Sunday, April 5, 2009

Overview

Biar saya gelarkan overview sahaja berbanding brown bag. Rasanya, terlalu banyak yang hendak diceritakan berbanding masa yang terhad.
.
Kepada yang sudah membaca buku What to do about your brain injured child, tidak banyak maklumat baru yang diperolehi. Tapi kursus selama 2 jam setengah itu sama sekali tidak merugikan. Ibaratnya, seorang pensyarah ‘pakar’ mengulang kembali apa yang telah kita pelajari, yang sekaligus menyegarkan ingatan.
.
Sesi yang paling menyentuh jiwa, apabila video-video anak-anak brain-injured ini ditayangkan. Bayangkan seorang kanak-kanak down syndrome yang asalnya tidak tahu apa2, kini bekerja di sebuah bank terkemuka di Amerika dan memiliki segulung ijazah sarjana di dalam bidang ekonomi. (Mokcik terasa kekerdilan diri hokayy!! Mokcik pun asyik tertangguh niat untuk menyambung pelajaran)
.
Yang terpaksa saya tahan sepanjang sesi adalah ‘rakan’ baru yang setia duduk di sebelah saya. Mukanya mempamerkan rasa tidak puas hati. Mulutnya mengomel berkali-kali.
“You bought that book? You can easily borrow that book at National Care for free and photocopy it. It will only cost you RM20.” Katanya pada saya.
“Even though he got master’s degree, he still looks like a syndrome down person!” Bisiknya ke telinga saya, merujuk kepada rakaman video yang saya nyatakan tadi.
.
Mungkin dia tidak mengambil berat tentang kursus ini kerana anaknya kelihatan ok pada mata kasar. Mild autism yang dikesan pada usia 3 tahun. Hyperactive dan sedikit developmentally delayed. Selain masih tidak boleh membaca pada usia 5 tahun, anaknya ok. (Diulangnya berkali-kali bahawa anaknya masih belum boleh membaca. Saya dahulu pun usia 6 tahun baru boleh membaca! Pelik..)
.
Kenapa saya sibuk bercerita tentang ibu ini, kerana saya sedikit tersentap dengan soalan yang diajukan kepada saya. “Is your child normal?” Saya terangkan serba sedikit mengenai Rayyan. “Then, why are you here?” Aduhaiii.. Lawak betul! Siapa kamu untuk mematikan harapan yang saya letakkan kepada anak saya? Lihat dulu Rayyan sebelum sewenang-wenangnya kamu mempertikaikan anak saya. Saya ingatkan saya tidak akan didiskriminasi di sini. Rupanya saya salah!
.
Itu belum lagi dikira beberapa kali dia 'mengintai' handphone saya. Tidak mungkin kerana mahu tahu waktu kerana dia sudah punya jam. Mungkin mahu menatap wajah Rayyan pada wallpaper handphone. Mungkin pada fikirannya Rayyan kelihatan seperti alien. :P
.
Ok. Saya tidak akan menghuraikan secara detail di sini. Kalau ada sesiapa yang mahukan material yang saya perolehi, berikan alamat untuk saya hantarkan.
.
Tentang pergerakan. Sebenarnya, anak-anak ini harus bergerak sebanyak mungkin. Untuk membolehkan mereka bergerak, harus diletakkan mereka di dalam keadaan meniarap. Apabila berada di dalam keadaan meniarap secara berterusan, mereka akan mula untuk bergerak.
