Monday, April 27, 2009

Hanya selepas 60 hari..

Temujanji hari ini berlangsung dengan baik sekali.. Seperti kebiasaannya, waktu banyak yang terbuang kerana menunggu giliran. Kebetulan, hari ini Dr. Sofiah terpaksa menjenguk pesakit di wad (mungkin kerana kes kecemasan), menyebabkan pesakit-pesakit yang menunggu di klinik mula kebosanan dan ada juga di antara ibubapa yang tertidur..
.
Kami tiba di klinik pada jam 9.40am dan hanya dapat berjumpa Dr. Sofiah apabila waktu menghampiri detik 130 petang.
.
Mama, lama lagi ke turn kita?
.

Cepat la Ma.. Ian dah bosan ni..
.

K la.. Since mama tak bawak toys Ian, Ian main ngan pacifier la.. Boleh buat teether tau!

Uhh.. Sedapnya.. Auntie2 nak??
.

Saya maklumkan kepada Dr. Sofiah tentang pencapaian Ian dalam masa sebulan ini. Walaupun baru sebulan, Ian hari ini kelihatan cukup berlainan dengan Ian sebulan yang lalu. Lebih alert pada persekitaran. Badannya juga sedikit keras berbanding dahulu.. Kawalan kepala juga bertambah baik.. Dan Dr. Sofiah juga mengatakan Ian boleh duduk tanpa sokongan kerana sewaktu diperiksa, Ian mampu bertahan untuk beberapa detik.. Alhamdulillah..

Belum ada gigi la Doctor.. Coming soon..

Tapi Ian masih tidak mahu menjejakkan kaki. Dr. Sofiah meminta agar banyak rangsangan dilakukan pada kaki Ian. Dan juga pada telinga Ian.. Masalah pendengaran Ian, bukanlah kerana kekurangan pada telinganya, tapi kerana kecederaan otak. Hanya dengan rangsangan yang berterusan yang dapat membantu. Hmm.. It's ok sayang.. One is better than nothing.. :P

Saya juga memaklumkan kepada Dr. Sofiah tentang keengganan Ian melakukan fisio. Tangisan dan jeritan seakan-akan dipukul. "Takpe, biar dia menjerit.. Biar dia meraung.. Ini untuk kebaikan dia.." Kata Dr. Sofiah.. Hmm.. Baiklah Dr., saya akan terus berusaha..

Kami juga menunjukkan rakaman ini kepada Dr. Sofiah, dan dia mengesahkan, inilah bentuk seizures Ian.. Sudden silence.. Takpelah.. Moga nanti, segala seizures yang mengganggu ini akan hilang..

Sewaktu mahu meninggalkan bilik Dr. Sofiah, dia menghadiahkan satu ciuman ke pipi Ian.. Dan saya selaku ibu, tersangatlah gembira! It's not everyday we can see a Dr. gives a kiss to her patient kan? Pada sesi fisio yang lalu, Ms Sarjit yang menghadiahkan satu ciuman kepada Ian.. I'm soo flattered. Ok la.. I know, Ian is so lovable.. Uwekkk.. Mama perasan!

Dalam kepenatan menunggu tadi, saya sempat berkongsi cerita dengan 'kakak-kakak' yang berkongsi nasib yang sama. Kak Zaimah dan Kak Lina. Masing-masing mempunyai anak-anak istimewa yang berusia hampir 6 tahun. Anak Kak Lina, sudah mampu membaca walaupun tidak lancar.. Dan anak Kak Zaimah, masih mencuba..
.
Saya kagum dengan kekuatan yang ada pada mereka. InsyaAllah.. Saya juga mahu menjadi seperti mereka.. Kami bertukar-tukar nombor telefon.. Dan mereka juga berjanji sekiranya ada apa-apa perjumpaan atau tempat pembelajaran yang dirasakan sesuai, mereka akan memaklumkan kepada saya. Di dalam gelak tawa mereka, mereka berkata..
.
"Nak harap jadi macam anak-anak lain takde la.. Kalau dapat urus diri sendiri pun dah cukup bagus.." Kata Kak Lina..
.
"Eh.. Eh.. Ini tiket kita ke akhirat nanti tau.. Bukan semua orang terpilih macam kita.. Kita ni memang istimewa lah.." Sampuk Kak Zaimah pula.
.
Dan saya cuma menyambut dengan senyum dan tawa sahaja. =)
.
Kerana segalanya berjalan lancar, temujanji seterusnya, hanyalah selepas 60 hari lagi atau pun selepas 2 bulan.. Alhamdulillah..
.
P/s - Saya suka doktor-doktor di SJMC.. Puas hati! Oh yea.. Doktor di PMC pun best jugak.. :P

20 comments:

fatnulhani said...

salam..k.jiey..
comelnye ian..kite suke sgt tgk ian..geramnye..nak cubit tak leh plak..jauhh..merentasi benua tu..

btw akak,kite suke ngn gaya Dr Sofiah tu..hope i can be like her one day..its not easy actually to be a doctor..but nowadays,there's lots of people who are 'playing doctors'..even they take real medicine,but they dont know the purpose why they are in this field..sounds like disgusting but this is what i feel towards medical life nowadays..(sbb sy sndiri yg merasakannya..)..doctors should know how to socialize with the public and i wonder if i could do so once i've graduated and wearing whitecoat and hanging sthetoscope around the collar..
anyway k.jiey..i really2 like ur posting kali nih sbb bnyk sdrkan tntg tggungjwb as a doctor(sbb sy nmpk dr sudut ni more than others..other people others la ye..hehe)i wish i'll be a good doctor one day dunia wal akhirah..

thanks so much k.jiey!teruskan berkarya..suke sgt baca tulisan akak!!
(oh ye,akak dok KB belah mane ye?i'm also kelantanese girl..:)

real life,
Cairo,Egypt

Love... said...

well done ian...
aunty tau ian mesti boleh..
go ian go...

