Thursday, October 29, 2009

Kerna kasih yang ada..

Secara tidak sengaja, saya menemukan satu lagi blog 'Kerna Kasih Kita' melalui Feedjit live traffic yang membawa saya ke enjin pencarian Yahoo.
.
Sewaktu melihat blog tersebut, saya tersenyum dan hati bertanya, apakah "Kasih" yang mendorong dirinya untuk berblogging sewaktu blog itu diwujudkan. Adakah bentuk dorongan yang sama yang saya miliki suatu waktu dahulu? Apakah rasa yang ada di dalam hatinya adalah rasa yang sama seperti sewaktu saya 'melahirkan' Kerna Kasih Kita? Saya kagum kerana dua insan yang tidak mengenali dan tidak pernah bertemu bisa mengungkapkan sesuatu yang sama.. Kebetulan..
.
Pertemuan yang tidak dirancang ini mengingatkan saya pada detik kelahiran Kerna Kasih Kita. Asalnya, saya asyik bercerita di Friendster, namun akhirnya saya memilih Blogspot kerana mahu melebarkan perkongsian rasa dan ilmu keibubapaan.
.
Sewaktu mengadap skrin dan mahu mendaftar di Blogspot, saya memikirkan nama dan tajuk yang sesuai untuk digunakan. Sesekali, saya menjeling kepada Rayyan Ariff yang lena beradu di sebelah. Timbul rasa syahdu di hati tatkala menatap wajahnya yang baru sahaja berusia sebulan lebih.. Yang terungkap di bibir saya adalah, "Cinta mama, semuanya akan kami lakukan untuk kamu kerna kamulah kasih terindah!"
.
Dan dari situ lahirlah Kerna Kasih Kita..
.
Blog ini tercipta kerana kasih yang ada.. dan saya sememangnya mahu mengabadikan kasih dan cinta yang tak bertepian ini di sini.

Blog ini terilham kerana anak saya. Dia telah mengajar saya erti kasih sayang yang tidak bersyarat. Dia mengajar saya untuk menerima seadanya. Dia mengajar saya untuk menghargai apa yang saya miliki. Dia mengajar saya mensyukuri nikmat Allah.

Dan saya percaya, Love is the only purpose of living!

Cintakan ketuhanan, tingkatkanlah keimanan dan perbanyakkanlah amalan..
Cintakan kemanusiaan, berbuat baiklah sesama insan..
Cintakan kebendaan, giatkanlah usaha mengejar duniawi..
Pokok pangkalnya, cinta dan kasih bisa merubah seseorang menjadi apa sahaja yang dia inginkan..

.
Foto-foto ini adalah aksi 'Kasih' kami sewaktu kami membawanya ke salun 2 minggu yang lalu..
.
Di dalam kesemua foto yang ada, foto inilah yang benar-benar menyentuh hati saya.. Aksi di mana Rayyan Ariff 'ditenangkan' oleh ayahnya apabila dia mempamerkan riak ketakutan apabila rambutnya di potong..
.
Mungkin ianya kelihatan biasa-biasa sahaja.. Namun rangkulan yang erat dari Rayyan Ariff bagai menunjukkan 'kebergantungannya' kepada ayahnya. Jemari yang erat menggenggam kolar baju ayah bagai menyatakan dia akan selamat selagi berada di dalam pelukan ayahnya. Dan ayah pula, dengan selembut mungkin menenangkan jiwa kecil yang ketakutan..
Kasih seorang ayah..
.
Menyentuh tentang foto yang bagaikan mendefinisi rasa 'kasih', ini juga merupakan salah satu foto yang menjadi kegemaran saya..
.
Waktu ini, hubby sedang menenangkan Rayyan Ariff di saat ujian EEG dilakukan ke atasnya.. Saya cukup tersentuh melihat tangan kecil Rayyan Ariff yang memegang tangan ayahnya.. Dia seolah-olah menenangkan ayahnya sambil berkata, "Ayah, don't worry ok.. Things will be just fine for all of us.."
.
Inilah 'kasih' kami.. Ya Allah, terima kasih diatas kurniaan yang tidak ternilai harganya ini..
.
P/s - Agak sentimental.. Rindu pada Mr. Hubby yang sudah lebih seminggu ditinggalkan.. Tak sabar nak balik KL! :P
Bagaimana pula dengan sejarah blog anda?
Kesemuanya cantik-cantik dan tersendiri.. Antaranya ialah, My Lil Dreamz, Mungkin tertanya, My Little Secret, Cherish Love Together, Sejarah Kehidupan, Love is in the air, Naluri Seorang Ibu .. Dan banyak lagi yang tidak tersebut di sini.. =)

22 comments:

suhida said...

semoga allah merhamati hidup kamu sekeluarga. kite pernah berjumpa masa besday bash iman zafran.ingat lagi tak?salam berkenalan~
memang menyentuh perasaan...

M@y said...

How time flies..kejap je kasih Jiey membesar.Dia yg byk mengajar parents dia jd kuatkan?

Puan ApasH said...

wahh blog saya pon termasuk list ye jiey..hehehe..
nanti ada masa saya wat entry asal usul "cherishlovetogether"..hehehe..
Tapi ayat2 yg digunakan x kan seindah kata2 jiey..sbb saya x pandai nk mengarang sgt..huhuhu..

AppleCrux said...

