Tuesday, April 21, 2009

Landasan takdir..

Siang tadi sewaktu di pejabat, saya berbual-bual dengan seorang kakak yang baru sahaja menyertai jabatan saya. Dia bertanya beberapa soalan mengenai kehidupan saya.. Keluarga saya dan beberapa perkara lain..
.
"Oh.. Ada anak kecil.. Sudah 11 bulan yea? Mesti sudah mahu berjalan bukan?"
"Hahahha.." Saya tergelak kecil. Tiada yang kelakar tapi hati bagai digeletek.. "Masih belajar meniarap.." Jawab saya bersahaja.
.
Kakak itu memandang saya kehairanan. Saya memulakan cerita.. Seringkas yang mungkin. Sedari awal saya mengandungkan Rayyan, segala ramalan doktor, sehinggalah kepada kebolehan Rayyan hari ini. Mungkin tidak sepenuhnya, tapi cukup untuk 'mengalihkan' perhatiannya dari "Rayyan anak yang lambat" kepada "Rayyan anak yang hebat" kerana sudah berjuang sejauh ini..
.
"Kamu kuat.. Sungguh kamu kuat.." Kata kakak itu lagi.. Dia memohon maaf kiranya pertanyaannya di awal perbualan membuat saya terasa hati..
"Tiada apa untuk dimaafkan. Dan tiada kuatnya saya. Yang kuat itu Rayyan. Dialah sumber kekuatan saya.." Saya masih mempamerkan riak bersahaja. Masih menghadiahkan senyuman untuknya..
.
Kuat. Tabah. Sabar. Gigih.
.
Perkataan ini sudah sering tiba di telinga saya. Dengan rasa rendah diri, saya berfikir, di mana kuatnya saya? Saya hanya seorang ibu. Dan sama seperti ibu-ibu lain, saya hanya mahukan yang terbaik untuk anak saya. Kerana itu saya tidak mahu mengalah. Dengan izin Yang Kuasa dan dengan usaha kita, tiada yang mustahil untuk dicapai bukan?
.
Saya bukan superwoman. Sesungguhnya, saya sudah berkali-kali jatuh. Rasa itu amat perit namun saya tahu, andai itu landasan takdir yang harus saya lalui, apa pilihan yang saya ada? Hanya redha yang mengikat hati supaya terus melangkah..
.
Saya pernah berkongsi cerita dengan seorang teman baru, walau kami tidak pernah bersua muka. Hanya internet yang menjadi pengantara. Tapi saya selesa bercerita dengannya. Dia cukup pandai menyusun kata. Dia menceritakan kisah dirinya yang kehilangan anak yang dikandung, dan saya menceritakan perincian kisah Rayyan.
.
Apa yang ditulis setelah membaca kisah Rayyan, cukup berbekas di hati saya, kerana dia menyuarakan rasa yang terpendam di hati saya.. Rasa yang tidak pernah terluah di mana-mana.
.
"Of course there were times when u feel like giving up, desperate, disappointed, frustrated, angry, miserable and all. Sometimes u might be questioning the fate set for u. I knew because I sometimes fell in that dark situation too no matter how hard I tried not to. We are normal human being, for God sake! We are not superwoman, angel or prophet! But what matter most, is that u keep crawling back to ur knees to move on and continue fighting. Yes... we are not really that strong actually. We never wished to be so strong sampaikan Allah nak uji kiter mcm tu kan? Tapi kiter tak pernah diberi pilihan kan? Tp Allah tau kiter kuat. It already happened and betapa susah pun kiter nk mengharungi hari2 yg mendatang but we got no choice rather than to keep forcing ouselves to move on kan? Lainlah kalau kiter mampu nak matikan diri kiter sendiri sebab sedih sangat2 betul tak? The sadness itself is so unbearable, painful n sangat2 memenatkan!"
.
Betul. Saya setuju dengan kata-katamu teman.. Dan tangisan boleh menjadi terapi terbaik. Sungguh, saya masih menangis hingga ke hari ini. Bezanya, ia bukan lagi esak tangis seperti hari pertama saya dikhabarkan 'berita duka' itu. Kini, ia hanyalah titisan air mata yang secepat mungkin akan saya seka. Tidak mahu ia jatuh. Dan ia hanya hadir setiap kali saya saya dikhabarkan dengan sesuatu yang 'baru'. Benar kata orang, alah bisa tegal biasa.
.
Berbalik kepada persoalan 'kuat', sekali lagi teman, kamu betul apabila kamu ungkapkan,
.
"what we have faced are different from each other's. But our objective is always the same that is to struggle and pray as best as we can in order to give the best for our loved ones. Honestly... sometimes when I read to ur stories, I said to myself how lucky I am not to be u. I may sound selfish and proud here. But there were also times when I said to myself... yeah but I don't have my baby with me at least she still has him with her. I think... the same might be crossing ur mind too. U might think that it is easier to be like me instead to be having to take care of a special-needs child."
.
Sungguh. Kata-kata jahat ini pernah mengganggu fikiran saya suatu masa dahulu. Saya sering bertanya, apa kah yang akan terjadi kiranya dulu saya memilih untuk tidak melahirkan Rayyan? Itu saat kejatuhan saya yang paling teruk. Dan setelah saya disedarkan oleh hakikat perjanjian dengan tuhan, saya berhenti mempersoalkan dan berfikiran begitu. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah mulus si anak.
.
Dan hari ini, saya bangga menjadi ibu kepada anak ini. Tiada satu detik pun saya mahu dia pergi dari hidup saya. Dia mengajar saya erti kekuasaan Allah SWT, dia mengajar saya untuk lebih menghargai apa yang kita ada, dia mengajar saya erti cinta yang tidak bersyarat, dan dia mengajar saya erti pengorbanan.. Dialah yang meminjamkan kekuatannya kepada saya untuk terus melangkah.. Segalanya dari tubuh kecil itu..
.
Dulu, sewaktu dia masih di NICU, setiap kali saya berjalan menuju ke katilnya yang berada di hujung wad, setiap langkah yang saya atur, hanya ada wajahnya.. Dia tidak comel. Sama sekali tidak. Berbanding dengan anak-anak lain yang ada di situ, dia jauh ketinggalan. Kulitnya gelap. Kepalanya lonjong dan tidak terbentuk dengan elok.. Matanya juga seakan-akan bengkak. Kulitnya kering dan menggelupas.. Terutama selepas pembedahan pertamanya.
.

