Sunday, March 6, 2011

My very own connected tots.. =)

Semalam, bila saya sebut sahaja "Airrr.." Laju sahaja tangan Rayyan Ariff menanggalkan pakaiannya.. Mulutnya pula tidak sunyi membunyikan perkataan "Airrr.."
.
Setelah habis pakaiannya ditanggalkan, pantas kaki kecilnya mengatur langkah menuju ke bilik air di dalam kamar utama sambil tangannya menarik tangan saya.. Mulutnya masih bernyanyi "Air.."
.
"Ian.. No, no, no.. Not that one. Ayah mandi.. No, no, no, Ayah's inside.." Terang saya kepada anak kecil itu walau kaki masih lagi melangkah.
Berdiri di hadapan bilik air, saya masih lagi mengulangi ayat yang sama.. Namun tangan kecil itu pantas menarik pintu bilik air yang tidak berkunci..
.
Apa lagi, bertempiklah ayah di dalam.. Hahaha.. *Sape suruh tak kunci pintu*
Rayyan Ariff hanya tertawa dan dengan senyuman nakal yang masih bersisa, dia menarik tangan saya menuju ke bilik air yang berada di luar.. Mahu mandi di sana..
Bijak anak mama! Tanpa perlu di suruh.. =P
.
Ini bila ditanya, "Sape yang rosakkan kamera mama angkat tangan!!" Mengaku dengan penuh bangga OK!!
.
Anak yang banyak akal..
Bila disuruh mengambil pen ayahnya yang terjatuh, Rayyan Ariff cuba mencapai dengan tangannya namun gagal kerna saya memegang bahagian atas badannya. Lantas dia mencapai pen tersebut dengan sebelah kakinya. Menguis. Dan 'mengangkat' pen tersebut dengan kedua-dua belah kakinya,  sebelum mengambil dengan tangannya.. 
=)
.
Pencarian t-shirt putih kosong berkolar untuk saiz anak seusia 2-3 years utk Rayyan Ariff adalah gagal. Maka, terpaksalah mama hantar uniform sekolah yang besar ini untuk dikecilkan..
Rayyan Ariff, buat mama tersenyum.. *buat mama geram pun yea jugak*=)

11 comments:

Seha's Residence said...

rayyan yg sgt comey n bijak :):)
dh lame ikuti kisah rayyan sbg silent reader....tapi bru skang follow blog rayyan ni :):):)
kdg2 mnitis air mata ni bile trkenangkan nasib rayyan....tapi sabar ye sayang...kak sayha will owez support u even kite tak penah jumpe :):):)
mmmuuuuuaaaahhhhhhh....love u rayyan :):)

transformed housewife said...

seronok baca Ian yg semakin bijak ni. :D

Mama Kembar Tiga said...

aiseh ayah terkantoi? hahaha!
Rayyan mmg smart boy lah :-)

Mamanurin said...

good boy! wow!!! rayyan dah pandai sangat ni, mamanurin baca pun dah teruja,mesti mama rayyan lagi bangga kan dengan anak kecil yang handsome ni..teruskan berusaha wahai anak! mamanurin sentiasa doakan rayyan kuat dan sihat, terus maju!!

Mommy Lyna said...

comel la ian ni. eeeiiii gereeeemmm!!!

yatie chomeyl said...

lamo timbing mato abe Ian, ngintai ayah mandi pulop abe Ian nih kui3x

Mama Naveed said...

Hai Comel Ian.. :)

Jadi anak baik ye..
Panjang akal mcm Naveed ye.. :P

Lynn Abd Latib said...

jiey

senyum :)
sgt suka baca entry ini..amazing :)

elHaM said...

gud boy..sgt kuit..ANUGERAH yg x ternilai kn..?

ernie said...

Comelnya Ian...cerdik...+ banyak akal...Good boy...Hug n kissess...;)

UmmiAQs said...

Geram t tgk Ian ni.. chumel sangat..