.
Pada permukaan yang rata, agar sukar untuk mereka mengesot kerana mereka terpaksa melawan gravity. Untuk anak2 biasa, ia mungkin bukan sesuatu yang besar. Tapi kerana keupayaan mereka yang terbatas, seeloknya mereka diletakkan di permukaan yang sedikit curam (tidaklah securam papan gelongsor) yang sekaligus akan memudahkan mereka mengesot.
.
Tentu sekali kejayaan tidak akan datang setelah kali kedua atau ketiga. Perlu giat berusaha. Pergerakan yang banyak juga sebenarnya akan merangsang penglihatan, kebijaksanaan, meningkatkan system pencernaan dan system pernafasan. Apabila anggota badan bergerak dengan mudah, mata juga akan dapat ‘bergerak’ dengan bebas dan seterusnya merangsang deria penglihatan.
.
The brain-injured child often has difficulty using both eyes together consistently and this interfere with his depth perception, and his ability to learn and to function.
.
Bagi mereka yang menggunakan flash card untuk merangsang minda anak-anak, pastikan kad itu besar dan mudah dibaca. Ideally, sebesar kertas A4.
.
Untuk komunikasi, ibubapa seharusnya lebih ‘mendengar’ dan lebih ‘jelas’ di dalam perbualan. “Do you want an apple or a pear?” Beri masa untuk anak anda menjawab. Kalau anak masih belum boleh bercakap, kad yang tertulis “YES” or “NO” boleh digunakan. Latih anak untuk memahami apa itu “YES” dan apa itu “NO”. Paling penting, bertutur dengan anak anda sepertinya anak itu sudah dewasa. Bukan dengan perkataan manja yang seterusnya seperti memberi ‘lampu hijau’ untuk anak bercakap telo bayi.
.
Sangat panjang kalau ingin saya huraikan segalanya di sini. Untuk pengetahuan, bulan Jun nanti, pasukan Janet Doman akan datang ke Singapura untuk menganjurkan kursus yang sama selama seminggu. Bayarannya sebanyak SD1000. Agak mahal bukan? Saya masih berkira-kira mahu pergi atau pun tidak. Kalau ada rezeki lebih, mungkin.. Kalau tidak, mungkin melalui pembacaan sahaja.. :P
.
Buku-buku yang diterbitkan oleh anak-beranak Doman ini, selain dari What to do about your brain injured child, ditulis mengikut kesesuaian anak-anak biasa, sekiranya ibu kepada anak-anak istimewa mahu mempraktikkan kaedah yang sama, Cuma perlu dipertingkatkan frekuensinya sahaja.
.
“If your child can only do something for a short period of time, let him be. But please make it more frequent. Then increase the time gradually..”
.
Berdasarkan perangkaan yang diberikan, majoriti anak-anak yang mengalami kecederaan otak ini, apabila sampai tahap mereka boleh membaca, keupayaan mereka mengatasi level usia yang sepatutnya. Menarik bukan apabila mengkaji potensi manusia?
.
P/s – Time is the enemy of the brain-injured child. Every day he is not better, he is worse. Since his peers move on and he falls further behind! There is no such thing as false hope, but there is false despair. – The Pathway to Wellness.

