Sunday, October 25, 2009

Ini bukan aksi superman!

Owh, ini bukan aksi superman atau superboy! Ini adalah gaya seorang budak berumur 17 bulan tapi masih tidak tahu merangkak..
.
Tapi, budak ini macam takde perasaan pun bila seorang demi seorang 'adik-adik' blogger dia yang dah lama potong dia.. Dari yang baru lahir sampai yang dah berlari pun, dia still maintain cool, meniarap la yang paling best.. :P
.
Tak kisahlah.. Yang penting, HAPPY!!!
.

.
Ini Cik Su saya yang rajin bergurau ngan saya sampai saya mengekek-ngekek ketawa.. Yang penting kita enjoyyy!!

.
Hearing the sweetness of his laugh, Aaawwwww.. Cuteness!
.
P/s - Semenjak bercuti, saya punya lebih masa untuk mencari maklumat tentang diagnosis Rayyan Ariff. Rupa-rupanya, apa yang saya ceritakan kepada kawan-kawan saya sebelum ini adalah sebahagian sahaja. Setelah mendapat banyak fakta mengenai diagnosis Rayyan Ariff, tidak saya nafikan hati saya membuak-buak untuk bercerita.
.
Anda rasa, patutkah saya bercerita? Saya masih ada rasa takut seperti yang pernah saya nyatakan di dalam entri saya 'Tidak terlebih bicara', satu masa dahulu. Di sebelah kanan ini, ada poll yang saya sediakan. Harap-harap kawan2 sekalian dapat membantu saya membuat keputusan. Dengan tulus, setulus-tulusnya! Terima kasih.
.
[Edited]

I've taken out the poll since I have consulted one of my blogger friend who's also a mother of a special needs child. Sometimes, people can easily misinterpret our intention. And I know, I'm not as strong as this particular friend of mine.. I can't always be so positive like her. They'll be times that I'll break down. So I guess, for whatever reason it is, I'll continue to keep Ian's story to ourselves and I'll be maintaining my way of writing. Which is, bercerita tanpa 'perlu bercerita'..
Thanks peeps! =)

13 comments:

Puan ApasH said...

saya dh jawab poll dah..

yatie chomeyl said...

ahah suko ngekek2 io bulih main dgn bantal gitu

idah said...

betul tu ian...meniarap ke ..berjalan ke...xkisah yang penting ian hepy...
lagipun ian kan sedang berusaha...go ian..go...teruskan usaha dik...

kamalnzura said...

lamanyaaaa x jenguk rayyan kat sini..
hari tu nak jenguk tp mama rayyan dah privatekan..
skang dah boleh..boleh la jenguk rayyan kat sini semula..:D

jiey, kang nanti rayyan mula menyusur, jenuh la nak mengejar ye...:D

Rofaizal Jaafar said...

Syok tengok Ian main2.. Meniarap best ape?.. Tak caya tanya Irfan.. Hehe..

izzahazfar said...

poll dah jawap ye...

takpe kak jiey..otomen ke superman ke...batman ke...ian tetap anak yg comel....

kak jiey dah sihat ke?

[I][T][A] said...

Lamanya tak baca kisah perkembangan ian...Skrang baru boleh masuk...

poll tak adalah..Yess jiey perlu bercerita...

mummy_adam said...

hahahaa.. chomel & cheeky :)

Mrs. Simplicity said...

bercerita tanpa perlu bercerita. org penah pesan aku gini jugak. tak over exposed. sebab sesetengah org nye persepsi blogging tempat utk menunjuk2. aku cam..buat dek je...

tinggi betul ian kan?

Marsha~ said...

tinggi rayyan ni ek??? panjang badan dia.... dah besar mesti handsome ni.. tingggiiiiii

Liana Manjaku said...

huhuhu... tak dapat nak undi... :) tapi tak per... bagi ummi bercerita ler Jiey... Ramai yang nak tahu.
Tak per lah...Walopun ramai yg telah memotong Ian... JAnji Ian hepi! Jiey...suka ler tengok Ian berdiri kat N3 bawah tu! Semakin cute jer... :)

Farah said...

seronok btul tgk ian gelak2 camtu..yang penting enjoy!

idah said...

salam...
idah da wat poll tu...
maaf bertanya kak..
apa maksud (bercerita tanpa 'perlu bercerita')???