Kenapa perlu semangat dari luar? Tidak cukup kuatkah diri ini untuk menghadapi segalanya bersama-sama yang tersayang? Bukan tidak cukup kuat, namun banyak waktu, pengalaman orang lainlah yang boleh dijadikan panduan untuk kita bersama-sama membesarkan permata hati tercinta.
Sewaktu menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor di hospital tempoh hari, saya turun ke kedai di bahagian bawah untuk mendapatkan bahan bacaan. Melihat-lihat majalah yang ada di situ, mata saya terpandang pada majalah Wanita yang berada pada bahagian tepi kiri rak buku.
Antara isi yang terkandung pada kulit majalah tersebut ialah “Siti Hajar ajar anak pekak vokal.”
Saya terus mengambil majalah tersebut dan membuat pembayaran di kaunter. Usai membuat pembayaran, saya terus naik ke atas dan ke bilik doctor. Sewaktu menantikan giliran saya yang masih jauh, saya terus ke mukasurat yang memaparkan kisah Siti Hajar dan anaknya.
Kepada peminat-peminat Akademi Fantasia, pastinya nama Siti Hajar tidak asing lagi kerana dia adalah di antara tenaga pengajar di akademi tersebut.
Di dalam ruangan Ibu & Anak, Siti Hajar menceritakan tentang kisah hidupnya yang memiliki anak istimewa. Anak sulungnya dilahirkan hyperaktif dan tanpa keupayaan mendengar. Walau maklum anaknya tidak bisa mendengar, beliau tidak mengalah. Menjadikan anaknya sebagai sumber inspirasi, Siti Hajar mencipta beberapa teknik vokal. Beliau melatih anaknya terapi sebutan selepas menyedari potensi anaknya, iaitu hanya pekak namun tidak bisu.
Beliau mengajar anaknya menyebut satu perkataan sehari tanpa jemu. Kontak mata merupakan sesuatu yang beliau tekankan agar anaknya merasakan ‘emosi’ di dalam perbualan. Beliau akan menyebut satu-satu perkataan dan membiarkan anaknya mengesan pergerakan bibir selain daripada mengesan hembusan nafas melalui hembusan ke tangan anaknya.
Dan hasilnya, anak Siti Hajar mampu berkomunikasi dengan mereka-mereka yang tidak tahu berbahasa isyarat. Luar biasa bukan? InsyaAllah, saya akan mempraktikan cara yang sama untuk Rayyan Ariff. Beza antara Rayyan Ariff dan anaknya ialah Rayyan Ariff mampu mendengar walaupun tidak sebaik kita semua. Kalau anaknya bisa, pasti Rayyan Ariff juga mampu.
Yang lebih menarik adalah niat Siti Hajar berkongsi ceritanya sebagai ibu kepada anak OKU adalah supaya ibubapa di luar sana dapat bermula lebih awal untuk mendidik anak istimewa. Beliau juga menyarankan agar anak-anak ini di hantar ke sekolah lebih awal. Bagi ibubapa anak-anak istimewa, masa merupakan elemen yang penting dalam mendidik anak-anak ini.
Mereka perlu masa yang lebih berbanding anak-anak tipikal. Kalau dibiarkan, anak-anak ini mungkin akan semakin ketinggalan. Seperti yang pernah dikatakan oleh Glenn Doman di dalam bukunya, one day that a brain injured child is not getting better, he’s getting worse as other typical children are moving fast.
Siti Hajar juga menyatakan kebaikan merapatkan kelahiran anak agar anak istimewa ini dapat ‘berkawan’. Sesuatu yang kita semua sedia maklum bukan? Namun apakan daya, Mama Rayyan ARiff belum bersedia untuk kelahiran seterusnya..
Oh, saya tidak sabar mahu mendaftar Rayyan Ariff ke sekolah apabila usianya genap 2 tahun nanti.. Berusahalah anak, mama tahu kamu mampu!
Anak bijak saya.. Syukur Alhamdulillah kerana teman-teman turut menerima dan menyayangi Ian seadanya.. Terima kasih di atas sokongan, terima kasih di atas semangat..
