Thursday, January 27, 2011

Erti sebuah kasih sayang..

Saya suka pada cikgu yang mengajar Rayyan Ariff di sekolah sekarang. Orangnya baik dan berbudi bahasa, dan penuh dengan kasih sayang.. Wanita berbangsa India itu tidak melihat pada warna kulit, kaum  ataupun tahap kecerdasan pelajar-pelajarnya dalam memberikan pengajaran kepada mereka. Keikhlasan terpancar pada wajahnya dan hasil pengajarannya jelas terlihat pada anak-anak didiknya yang sudah lebih setahun bersamanya..
.
Dari memakai pampers, sudah di ajar menggunakan tandas..
Dari tidak punya fokus, sudah di ajar memegang pensel..
Dari seorang anak yang berada di dalam dunianya sendiri, sudah di ajar berkasih sayang..
Dari tidak tahu berbicara, sudah di ajar bercakap..
.
Pada saya, inilah kualiti yang harus ada pada seorang guru.. Sayangnya, tempoh perkhidmatannya akan tamat dalam masa 2 bulan lagi.. Such a waste.. =(
.
"Dia ini sayang sama Rayyan. Mahu tengok?" Ujar cikgu itu kepada bibik seraya meletakkan Rayyan Ariff ke ribaan seorang anak autisme berbangsa india. Anak itu memeluk dan mencium Rayyan Ariff..
.
"Baby.." Ujar cikgu itu kepada anak berusia 5 tahun yang meriba Rayyan Ariff itu. "Baby.." Anak itu mengulangi perkataan baby yang diucapkan cikgunya seraya mencium Rayyan Ariff.
.
Mulus sekali perasaan kasih sayang itu. Terharu sungguh saya mendengar cerita ini daripada bibik.. Kalaulah cikgu itu tidak berhenti, kalaulah Rayyan Ariff sesuai di sini, pastinya saya tidak perlu melebarkan pencarian.. =(
.
Saya selalu bertanya tentang cikgu dan kanak-kanak di situ daripada bibik. Menurut bibik, sesekali terdengar bebelan daripada cikgu, "Aiyoo, anak demam pun mahu hantar juga.. Nanti berjangkit sama budak lain sapa susah? Ini mak bapak mahu senang saja, malas mahu jaga anak.." Di waktu yang lain, cikgu itu sesekali bercerita kepada bibik pada waktu rehat, "Yang ini bapak dia banyak sayang.." "Yang ini mak bapak takde kisah punya, hantar ambik sahaja cukup.." Dan banyak lagi kisah masyarakat yang sememangnya menarik untuk di dengar..
.
Cubaan memakai hearing aid buat Rayyan Ariff, sekali lagi berlaku penolakan selepas kami mengubah frekuensi bunyi dan mengenakan ear mould baru.. =(
.
Apa sekali pun, hanya doa yang kudus dapat saya berikan untuk semua anak-anak ini agar terus dipermudahkan segala urusan mereka.. Aminnnn..

9 comments:

leya_zaini said...

amin..... pastinya dlm kekurangan itu Allah akan berikan kelapangan.... dalam setiap kesukaran pasti akan ada kebahagiaan... cuma kita jgn pernah putus asa. untuk rayyan.... semoga si emsem ni akan terus tabah terus kuat and terus cemerlang. untuk mama plak keep strong, per"setan"kan kata2 manusia2 lain yg memperkecilkan si emsem rayyan... they never know d real rayyan not d way u do.... dont ever lose hope k... prayers n love for both of u

YatieJay said...

Memang susah nak cari cikgu yg betul2 passionate terhadap 'kerjanya'. Selain dapat pahala, sebenarnya mereka dapat belajar banyak perkara tentang parents lain melalui anak2 didikannya.

Macam entry sblm ni, nampaknya ramai lebih mementingkan $$$. Suruh 'susah' sikit, mula lah banyak beralasan.

Saya doakan Rayyan dapat cikgu yg baik lepas ni. Amin!

AIN NAZRI said...

cikgu akan berpindah ke sekolah mana plak kak?? entah2 dia nak bukak skool sendiri kot..

shaliza said...

sayang la kan, cikgu yang ok macam tu dah habis kontrak...

Kasih Ibu Arif said...

INSYAALLAH RAYYAN DAPAT IKUT SEMUA PEMBELAJARAN! ALLAHUMMAAMIN!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam jiey. Lega Puan Ros mendengar jiey dah jumpa tempat yang sesuai untuk little Rayyan ,walau untuk seketika.The most important thing is the principal understand Rayyan's condition as to monitor what the teacher are doing with him.Puan Ros doakan Jiey akan kekal tabah.Always keep your spirit high.

Min said...

org2 yg baik2 gini selalu tak lama kat sesuatu tempat.. nape ye?

Mamanurin said...

alhamdulillah, walaupun berlainan bangsa dan agama, tiada istilah pilih kasih dalam mendidik anak-anak yang kecil mmg sayang..wahh bestnya rayyan kena kiss

Lynn Abd Latib said...

jiey

kenapa cikgu nak berenti?kasihan anak kecil yg mula ada rasa sayang pd cikgu itu..mesti tercari2..apapun smg pencarian jiey akan tamat nanti..smg bertemy yg lebih baik dr skrg..i/allah :)