Wednesday, October 14, 2009

My strong lil' boy..

Bila bercakap tentang 'kuat', memang diakui bahawa Rayyan Ariff adalah anak yang kuat. Berjuang berhabis-habisan demi sebuah kehidupan walaupun usianya masih setahun jagung. Perjuangan yang bermula sedari hari pertama dia terbentuk dan membesar di dalam rahim mama, sehingga kini setelah 17 bulan usianya, dan pastinya perjuangan itu akan berterusan..
.
Namun bukan kekuatan itu yang saya maksudkan, yang ingin saya perkatakan kali ini ialah kekuatan fizikal Rayyan Ariff. Hal ini diakui oleh doktor2 yang pernah memberi suntikan kepadanya ketika ingin memasukkan drip. 'Daya' yang ditunjukkan cukup mengejutkan bagi anak hypotonia* sepertinya.
.
Kerana sifat ingin tahu yang tinggi, setiap kali Rayyan Ariff di atas dukungan kami, tangannya akan meliar menyentuh apa sahaja yang berdekatan dengannya. Contohnya, apabila kami berdiri di sebelah almari, tangannya ligat menarik pintu almari.. Begitu juga dengan peti ais, berulang kali tangannya membuka dan menutup pintu peti ais yang agak berat untuk dibuka..
.
Yang paling mengejutkan, sewaktu Rayyan Ariff menarik stand fan yang ada di ruang tamu.. Sehingga terbalik dibuatnya.. Cukup memeranjat apabila melihat kudratnya.. Bagaikan tidak percaya anak hypotonia ini memiliki kekuatan yang sedemikian.
.

Rayyan yang sibuk bermain.. Mainan inipun menjadi mangsa sifat agresif Ian.. Ditolak, ditarik dan dilempar sesuka hati.. :P

Rayyan Ariff juga semakin agresif. Apabila diletakkan berhampiran dengan rak mainannya, habis satu persatu barang permainannya diambil dan dibaling sekuat hati. Saya tidak tahu sama ada ini adalah satu bentuk protes yang ingin dia tunjukkan ataupun fitrah semulajadi sifat seorang kanak-kanak.. Habis bersepah mainan yang tersusun dibiliknya..
.
Kalau dulu, dengan sopannya, Rayyan Ariff hanya menyentuh mainan yang diberikan kepadanya.. Dan tidak sesekali menyentuh mainan lain yang tersusun.. Dibaling jauh sekali..

Kalau dulu, baik jer main pusing2 all the rolling toys, sekarang kejap jer pusing.. Pastu sibuk nak menjahanamkan benda alah tu.. :P

Harapnya, ini adalah perkembangan biasa seorang kanak-kanak.. Sewaktu di musikhaus, saya diberitahu agar cuba untuk 'membentuk' Rayyan Ariff dengan mengajarnya bahawa perbuatan membaling itu adalah sesuatu yang salah. Sudah saya cuba berkali-kali, namun masih tidak berkesan terhadapnya. Harap2 sekejap waktu nanti, dia akan mendengar 'larangan membaling barang' ini..

I'm not just strong, I'm also a cheeky boy! :P

Semakin hari, semakin panjang akalnya.. Kalau dimarah, mulalah dikelip2kan mata tanda memujuk.. Paling tidak, digosok-gosok tangan kita sambil ketawa kecil.. Sudahnya, marah kami tidak ke mana.. Anak oh anak.. :P

*Hypotonia is a disorder that causes low muscle tone (the amount of tension or resistance to movement in a muscle), often involving reduced muscle strength. Hypotonia is not a specific medical disorder, but a potential manifestation of many different diseases and disorders that affect motor nerve control by the brain or muscle strength.

P/s - Hubby bertanya kenapa blog di private.. Hehehe.. Dia semakin rajin mengikuti Kerna Kasih Kita semenjak Kerna Kasih Collection diperkenalkan.. Itu pun setelah teman-teman sepejabatnya memberi sedikit 'ulasan' tentang entri-entri di sini.. :P

Masih berkira-kira sama ada mahu membuka Kerna Kasih Kita kembali atau tidak.. Keadaan sudah semakin reda.. 'Lalat' sudah berhenti bersuara, namun saya pula sudah rasa selesa di dalam keadaan ini.. =)

Tapi satu yang ruginya, tidak dapat menyertai mana2 contest.. Ada rasa ralat juga.. :P

17 comments:

ibuarifa said...

tgh2 syok baca...last2 ending kelaka plak...ralat tak dapat join contest.. yer lah contest Ian dgn stroller, Ian dgn walker,,,,terlepaslah ko Jiey..

nak private ker nk 'on air' kembali ker...saya ikut ajer..

p/s: ku lebih suka kalo hubby ku tak membaca blog ku...leh 'bebas' nk tulis aper2...tak de org dok guide2..dok larang2.

