian autie pasangkan lagu nie k....hahah..wat msg tone autie..rayyan pun suka dengar..
Untuk jiey jangan give up k..ambo tahu demo kuat..
muah tuk ian!!!
Ian dah usaha sehabis boleh tu. dan jiey pon tak tau sebelum ni kan.jiey pon macam semua mak2 jugak, mesti nak yang terbaik untuk anak sendiri kan? jangan salahkan diri sendiri ok. sebab jiey pon dah buat sehabis baik untuk Ian.
suka tgk Ian sungguh2 nak angkat kepala. gerammm!!!!!
jiey..semua ibu mcm nie..selalu nak ank cepat2 mahir tapi tak berusaha faham keadaan anak kan..takper lahh...ari nie kiter dah blajor satu benda..sok2 tak berulang lagik..kannn...
perponnn rayyann tetap chomell...chomel diatey haku seorg ibu..jgn berputus asa yer nak..masih jauh perjalanan idup ini utk kau tempuhh...
go ian go....
ian pasti boleh
jiey sebagai manusia kita tak terlepas daripada melakukan kesalahan...
jiey ibu yang hebat..tabahkan hati ye
owh Ian sungguh comel.. tak jemu pandang dia
comelnyer ian...seronok tgk dia suka senyum...how i wish my baby boy will be as sweet as him when he comes out...hihihi...
hugs & kisses for rayyan...
luv,
Auntie ninie
Post a Comment