Monday, October 26, 2009

The Musikhaus way..

Dari awal kami memang berniat mahu menghantar Rayyan Ariff ke mana-mana program stimulasi untuk anak kecil. Asalnya, saya mahu menghantar Rayyan Ariff ke S****da sewaktu usianya baru sahaja 7 bulan. Namun kami diminta untuk membawa laporan perubatan dan penilaian tahap IQ Rayyan Ariff sebelum mereka dapat menerimanya masuk. Bermula dari penolakan itu, hasrat kami bagaikan terbantut di situ.
.
Seterusnya, saya mendapat maklumat mengenai Tweedle Wink dari Kak Reenaz, Mama Ridhwan yang seterusnya membuatkan hati teruja untuk membawa Rayyan Ariff ke sana. Selain daripada itu, saya juga tidak ketinggalan melayari internet untuk mencari apakah lagi program yang ada.
.
Pencarian saya menemukan saya dengan Musikhaus. Kali pertama menyertai sesi percubaan, hati saya terus tertarik untuk meneruskan program pembelajaran yang menggunakan muzik dan membentuk kreativiti melalui bermain.
.
Sudah 3 kali kami menghadiri 'kelas' untuk Rayyan Ariff di Musikhaus. Kerana tidak menghadiri kelas secara berturut-turut dan teratur (Ian and Mama has been sick for a while, on and off remember?), hasilnya belum jelas kelihatan walau sudah ada perbezaan.
.
Pada sesi pertama, Rayyan Ariff bagaikan tidak ambil peduli dengan tenaga pengajar yang bercakap dan memberi arahan di hadapan. Namun ntuk sesi ketiga, dia sudah mula memberi perhatian walaupun fokusnya sekejap ada dan sekejap tiada.. :P
.
Antara lagu kegemaran Rayyan Ariff yang kami perolehi dari sana adalah:
.
"Round and round the jungle, (make a circle on child's tummy)
Goes the teddy bear.
One step, two steps, (fingers walk up child’s tummy)
Tickle you under there. (gently tickle child's tummy)"
.
Kali pertama saya membuat pergerakan ini kepada Rayyan Ariff, tiada reaksi darinya. Namun sekarang, dia akan ketawa mengekek apabila kami melakukannya. Ada waktu, sebelum sempat digeletek, dia sudah menolak tangan saya sambil ketawa. Ini menunjukkan dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya dan berusaha menangkisnya sebelum ia berlaku.. Cuteness!! He's alert!
.


Sesi pada hari sabtu yang lalu.. Saya suka lagu ini.. :P
.
Kenapa kami memilih Musikhaus? Ini sebenarnya adalah salah satu usaha untuk merangsang deria pendengaran Rayyan Ariff iaitu dengan memperkenalkan pelbagai jenis bunyi dan muzik. Tambahan pula, yurannya sangat berpatutan. Termasuk bayaran pendaftaran dan sepuluh sesi iaitu 45 minit untuk setiap sesi, bayaran yang dikenakan hanyalah RM380. Di sana, pelbagai jenis CD, VCD dan DVD lagu juga boleh dibeli.

Ini adalah serba sedikit informasi mengenai Musikhaus yang saya dapati daripada laman webnya:

Musikhaus recognises that every child's main focus in the early years is to play and it is through play that we promote the joy and creativity of learning.

We believe in the total development of the child by offering programs that not only reinforce pre-school learning concepts, but also promote the self-confidence as well as recognise the social and emotional needs of a growing child. We strive to foster a positive attitude in each child by creating a learning environment that is stress-free, natural and developmentally appropriate. We promote learning through the stimulation of multiple senses by integrating various components such as music, dance, creative art and singing.

Musikhaus's mission is to provide a happy and creative learning experience for each child, by honouring the differing rates at which each child develops, including children with special needs.

Ian and Miriam @ Musikhaus. Comel kan? =)
.
Terdapat beberapa kategori pembelajaran dan antaranya ialah :

Babies (newborns to 18 months)

Bubbles(18 months to 30 months)

Bloomers(30 months to 4 years old)

Jammerz (4 years old to adult- this is a performing arts program based on the mastering of variety of instruments, dances, singing, improvisation, jamming and public speaking)

Pre-piano and music courses (4 years old to adult)

Kindergarten (4 -6 years old)- Mon-Fri (9am-12pm) Our kindergarten program adopts international and local syllabus and introduces Bahasa Malaysia, English and Mandarin based on small group interactive teaching. Speech, drama, public speaking through show and tell and a customised pre-piano course are included as part of the syllabus.

