Friday, March 4, 2011

I had my part of waiting ~Entry sedikit 18SX~

I think it's a given dalam culture kita, bila kita dah habis belajar dan mula bekerja, orang-orang akan sibuk bertanya dah ada boyfriend ke belum? Bila nak kahwin? And then bila kita dah kahwin, sibuk pula orang bertanya bila nak ada baby? Bila dah ada anak satu, tanya pula bila nak tambah anak and so on.. Tak habis kan?
.
When it comes to our journey of having a baby, we had our own part of waiting. At first, memang we decided taknak ada baby dulu because there're a few things that I have in my mind.. Tukar kerja, further study, buying our own house and what not.. Lagipun, saya memang taknak bunting pelamin sebab selalu pikir, kalau bunting pelamin, baby lahir premature ke ape, tak pasal2 orang bercakap, "Eh, kawen belum cukup 9 bulan baby dah keluar?" Tau je la mulut manusia kan? Bukan kita boleh tutup..
.
Tapi masuk 2nd month, I cant deny the fact that I really want a baby.. Not just me, hubby as well. Walau ada certain part macam tak sure, I just know that my biological clock is ticking.. So kitorang agreed, no family planning.. Hopefully, 3 bulan jer kosong and pastu dah pregnant..
.
Tapi itu kita punya planning, as always, Allah knows best. Masa tu, dengan penuh semangat, subscribed to ovulation calender.. Upload ovulation ticker dalam my private blog.. Sibuk dok tanya orang sana-sini petua-petua yang bersesuaian untuk dapat baby.. Amal surah-surah yang relevan untuk dapat zuriat..
.
Sehari before period due, dah excited beli pregnancy test.. Bila result turned out -ve, memang kecewa tak ingat.. Rasa nak tampal jer mana-mana lubang yang patut coz tanak bagi period.. Bila period datang, frustration tu lagi la dalam..
.
Dalam kepala asyik dok pikir, kat mana la yang tak kena?
Orang kata buat masa subur, fine, dah buat!
Orang kata lepas buat jangan basuh terus, fine, tak basuh terus!
Orang kata lepas buat angkat kaki tinggi-tinggi, fine, dah angkat!
Orang kata baca surah Al Imran ayat 38 dan lain-lain, fine, dah baca!
.
Bila pergi doktor, doktor kata, "It's OK.. you muda lagi.. Belum masuk 25 pun.. Kalau dalam masa setahun you tak pregnant lagi, baru you seek treatment.."
Mak aihh.. Nak kena tunggu setahun ke? Kepala otak dah tension ni bila orang2 sekeliling asyik dok tanya, "Dah ada ke belum?".. "Takde ape2 lagi ke??".. Orang-orang sekeliling tu includes kawan-kawan kat office, kawan-kawan kat rumah, family, sanak saudara termasukla jiran-jiran..
.
Setiap kali period, En.Hubby sure frust la kan.. "Ala.. Tak dapat baby lagi la bulan ni.." Saya biasalah, ego tinggi punya pasal, memang tak tunjuk frust la..
.
Bila dengar kawan-kawan yang kahwin lebih kurang sama tarikh dah pregnant, sure la 'terkesan' kan? Dok berdiskusi la dengan suami kat umah.. "Adik gemuk kot.. Tu yang susah nak lekat tu.." Ciskek tak? Padahal masa tu, leh lagi pakai kebaya merah.. Leh lagi pakai t-shirt saiz S.. Naik 2/3 kilo lepas kahwin dia kata gemuk?? Cer citer sekarang ni macam mana?? :P
.
Nama pun bini taknak kalah, menjawablah.. "Sperms abang tak kuat kot.. Lemah-lemah tu.." Pastu member pun sama naik la.. *Bukan argument eh.. Ni ayat sambil gurau-gurau*
.
Sampai la bulan ke 7 kahwin, buat home pregnancy test untuk kesekian kalinya, baru la +ve.. Rasa tak percaya pun ada.. Berdebar tak ingatlah. Terus bagitau En.Hubby.. Pastu masing-masing tidur dengan senyuman bawak ke pagi..
.
Esoknya, gi klinik, lepas confirmed and tahu yang dah 6 weeks pregnant, terus la En.Hubby called bagitau semua orang yang bini dia dah pregnant..
.
Smooth sailing in the beginning.. Boleh manja-manja tahap tak hengat dunia.. Boleh mengada-ngada tahap gaban.. En.Hubby pun melayan bukan main..