Anonymous said...

hihihi...suka sgt tgk gambar ian yg 2nd tu...cute...hahaha...auntie ninie doh tok cekak doh lo ni...nasib baik la beli belako doh brg2 baby...tinggal sikit2 jah...lo ni gak, nok angkat kaki naik seputung anok tanggo pun raso supo angkat beban 2-3 kilo...huhuhu...xsabar nk tgk baby...nanti buleh bwk gi main ngan ian...ntah2 by the time baby auntie besar sikit, ian doh pandai ngenak...hehehe...jenuh la mama awk nk kawal maso tu ian ooii...

p/s: never stop writing g...one day, ian will love to read all the postings and comments here...

take care.

love,
ninie

Elyn Sani said...

aunty sungguh jeles tgk rambut Ian yg kemas itu!!!

mirah said...

Jiey, Ian nampak taller and slim lah atas kerusi tu. Nmpak big boy dah..

Jue @ atanayuiman said...

alahai... comelnya Ian..

yatie chomeyl said...

jiey, best napok Ian suko2 main bola tu.. semoga Ian sihat2 sokmo..dan progress dari sumo segi ...amin

Adinina said...

hensem la Ian ni...such a strong boy... definitely kebanggaan mommy & daddy... :)

Leen Die said...

SALAM JIEYY>>>(baca ngan nada mcm excited..jiey happy sgt2 tgk Ian duduk atas kusi...hebat...Ian sungguh Hebat..tgk doktor cek pun duk diam..siap pegang kusi tue..waahhh..jiey happy to Ian...happy giler tgk gmbr nie....im pround with u babyy boy....bravo22222...tak der apa yang leh autie leen ungkap sekadar perasaan nie Happy sgt2 tgk gambar2 ini...

NizA said...

suker dgr perkembangan Ian makin baik...truskan usaha awk demi IAn...

nieza said...

bravo Ian..Ian sangatlah comel!

Leen Die said...

salam sila jawap tag yer

miezrina said...

jiey cuba bagi ian pijak rumput di waktu pagi (yang ada embun tu)

org tua2 cakap... texture rumput + embun leh rangsang kekuatan kaki (tapak kaki)

Jiey^Mien said...

fatnulhani : Actually, at first, akak nak letak, to those who's doing medic, to practice the same thing. Tp bila pikir2 blk, ade ke doctor-to-be yang bc blog nih? Hehehe..

Even if benda tu nampak simple, but it gives a huge impact.. rs macam diterima.. rs macam tak tersisih.. Sbb sesetengah doktor, pilih utk letakkan boundary between them and pesakit..

Apa2 pun akak wish for the best to you.. InsyaAllah, you'll be a good doctor one day.. =)

P/s - ambo oghe wakaf che yeh.. :P

Jiey^Mien said...

love life : insyaAllah Aunty.. Continue doa utk ian k..

ninie : saya pom tak saba nk tgk ninie n mail junior.. nati bleh wak playdate.. =)

elyn : rambut ian kasar la auntie.. dah panjang blk dah.. nanti jd kerinting blk.. aduhai.. kena go trim awal2 ni..

mirah : mmg tall and slim.. tak naik2 berat dia.. taktau nak wat camne lagi..

jue : ni modal nak ngorat nih

Jiey^Mien said...

yatiey : hok suko2 main bola tu best dengar.. tp at the end of the clip, tibo2 senyap.. seizures attack.. :P

adinina : nanti nak ngorat nafisa.. bleh? :P

leen : thanks leen.. keep on praying for his well being deh..

Jiey^Mien said...

niza : insyaAllah.. selagi terdaya..

nieza : tq auntie.. comel leh wat modal ngorat nnt.. :P

leen : hutang dulu ekk..

miezrina : thanks for the tips dear.. ada gak org tua ckp, tak terbuat lagi.. mama dia n dia2 sekali stok2 bgn lambat.. lepas subuh sambung tido..

ladYbirD said...

Salam kak jiey..im ur silent blog reader and i everyday akan tgu ur tulisan...ur wordings r so organized,tabah,spiritual, and ambitious..biler ari2 tgok Ian progress better everyday..i'll smile n cry...he is such a strong determined and cute boy...suke baca n3 akak especially biler u said Ian's kiss is just for u..bahagianye...

p/s: i'm a doctor to be too..n ive found that ur n3 gives me d urge and motivation to stady..hiihihi..i want to be a gewd paediatric dr too.. hugs and kisses for kak jiey and Ian..(sbnarnye dh lamer nk leave comment tapi segan..hihii)

Liana Manjaku said...

JIey,
semakin seronok membaca... Ian memang cute boy...Comel sangat!

Jiey^Mien said...

Salam ladYbirD : Jgn la puji lebih2segan pulak.. Akak cuma tulis apa yang lahir dari hati..

Hopefully Ian will keep on progressing..

Waaa.. ANother doctor-to-be.. Bangganya akak ngan adik2 nih.. Kena betul2 determine baru leh wat medic.. I can feel that you're gonna be a gud paediatric dr one day.. =)

Liana : Semua baby pun cute.. Sama macam Husna.. =)