PAgi2 dah syahdu nih Jiey...

yatie chomeyl said...

blog yatiechomeyl ? eheh...
tersentuh retek tgk gambar Ian dgn daddynya itu..meme penuh kasih syg

eiNa said...

jiey..pepagi dh emosi lak.. tp tgk gmbr Ian ngan daddy mse nk wat ujian ape tu mmg sebak je rasa.. Ian mmg hebat laa..

Drama Mama said...

ian beruntung mama dia sangat kasihkan dia sampai create a blog for him. nnti besar jaga mama baik2 okie Ian! :-)

Anonymous said...

zai p0n tersentuh tgk gambar ian pegang tgn ayahnye.. melihat dirinya dgn berbagai2 wayar.. sgt menyentuh hati..
smoga ian sihat selalu..
*blog zai biasa2 je..

Eliss said...

adus tersentuhnya...moga Ian selalu kuat mengharungi hari2nya sekuat mamanya...semua disini pun kasihkan rayyan ariff yang hensem tu :)

lel said...

betul la
syahdu tengok Ian pegang tangan ayahnya tu
ilham blog sy dtg dari lagu shiela majid :)

kak zue said...

salam jiey..rasa bestkan bila anak kecik letak tgn dia kt kita masa tido..
btw..kat salon tu ada keta mainan cm tu ke?nak kena suggest kt tuan kedai gunting yg selalu akak pegi tu suruh buat mcm ni..sekali nabila pegi gunting rambut mesti tak mau balik nyer..hahaha..

misz_nierah said...

sayu tgk Ian pegang leher baju hubby akak T_T

Anonymous said...

Blog KKK ni x same ngan blog lain.. Blog yg selalu menimbulkan keinsafan dlm diri sy... Teruskan Jiey...

Mrs. Simplicity said...

gmbr2 faveret ko tuh, feveret aku gak. kalau nia tuh, dlm rangkulan mama dia je baru rasa dilindungi. hehehe...

btw, blog aku wujud atas desakan adik beradik aku yg nak tgk muka nia ari2 :D semua sebab anak kan?

~farah~ said...

bergenang air mata saya tgk rayyan esp part pegang tgn ayahnye.....
semoga kalian sekeluarga gembira dan dilimpahi rahmat selalu :)

Rose Nieza said...

Jiey..sedih bace entry ni.exspecially part gambo si comey Rayyan ngan ur hubby. Meleleh air mate mak kat opis.Huhu..

Jiey^Mien said...

Suhida : Terima kasih di atas doa yang diberikan.. =)
Ingat2.. Sue kan?
Mn leh lupa.. Befday Iman pun still baru lagi..

Salam perkenalan kembali..

******************************************************************

May :Ye la kan? Kejap je sangat.. Adik baby pun dah nk due dh tak lama lagi.. =)

***************************************************************

MamaQaseh : Jiey neh minah jiwang.. :P

*******************************************************************

Applecrux : Seb baik Nazif is getting better, kalo tak lagi syahdu tau..
Jahat budak yg gigit Nazif tu! Emo ni tau!

******************************************************************

yatiey : Blog Yatieychomeyl memeylah comel dohhh... Sungguh terserlah!

***********************************************************

Eina : Syahdu kan tgk tangan kecik dia.. =(

********************************************************************

Drama Mama : Org lain kasih kat anak buat bungalow, mama ian buat blog.. hehhehe.. mau ian gelak.. :P

**********************************************

mamamiera : InsyaAllah.. Terima kasih atas doa Zai..
Mana ada blog Zai biasa, blog Zai penuh ngan gamba2 anak2 yang comel2! geram tgk tau! mata bolat2!

****************************************************************

elissmie : kalo ada contest momen syahdu, leh la Ian join.. hehehhe..

*****************************************************************

Laila : Sheila Majid? Citer la.. Citer la.. Menarik tuuuu..

***********************************************************

Kak Zue : rambut Nabila cantik jer.. Sayang jgk gunting kan? Tp takut dia rimas plak.. Rambut Ian ni stok kerinting.. Tu yang buat no.2 je tu.. :P

*************************************************************

misz_nierah : Kuat genggaman tangan dia.. =)

***************************************************************

Sutera Batik : Terima kasih di atas sokongan.. InsyaAllah selagi diberikan idea untuk menulis..

******************************************************************

Aly : Standard la Ly.. Anak sedara 1st, harus la semua excited since dah lama takde baby dalam family kan?
=)

************************************************************************

farahsyeefa : Thanks dear diatas doa yang diberikan.. =)

****************************************************************

Rose : Jadik ibu ni mmg buat kita jadi sentimental kan??

P/s - Update la blog.. Nk tgk gamba baby neh..

************************************************************

kamalnzura said...

tiba2 rasa sedih bca entry kali ni...sebak...

Farah said...

sungguh sentimental la entry jiey ni...

gambar yg last tu btul2 buat saya tersentuh....mmg anak asalnye menjadi sumber inspirasi blog saya..sungguh seronok untuk bercerita di blog sebab tak sangka ramai yang ambil masa untk baca ape yg saya repekkan :D

izzahazfar said...

akak...buat zah rindukan akmal la..huhuhu...sentuhan dari anak2 inilah yg buatkan kasih kita makin menebalkan pada mereka...power of touching..!

CatlinaFly said...

tanpa disedari air mata bergenang tatkala membaca entry ni...

ellis said...

ya.. begitu menyentuh perasaan.. tk sedar air mata meleleh...tabahnya anak kecil ini,... jauh di sudut hati ku panjatkan doa pada Ilahi semoga anak kecil ini sihat & hidup normal macam kanak2 lain.. amin