Setiap kali saya tiba ke katil bayinya, saya akan melihat tag namanya dahulu. Kerana seakan tidak percaya dia bayi saya.. Hehehe.. Jahatnya mama!

.Pernah satu ketika, saya menggelarkan dia ultraman.. hingga saya dimarahi hubby. Sungguh, dia kelihatan seperti ultraman kecil.. Terutama pada bahagian kepalanya. Tapi walau begitu fizikalnya, dia tetap cinta hati saya. Tetap kebanggaan saya. Inilah yang dikatakan, cinta tanpa syarat.. =)

Anak mama yang coklat suatu masa dahulu.. :P

Rayyan Ariff, terima kasih kerana meminjamkan 'kekuatan'mu kepada mama.. InsyaAllah, kita akan terus mencuba yang terbaik!

P/s - Saya bukan supermommy.. Saya hanya insan biasa yang masih meneroka jalanan kehidupan yang pastinya penuh likuan. Ingatkan saya sekiranya saya terjatuh lagi wahai teman-teman.. Terima kasih.. =)

14 comments:

Pnut said...

Jiey-akak rasa dah beri komen kat entry lps tp tak der pulak, ke akak tak send publish comment, konpius jap..

bab cupcakes Ian, tu of course le ada discount for a special baby... ndak-ndak kat si Rayyan yang kuat tu..
just place order je kalau nak...
pasti ada discount kat Rayyan, itu hari Mirah pun order, of course ada discount...

yatie chomeyl said...

jiey, if u need a shoulder to cry on.....ada beribu2 shoulders ibu2 lain sedia untukmu ;)

Unknown said...

jiey>> betul ckp yatie chomeyl....jiey tak perlu nak menangis sensorang..ramai ibu yg sanggup mendengar esak tangismu..

walaupun jiey menyangkal, tp pd lin jiey mmg cukup kuat dan tabah...begitu juga ian,semangat juang yg ada dlm diri ian itu hadir dari semangat juang mama n ayah ian juga..so teruskan usahamu..
chaiyoookkkkk....

suealeen said...

benteng sebenar adalah IMAN. kuat mana pun kononnya seseorang, akan tetap tewas juga jika tiada IMAN. kalo idak tak de la orang yang buang anak, gila meroyan dsb. jika kita suka anak bergantung kepada kita, begitu juga Allah swt suka kepada manusia yang bergantung kepadaNya. hidup ini terlalu singkat untuk diratapi, bila kita sering mengenangkan 'bahagian' kita tersedia di sana sekiranya kita bersabar dan redha.

sesungguhnya kelahiran anak² istimewa ini bukanlah sesia dan bukan juga menyusahkan. mereka dilahirkan untuk tujuan tertentu.

AiYa said...

salam,

AiYA mintak maaf ya, hri ni bru berkesempatan baca isi kandung blog ni dlm2. sgguh sya minta maaf.

supermommy to be kot. nk power AiYa sket? ehehehe.

i add ur blog. hope u dont mind.

Ina said...

all best wishes to u jiey.. n ian :)

leya said...

jiey sungguh terharu saya membaca blog awak ni hingga nak menitis airmata saya ni. sesiapa pun yang bergelar ibu akan sedih membaca kisah ini. ok jiey tabahkan hati dimana ada kekuatan di situ ada jln kebahagian.

Jiey^Mien said...

Kak Pnut : Uhh.. Bestnya.. hehhehe.. Tenkiu.. Tenkiu.. :P

yatie :
Don't worry, for the time being, still manageable lagi.. Thanks for the offer dear.. =)

lin : Basah baju kang.. :P

Kak Sue : Setuju sangat2. Setiap manusia kan khalifah di muka bumi Allah.. And we serve the purpose in our own special ways kan??
Terima kasih kerana menyedarkan, satu waktu dulu.. =)

Aiya : Oh, bak sket power org super saiya..:P

Ina : Terima kasih, 'teman'..

leya : InsyaAllah.. =)

Puteri Nuur At-Terawis said...

caiyok jiey ;) suatu masa dulu, idris juga begitu - sungguh coklat!

Liana Manjaku said...

Jiey,
Sejak beberapa hari nie...tak lengkap rasanya jika tak ke sini. Membaca kisah Ian nie beri banyak kesedaran yang amat bermakna dalam diri sy. Anak kita sebaya, itu yg buatkan saya nak menangis setiap kali membaca...

borlock said...

hai jee...tak penah komen kt ur blog, tp selalu bace....

insyaallah semua nye baik2 belaka..amin.

Jiey^Mien said...

Put : Ganbate!!

Liana : Jemput2 la dtg selalu.. =)

borlock : thanks coz meninggalkan sepatah dua kata.. :P
mudah-mudahan.. =)

Puteri Satu said...

Jiey begitu kuat...akak belum tentu sekuat jiey... betul...tuhan tu menguji..kerana dia tahu tahap setiap orang yang diuji...

mamadhiyya said...

my shoulder too. =)
Salam peluk cium buat Rayyan dari Auntie di Miri MMuahh!!