Friday, October 23, 2009

Melodi terindah pabila dia menyebut mama..

Seperti yang kawan2 sedia maklum, Rayyan Ariff mula memanggil saya mama pada awal ramadhan tempoh hari. Mulanya, saya ingatkan sebutan Ma-Ma itu hanyalah bunyian yang dia hasilkan secara rawak sahaja seperti mana dia menyebut Aa-buuu, Aa-bahh, wa-weee dan beberapa bunyian yang sering diulanginya.

Namun setelah menyaksikan berulang kali dia menyebut Ma-Ma hanya apabila melihat saya, yakinlah saya bahawa Rayyan Ariff memang memanggil saya Mama dan dia sememangnya bijak mengaitkan perkataan mama itu dengan saya.

Kerana keterbatasan deria pendengaran Rayyan Ariff ekoran dari kerosakan yang berlaku pada sel otaknya, saya sedia maklum bahawa ianya mungkin agak sukar untuk Rayyan Ariff berbicara. Namun memandangkan otak adalah bahagian yang mampu berkembang seandainya dirangsang, saya terus memperkenalkan diri saya sebagai “Ma-Ma” kepada Rayyan Ariff.

Saban waktu, apabila bersamanya, saya mengajarnya menyebut mama. Dan Alhamdulillah, deria pendengaran Rayyan Ariff sememangnya berkembang! Dia mampu meniru sesetengah bunyian yang kita hasilkan.

Seperti yang dimaklumkan oleh doctor yang merawat Rayyan Ariff, dengan anak-anak seperti ini, kita perlu kreatif. Untuk mengajarnya menyebut Ma-Ma, pendekatan yang saya gunakan ialah saya seringkali menyebut perkataan itu ke telinganya. Namun, tiada balasan darinya.

Setelah itu, saya mula mengenalpasti jenis-jenis bunyian yang dihasilkan Rayyan Ariff. Saya mula tahu membezakan jeritan lapar, jeritan bosan, jeritan memanggil ma-ma dan juga jeritan tidak puas hati.

Sebagai permulaan, Rayyan Ariff hanya mengeluarkan bunyi Mmm setiap kali memanggil saya. Lalu saya maklumkan padanya bahawa bunyian itu akan saya anggap sebagai panggilan ‘Mama’ dan setiap kali dia menghasilkan bunyi itu, saya akan pergi kepadanya. Dan memang benar, sekiranya saya berada di rumah, saya akan pergi kepadanya setiap kali dia menghasilkan bunyi Mmm.. Pada waktu yang sama, saya turut membetulkan sebutannya kepada Ma-Ma. Dan akhirnya, dia berjaya memanggil saya Mama.. Alhamdulillah..

Ianya merupakan satu melodi terindah setiap kali dia memanggil saya mama.. sehabis daya saya akan cuba menyahut dan pergi kepadanya kerana risau dia akan ‘terlupa’ bahawa perkataan mama itu adalah untuk saya.. :P

Dan saya hanya tersenyum apabila saya menemukan metodologi yang sama di dalam buku Glenn Doman minggu lalu. Kalaulah saya sudah habiskan buku itu dari kulit ke kulit, pastinya saya sudah temui cara ini lama dulu. Benar, saya masih belum menghabiskan buku Glenn Doman.. Bad me! :P

Berkenaan dengan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh Rayyan Ariff sendiri pula, kebiasaannya saya akan cuba meniru bunyian tersebut. Apabila ditiru, Rayyan Ariff akan semakin aktif membuat bunyi yang lain pula. Dan dia juga akan cuba meniru bunyi yang kita hasilkan kerana ianya ibarat satu interaksi antara kami.. =)

Sama sahaja cara yang saya lakukan untuk mengajar Rayyan Ariff bertepuk tangan apabila mendengar lagu “If you’re happy and you know it” seperti di dalam entri If You're happy.. Perlakuan berulang merupakan sesuatu yang bagus untuk dipraktikkan. Kebanyakan waktu, Rayyan Ariff bagaikan tidak endah dengan pengajaran yang diberikan. Namun saya teruskan sahaja dengan apa yang saya lakukan kerana pada bila-bila waktu diluar jangkaan kita, dia akan melakukannya sendiri. Wajah yang tidak berminat tidak bermaksud dia tidak peka.. =)

Inilah antara apa yang saya praktikkan kepada Rayyan Ariff selain daripada menggunakan flash cards.

Oh yea, semalam kami membawa Rayyan Ariff ke taman dan gambar-gambar ini menjadi kegemaran saya.. Dia kelihatan seperti seorang 'kanak2' apabila berdiri begini.. =)
.
Tengah usha awek neh.. Syok benar Ian tengok budak pompuan kecik rambut panjang kat sebelah tengah main apa entah.. :P
.
P/s – Mendengar Rayyan menyebut mama merupakan satu keindahan.. namun lebih mengasyikkan apabila dia memanggil MAMA sambil memeluk dan mencium saya.. Syahdu.. Terharu.. Rasa yang berbaur-baur.. Apa yang ada di dalam hati saya waktu itu ialah, "If I had terminated my pregnancy, I won’t be experiencing this magical moment.." Syukur di atas nikmatNya..

