Ini photo-photo Rayyan Ariff sewaktu sesi fisioterapi minggu lalu. Harus diakui, Rayyan Ariff is getting better at standing. Tapi susahnya apabila dia sendiri yang tidak mahu diletakkan di dalam posisi berdiri. Ada waktunya, perkara ini menimbulkan rasa geram di hati.
.
Tapi seperti kata Ms. Sarjit, sekurang-kurangnya kita tahu yang dia mampu.. Cuma dia yang tidak mahu..
.
Kalaulah bisa kita memahami dirinya.. Apakah sensasi yang dirasakannya sehinggakan dia tidak mahu berdiri.. Menangis apabila diletakkan di dalam posisi ini.. Bukankah berdiri merupakan fitrah manusia? Wallahua'lam..
.
Ada waktu, terasa penat juga.. Seperti hamster yang berlari-lari di tempat yang sama. Di atas roda yang tidak henti-henti berpusing.
.
Ada waktu, terasa penat juga.. Seperti hamster yang berlari-lari di tempat yang sama. Di atas roda yang tidak henti-henti berpusing.
.
Hari ini, Rayyan Ariff menunjukkan satu kemajuan dan mengulanginya berulang kali.. Namun hari esok, dia mungkin berhenti melakukannya dan tidak mahu mengulangi apa-apa..
.
Kadang-kadang, timbul rasa pelik di hati.. Bukankah bagi kanak-kanak tipikal, apabila mereka mempelajari satu-satu perbuatan, mereka akan mengulanginya sehingga diri mereka mahir? Mengapa anak-anak brain injured tidak begitu? Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya ia terjadi di dalam kes Rayyan Ariff..
.
..
Kadang-kadang, timbul rasa pelik di hati.. Bukankah bagi kanak-kanak tipikal, apabila mereka mempelajari satu-satu perbuatan, mereka akan mengulanginya sehingga diri mereka mahir? Mengapa anak-anak brain injured tidak begitu? Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya ia terjadi di dalam kes Rayyan Ariff..
.
Biarlah.. Seberapa kuat kita berfikir pun, belum tentu akan terjumpa jawapannya. Yang pastinya, syukur ke hadrat Illahi kerana anak ini sering menunjukkan kemajuan yang tidak pernah kami jangkakan.. Apabila sudah diberitakan perkara-perkara yang buruk sedari dalam kandungan lagi, sebarang kemajuan yang ditunjukkan hatta sebesar kuman sekalipun, ia merupakan satu bonus buat kami.. =)
Alhamdulillah..
P/s - Setelah berkali-kali diberikan amaran oleh Rayyan, akhirnya ia berlaku.. Rayyan Ariff jatuh katil pagi tadi.. So far, tiada apa2 perubahan padanya.. Harap2, tiada apa yang serius.. =(
Maafkan mama Ian.. =(
17 comments:
Subhanallah..moga ian tak apa2..dia nanges tak masa jatuh tu jiey..?kalau dia nangeh dan tak muntah insya'allah takde apa2..tp kalau sebaliknya cepat2 bw g spetal.pengalaman anak jatuh katil ketika usia 9 bulan sgt memeritkan!sgt hiba bila tgk dia muntah 3-4 kali,nyesal usah ckp.Tapi bende nk jdi sekelip mata, walhal ayahnya ada di tepi!
Ya rabb..peliharalah anak kecil itu dari segala musibah..moga ian dilindungiNya selalu..ameen..
Jiey..try la letak tilam je ..tilam pun tebal kan..takpun letak devan je..xdela tinggi sgt kalau jatuh..
to rayyan :::ala sian nye..be careful k..muahh...utk rayyan..
to his mom:::jaga kesihatn elok2...
Siannye Ian jth katil..
Jiey..tau x..sbtu lps Afieq jth katil ag smpi berdarah2 1 mulut maybe sbb gigi die terkene bibir..n bibir die abis bengkak..sgt sedih sbb sy yg careless jaga die ms tu
n x cerita kat blog takut family tau n nnti diorang marah2..hehehhe
hopefully Ian x ape2..
ian dok usap2 ke muka ms sarjit tu? heheh...mesti ada yg dia rasa tak kena bila kena berdiri kot. tp lama2 mesti biasa kan. cepat2 jalan ek, lepas lari2 pulak. bagi mama penat kejar ian lak. :)
p/s : bekenan aku tgk baju ian tu, colour dia. hehehe..
HArap2 Ian tak apa2 ler yer... 1 lagi keajaiban buat Jiey sekeluarga! Ini 1 perkembangan yg baik! InsyaAllah, lama2 Ian akan selesa bila kita berdiri dan dia akan boleh berdiri dgn sendirinya!
