Seperti majoriti pasangan-pasangan yang lain, kami juga menyediakan dua nama sewaktu mengetahui ada 'orang baru' yang akan menyertai keluarga kami. Satu nama untuk bayi lelaki dan satu nama untuk bayi perempuan.
.
Nama Rayyan adalah nama anak kawan baik abah. Sementelah pula, beberapa tahun yang lalu, setelah mengetahui maksud nama ini melalui akhbar Utusan, nama ini terus melekat di hati. Dan Ariff pula, kerana maksudnya "yang bijaksana".
.
Sekiranya anak yang bakal lahir itu perempuan, kami sepakat mahu menamakannya Wan Puteri Rania Adriana. Wan bersempena nama keluarga saya dan Puteri kerana semua cucu perempuan Tuan Ibrahim memilikinya. Nama Rania, saya ambil dari nama permaisuri Jordan, Permaisuri Rania Al-Abdullah. Sungguh saya meminatinya sehingga sekarang. Raut wajahnya cukup cantik dan mempesonakan.
.
.
Dan Adriana pula, bagi memasukkan sedikit unsur-unsur kemodenan. Lagi pula, Adriana bermaksud nisbah. Nama yang cantik bukan? =)
.
Jikalau bayi yang lahir pada tanggal 12 Mei 2008 dahulu adalah bayi perempuan, itulah nama yang akan diberikan kepadanya. Dan pastinya, semanis inilah wajahnya..
.
Jikalau bayi yang lahir pada tanggal 12 Mei 2008 dahulu adalah bayi perempuan, itulah nama yang akan diberikan kepadanya. Dan pastinya, semanis inilah wajahnya..
.
Sesi membuli Rayyan Ariff bersama nenek.. Sibuk mahu menanggalkan tudung di kepalanya, makanya terpaksa diumpan dengan minyak Yu Yee.. :P
.Muka protes - Tak puas hati!! :P
.
Umpan dengan rayban ayah plak.. Jahat mama and nenek nih.. :P
.
Muka mintak dikasihani.. Hehhehe..
Syukurlah kamu hadir di dalam hidup kami nak.. Kamu membawa kebahagiaan dan menyempurnakan hari-hari kami.. =)
.
P/s - Terima kasih di atas doa-doa kalian.. Saya semakin sembuh walau ada waktunya, bahagian luka masih berdenyut-denyut.. =P
Rayyan Ariff pula, tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pemulihan.. =(
Esok, ponteng sekolah lagi la jawabnya..
9 comments:
hahahahaha..
kejam sungguh mama & nenek membuli ian...
gambar yang first tu terserlah 'keayuannya'.
cute nye rayyan nie..
heheheheh..
hahahaha...beli Ian yer... nak kena nie... Jiey cantik ler nama tu... Nanti ada baby nak pinjam ler... hehehe
hie.. jiey.. masih tidak sihat lagi.. Jangan lupa makan ubat tau. Sedap nama bby girl tu.. He.hee tersenyum saya.. Ada juga nama anak perempuan saya dalam nama impian jiey tu. My daughter Adriana Fatin :)
sy terfikir nak letak nama klasik utk baby sy (10yrs lagi)
hahaha
tunggu dan lihat
Ian sgt sweet laa~
hahahaha..comelnya pakai tudung..cian Ian yek..mama ngan nenek buli yek..
Hurm..ada sebab napa Ian lelaki..nak tau ke sebab nya Jiey?hehe..boleh jadi menantu ina..hahaha!
comey nyer ian,....cian nyer...nenek n mama buli ian...hehehe
kejam..tapi lawak..
hahahhaha...suke jugak pakaikan Afieq ngan tdg nnti die cepat2 tarik..n kalo papa die nmpk papa die marah..
aku belum ade lg gmbr nia bertudung. setiap kali dipakai kan, tak smpt nak snap dia da tarik. huhuu.. ian da ade da gmbrnye betudung, cewah. heheh...
so jiey, nanti kalo dpt girl, nak amik nama ni or da ade nama lain?
Post a Comment