24 comments:

M@iRaB@bY said...

hi miracle boy...cam org bujang lak dia

Cikpid said...

AFieq x leh sebut mama ag..tp bile nmpk papa die..die akan sebut..papa..papa..

sy kecik ati juga..

bile sy ajar die sebut mama..sy bisik ke telinga nye..sy letak tgn die ke mulut saya dan sy sebut mama..bile die perhatikan saya..sy cube membunyikan mama dan die peratikan gerak mulut saya..

dan hasilnye..bile sy kata mama..afieq hanya buat gerak mulut mama..tp x kuar suara...adoilaa..hahahhaa

Puan ApasH said...

Setiap ibu pasti mengerti perasaan jiey tu. Lebih2 lagi keadaan Ian yg begitu. Sudah semestinye ia amat bermakna utk jiey..

p/s: Tgh menanti dgn sabar Qaseh sebut 'Mama'..

ME said...

Alhamdulillah Rayyan dah boleh panggil mama .. terharu baca.

♥ Che NamNam ♥ said...

haku tumpang gembira atas perkembangan Ian..syabas nakk...!!

Liana Manjaku said...

Jiey... bergitu indah kan bila anak memanggil kita? Wajah yang penat boleh tersenyum bila memandang mereka! Chayok! Chayok! Ian... Teruskan usaha!

yatie chomeyl said...

bestnyo..nti ajar Ian sebut mokcik yatie plop deh jiey *hugs n kisses to Ian*

kak zue said...

ian...jalan cepat2..boleh kejar awek plk lps ni..hihihi..biar mama ian pening..
as for nabila..first word dia ialah abah.then ma..then mama..now bertambah spt..adoi..ayong..kakak.
sepatutnya dia panggil saya umi mcm abg & kakaknya tp dia bantai mama.panggil umie bila menangis kesakitan jer.kadang2 nk cepat dia panggil ayah..suka ati dia jer..at most of the time dia pakai bahasa isyarat yg dia reka sendiri.

Mrs. Simplicity said...

aaaa nia takleh sebut mama pun lagi, dia panggil aku mi..memi.. gitu la dia panggil aku. nak tuka mummy la ok tak? heheh.. tp papa dia panggil papa. ade rasa nak marah tak? aku marah tau. huhu...

ian bole dah sebut mama. huhu.. jeles bole tak?

suka tgk gmbr2 tu. new pose from ian. yeay!

AppleCrux said...

Jiey..akhirnya tercapai jua hasrat Jiey kan..alhamdulilah..lepas ni Ian leh piji 'cantek' plak kat Mama yer!

Unknown said...

well done ian.... nnt leh la sebut mcm2 tu jiey, tunggu dan lihat la nnt..... untuk ian macho, muahhhhh....

Unknown said...

Alhamdulillah... happynya saya baca perkembangan terbaru Ian. Insyaallah lepas2 ni dia boleh berborak sakan dengan mamanya pulak :)

Aishah Rahim said...

it was so wonderful kak... :)

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

alhamdulillah, hepi for u

izzahazfar said...

tak sabar tunggu akmal panggil zah bonda.....

p/s:akak ian comel kat kuda tu....

lel said...

Yeahh!
Ian boleh!

pandai yea usha awek~

Adinina said...

Hero kacak ini boley jadi lambang, NOTHING IS IMPOSSIBLE.

nyza said...

syukur alhamdullillah...good Ian!

e_nazz said...

so sweet...comel la Ian...Eishan pulak asyik dok panggil abah (pak long die)ngn opah je..mama ngn papa jarang2 je dengar..hehe

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey..ina lagilah..bila start nak bukak je buku glen doman tu..mesti ada halangan..huhu..camner nih..padahal buku tuh dah lama dah kat dlm rak tu..nak berabuk dah..huwaaaaaa...

Rofaizal Jaafar said...

Wah.. Ian dh pandai ngorat ye.. Phewiit.. Well-done boy!

Puteri Nuur At-Terawis said...

suka sangat bila ian panggil mama, pasni bila nampak mama put, tambah sket je kat belakang tu ye, jadi Mama Put :P

ian hensem sangat, macam anak teruna. sure anak dara mokcik syok ni bila jumpa abang ian.

p/s: bila nak kelik ampang semula? kesian ayoh Ian ;)

idah said...

waaa...bagus ian..ian da pandai panggil mama...good boy...hehehe

Sue said...

terharunye... gud boy, ian. moga cepat membesar dan sihat sentiasa.