Monday, January 31, 2011

Menolak diri agar hari ini lebih baik daripada semalam untuk permata tercinta..

Pada sesi terapi pertuturan yang lalu, Ms Tey ada menyatakan kegusarannya tentang Rayyan Ariff yang tidak punya kecenderungan untuk meniru bunyi yang didengari seperti kebanyakan anak-anak kecil. Ms Tey memberikan satu istilah saintifik mengenai keadaan ini yang mana saya sudah lupa apakah ia. Secara mudahnya, ia merupakan satu kegagalan fungsi otak untuk mengarah otot muka dan mulut meniru sesuatu bunyi yang didengarinya.
.
Takut? Tentulah! Dan semalam, saya berkesempatan menyelongkar rakaman-rakaman lama Rayyan Ariff dan antara rakaman yang saya temukan adalah ini:
.
 Rayyan Ariff pada usia 15 bulan dan belum mula memakai hearing aid. Rakaman ini diambil tatkala tangisannya baru sahaja reda.. Menangis kerna jatuh terlentang dari duduknya.. Baguskan sebutannya? =)

 Rayyan Ariff mula memanggil saya mama pada penghujung ramadhan 2009. Namun sudah agak lama panggilan mama ini tidak kedengaran.. Entah di mana silapnya..
.
Saya tidak pasti sama ada ini hanyalah satu mainan perasaan ataupun tidak, namun saya rasakan Rayyan Ariff seketika waktu dahulu adalah lebih baik daripada dia yang ada pada hari ini.. Saya tidak tahu siapa dan apa yang harus dipersalahkan dan saya tidak berniat mencari kesalahan itu, namun saya ingin sekali mengetahui puncanya..
.
Sesuatu yang pasti, setiap kali dikenakan hearing aid kepada Rayyan Ariff, dia akan lebih pasif dan seringnya tiada suara yang kedengaran.. Namun saya diajar untuk menerima bahawa "Rayyan Ariff diam apabila memakai hearing aid kerana dia sedang 'mendengar'.." Nyatanya, sememangnya dia lebih kurang 'bersuara' semenjak dipakaikan hearing aid..
.
Dan kemungkinan yang dapat saya fikirkan seterusnya adalah mungkin kerana sawan. Berbanding dahulu, Rayyan Ariff kini agak kerap mendapat sawan.. Dan apa yang saya perhatikan, apabila sekali diserang sawan, satu kebolehannya akan hilang.. Penatlah begini, sudah diajar itu ini, tiba-tiba sahaja hilang. Bagaikan hamster yang berlari setempat!
.
Wajah 'nakal' suatu masa dahulu..
.
Pernah suatu waktu dahulu, speech therapist Rayyan Ariff mensasarkan kalau pencapaiannya berterusan bagus, dia mungkin akan boleh berbicara dalam tempoh 6 bulan. Pernah suatu waktu dahulu, physiotherapist Rayyan Ariff meletakkan bahawa dia mungkin bisa berjalan dalam tempoh 4 atau 5 bulan sahaja lagi seandainya dia terus menunjukkan kemajuan..
.
Namun nampaknya kami tidak ke mana-mana dari sasaran yang diberi..
.
Mungkin saya perlu menolak diri untuk membuat lebih perkara untuk Rayyan Ariff. Mungkin saya perlu menolak Rayyan Ariff supaya lebih berusaha.. Mungkin, entahlah.. Sungguh saya mengharapkan hanya yang terbaik untuk anak ini. Dari segala segi.
.
P/s - Watie, agak-agak, Ian bleh try LR tak?? Ke too advance for brain injured child? Mana la tahu, bleh jadi genius brain injured child.. =P

11 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Terharu ayu baca luahan jiey nih.
Seringkali keadaan memaksa untuk kita menolak diri agar melakukan 'lebih' untuk anak itu.Hingga adakalanya situasi itu membuatkan kita sendiri stress.Namun itulah realitinya.Perlu terus berlari dan berjalan hingga takut untuk berhenti 'berehat' walaupun sebenarnya diri dah lelah.Moga dipermudahkan segalanya untuk jiey dan ian.

yatie chomeyl said...

maybe abe Ian x selsa dgn hearing aid tu kot jiey deh...

Anonymous said...

salam Jiey. Dont give up.Give him sometime to get use to his hearing aid.Miracle do happen.Salah satunya.Little rayyan is still here with you.

Anonymous said...

Salam...

Saya selalu mengikuti catatan2 jiey sebelum ini. Boleh dikatakan hampir setiap minggu pasti saya akan meluangkan sedikit masa untuk membacanya.

Sekadar meluahkan pandangan. Melihat kepada catatan2 sebelumnya sy rskan jiey seumpama memberi tekanan ke atas Rayyan. (jgn ambil hati)

Sy tahu setiap ibu bekerja keras untuk memastikan yang terbaik buat anaknya dan Rayyan memang perlukan dorongan yang kuat sepertimana yang jiey berikan sekarang.

