Friday, October 2, 2009

Amaran dari Rayyan!

Hari ini, hari yang agak sibuk. Mengambil peluang saat mommy ada bersama, saya meninggalkan Rayyan Ariff kepada mommy sementara saya menyelesaikan beberapa perkara yang tertunggak. Pertamanya, memperbaharui insurans dan cukai jalan kancil kecil yang tamat tempoh pada hari ini. Keduanya, memasukkan duit raya Rayyan Ariff ke dalam akaun banknya. Ketiga, menyelesaikan GL untuk saya-hubby-Rayyan. Dan keempat, ke Carrefour untuk membeli barangan dapur.
.
Hubby dan Rayyan, masing2 dengan temujanji susulan dengan doktor mereka. Saya pula, akan ke Ampang Puteri kerana belakang badan ini tiba2 sahaja 'dikunjungi' cyst.. Mujurlah ianya tidak merbahaya. Hanya perlukan prosedur minor untuk membuangnya. InsyaAllah, saya akan ke sana pada hari selasa nanti.
.
Untuk keempat-empat perkara di atas, dengan bangganya, saya berjaya memandu sendiri; Ampang-Jln Rj Chulan-Bukit Kiara-Ampang.. Debar sewaktu memandu sudah semakin berkurang walaupun ketakutan masih bersisa. =P
.
Tentang Rayyan Ariff, badannya semakin susut. *sedih*
Semenjak diserang demam, sehingga sekarang dia tidak mahu makan. Puas 'berperang' barulah ditelan makanan yang disuapkan. Itupun hanya sedikit sahaja. Susu 2oz pun memakan masa setengah jam untuk dihabiskan. Itupun setelah beberapa kali adegan baling-kutip-baling-kutip botol susu terjadi.. **sigh**
.
Nanti akan saya upload gambar Rayyan Ariff yang semakin slim.. :P
.
Oh yea, Rayyan Ariff sekarang demand mahu tidur di katil mama dan ayah sahaja. Yang membimbangkan, tidurnya lasak. Walaupun diletakkan di hujung dinding, sedayanya dia akan bergolek ke bahagian tepi. Maka, saya rapatkan katilnya ke katil kami untuk dijadikan penghadang.
.

Dari hujung ke hujung.. Dua kali bergolek lagi, confirm jartuh!! :P
.
*Sila abaikan pemandangan yang seksi.. Belum sempat dipakaikan seluar sudah terlena..*
.
Kalau dibiarkan, bimbang pula akan terjatuh. Jadi, apabila lenanya semakin dalam, kami akan pindahkan Rayyan Ariff ke katilnya. Tau apa yang terjadi?
.

Cubaan memanjat katil mama dalam keadaan tidur yang lena.. Super comel!! *Nasib baik saya tengok, kalau tergolek ke bawah, menangis tak berlagu la jawabnya..* :P

Kami jadikan peristiwa ini sebagai 'amaran'.. Sangat merbahaya untuk meninggalkan Rayyan Ariff tidur tanpa kawalan. Tidak dapat dibayangkan kalau anak ini terjatuh dari katil yang agak tinggi ini. Janganlah Ya Allah.. Cukuplah dengan apa yang telah dan sedang dilaluinya..

Esok dan lusa juga akan juga menjadi hari yang penuh aktiviti untuk kami. Esok, Ian akan kembali ke 'sekolah'. Di samping itu, terdapat beberapa jemputan rumah terbuka yang perlu kami hadiri. Lusa pula, adik beradik dan makcik2 hubby mahu berkunjung ke rumah. Sudah terasa penatnya.. Namun amat dinantikan!! =)

P/s - Entry seterusnya, akan bercerita tentang kenapa blog di'private'kan.. Dan juga, tentang satu lagi 'kebolehan' Rayyan yang dikesan sebelum hari raya.. :P

35 comments:

Hanisah Ishak M.D said...

terima kasih ^___^

Hani Ahmad said...

Thanks alot 4 the invitation tok terus membce blog ini..

kak jiey hebat tol ian dlm tdo pon leh memanjat..hik2

Rose Nieza said...

tq for adding me jiey. :).sgt comel gambo rayyan yg nak tido atas katil u both.sile la kepong keliling rayyan dgn bantal2 utk elakkan die jatuh.so far mujarab gak tuk baby mierzan (die lum pandai golek la tp).hehe

yanadzul said...

risau jatuh nanti ian..tido nyenyak betui..

Cikja said...

memang cutelah...
nak seberang katil pun bleh tertidur...mungkin ian pikir dia dan landing betul2 atas katil awak jiey...

syira said...

Ian sangat sweet dlm gambar panjat katil n tidur tu.

Thanks Jiey for adding me ^_^

Anonymous said...

1stly..
maceh byk sgt kat jiey 4 invite zai..
2nd,
sukenye tng0k aksi td0 dia..
mknenya ian ni aktif orgnye..
ade daya tenaga means sel2 0tak
dia mmg sntiase berhubung..
echehh.. mcm enfamom plak..
mmg bahaya tuh perlu kawalan sllu..
n jiey, taking care key..

Anonymous said...

Thanks je sbb invite kite gak.. Sgt hepi coz sy mmg jeguk blog ni ari2.. X senang duduk kalo xleh baca blog ni sari...Huhu.. Nyway, Ian sgt comey..

ME said...

