Thursday, April 23, 2009

Cium tandanya sayang! =)

Saya sering mengucup lembut wajah Rayyan Ariff. Kadang-kadang mengetap bibir sendiri kerana geram.. Saya selalu katakan pada Rayyan, "Mama sayang Ian.. Sebab tu mama kiss Ian.. Tgk, mama kiss Ian lagi.." Saya berbisik seraya pipinya saya cium bertalu-talu.
.
Sekejap tadi, saya sua pipi saya ke mukanya.. "Ian, cium mama sayang.." Sejujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa balasan darinya. Biarlah sekadar bergurau senda keseorangan.
.
Diluar jangkaan saya, dia menolak mulutnya ke pipi saya. Saya agak terperanjat. Saya ulangi lagi permintaan yang sama. Tiga kali. Dan ajaibnya, ketiga-tiga kali itulah bibirnya menyentuh pipi saya..
.
Sungguh hebat rasa itu. Seperti di lamun cinta lagi.. Terima kasih Rayyan! Sebelum Rayyan terlena, saya minta ciuman darinya lagi. Dia hanya memandang saya dengan senyuman.. Seterusnya menyorokkan wajahnya seakan-akan malu.. Saya hanya tertawa kecil..
.
Saya berkira-kira di dalam hati.. Ciuman sebelumnya tadi hanya satu kebetulankah? Tidak mungkin. Bersungguh-sungguh dia mengangkat kepala untuk merapatkan bibirnya ke pipi saya. Hmm.. Kita tunggu dan lihat sahaja.. Sama ada dia 'mampu' mengulangi perbuatan tadi atau pun tidak..
.
P/s - Nawaitu awal sewaktu mula2 blog ini tercipta, mahu publish satu entry sehari. Tapi skrg, agak malas. Kerana itu updatenya agak ringkas.
.
Sekali lagi terfikir, betulkah rasa malas yang menyelinap atau kerana rasa sakit hati pada pakcik ini:-
.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. BOLEH SAYA GIGIT JARI AWAK SAMPAI PUTUS?? Makcik geram hokayyy!!!


Pernahkah anda terfikir untuk berhenti menulis? =)

16 comments:

yatie chomeyl said...

jgn bhenti jiey...ramai yg nak baca tulisan2 jiey :)

Puteri Satu said...

akak orang paling frust klu jie berenti menulis...setiap ceria Rayyan setiap hari akak tunggu...doa akak tak pernah henti..semoga rayyan membesar dengan sihat..bijak dan pandai sepertimana anak-anak kita yang lain...

Elyn Sani said...

updet sikit ngan pic ian pun ckp jiey!!

Unknown said...

Jgn ar benti.. Sy suke bc cite Ian...

Unknown said...

no no no... jgn berhenti ye.. lin nak ikuti n tahu perkembangan ian... ian anak bertuah n istimewa... lin rasa sayang kat dia walau tak penah bersua n kenal jiey n ian....

AiYa said...

biarkan pakcik ngan labu2 nya.

sya admire kat Ian, klu makcik berenti menulis. camna sya nk tackle Ian? Ian kasik kiss sket.:P

Intan and The Boys said...

yeayyy! Ian dah pandai cium mama dia.

seronok sangat ni. hehehe.

Mrs. Simplicity said...

jiey, aku pun tgh geram dgn 'pakcik' aku. sudah masuk 2 ari boikot tak becakap!! tumpang geram...

MamaZen said...

~~hye..1st time sy bg komen wlaupun sy selalu bace kisah Ian..sy arap awk xbenti menulis..sy nk tau perkembangan Ian..smoge Ian membesar dgn sehat n bijak...syg Ian!muah

Farah said...

eh jgnlaa...dah la saya suke klik blog ni hari2...

huwaa saya pon nak afif cium pipi saya..tp bila bg pipi saya die bukan cium tp mcm nak makan..

Ina said...

hehe biasala jiey sesekali kene ada ribut br interesting sket. sabar jela dgn pokcik tu ye. main je dgn ian mesti lg best :D

Liana Manjaku said...

Jiey... Jangan lah berhenti...Saya suka baca cerita ttg Ian... Sejak saya jumpa blog jiey...nak baca jer... Jangan benti yer...

Wa...ian dah pandai kiss... tumpang hepi untuk jiey

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

jgn benti...saye suke bace nukilan awak..rase cam betul2 saye ade di tempat awak..teruskan perjuangan...moga ian membesat dgn sihat dan bijak...

suealeen said...

Jiey, I don't know what's going on. Tarik rambut dalam tepung jangan sampai tepung terkena muka/rambut pun putus. Decide the best for the interest of 2 parties. Akak akan sentiasa menyokong!

Sometimes, I'll be on hiatus mode also. Take a break, take your times!

Hugs and kisses to Ian k!

Dina said...

Hi Jiey..

I guess we're both about the same age.

I found your blog from a blogger friend.. and I wat marathon bace blog entries under the labels 'my pregnancy' and 'Ian's story'..
:D

Memang Jiey kuat.

Dina dapat rasa kebahagiaan mengandung selama 13 minggu, pun dah macam tak dapat menanggung airmata tapi ape yang Jiey lalui bagi pengajaran kat Dina untuk jadi tabah juge.

Dina doakan Jiey dan hubby tabah slalu, setabah Jiey menulis dalam blog ni..!

:)

nieza said...

jiey.
jangan berhenti lah.. kami semua nak tau perkembangan Ian.

about Ian
itu bukan kebetulan rasanya. best best..see Ian dah boleh buat macam2 now..peluk cium utk Ian..