Sy bukanlah Dr perubatan mahupun pakar psikologi kanak2, tp kanak2 pasti akan develop cuma jgn terlalu memaksa @ menyalahkan diri sehingga menyebabkan tekanan.

Rileks n enjoy u'r every single time with him.

InsyaAllah...dgn keizinanNya lambat atau cepat Rayyan pasti boleh berjalan dan develop mcm kanak2 lain....

P/s: Kanak2 normal sekrg pon dh pandai stress sbb terlalu tertekan dgn matlamat2 ibu bapa.

Papa, Mama & Azra said...

Sangat teranglah Ian boleh mengikut bunyi. Itu memang random kan? Sangat comel. Sekarang dah tak macam itu ke? Kesian Ian kena belajar semula. Yang paling penting, kaki ayah ada bulu? Hehe...

CikNon said...

Salam Jiey ....

Comelnya Ian :) ... mungkin Ian tak selesa ngan hearing aid tu, sbb menurut kawan akk, mmg akan dengar orang bercakap, tapi berdengung, kalau org cakap kuat-kuat lagi kuat dengungan nya. Mungkin sebab tu kut.

Nanti cuba-cubalah tgk kalau tanpa hearing aid tu macam mana.

transformed housewife said...

Jiey buat gapo hk Jiey mampu. Knur pun mampu doala utk Ian.

Jiji said...

jiey try ubah cara la kot..

try guna jari... lalu kan dpn mata dia buat bunyi eeeeeiiinnggggg (tak kesah laa apa-apa bunyi mcm nyamok tgh terbang ke) lepas tepuktangan sekali.. sambil buat bunyi PIK!!!

tgk dia ada respon tak.. lepas tu gerakkan tangan dia bantu dia buat oekara yg sama

Lynn Abd Latib said...

jiey

sy bukan pakar perubatan..bukan doktor..keja hanya sbg auditor yg mengadap nombor2 sahaja..tp hanya 1 persamaan kita-kita mama kepada anak kita!!dan kita mengharapkan yg terbaik berlaku utk anak kita..dan kita takkan berenti mencari jalan keluar pd kesulitan yg dialami anak kita,mungkin anak lin x sama kondisi dgn anak jiey tp bila dia asyik jatuh sakit...rasanya begitu sakit sbg seorg mama!!lin x rasa jiey beri dia tekanan..tp sedikitt pengharapan ..dan x salah rasanya kalo jiey merasakan begitu..apapun jiey,setiap yg terjadi kuasa Allah & dia menentukan apa yg terbaik dlm kehidupan kita..jiey dah melangkah begitu jauh bersama ian..dan pastinya masih banyak langkah yg perlu jiey amik..masih banyak perkara yg perlu pertimbangan sewajarnya dr jiey & suami..smg Allah shj yang mempermudahkan usaha jiey & suami..i/allah..doa yg x pernah putus dr Lynn dr jauh :)

Moonchild said...

Assalamualikum kak jiey,

sy slalu bace n3 akak n slalu doakan yg terbaik buat ian...katabahan akak menjadi pendorong agar sy dpt jd ibu yg baik cam akak jugak..insyaallah..

byk kali dah sy nk komen berkenaan hearing aids tu tp x berkesempatan.utk pengetahuan akak, penah kenalan lama sy mengatakan yg org yg memakai hearing iads mmg akan rase sgt2 terganggu..sbabnye die tak dapat nk bezakan bunyi yg spatutnye die fokuskan..maksud sy die akan dgr sume jenis bunyi termasuk bunyi yg kecik2 cam nyamuk or lain2...dan mungkin suasana yg sgt bising tuh buat ian tension dan mule menjadi pasif....

ntah la..sy tak pasti tahap kesahihan nye tp mungkin akak patut try pakai alat tuh n dengar pe yg sbenarnye didengari oleh ian..

hope sume okeh...sbab sy dr apa yg akak cite sbelum2 nih, maybe lebih baik kalau ian tak pakai pun alat tuh..

apa pun, sy tahu akak dah lakukan yg terbaik buat ian.moga Allah permudahkan segalanya..amin..

Watie Aziz said...

jiey, from my personal opinion, maybe sebab sawan thts y it effect ian punya hearing .. as u pernah bgtau i .. everytime sawan, the cell in the brain akan damage kan ..? mmg penat yang, ajar-ajar, then dia dah ok, tapi sebab sawan, everything start all over again .. i really hope Ian tak diserang sawan lagi yang ..seriously i do ...

pasal LR tuh, tak salah kalau u nak cuba .. i pun teruja juga nak lihat kalau-kalau ada perbezaan. tapi let say dia kurang dengar, mungkin dia still can do all the action dan memahami apa yang disebut dengan melihat apa yg dia nampak, cthnya budak clap, jump dan sebagainya .. masa pasang tuh, maybe kena loud speaker ...

i suggestkan u pulun kaw2 trial 14 days bg tunjuk Ian, any news u let me know and I can make some special arrangement ngan if u really want it .. maybe bg pinjam dulu i punya sample sampai u rasa u betul2 nak beli sendiri ..:)