ArshSabila said...

Salam jiey,
Alhamdulillah leganya tgk ian back to normal..:)agaknya masa ian jatuh ada malaikat yang menyambut..syukur!

Anak saya muntah sbb berlaku sedikit gegaran pd otak..siap kene buat ct scan dan bermalamla kami 2 beranak di wad selama 2 mlm.Bila kenang saat itu sangat menyentap hati, terutama masa dia kene berpuasa sehari lebih utk tgk keadaan seterusnya.merengeklah si kecil itu menahan lapar.Tuhan saja tahu betapa bersalahnya rasa kala itu!

Tapi alhamdulillah tiada apa-apa berlak.malah lps tu dia makin aktif!agaknya ian pun makin agresif sbb lps jatuh katil tak..hehe..

Mengikut pengalaman,ia suatu yg lumrah kanak-kanak seusia ian bermain dgn mainan dan pd masa yang sama membaling dan menyelerakkan semua yg ada di depan mata.Malah mat2 saleh di sini pun membiarkan sahaja anak2 mereka melakukan apa sahaja aktiviti yg disukai.Dari sudut positifnya,ia menggalakkan anak itu mengekspresi perasaannya dan mengasah kreativiti, ia jg sbg petanda anak itu bertindak balas dgn apa yg ada di sekelilingnya.Kita boleh biarkan apa yg si anak ingin lakukan,namun dlm masa yg sama kita menerangkan apa yg boleh dilakukan dan apa yg tidak boleh dilakukan, dan bukannya melarang..Jika brterusan bercerita dgnnya, insya'allah lama-lama ia akan memahami..:)

Adinina said...

Kdg2 kids ni when we say NO too frequently, the impact is no longer there. Dia buat x paham je. Myself pun kdg2 rasa x best bile asik ckp NO. Bynk je article Jiey boley google on ways to say NO positively to babies. Giving them an alternative is a way.

Cikja said...

Salam,

Saya rasa memang fitrah anak-anak suka baling barang..

baru-baru nie jugak anak saya suka punggah beg, kotak mainan pastu dibalingnya barang dalam tu sesuka hati..bila dpt baling tu dia gelak2..hahahaha..so jiey jangan risau..

walaupun hanya baca kisah ian saya tau ian anak yang kuat...go go ian..

Leen Die said...

Salam dear,

Jangan risau dengan perkembangan Ian cm tue..Ian sama ngan Rayyan..kalau puas main mesti baling2 kadang2 tue mau angin ummi dia nie..baguslah progress ian tue jiey..sebab pernah tanya paed tau dia kata kalau nak ajar bb besar anak2 kita nie kena bg dia explore benda tue semua..sebab dorang akan belajar dari explorasi yg dorang buat..so loni klu rayyan main gapo2 sabar marah jelah jiey weii..sebab perkembangan otak ngah berkembang bak kata Munirah (tripletsplusone)...ok dear jgn risau2 k..ngah pk nak melawat awok ngan Ian tapi tak th bila nie...

eiNa said...

cayalahh Ian.. practise make perfect tau.. rajin2 belatih...

kalau open balilk pun ok je jiey.. :)

Cikpid said...

its normal baby main baling brg2...
mcm afieq najmie..segala brg yg die dpt capai dr rak..die akan buang ke bwh..huhuhu

Liana Manjaku said...

hurmmmmm... Ian bermain tu jiey... Coz, bila ummi tengok Husna sekarang nie pun...kalo bermain memang dia sengaja sepah-sepahkan barang! Bila ummi kemas... seminit pastu tu... dia keluarkan balik! Bila tengok video tu...cam dekat jer dengan Ian!

misz_nierah said...

hehe..alololo..cumil2 Ian. very cheeky la die on the last picture. ^_^

kak zue said...

hi jiey..
normal la tu budak2 mmg suka sepah2barang.akak kt umah pakai pinggan mangkuk melamine jer sb nabila suka baling2.dia suka sgt tgk pinggan tu golek2 kt lantai.mainan dia pun selalu tersadai bawah sofa.
ian tgh tunjukkan energy dia tu..warning mama dia sp siap sedia utk kejar bila ian berjalan nti..

