Sunday, January 23, 2011

Terlalu banyak memintakah seorang ibu ini?? Tamak mungkin??

Semalam Rayyan Ariff diserang sawan lagi. Agak lama, kasihan sungguh menyaksikan tubuh kecil itu di dalam kesakitan.. Kaki menendang-nendang tanda sakit yang tidak tertahan sambil tangan tidak lepas menggosok mata dan memegang kepala.. Sakit kepala yang amat, mungkin.. Seperti biasa, serangan itu akan berakhir dengan lena yang dalam..
.
Terlalu memintakah saya jika ibu ini memohon kepada tuhan agar segala kesakitan pergi dari tubuh kecil itu? Saya tidak tahu apa jawapannya. Yang pasti, saya sanggup menjadi tamak untuk Rayyan Ariff!
.
Dan seketika tadi, melihat dia asyik bermain bola, jiwa dan hati ini memohon lagi kepadaNya.. Mohon agar tuhan cepat-cepat memberi kemahiran berjalan buat Rayyan Ariff. Ada rasa syahdu tatkala melihat anak cekal itu mengesot dari hujung ke hujung demi untuk mengejar sebiji bola..
.
Khairul Fahmi Che Mat versi OKU yang cukup tabah dan kuat!
Tidak mengapa, untuk Rayyan Ariff, Mama sanggup menjadi manusia yang tamak itu.. 
Mama tidak akan berhenti memohon kepadanya agar tiada lagi kesakitan yang singgah ke tubuh kamu itu.. 
Mama akan terus meminta agar kamu diberikan kemahiran berjalan dan bertutur sesegera yang mungkin.. 
Mama akan selalunya berdoa agar kamu terus menunjukkan perkembangan yang baik..
Aminnnnnn...

13 comments:

Ibu Akidd said...

Khairul fahmi junior! heheheheh kiut!

Doa kami mengiringi Jiey sekeluarga!
Semoga makin tabah!

He is a miracle jiey! & beautiful too!

Mamanurin said...

rasa macam apa yang ibu rasa, mama dapat rasakan kan..moga allah sentiasa melindungi dan merahmati rayyan yang kuat semangat.

Dila Si Mama Dzariff said...

tertitis air mata baca post ni...
jie tak tamak pun...keep on praying and pray hard for rayyan

Yunne Osman said...

jiey, you're a strong mom. rayyan's a strong boy. very strong and special. i admire you a LOT. you've inspired me in ways i cannot imagine and begin to describe. rayyan too, inspired me in ways only a mother would understand. my prayers are with you, rayyan and your family. inshaAllah, God will grant your wish. ameen ya rabbal alameen

Min said...

Allah bukan seperti makhluk yg diciptakannya yg akan lelah dgn permintaan itu dan ini. malah Dia mahu kita memohon & meminta terus kepadaNya sebagai tanda kita hambaNya yang lemah yg hanya bergantung kepadaNya. mintalah sebanyak mana jua, mintalah sekerap mana jua... Dia pasti mendengar... nak bagi atau tidak itu adalah hak Allah!

Bicara hati ibu aisya said...

Sebak meraja di hati baca post nih.
Amin...amin...aminnn...
Moga dimakbulkan doa seorang ibu ini.Jie, jie xtamak.ayu juga begitu.Kalau boleh mahukan semua yang TERBAIK untuk anak kita.Teruskan usaha dan doa.Insyaallah...

Yellow 2 Sweet said...

Blog puan memberi kesan kpd saya.. Teruskan usaha dan ketabahan... Semoga Allah melimpahkan rahmatNya...

http://yellow2sweet.blogspot.com/

Yellow 2 Sweet said...

blog puan memberi kesan kepada saya.. Teruskan usaha dan ketabahan.. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya..

http://yellow2sweet.blogspot.com/

Rizziela said...

Insyallah...ALLAH pasti akan memberi yg terbaik untuk Rayyan

Mama Naveed said...

Salam..

betul Jiey, bila kita jadi ibu, tetibe kite jadi tamak dan sangat cerewet untuk anak.. Asha sendiri pun pelik bila tetibe secara automatik kite jadi macam tu.. Hehehe :)

Semoga Ian sentiasa sehat..

Pnut said...

Aminnnnnn...moga doa mama Ian akan dimakbulkan, auntie pnut pun doa untuk Ian juga, agar Ian cepat jalan, lari dan porak perandakan rumah mama Ian.. eheheh tak la Ian, kalau dah lari-lari, lps play-play kemas tau.. nanti mama marah Ian..

Anonymous said...

Jiey... kita sbg ibu memang sentiasa inginkan yg terbaik utk anak2... insyaAllah dengan usaha & ketabahan Jiey, Rayyan pasti BOLEH utk melakukan segalanya... coz he's a MIRACLE !!!

linda said...

amin...amin...amin....
insyaAllah jiey, pasti Allah makbulkan segala doa hambaNya....malah Allah suka pada hambaNya yg sntiasa berdoa...
auntie jg sentiasa doakan ian...ian pasti boleh...:)