.
Then, it all started during my 22nd weeks of pregnancy.. Yang ada, ketidakpastian.. Yang ada, kesakitan.. Yang ada, ketakutan..
.
Saya yang berada di situ. Di tempat itu. Yang tidur mengerekot di atas katil kerana posisi itu akan membuatkan saya lebih 'rapat' dengan Rayyan Ariff, kerana sebolehnya, saya mahu 'merasai' dia.. Saya yang saban waktu meminta dia supaya 'kuat' mengharungi segalanya..
.
Saya yang merenung jauh melihat masa depan yang kabur.
.
Badan ini bagaikan tepu setiap kali menerima suntikan demi suntikan. Jarum yang besar mencucuk perut semata-mata untuk mengambil air ketuban bagi melakukan ujian yang sepatutnya, badan ini redha.. Tangan dicucuk berkali-kali untuk mengambil darah bagi menjalani ujian genetik, badan ini redha.. Perut ini dicucuk dengan 2 suntikan Dexxa untuk menguatkan paru-paru bayi, badan ini masih juga redha..
.
Berkali-kali, saya mendengar perkataan 'kuat' itu singgah di telinga. Daripada doktor, jururawat dan teman-teman. Saya hanya tersenyum. Kerana di sebalik insan yang 'kuat' di mata umum ini, ada seorang bakal ibu yang menangis sambil bersandar pada dinding bilik air. Di sebalik wanita hamil yang 'kuat' ini, ada seorang bakal ibu yang menangis sendiri di katilnya sehingga tertidur..
.
Namun sesekali saya tewas, pernah ada seorang wanita hamil yang menangis tersedu kepada pemandu teksi sewaktu di dalam perjalanan ke Pusrawi untuk melawat suaminya yang dimasukkan ke wad kerana bronchitis. Itulah saya.
.
Sejujurnya, seboleh mungkin saya tidak mahu berkongsi emosi kerana saya tidak mahu meminta simpati. Dan saya sendiri menghadkan tempoh waktu untuk saya 'beremosi' kerana saya tidak mahu mempengaruhi bayi yang masih di dalam kandungan saya ini.
.
Kalau bakal-bakal ibu lain dengan gembiranya menyediakan pelbagai kelengkapan untuk menyambut orang baru dalam hidup mereka, saya adalah ibu yang membuat persiapan untuk sebuah kelahiran dan juga membuat persediaan untuk sebuah kematian. Itulah saya.
.
Saya dianugerahkan dengan nikmat hamil yang tidak semua wanita bisa kecapi, namun saya juga diduga dengan 'kesakitan' emosi dan fizikal yang tidak semua orang pernah rasai.
.
Namun saya bersyukur dengan setiap pengalaman yang Allah SWT berikan kepada saya. Pengalaman ini mendewasakan. Pengalaman ini membuat saya bersyukur.
.
Saya pernah merasa penatnya 'menunggu' dan saya masih tidak suka dengan rasa ketidaksabaran itu. 6 bulan saya menunggu untuk merasai nikmat kehamilan, dan tidak sampai 6 bulan kemudiannya, kebahagian itu diragut.. Lantas saya berfikir, andainya Rayyan Ariff pergi sebaik dilahirkan, saya perlu menunggu untuk tempoh 6-12 bulan lagi untuk kembali hamil kerana ceasarean birth. Dan sekiranya saya hamil kembali, saya perlu menunggu untuk tempoh 10 minggu lagi sebelum dapat memeluk bayi saya sendiri.
.
Betapa sakit apabila difikirkan bahawa saya pernah menunggu dan masih perlu menunggu.. Namun syukurlah, kerna realitinya sangat berlainan dengan ramalan yang diberikan kepada kami.
.
Dan kini, saya melihat pula orang-orang di sekeliling saya 'menunggu'.. Abang dan kakak ipar saya. Teman baik saya. Honestly, saya tidak suka apabila orang-orang luar mula bertanyakan tentang mereka ini kepada saya. Sungguh saya tidak suka!
.
Bukankah rezeki anak itu di tangan tuhan? Sama juga seperti saya. Jangan di tanya tentang perancangan keluarga kerna kami tidak punya jawapan. Tidak berusaha ke arah itu namun tidak pula menolak seandainya diberikan rezeki lagi..
.
Source pic : About.com
Doakan sahaja untuk mereka yang masih menanti.. Itukan lebih baik daripada sibuk bertanya dan sekaligus memberikan mereka tekanan.. =)