Mrs. Simplicity said...

yeay sama la mcm budak2 lain. agresig, cepat geram bila tak dpt buat ape yg dia nak. bukan hypotonia dah tuh. semua on track aku tgk. siap bole bukak tutp peti ais mmg gagah abang ian ni - nia ckp eh. heheeh...

Farah said...

keh keh keh..ian buat muka kesian bila dah abis sepah..pandaii!

Yasmin Nabilah.. said...

seronoknya tgk Ian main..hurm..Nabila kena usaha lebih nih..huhu..

izzahazfar said...

salam kak jiey..
dah sihat ker?kiranyer ian ni walaupun istimewa dia sama mcm org lain gak...

p/s: ian mai umah untie main ngan akmal..akmal pun dah start sepah2 brg...mula dah punggah macam2..p pasar malam siap nak amik timun g...huhuhu

Jiey^Mien said...

Ibu arifa : Itu la.. Skrg neh byk nar plak contest yang best2..
Hangin jer tgk..
Yang stroller n walker satu hal,yg baju raya lagi..
Muahahhaha..
Geram plak..
:P

***************************************************

Sufeenan779 : Ya Allah.. Gegaran pada otak.. Bukan sket tu.. Dgr pun dh gerun..

Mintak dijauhkan la in the future kan? Seb baik makin aktif..

Itu la.. My mom pun ckp camtu gak.. Tabiat budak.. Smpi satu masa, dia berenti la membaling tu bila dia dh bosan..

Tapi kat skolah Ian tu suh ajar jgn baling.. Pelik lak eh..

********************************************

Adinina : Ian ni kalo nk say NO kena ckp kuat2 sket.. Takut dia tak dengar.. Muahahhaha..

Statement yang kejam dari seorang ibu! :P

********************************************

ijah @ fariza : a'ah la.. sebijik cam ian.. satu lemari barang dia tuh dia amik n baling.. geram plak nengoknya.. tp so far jiey just gelak je la..

pas dia baling, kita la plak yang ngutip..

*sigh*

**********************************************

Leen Die : Risau dok sgt, geram tu lebih.. Muahhaha.. :P

*********************************************

eina : itu la kan? takyah nk sesusah log in nk view blog sdr.. kekadang naik rimas plak..

**********************************************

cikpid : mommy jiey selalu ckp camtu.. dia kata apa yg ian buat tu sama ngan apa yg kitorg adk bradik buat ms kecik2 dulu.. tp mama dia neh biasa la, drama queen.. selalu dok pikir itu ini..

*******************************************

Liana : Nak dekat lagi jom la dtg umah.. =)


Bleh peluk cium Husna sekali neh..

******************************************

misz_nierah : Adik kena tgk masa dia memujuk lepas kena marah, lagi cheeky!
:P

*********************************************

Kak Zue : Alamak.. Kena bersiap sedia neh.. Abih la segala pinggan mangkuk Luminar, Arcopal, Korok2 mokcik bagai.. Kena kuarkan melamine blk neh..

*************************************************

alyyani : nia pun jenis geram jugak ke ly? aku cam risau jer tgk ian dok geram itu ini..

*********************************************

farah : muka memujuk suh angkat la tu.. :P

*************************************************

Noina : Tak lama lagi dh turn Nabila neh.. Kita pakat doa n usaha sama2 yea.. =)

*****************************************

izzahazfar : Alhamdulillah makin ok..
Zah dh blk kursus ke?

Bak kata mommy akak, Ian sama je ngan budak2 lain cuma lambat sket jer.. :P

****************************************

lel said...

Ian sangat comel dan kuat!

Marsha~ said...

hehe.. sy pun malas nak join contest skrg ni.. huhu.. budak2 sebaya rayyan mmg suka lempar barang.. entah ape yg syok pun tataulah...