Tq for adding me.
Jiey, as a solution, either pakai king bed or buy another single be attached. Our room mmg dah letak single bed attached to our master bed since 3rd baby sbb lahir tak cukup bulan(dah 10 thn) sampai skrg ni adik dia pula.. tapi selalunya my hubby yg kena tidur kat single bed tu sbb Luqman selalunya demand nak tidur kat tgh2.

nieza said...

jiey
thanks sebab invite saya.

amboi Ian..macam2 gaya tidur dia :).. comel..comel!

LeLa HuSaiN said...

ganaz jgk rayyan tdo..mcm2 aksi..
yg best siap pnjat balik nk tdo katil ibu,musti best katil 2....tu yg rayyan suke 2....

Ina said...

Jiey, kiter beriya tahan gelak tgk gmbr Ian yg last tu. Ihsan tgh tdo kt sini kang terjaga plak bdk kecik ni. Klaka la Ian ni. Bijak betul. So cute! :D

myheart said...

Terima kasih akak sebab benarkan saya untuk terus membaca blog akak.. :)

Rofaizal Jaafar said...

Tima kasih sbb add nama saya.. Tak sangka saya diterima.. Sama2 kita bercerita ye..

lara aisya said...

thanks jiey sebab invite saya lawat blog kerna kasih kita....

tini said...

alhamdulillah sbb msh trs brpeluang ke sini :)
ian ni penumpang tegar ni. tgh2 menyeberang blh tertido! kena tido bwh ramai2 la nmpknya..

idah said...

salam..
mula2 thanks akak sudi invite idah...
dapat la idah terus tengok Ian yang comel...
sgt comel die tidur...
huhuhu...Ian sgt kuat sampai dapat menyeberang pulak..hehehe...
macam kak tini cakap kena tidur bawah nampaknya...
hehehe
tq kak...

izzahazfar said...

SALAM KAK JIEY..

hilang penat zah bila baca email mlm ni...alhamdulillah dan terima kasih kak...air mata tengah mengalir ni...huhuhu...

esok zah komen panjang lg ya..!

sampaikan salam pada ian..gambar kaki kat celah2 tu comel..

Unknown said...

tq auntie add saye... heheh comel ian macho tido, ceksi lagi... ian py comforter pooh sama cam yang caye punya... hdhehehehe....

eim said...

salam,
thanks jiey sebab invite saya lawat blog ni lagi...
comellah ien tidur leh seberang lagi tu..huhu

Unknown said...

thanks sebab invite saya :)

sangat comel budak hensem ni tido, esp tang memanjat ke katil tu. hihi.

Liana Manjaku said...

Jiey... tq yer beri ummi peluang ikuti kisah Ian... :) Happy sesangat.
Comel gambar Ian memanjat katil tu! Tp, tu ler risau jatuh jer kan... Ummi pun sekarang terpaksa kongsi katil dengan Husna. Coz, Husna tak nak tido di katilnya.

eiNa said...

perhh..lasak nya Ian tdo.. jiey,,susah2 bukak katil tu...letak tilam kembar2.. senang tak risau nakjatuh dah...

KLMari said...

Thank you for adding...Comel Ian tidur...gigih juga nak tidur katil mamanya dalam ngantuk ngantuk tuh...kehekhhe...My Dina pun gitu gak..dah letak dia kat tilam bawah...dia naik juga..kekadang tu dia tidur berdiri; separuh badannya landing di katil kami...kehheehhe

kak zue said...

jiey..thanx a lot 4 including me in ur list..
cute jer aksi memanjat ian tu..
be careful..nabila pun dah banyak kali jatuh katil..nasib baik rendah.

AppleCrux said...

TQ Jiey for the invitation!

Ni Ian masa dah slim ke tak?
Nampak pjg..tinggi ni Ian..

* HeeBum and HaeBi * said...

kak jiey... thnks ye invite sy.. ^^

ian sgt cute tdo smbil pnjat katil.. huhu

Yasmin Nabilah.. said...

terima kasih jiey sudi masukkan ina dalam bloglist.. :)

hurm..bahaya gak yek..tapi Ian dah pandai la survive tido sensorang :)..Nabila lum leh lagi..slalu sgt tersedak air liur.takut nak tinggalkan dia tido sensorang..

mama ilham said...

thanks jie.

iBu ZulFaQar RayYaN said...

terima kasih kerana menjemput saya ..:)

Elyn Sani said...

ya allah..... tgh tido pun leh menakal ye ian!!

Ummi Alisya said...

Jiey, thanx sebab menjemput ita ke blog Ian nih...

Ian tersangat lah comel mase dtg rumah Sarra. Maaf sangat2 pada mama dan papanya atas layanan yang tak seberapa. Sungguh, ita tak puas dapat berborak dgn Ian dan Jiey. Maaf yer Jiey, maaf sgt2 tau. Jgn serik utk berkunjung ke rumah Sarra yer.

Ian dah melasak yer taim tido, sgt comel mase tido antara 2 katil tuh, tapi kene double carefull tuh. Ian byk2 lah makan yer. Sedap tau mama masak tuh, kasi debab cam Sarra...

ArshSabila said...

Salam jiey,
Syukran jazilan tq so much sbb sudi add saya sbg salah seorang peminat KKK dan juga pengikut setia kisah ian..

Teruskan berkarya jiey, ia sumber inspirasi dan kekuatan peminat-peminat jiey..

Insya'allah jika diizinkanNya ingin sekali bertemu mata dengan jiey dan ian bila saya kembali ke bumi malaysia nanti, kito juppo di koto baru deh..:D

lel said...

memang supercomel la Ian!
selambe panjat dalam tido
mimpi apa la agaknya~

Farah said...

hahaha suke betul tgk gamba ian tido yg last tu..amboi leh tahan lasak jugak yer..mengigau panjat katil la tu.