P/s – Alangkah bagus kalau saya dapat mengasuh Rayyan Ariff sepenuhnya dengan kedua-dua belah tangan ini sendiri.. Mengapa masa perlu cemburu? =(
14 comments:
hehehhe..jd berusaha keraslaa bg Ian ade 'kawan'...
dr cerita jiey nmpk byk progress Ian..
dan dr cerita Jiey juga..bg impak mnjadi ibu dgn lebih tabah..
jd lalat2 dan langau2..kalo nk mnyemak..bukan di sini tempatnye..g main jauh2
i love Ian too :D
salam jiey..adakalanya kekuatan teman2 menjadi inspirasi kepada kita.ini cerita kawan baik saya..kami berkawan sejak dr form 1 tp sejak habis matrikulasi kami dipisahkan oleh jarak.namun persahabatan tetap terjalin.dia adalah top student..sgt bijak dlm semua subjek..family dia jg mmg brilliant in academic...mmg keturunan bijak bistari.dia graduate medicine dr oversea & balik kerja doc kt msia.then kawin dgn doc jg.now ada 3 anak.anak sulung special..autism.kawan saya ni sanggup berhenti kerja semata2 nak ajar anak sendiri kt rumah.mmg dia homeschool anak ini..drp tak bercakap..sekarang anak ini dah pandai bercakap tp mainly dlm BI..baru sikit2 dlm BM.sekarang anak ni dah 10 thn.kwn saya kembali bekerja tetapi dgn private yg boleh bg pelepasan pd hari anaknya ada therapi..sekarang dia bercadang berpindah ke luar negara untuk mendapatkan sekolah yg terbaik utk anak ini.saya melihat ini sbg kekuatan dlm dirinya kerana mengenali teman saya ini dari usia 13 thn saya hanya melihat sifat manja dlm dirinya..maklum anak bongsu..org kaya plk tu.saya belum pernah ke rumahnya krn tiada kesempatan & jarak yg jauh..tp saya merasakan kehidupannya lebih sederhana berbanding semasa belajar dahulu.
betul jiey.. kan lebih manisnya kalo dia membesar depan mata kita..
tapi, kita juga perlu pergi untuk mencari rezeki untuk keluarga kita dan anak kita. Even kita meminta org lain menjaga dia.. kita tetap mempunyai masa untuk memberinya belaian kasih sayang.. Hopefully kita tidak menjadi ib yg terlampau ibuk dengan keje.....
p/s : apa yg penting, kesihatan anak kita perlu sentiasa di kawal rapi.. Jue pun baru naik cuti selepas cuti selama 1week...
btul jiey..
kerana teman2lah penguat semangat jiey..
dan abaikan saje kata2 org yg -ve.. org2 itu x tahu berat pengorbanan n kepayahan yg d lalui ibu2 yg punya ank2 istimewa..
teruskan usaha mbesar dan tnjuk ajar pd ian, xkiralah pd sape2 yg jiey amanah kan utk mjage ian sekolah / bibik..
lgp0n ian same bijak cam ank2 sihat yg lain.. itu yg zai rasa..
suka tengok wajah ian. ada sinar yang cukup meneyjukkan hati di matanya :)
Jiey...
Teruskan usaha... Bila ian melihat kesungguhan ibunya pasti ian juga berusaha keras... dan akhirnya ian bisa melakukan seperti mana yang jiey ajar...
Jika orang lain boleh ian juga pasti boleh... percayalah..
memang sokongan luar adalah sgt penting..contohnye mcam farah nak BF afif..kalau takde sokongan kawan2 rasanye mahu mengalah jugak..kami sentiasa support jiey dan ian k!
jiey, jom kita pi jumpa siti hajar. dah lama siti hajar nak jumpa put (it happen anak sedara dia is my friend), lepas jiey cerita ni, rasa sangat nk tgk anak dia.
betul..kita perlu semangat dari org yang sama nasib dengan kita..Ina juga sendiri tumpang semangat dengan kawan2 kita yang lain..dan juga melalui Jiey sendiri.. Sebab itu..Ina klu boleh nak kumpulkan seramai boleh ibu bapa yang punya nak istimewa.. :) Kita boleh buat group dan boleh bertukar pendapat..
Alhamdulillah..dengan blog ina jumpa jawapan untuk Nabila..melalui kawan2 la yang banyak bantu ina..terima kasih sangat2..pada semua kawan2 dan terutama pada Jiey..yang banyak bantu ina melalui hasil2 tulisan Jiey untuk buat Ina lebih semangat lagi..terima kasih Jiey!
hi jiey..
ye ke siti hajar tu ade anak istimewa..tak tau la plak..takpe jiey,jiey mesti bole didik Ian sampai ke tahap tu..org lain bole,mesti Ian bole..go Jiey! go Ian!
akak sentiasa ada memberi semangat untuk ibu-ibu anak istimewa macam jiey... dun wory dik...
PEEWWIIITTT..AUNTY FADIA CUN LA BERBAJU KURUNG MERAH.. :D
TAK SEMPAT BACA LAGI JIEY, NANTI AKU DTG BALIK. MINGGU SIBUK.. :D
anak ku juga istimewa, tapi ku x sempat mengajar akan dia semua itu.. Moga ian akan tetap terus belajar ye..
Post a Comment