Friday, October 30, 2009

Hadir dirinya membawa bahagia.. =)

Semenjak tiba di kampung dari hari selasa minggu lalu, saya masih lagi mengajar Rayyan Ariff untuk melambaikan tangannya sambil mulut saya tidak menyebut "Bye-Bye". Bermakna, termasuk hari ini, sudah 11 hari saya mengajar dan mengulangi perbuatan itu kepadanya.
.
Hasilnya belum begitu kelihatan. Setiap kali perkataan "Bye-bye" saya ulangi, hanya senyum manis yang dia pamerkan. Lalu saya tanyakan pada mommy, berapa lamakah masa yang diambil untuk mengajar kami adik beradik melambaikan tangan tanda selamat tinggal suatu masa dahulu. Kata mommy tidak lama, mungkin hanya dua atau tiga hari sahaja.
.
Fine, tiada rasa kecewa di situ. Kami lahir dengan sel otak yang lengkap jadi mengapa harus dijadikan penanda aras untuk mengukur tahap penerimaan Rayyan Ariff.
.
Walau Rayyan Ariff sedang asyik melakukan sesuatu, pasti dia akan menoleh setiap kali saya menyebut "Bye-bye".. Seterusnya, dia akan melemparkan senyuman yang cukup manis.. Seperti selayaknya, saya akan menarik tangan Rayyan Ariff dan mendorong tangannya untuk melambai. Namun dia akan menarik tangannya tanda tidak mahu diperlakukan begitu. Dalam sebelas hari ini, baru sekali dua sahaja dia menolak tangannya ke atas dan ke bawah, lambaian yang comel dan lembut darinya.
.
Namun apa yang berlaku semenjak hari isnin yang lalu benar-benar menggeletek hati kami sekeluarga. Sambil mulut saya menuturkan "bye-bye", tangan saya memegang tangan kanan Rayyan Ariff sambil menggerak-gerakkannya. Seperti yang sudah di duga, dia menarik tangannya sambil menghadiahkan senyuman. Kerana tidak mahu mengalah, saya meneruskan lambaian menggunakan tangan sendiri sambil mulut masih separa menjerit dengan perkataan "bye-bye".
.
Tanpa di duga, Rayyan Ariff mengangkat tangan kanannya dan memegang tangan kanan saya yang masih tidak berhenti melambai. Melihatkan perlakuannya, saya menghentikan pergerakan. Apabila tangan saya yang sudah berhenti bergerak, Rayyan Ariff menarik tangan saya dan menolaknya saya ke atas dan ke bawah sambil mulutnya berkata, "bubba-bubba".. Berulangkali perkataan comel itu dituturkannya sambil tangannya masih 'menolong' saya membuat lambaian.. AMAZING!! Comel sekali!! Riuh sekejap rumah Atuk dengan hilaian tawa kami.
.
Dan Rayyan Ariff, turut tertawa melihatkan kami yang tidak henti-henti ketawa.. Cuteness!! Tertawa hanya kerana orang lain ketawa, entah apalah yang melucukan padanya.. :P
.
Ini adalah antara momen indah yang dibawa Rayyan Ariff! Mungkin keletahnya tidak seaktif anak-anak lain. Namun sungguh, hadirnya membawa berjuta kebahagian! Tidak dapat saya bayangkan bagaimana akan sunyinya hidup kami tanpa Rayyan Ariff di sisi.
.
Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang berborak dengan Ita, Ummi Sarra.. Dan kami bertukar cerita tentang pengalaman dan perasaan.. Rasa kami sama. Walau dengan hanya satu senyuman dari anak-anak kami, ianya sudah cukup menggembirakan. Mohon kepadaNya agar jangan diambil pinjaman terindah ini dari kami. Sekurang-kurangnya bukan sekarang..
.
Buat yang memandang dan hanya tahu berkata-kata, jangan dilihat hadir mereka sebagai bebanan.. Mereka inilah yang telah mewarnai hidup kami dengan cahaya kebahagiaan yang bergemerlapan.. Mereka inilah yang memenuhi ruang kosong di hati kami.. Merekalah syurga cinta kami.. =)


Little hero with fair skinned heroin.. Alisya Qaireen and Rayyan Ariff..
.
P/s - Antara perbualan kami tempoh hari, "Kang kalo tetiba je diorang neh bangun berjalan, mau terkejut kita mak bapak diorang!" :P
.
P/s (2) - Agak2 berapa hari lagi baru Che Awe Dondey neh boleh wave bubbye ek?? Ngehngehngeh..

