Friday, March 25, 2011

Ketika cinta memanggil..

Takut berbaur teruja. Inilah yang saya rasakan untuk kehamilan kali ini.. Takut segalanya kan terulang kembali.. Takut kepada ketidakpastian..
.
Namun satu perspektif baru mula terbit. Positive mind attitude; inilah satu-satunya yang perlu saya pegang. Saya tidak perlu takut lagi.. Saya tidak perlu gusar lagi.. Bagaikan tidak bertuhan pula andai mahu diletakkan pelbagai kebarangkalian pada detik waktu ini. Saya tahu, saya hanya perlu kembali kepadaNya. Tugas saya hanya berdoa dan berserah.. Moga segalanya di dalam lingkungan yang maha Esa.
.
Hari ini, di hadapan Dr.Sofiah, Rayyan Ariff berdiri dan mengorak dua langkah. Dua langkah yang penuh keajaiban. Dua langkah yang penuh pengharapan.
.
Hari ini, di hadapan doktor saya iaitu Dr. Sumi, saya diingatkan tentang hebatnya kuasa berfikiran positif. With being positive, you brought Rayyan this far. A child that was born with almost no brain tissues, a child that was expected to live a severely handicapped life..
.
Positive Mind Attitude = Rayyan.
And it should apply to everything that I'm doing and facing..
Positive Mind Attitude = A healthy, smart and handsome baby RA.
InsyaAllah..

The handsome Abang Rayyan who weight 12.5kg.. =)

11 comments:

Mama Q said...

i likeee!!..Jiey ian yg 2 thn tu lbh berat dr anak saya Sofea, 4thn yg hanya 11.5kg...itulah kuasa Allah...ada kurang ada lebih...Maha Adil

Daisy Lady said...

Salam,

Jiey, saya silent reader..... minat ikuti perkembangan Ian. Memang menakjubkan.... betapa DIA YG MAHA BERKUASA LAGI MENGETAHUINYA....

Saya kagum dengan ketabahan Jiey dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam membesarkan permata hati yang comel cute miut tu..... geram saya tgk foto2 Ian..... mcm nak cium2... peluk2.....

Jiey, saya juga mengucapkan tahniah atas bakal kehadiran adik Ian. Tentunya dia bakal se comel Ian. Doa saya moga Jiey akan selamat dan Ian bakal dapat seorang teman kelak.....klu baby girl ttunya akan lebiiihhhh comelllll InyaAllah....

Lynn Abd Latib said...

jiey

2 langkah ? subhanallah..smg lebih banyak miracle after this..amin..

Anonymous said...

Subhanallah...semuanya ketentuan dari Yang Esa kan...
akak sentiasa doakan yg terbaik utk Rayyan

(12.5 kg berat dia ye...anak akak, setahun setengah, berat tak sampai 7 kg...kakak dia pulak, 5 tahun lebih, berat 12 kg :) )

AppleCrux said...

Kudos to Abg Ian!! Skrg dua tapak..lama-lama bertapak-tapak..Insya-Allah!

mrs. hisham said...

Jiey,stay in positive attitude okay.Jangan fikir yang bukan-bukan,as u said yang lain serahkan pada ALLAH,moga baik-baik sahaja.

alyn said...

alhamdullilah..abg.ian tau die nk dpt adik...
alyn teringin sgt2 nak jumpe ian..sejuk jer hati tgk muka ian..:)

Anonymous said...

congratz kakak...semoga semuanya sht dan selamat....btw, rayyan afif superrr comel...geram tgk pic2 die...hehehe

me suya said...

alhamdulillah kak Jie..
miracle Ian dah melangkah.. Yeay.. Go Ian, xsabar nak tgu Kak Jie update langkah2 Ian seterusnya...InsyaALLAH

Aida Lela said...

dari 1 langkah, menjadi 2 langkah, dan insyaAllah menjadi 4 5 .... Allah lebih mengetahui segalanya.

*tahniah untuk 2nd pregnant :)

afni+hafiz=dani said...

congratz ian =)