13 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey..teruk betul perempuan tuh..ina dgr pun naik geram..eee..rasa nak sound jer dia balik..emm..sebab perangai camtuh kot dia dpt anak camtuh..Tak bersyukur langsung!

Mak ai..mahalnya sampai SD1000..emm..rasanya klu ina tak mampu lah kot..baca buku2 dia jelah..

apa yang jiey kongsi dr entry ni byk beri pengetahuan pada ina..apapun thans yek jiey share maklumat ni..peduli apa yang org lain kata..kita saja yang merasainya!

Jiey^Mien said...

Ina, anggap je lalat or langau.. :P

Jiey pn tgh nak wat timbangtara ni.. Flash card pun dh mahal.. Kalo gi course plak, bengkok la mokcik.. Kalau ada rezeki lebih, InsyaAllah..

Ina, bg address ek.. Yg smlm tak sempat nak copy..

Anonymous said...

g...nk baco jugok...

bengong la ore tu...ore gini ni, negative thinker...bakpo yg dio tu gi course tu kalu setakat nok complaint jah? wat perabih duit nga maso...rasonyo, anok dio pun mesti banyk keno pressure...sie ko budok...hmm...

love,
ninie

Pnut said...

Jiey, refer pada pompuan lorat itu, lenkali bgtau kat dia, kita ada copyright law, tak boleh suka ati fotostat buku camtu, kalau report kat national care tu, dia boleh matikan keahlian minah tu, sbb dah buat benda yang salah, kalau kena dakwa, dengan national care, dengan kedai fotostat, dengan minah tu sekali kena hangkut..

eiii tak suka org mcm tu..

i am librarian, i am very straight tau, bab fotokopi seisi buku..

aruna said...

saya setuju dgn kak P-nut...suka hati ler orang nak beli buku ker apa ker kan? saya kagum dgn jiey and please share camne nak encourage ability anak...tabik spring utk jiey dan rayyan...:D

Ummi Alisya said...

salam..jiey, ita rase x best dgn sikap pompran tuh! memang kite rase geram jerr bile die cube nak perkotak-katik kan anak kite...sekati die jerrr!!

bile jer seminar tuh? rase rugi beno x pegi..yg kat singapore tuh cam menarikss! nantilah dibincang2 dengan aber..

utk Ian, kuat kan semangat! nanti 'kite-kite' yang senasib nih buktikan yg kite pun boleh berjaya cam om lain! jgn putus asa yer Ian..

Jiey^Mien said...

Ninie : Nati kito jupo deh.. Sy gi umoh awk nati.. =)

Kak Pnut : Sokong kak pnut! Sokong!

aruna : information takde la byk sgt kak.. Sy budak br belajar.. :P
P/s - Taknak invite sy view blog akak ke?

ita : salam..
Ian pun pesan benda yg sama kat sarra.. Masuk tinger kanan kuar tinger kiri..
Nanti Jiey check blk date course tu ek..

Leen Die said...

mcm yg lian bengang ngan ppuan tue..lantaklah suko hati kiter lah kan..rs nak hempuk aje ngan mangkuk bertingkat...huhu..pe pun jiey ngan Ian abaikan org mcm tue..u can do it guys..

Ina said...

alahai siannya la anak dia dapat mak mcm tu kan. harap2 anak dia elok2 mild aje jgn jd makin teruk dah la disbbkan sikap mak gitu. untung rayyan dpt mak mcm jiey. moga ada rezeki utk g spore plak lps ni hehe :D

mommy-to-be said...

saye juge sgt bengang dgn 'perempuan' itu.isk..geramnye...rase cam nak tolong u ckp kan kat die.."mind your own business".ade no die x..leh i msg die.hahaha. (emo pulak mak buyong ini) :P

KLMari said...

Thanks for sharing !!! Lucky that woman sat beside Jiey yang sabar ajer dengar...What an absurd thing to say !!! The DS guy may look like any other DS ppl but he is sure is not retarded-minded like that woman....Eiii !!! Ter"emo" pulak..:)

Jiey^Mien said...

Leen : Memang abaikan jer.. Pejam mata pastu senyum.. :D

Ina : Harap2 ank dia ok la nnt..
Owhh.. Kembang semangkuk makcik.. InsyaAllah kalau ada rezeki..
P/s - Ian cam syg bibik lebih dr mama dia jer.. =(

mommy-to-be : Hahhaa.. Cool dear.. Nanti baby pun ikut sama cool.. =)
P/s - Girl ke boy? Bila due??

KLMari : Tak paham jugak, org tu dah ada master dh pun.. Still gak tak puas hati..
Bukan taknak menjawab tapi malas..
Bila Jiey pikir blk, mungkin dia curious (ataupun mmg kaki menyibuk), sbb baby macam Ian ni kebiasaannya lain dr segi fizikal.. Lg pun dia expect Ian dok terbaring jer tak bergerak dgn mata terkebil-kebil.. Cetek sggh pemikiran.. Byk jer baby cam Ian ni yang doing very good.. =)

Yasmin Nabilah.. said...

sori jiey..ina baru baca comment..

alamat ina :
Blok 37-04-08 Pangsapuri Sri Langkawi 2 Gombak Setia
53100 Kuala Lumpur..

Thanks yek..