Saturday, October 17, 2009

Kegemaran "Ahmad Kipas"

Ini adalah sebahagian daripada mainan kegemaran Rayyan Ariff. Dia cukup suka pada kereta mainan yang bergerak-gerak dengan lampu menyala dan bunyi yang bingit. Asalnya, Rayyan Ariff hanya mempunyai sebuah kereta mainan jenis ini yang berwarna merah. Namun sudah rosak kerana 'keganasan' yang ditunjukkannya. Mungkin geram dengan kereta yang bergerak-gerak ini, Rayyan sering mengangkat dan membalingnya sekaligus merosakkan mainan tersebut.
.
Yang kedua merupakan hadiah daripada Kak Reenaz, Mama Ridhwan. Thanks Kak! Ian really loves it! Kereta ini berwarna kuning dan ianya tetap juga menjadi mangsa 'vandalisme' Rayyan Ariff. Bezanya, kereta ini masih bertahan dan mampu bergerak sehingga sekarang. =)
.
Dan yang ketiga pula, saya beli minggu lepas di pasar malam berdekatan dengan rumah kami. Kali ini, warna biru pula. Kereta ini juga tidak terkecuali menjadi mangsa balingan Rayyan Ariff. Namun kali ini saya lebih berhati-hati dan sentiasa mengawasi. Setiap kali Rayyan Ariff membalingnya, tangan sayalah yang akan bergerak pantas untuk menyambutnya. Ada waktu geram juga. Namun apabila kawan-kawan sekalian menerangkan adalah normal untuk anak-anak seusia Rayyan Ariff berkelakuan sedemikian, saya biarkan sahaja.
.

.
Satu lagi 'mainan' kegemaran Rayyan Ariff adalah kipas! Kalau dia sedang menangis, nampak sahaja kipas, terus tangisnya hilang. Andai didekatkan dirinya dengan kipas, maka kipas tersebut akan menerima bahananya. Ditarik dan ditolak sehingga terbalik!
..
Kata nenek, kalau Ahmad Albab berhenti menangis kerana pintu, Rayyan Ariff pula sesuai dinamakan Ahmad Kipas kerana dia juga berhenti menangis kerana kipas.. :P
.
Waktu malam, senang sahaja mahu menidurkan Rayyan Ariff, berikan sebotol susu kepadanya dan tinggikan sedikit bantal untuk mengelakkan tersedak, bukakan kipas dan biarkan dia sendirian. Lama-kelamaan dia akan tertidur sewaktu asyik memerhatikan kipas yang berpusing. Senang kerja kami.. Penghawa dingin pun sudah lama tidak dibuka.. Menjimatkan elektrik juga.. =P
.
P/s - Entri seterusnya tentang jamuan rumah terbuka. Masih menunggu gambar-gambar yang diambil. Alhamdulillah, pertemuan saya dengan sahabat-sahabat lama memberi lebih ruang dan idea untuk memajukan Rayyan Ariff.. Go Jiey go!! =)

11 comments:

kak zue said...

hehehe..ian kena pukau guna kipas jer iye...sampai tertido...

jiey..tgk video klip tu..akak rasa ian bukan baling kereta tu..he is trying tu put it down.tp fine movement dia tak well develope lg..tu nmpk mcm dia baling jer keta tu.
nabila pun lebih kurang ni jg..dia boleh letak barang kat satu2 tempat tp macam menghempas sikit.

izzahazfar said...

kak..ian ngan kipas...akmal dengan cermin..huhuhu

ahmad kipas vs ahmad cermin..hehehhe

lel said...

kak, sy slalu tergoda tengok tempat duduk Ian tau
sofa tu
dan kolam ni jugak
*lari topik*

iBu ZulFaQar RayYaN said...

my ayern ader keta kuning tuh...but warna merah...fav car jugak...hehehe..keta gila kata ayah ayern.....

MeL said...

uih ganasnya Ian siap ambek campak keta kuning tu hihi comelss! Ian sm jgk ngan mika, suka pegang2 kipas ;)

Liana Manjaku said...

hehehehe... kipas yer? Husna pun suka main kipas! Sampai sekarang, suka sangat buka tutup kipas tu!

Cikpid said...

Afieq najmie pon x leh tgk kipas..sibuk die nk pegang..masukkan jari dlm tu..aiyo..sgt takot..

Puan ApasH said...

Qaseh pon ske tgk kipas..mmg budak2 kecik ske tgk kipas kot..pelik kan..huhuhu

Elyn Sani said...

hihih ian leka kot tgk kipas tu gerak2. tp lawak la name ahmad kipas ekekek

Farah said...

senang ian tido...kalau afif..kena bg minum dulu pastu tepuk2 sikit..kalau kite takde kat sebelah die bangun la plak..

wanie @ suzie said...

salam perkenalan kak jie...silent reader yg baru nak munculkan diri....heheheh bila baca entry nih teringat anak wani pon hantu kipas jugak