24 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

like! ^____^

yatie chomeyl said...

btol tu jiey, bilo dh ado anok sorg, sibuk pulop tny bilo nk bui aik..adoii la, tok puas lagi nok golek anok soghe ni...lgpon umo kito yg tahu gapo plan kito, ogh elain xyoh la sibuk2 kot

Kak Rose said...

jiey, biarkan orang bertanya... kak rose sendiri dah alami... we went to the best gynae yet Allah lebih berkuasa. dan akhirnya tewas. setelah 5 tahun kami ambil anak angkat... dan itulah satu my anak dunia akhirat! sayang seluruh jiwa raga kami buat anak itu... kini dah 18 yrs... sedih baca...
kak rose doa yg terbaik buat jiey n family... sabar ya

Coffee Mama said...

oh, sangat2 setuju..mendoakan adalah lebih baik drp terus2an bertanyakan? I pun dah tak larat nak jwb soalan ' bila nak bg Rara adik?'..huhu

Saudah Salleh said...

Semua manusia diuji oleh Pencipta-Nya. Cuma level of ujian itu berbeda-beda mengikut kemampuan yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Syabas Jiey dan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan Jiey sekeluarga.

Mama Naveed said...

Salam Jiey..

Entry ni menyentuh perasaan adalah.. Mana yang 18Sx nye Jiey.. :)

nur adha said...

penantian memang suatu penyeksaan...namun kesabaran dan kekuatan mengatasi segalanya...I am just a silent reader before this...you are a tough mommy...InsyaAllah...Allah menyediakan hanya yang etrbaik untuk hambaNYa...sangat kagum dengan kekuatan you...

Bukan Bidadari said...

setuju dgn jiey....doakan sahaja utk mereka yang masih menanti

Rizziela said...

Betul..saya pun pernah menanti sehingga setahun untuk mendapatkan seorang cahaya mata..Alhamdullilah..penantian itu satu kemanisan..

sokong dengan pendapat Jie

wan said...

saya dh tgu hampir 7 tahun..msh menunggu, skrg klu di tanya tentang itu saya hanya mampu tersenyum sambil berkata insyaallah....hanya Dia yg lebih mengetahui...

Mama Q said...

Salam kenal jiey....suka baca penulisan utk saya sendiri mendapat semangat dan kekuatan...
pedulikan apa org kata jiey..bukan dia org yang bg kita mkn

Mrsboxz said...

Being a different is not a bad thing..tp soalan2 mereka yg bertanya itu memberi tekanan.Kita tksdh krn cubaan ini tp sdh krn DICABAR kesabaran.Kita tk memilih utk diuji,kita tk meminta utk diduga,kita juga tdk menolak kurniaan walaupun mnduga kesabaran.Kami ibu2 yg memahami....

A.I said...

"Berkali-kali, saya mendengar perkataan 'kuat' itu singgah di telinga. Daripada doktor, jururawat dan teman-teman. Saya hanya tersenyum. Kerana di sebalik insan yang 'kuat' di mata umum ini, ada seorang bakal ibu yang menangis sambil bersandar pada dinding bilik air. Di sebalik wanita hamil yang 'kuat' ini, ada seorang bakal ibu yang menangis sendiri di katilnya sehingga tertidur.."