15 comments:

eiNa said...

cutenye bubba..bubba.. hihii..

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

chaiyokk ian..
takpe, jangan mengalah ok...
my son pon baru nak blaja bye bye.. huhu

Eliss said...

berketak2 tangan awek sebelah Ian tu..jelez tau :P

xoxo,
Nuha

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

funny la Ian ni kan jiey...
takpe slow2, nanti ian bole bubba jugak heheh

nak tanye berat Ian skg bape kg??

kak zue said...

hahaha..akak rasa ian confuse la jiey..dia ingat nk lambai tu dia kena pegang tgn jiey.juba jiey lambai sendiri jer bg dia tiru.no need to hold his hand.tau kenapa?nabila buat benda yg sama.bila kita cuci hidung dia kan satu tangan kita letak kt kepala dia sp tak gerak2..nanti dia akan tiru..satu tgn dia kat kepala dia sendiri & satu tgn lagi dia cuci hidung.kalau kita pegang tangan dia suruh suruh tumbuk2 kat badan kita mcm mengurut then kita suruh dia buat sendiri..tangan kiri dia akan pegang tangan kanannya tu then tumbuk2 kt kita...exactly the same as what we did.mmg lawak..kita gelak kt dia..dia pun join gelak sama..

yatie chomeyl said...

putih sepo dak sarra tu..patutlah abe Ian sungguh2 tengok ko dio eheh

m@m@yAyA said...

Salam perkenalan..
Nie 1st time zura tinggal jejak ky 'Kerna Kasih Kita'..

Dan trime kasih ats nsihat dn dorgan yg dberikan pd zura..terharu sb msh ada insan yg berada dsisi zura..~!

Yes, Ryan seorg anak yg terlalu indah pemberian darinya..!~!
Stiap mnusia akan diuji xkira camner ujiannyer..~!
Sprti zura, diuji dr usaha utk mendapatkan chya mata..

Tapi, sguh naluri keibuan zura tersentuh bla melihat ank seperti Rayyan..!~
Ternyata Rayyan seorg ank yg bijak dn kuat sb tetap berusaha utk memajukan dirinyer tnpa ada rs putus asa..!~!

*Ish pnjg lebar plak zura membebel..!~hikhik Sory erk..!~!
Hope kita akn keep in touch*

Farah said...

huhu ..afif dah berminggu2 saya ajar lambai...kadang2 die nak la lambai balik..tp selalunye die buat donno je..

uish besnye kalau dpt peluk alisya tu..ketak2 tangan!

idah said...

mesti sgt comel masa ian sebut bubba bubba... :-)
teruskan usaha ian...go ian..go..

Cikja said...

salam jiey..

kira terror lah jiey & adik beradik jiey..ajar 2 3 hari dah bleh bye2...hihihihihi..

aqil saya ajar dekat 2 minggu..
mcm ian..dia buat dunno jer..mcm takdeh respon..bila saya tarik tangannya..dia tarik balik..mcm tak suka dipaksa...

sekarang aqil dah pandai bye bye..2 3 kali jer pastu..malas nak buat dah..ikut mood dia jer..kadang2 org tak bye bye pun dia bye bye...

lel said...

bubba bubba Ian~
wahh kalau dengan awek, Ian sangat macho kan?

Rose Nieza said...

geramnye tgk gamba 'pengantin kecik' tu..se nak geget pipi tembam 'pengantin perempuan' and cium2 pipi 'pengantin lelaki'.hehe.

p/s: jiey..senyuman anak mmg sgt membahagiakan ..ilang penat tgk anak kite senyum, gelak and beraksi kan.kan best kalo Rose pun dpt 24/7 ngan Mierzan.huaaa...

Pnut said...

Jiey, akak baru perasan skrng..Ian dah tak muka baby dah... dah muka cam budak beso...makin macho beb...

cayalah Ian..hero sejati.. tinggi ek Ian ni...

Psstt..masih hutang cupcakes ngan Jiey lagik. agak busy nanti free sikit akak buatkan ek..

kamalnzura said...

clever boy!

Ummi Alisya said...

huhuuuu...anak sape yg dok dengan hemsem boy tuh? Ian macam konfius tgk ade awekss kat sebelah...hehe. Ian tunjuk macholah sebelah Sarra...