Seperti yang saya janjikan, entri ini akan bercerita tentang mengapa saya mengambil keputusan untuk 'menyepi' seketika dari dunia blogging.
Ya, saya gunakan perkataan 'seketika' kerana saya tidak berniat untuk terus 'hilang' dari dunia blogging. Blogging merupakan medan untuk saya melepaskan 'rasa' yang tidak dapat saya zahirkan secara terang-terangan. Blogging juga menemukan saya dengan para ibubapa yang turut berada di dalam perjuangan yang sama di atas nama sebuah cinta. Blogging memberikan ruang untuk saya belajar dan mengutip ilmu dari mereka-mereka yang lebih arif.
Kerana saya, masih bertatih di dalam menempuh alam keibubapaan. Apatah lagi apabila menjadi ibu kepada anak seistimewa Rayyan Ariff..
Bagi menjawab pertanyaan apa yang membawa saya ke bahagian sepi blogging dengan hanya selected readers, salah satu jawapannya ada pada entri ini --> Tidak terlebih berbicara. Ya, orang yang sama yang pernah meluahkan kata-kata bahawa saya adalah seorang yang 'tamak', telah menemukan blog ini.
Saya bukan penakut atau pengecut. Tidak terniat mahu lari darinya. Biarlah andai dia mahu mengeluarkan beribu kata-kata yang menikam jiwa sekalipun, dia tidak akan melumpuhkan semangat saya walau sekelumit pun. Tapi saya akui, ada rasa tidak selesa apabila mengetahui orang yang pernah 'menyerang' saya, dan mungkin akan 'menyerang' lagi, sedang memasuki kehidupan saya dengan membaca coretan-coretan di sini. Maka saya lihat langkah meyepikan diri ini sebagai salah satu cara untuk menyejukkan suasana buat seketika.
Dan yang kedua, kerana ini juga merupakan permintaan seseorang yang rapat dengan saya. Kerana pertalian darah yang ada, saya penuhi permintaan DIA. Walau untuk seketika. Pada saya, segala cerita yang saya coretkan di sini bukanlah untuk membuka pekung di dada. Tiada istilah 'pekung' di sini kerana Rayyan Ariff tidak pernah menjadi pekung dalam hidup kami. Namun apalah daya saya, pendapat saya dan DIA nyata berbeza. Biarkan sahaja.
Saya cukup gembira dan berpuas hati andai catatan di sini menjadi peniup semangat buat ibubapa lain kerana itulah niat saya sewaktu memulakan ruangan Kerna Kasih Kita. Dan berdasarkan komen-komen yang saya terima, Alhamdulillah, kisah Rayyan Ariff mampu menyentuh banyak hati.
Rayyan Ariff adalah kasih saya dan hubby, kerana itulah cerita di sini banyak berkisar tentang dia. Suatu waktu dulu, sewaktu mula2 mendapat perkhabaran tentang kelainan Rayyan Ariff, saya bagaikan hilang arah. Tiada tempat untuk dituju. Segala-galanya hanya berkisarkan tentang kematian dan persediaan ke arah itu. Tiada harapan yang diberikan kepada kami.
Kerana di saat-saat tiada harapan yang diberikan kepada kami, saya mahu kisah Rayyan Ariff memberikan harapan kepada pasangan-pasangan yang lain. Bahawa hidup mati bukan di tangan kita, manusia bisa meramalkan seribu satu perkara namun hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Terasa begitu 'kerdil' apabila saya tidak mampu menjemput semua pembaca-pembaca yang setia mengikuti kisah Rayyan Ariff ke 'ruangan' kami yang tidak seberapa ini. Dan saya masih menerima emel, SMS mahupun mesej melalui facebook agar mengundang mereka ke sini. Tapi apakan daya, ianya terhad hanya untuk 100 pembaca sahaja. Namun janji saya, InsyaAllah saya akan kembali 'membuka' ruangan ini kepada umum apabila keadaan kembali reda.
Moga-moga 'Kasih' kami ini terus menambat banyak hati dan mereka akan melihat kepada pencapaiannya, dan bukanlah semata-mata kepada 'ketidaksempurnaan' pandangan mata manusia.
P/s - Entri seterusnya, pencapaian Ian yang dikesan seminggu sebelum raya.. =)
16 comments:
tak patut mereka ckp mcm tu kat Jiey..kalo saya pun sedih jugak.. apa nak buat, bukan mereka yg menanggung semua ni kan...sabar jer lah Jiey
kalo tak mampu memuji, jgn mengeji, berdiam diri adalah yg terbaik.
mulut manusia mmg begitu...persetankan saja org begitu....yg menanggung Jie...bukan dia..kadangkala kita memerlukan semangat dari org yg mungkin kita tak kenal rapat...kadang2 org yg kenal rapat tuh lebih mendownkan semangat kita....percayalah...kami2 semua nih sokong jie,saya bila baca kisah jie...rasa sgt terharu....saya ader abg ipar yg down sindrom....saya akui....masa mengandung ayern saya takut mendapat anak begitu....acap kali org kata ia penyakit keturunan...so saya ader peluang dapat anak begitu....bila baca pasal ur ian,make me feel more selesa...anak itu anugerah allah......tak kira apa saja.....jgn mudah akur dgn kemungkinan....hanya masa dan usaha yg akan menentukkan....
ibu zulfaqar rayyan sokong mama tuan rayyan ariff.....