Play school (2-3 years old)- this 2-hour program uses cutting-edge music pedagogy to facilitate the learning of phonics, language (English and Mandarin),numbers and character building through music, games and simple art and craft/worksheets.

Dan Rayyan sekarang sedang mengikuti kelas for babies. (Nampak gayanya, dia akan lama di kelas baby kerana dia masih belum tahu bergerak bebas tanpa bantuan.. :P)

Musikhaus babies - provides an engaging experience of learning and bonding with your child through creative movement, story time, baby signing, pitching activity, object and instrument exploration. Every session is aimed at engaging your baby's cognitive, social, emotional, physical and language development as well as musicality.
.
P/s - Minggu ini dan minggu hadapan Ian terpaksa ponteng lagi.. Adess.. Mama and Ian, tamo sakit2 lagi ek.. Jaga kesihatan diri, baru bleh maju.. =P
.
P/s (2) - Bleh jadi spokeperson musikhaus.. Ada komisyen tak? :P

12 comments:

Anasfadilah said...

cuteness!!

tak ternilai saat anak2 ketawa gembira

:')

yatie chomeyl said...

mace best kelas n..nak try nyanyi lagu ni retek ko baby Sn ah pasni...mano tau nanti bleh baby SN duet dgn abe Ian lagu ni (^_*)

Elyn Sani said...

alamak rugi tak dpt dgr video tu!! kang blk nk tgk la!!

Mrs. Simplicity said...

teringin sgt sgt nak bawak nia join kelas2 gini. kena ada penglibatan parents gak kan? alahai, rasa macam hanya bazirkan masa2 siang nia do nothing. teringin....

p/s : wah, siap tepis tgn ko tuh nak clap sendiri. heheh.. focus betul dia belajar kan?

Marsha~ said...

Jiey beruntung duduk kat KL tau.. kat sana mcm2 ada... syukur sgt2 sbb Rayyan berpeluang dan dimurahkan rezeki nak gi ke tpt2 mcm ni kan?? gunakan sebaiknya tau... insyaAllah usahamu akan diberkati..

ME said...

.. mesti Rayyan suka kan ..

iBu ZulFaQar RayYaN said...

good 4 ian

idah said...

ala....rugi la akak...idah xleh nak play video tu..biase nyer ok je...huhuhu...
usaha lagi ian...
:-)

Drama Mama said...

macam best ja, menarik

Watie Aziz said...

jiey,watie pun pernah dgr pasal musikhaus tuh .. cuma tak pernah try .. ok jugak price dia kan ..memang bagus tau Jiey ransang anak thru music. in terms of action, words, singing, senang dia nak ikut dan hafal lagu, buat action semua. kita kena rajin stimulate kat umah ..

kat gymbo pun dia ajar lagu2 camtu..cuma lirik lain sket ..but action sama .. hehehe...

kat umah, watie banyak bukak DVD music yg ada words cam karaoke tuh, sebab watie nak Q pandang that words & sing together. nanti bila dia nyanyi, words tuh tukar color, so dia nampaklah perubahan tuh.. memang i can see alertness dia very high... (tapi kita lah boring gilosss...hahahah..)

now watie banyak fokus on words, bg dia tunjuk dia words dengan lebih aktif...selain gambar ..kalau dulu dia suka gambar more than words, but now, dia dah suka words dan tgk words more...harap2 senang lah nak ajar dia membaca nanti ..u can do the same jiey ..insya allah nampak perkembangannya nanti ... cuma kena sabar sket .. Q pun bukan terus pandai ..it took sum time for her to adapt the new way of teaching yg watie ubah sikit demi sikit ...:)

Ummi Alisya said...

bestnyer kalau sarra jugak dapat ke sini...tapi ummi kene benti keje dulu. payah kan nak buat keputusan!??!!!

Luvvvvv said...

bestnya. nnt akak nak try msk web dia. uwais sure minat!