- lebih kurang sama ngan aku sendiri =)

apa2 pon aku doakan yg terbaek utk kau sekeluarga...amin..

ain zuraini said...

ye, sgt setuju....

transformed housewife said...

Allah knows the best and his plans are not always coincide with our plans. meme doh penyakit semulajadi dle masyarakat kito jd busy body hal2 dle kain ore lain. huhu

Anonymous said...

jiey... moga u terus tabah n kuat hdpi segalanya... dan moga rayyan terus kuat lalui hari2 mendatang...nurr dah lalui per yg jiey lalui cuma bezenya nurr tahu slps baby dilahirkan dan bila doc sahkan my bb bisu, bute, pekak uhh mmh tuhan jer yg tahu isi hati kita tp tuhan tu maha adil maha kaya dan my bb dah buktikan now my baby blh nampak, blh dgr n blh berckp wpun lambattttt sgt n dooc pun terperanjat dgn perkembangannnya... n doc ckp saiz otaknya mmg kecil x sama dgn bb lain...tp pa pun dia tetap istimewa pd nurr...kekuatan nurr utk teruskan kehidupan ini... moga jiey dan rayyan terus kuat dan tabah bila ada segelintir org akan memandang serong... tuhan itu tahu pa yg terbaik wat hambaNYA...

Syafinaz said...

Setuju Jiey.Rasanya culture kita begitu.Keadaannya sama,dan soalannya sama.Sy menanti 2 tahun sblm dapat mendakap tubuh si kecil itu.Untung sy bila ada parents yg amat positif.Selalu back up sy,biasanya time perayaan bila semua sanak saudara berkumpul : ) .Pertanyaan yg tiada penghujung.Seperti berantai.Sgt tersentuh bc entry ni.

Mamanurin said...

Jiey,

-:( uwaaaa sedihnya mama..berlinang-linang membaca.."kuat" entah..mamanurin merasai segalanya..nak peluk Rayyannn ***hug*** buat hilangkan rasa rindu..

elHaM said...

kami juga masih menunggu & terus menunggu..almost 3 years..tersentuh bile baca entry ni..apa pon redha dgn segala ketentuan & sabar tempuh segala ujian...

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey,

Terima kasih kerana berkongsi sebuah pengalaman berharga. Rayyan Arif adalah sebuah keajaiaban Allah untuk Jiey dan Min. Noks, I nangis baca entry ni sebab I feel you.

Insya Allah, nanti akan ada budak kecik akan panggil "Abang Rayyan" nanti :P

Ayuz said...

saya suka baca blog awak....apa yagn awak tulih itulah yang saya rasa...kita sama yang beza penyakit anak kita....semoga kita diberikan semangan dan ketabahan dalam membesarkan anak kita.....

Tika said...

Betul tu jiey, kita tahu apa yg kita hadapi, kita rasa, kita tanggung.. jadi biarlah kita saja yang cuba mengatur catur dan biarlah Allah sahaja yang menentukan percaturan itu.

TiNie said...

terima kasih di atas tulisan ini kak. saya sgt terharu dan tersentuh dgn kisah hidup akak ni. tp ia juga buat sy lagi kuat n tabah dr sblm ni. saya baru kawin 2 bln lebih, itu pun org asik dok tnya " dah ada isi ke blum"..mungkin blum masa nya lagi Allah bg peluang itu dgn sy. Allah knows the best. InsyaAllah detik itu akan tibe. tlg doakan sy kak.

Anonymous said...

hi jiey..i bumped into ur blog thru my fren's link..Allah is alwiz great and knows what's best for us..anak kita walaupun doc state the diagnoses but kita percaya Allah bersama kita sepanjang ms..i gv my full gratitude to and ur hubby for giving ian the chance to love u and hv ur love..i cried reading ur blog as it gave me more senses and means to my love my two little boys even more..be strong ye jiey..really touched by ur writings..