*bila nak jumpa rayyan nih???kalau dapat jumpa 3 rayyan besh kan...termasuk rayyan danial rayyan
Yurp.. Kadangkala diam itu lebih baik kan.. Tiap2 hari sy mengikuti perkembangan Rayyan.. Sy tumpang gembira bila ada perkembangan terbaru tentang dirinya.. Tp sy hanya membaca.. jarang skali memberi komen,bimbang jika komen sy akan membuat jiey terasa. Tp ketahuilah bahawa sy sgt2 hormat ats ketabahan dan kekuatan jiey. Jika sy d tempat ini.. Belom tentu rsnya sy sekuat kamu...
Thanks jiey, kerana sy antara yg terpilih utk terus mengikuti perkembangan rayyan...
jiey ini lah lumrah hidup.... ade je yg tak senang dengan hidup kite even kite cuba bersederhana. byk sabar ye jiey...
windu nk jumpe ian la.... tp next time jumpe x mo la die tgh tido heheheh
jiey u mmg tabah.. i respect u tau!!
anak adalah anugerah tak terhingga dr Allah..
tingin sangat nak jmpa Jiey.. next month Aira nak p SJMC cucuk yg 1thn sengah tu.. bla lg Ian pi ke SJMC, mane tau kut leh teserempak kat situ je ke..
Jiey..betul ckp kawan2 yang lain..abaikan saje manusia yang takde hati dan perasaan itu.senang cite, maybe die belum kena batang hidung sendiri buatkan die x paham and hati perasaan org lain.Rose bace kisah Ian, since bulan2 terakhir mengandungkan Mierzan. x dpt dinafikan perasaaan takut and risau mmg ade tatkala membace kisah Ian.But seriusly, lame2 perasaan takut tu ilang, and diganti dgn perasaan yang redha dan tawakal menerima ape jua ketentuan Ilahi.Yelah, bab anak ni adelah bahagian masing2.kadang2, if 9 months through out pregnancy doc ckp normal pun, during birth macam2 yang boleh jadi. Bile saye membace setiap entri dr Jiey, your wording tu bagai jd kekuatan tuk saye menghadapi ape jua yang ditentukan oleh Allah. Redha dan Tawakal dgn segala ketentuanNya. Rose mmg suke blog hopping, bile bace blog people yang dok bercerita ttg kemewahan dan kesenangan hidup mereka, timbul jugak rase iri hati. But, bile bace kisah Ian and kawan2 Ian yang lain, ilang terus perasaan itu dan membuatkan Rose kuat utk jadi ibu2 macam Jiey and Ibu2 yang lain.
air mate ni ku tahan...sebak...sungguh tersentuh & sedih...memang mereka adalah 'Kasih' yang x ternilai...& Ian have touch me in many ways...he completely perfect for me...terus kan usaha mu Jiey...u & Ian have through a long journey...a journey of a great life...do keep in touch ya...
Luvs, hugs & kisses...
tak sabo nunggu pencapaian Ian yang sebelum raya tu..
Alesya pun demam lps raya, pun susut berat, sebab tak makan, minum pun kurang... tp skrng dah ok, jadi kuat makan pulak...ehehehe
slm kak...pedulikan ape org nak kate...sebab bukan diorang yg bg rezki kat akak...n bukan diorg penentu hidup akak..yg penting Dia sentiasa bersama hamba-hambaNya yg sabar..kuatkan semangat...teruskan usaha...n sy yakin..betapa ian adalah kekuatan akak yg sgt kuat..so...dun giv up!
Jiey, yang penting Kerna Kasih Kita menjalin sayang sesama kita :)
salam jiey..biarlah apa org nk cakap..take your time to cool down the situation.focus kt ian dah ler..cuti pun dah tinggal tak banyak kan..
Jiey takpe..rasanya lebih ramai yg memahami apa yang jiey cuba kongsi dengan kami semua. ignore saja negatif komen..
Tuhan dah takdirkan yang terbaik untuk kita
malah lebih baik dari yang kita harapkan tapi tak dapat tu
Ian cukup istimewa untuk semua
:)
aduh kak..tiap kali baca..mesti naluri keibuan saya tersentuh...sungguh..
mungkin negetif komen akak dari org luar..zah ni kawan sendri tau...dia kata zah ni menunjuk dan mcm2 lagi penghinaan...ikut hati mmg sedih...tp nak wat camne..
apapun...blog tetap diteruskan sebab suami kata...usah diikutkan org yg bodoh..janji kita bahagia sudah..
p/s: gamabr ian meniarap tu comel bangat...
Jiey, biarlah apa pun orang nak cakap. kite hanya mampu telan, dengar dan sabar walaupun sampai berdarah telinga nih, namun tak ada sorang pun yang mampu merubah qada' & qadar Allah, dan setiap kutukan or hinaan yg diberi pada kita, Allah akan balas dengan 1000 rahmat. InsyaAllah...sabar lah Jiey. pi lantak mika2 nih sume...ape dorang paham?
Jiey..betul kata Put..dengan blog ini jugaklah..kita bertemu.. :)
Post a Comment