Ian blaja slow2 tu
hari ni dia xnak
esok lusa tetiba dia nak pulak kan
:)
Tido bawah je la Jiey..haha. Aman damai. Lantak dia nak pusing mana. :)
salam jiey..
hopefully ian sihat2 jer.
ttg berdiri tu jiey jgn risau..nti dia akan berdiri jg.pengalaman akak dgn nabila dulu..dia mmg takmau pijak langsung kt lantai kalau kita yg letakkan.kaki dia bengkok jer.takpun terus duduk.tp bila biar sendirian kt katil dia boleh plk berdiri sambil pegang palang katil tu.lagi satu tapak kaki dia sensitif..karpet bulu2 mmg tak jejak.
yeayy ian dah berdiri!!! go go ian!
jiey..Ina skrg pun tgh ajar Nabila berdiri tegak..cuma Nabila masih lagi lembik pinggang dia..Ina kdg2 saja je biarkan dia imbang badan dia dengan pinggang..Ina just pegang pinggang dia..nampak bahaya tapi ina hati2..takut tiba2.dia lembek kan badan..dan kdg2 ina berdirikan dia kat tepi katil..kan budak2 suka berdiri kat tepi2 katil..Ina saja buat camtu untuk tegakkan tapak kaki dia..dia cuba gak la imbang badan dia masa berdiri kat tepi katil..hurm..cubalah..alaskan kaki dia ngan karpet bulu..mana tau ok ke..hurmm..tak tau la klu Jiey dah slalu buat camtuh.Sebab Ian pun banyak dah perubahan banding ngan Nabila yang agak ketinggalan sket..hehe..
jiey, kaki ian kae super sensitif, mb sbb sense dia xtra then sbb tu x suka nak tekan tapak kaki ke lantai untuk berdiri. terus sabar berusaha k! lg 1, saya setuju cadangan tido bawah.. tkt jatuh lagi :( ian dah mula melasak tu.
ala...cian ian jatuh...moga2 xder pe2...akak satu family kena letak tilam tanpa katil la..huhuhu...
ian..teruskan usaha dik...
Sefeenan779 : Ya Allah.. Jatuh smpi muntah2 tu yang takut tu kan??
Kitorg tak bawak pun Ian gi check.. Dia nampak ok.. Pas jatuh tu, dia nangis la.. Bwk masuk dapur bg minum air, terus diam n sengih2..
Pastu main2 cam takde apa2.. Dah lebih 24 hours pun ok lagi.. Harap2 ok la kan..
*****************************************
Eina : Itu la Eina.. Mommy Jiey pun ckp cam tu gak.. Tp nak wat camner, nwh katil dah jadi cam stor.. Takleh nk bukak dah katil tu..
*dush*
Skrg ni mmg tak lepas la Ian tido kat katil kitorg sorang2.. Letak kat katil dia pastu naikkan pagar katil tuh..
*******************************************
Norell : Thanks dear..
*Ian kiss Auntie Ell*
********************************************
Cikpid : Huhuhuhu... Sampai berdarah.. Lagi haru.. Ian yg takde apa2 ni pun Jiey dh rasa guilty gila..
Harap2 Afieq takde paper la kan? =(
******************************************
alyyani : aku pun tak paham budak neh.. sesuka ati dia jer.. bior la dia.. janji dia bahagia..
P/s - aku berkenan gak color dia tuh.. saiz yg ada 6-12m jer.. aku rembat gak.. sudahnya, cam balut nangka.. muahahha..
********************************************
Liana : Ntah la.. Hopefully lama2 dia ok.. Ian neh lain sket.. Kaki protes n manja merapu.. *sigh*
*******************************************
Noorlaila : A'ah kan? sok terus dia nak balik.. =)
******************************************
Adinina : Bilik sekangkang kera la dear.. Lepas letak katil, takde ruang dah nk bentang tilam.. Harus tido kat luar bilik neh.. =)
******************************************
Kak zue : sebijik cam ian.. tapak kaki tu sensitif sgt..
thanks for sharing kak..
=)
*********************************************
Farah : Budak ni ikut sesuka dia.. Kadang nak dia buat.. Tapi byknya tanak buat la.. =(
*********************************************
Ina : Thanks for sharing Ina..
Ian kalo letak karpet ke, lagi la tak menapak budak tu.. Dia over sensitif kat kaki.. Kalo tiles ni ok la sket..
Apa yg Ina buat kat Nabila tu, keep on buat tau.. Itu yg kitorg buat kat Ian smpi dia bleh berdiri betul..
Tapi satu masalah ian ni, dia bukan takleh tp dia takmo.. susah tau nk wat dia cooperate.. ms mula2 kita buat apa2 new exercise cam standing ke apa, dpt la dua tiga kali buat, bila dia dh tau trick kita, terus tanak buat dah..
makin susah nk wat dia work with us.. akal makin panjang buat kita makin susah..
*sigh*
Selagi nabila belum protes ni, ina keep on buat tau..
therapist ian kata mmg akan ada masa yang bebudak ni akan protes smpi tahap yg kita sdr susah nak buat, tak sangka ian punya turn dtg secepat neh.. adoiii la..
dia bukan protes yang melalak tu tau.. dia protest smartly.. Cam bila kita dirikan dia, dia angkat kaki n bergantung kat badan kita, mana nak jalan..
kalau letak kat atas bola, sama ada dia tolak bola tu atau dia lentok kat atas bola tu sambil sengih2.. cheeky! rasa nk luku pun ada.. :P
******************************************
tini : ntah la.. kalo sbb sensory, supposedly, it shud be better.. ni sesuka dia..
*sigh*
**********************************************
idah : itu la.. kena pepakat tido kat hall bentang toto..
=)
sesetengah budak memang takmo tunjukkan kat kita selalu apa yg dia tahu. saja nak surprise kan kita. mungkian Rayyan pun gitu jugak kot :)
cam balut nangka ko ckp jiey? bak kata adik aku si ainal. budak kalau pakai fit2 ni nmpk lg comel. gitu la yg aku nmpk kt ian, hehehe..
Post a Comment