Friday, April 10, 2009

Tagged by Pn. Jue

Saya tahu, saya banyak hutang tag. Sorry yea kawan2.. Byk yang hendak diceritakan sehingga agak kesuntukan masa untuk tagging game.
.
Sebenarnya, saya berfikir dua atau tiga kali untuk menjawab tag ini. Kerana emosi yang masih tidak stabil sehari dua ini. Inilah sebahagian dari apa yang perlu kami lalui. Seperti roller coaster ride. Kalau minggu lalu dikhabarkan berita gembira, hari ini atau esok, mungkin ada khabar duka yang mencelah. Tapi biarlah.. Rasa itu akan berlalu jua.. =)
.
Tugasannya :
.
1) Gambar Anak yg baru lahir - Gambar masih di hospital atau gambar anak hari PERTAMA.
.

Gambar Ian pada hari ke-3 dilahirkan. C-Pap sudah ditanggalkan. Tapi masih menggunakan balang oksigen. Dan tiub di mulut untuk menyalurkan makanan.. Gambar hari pertama, yang terpampang pada blog ini bersama diskripsi tentang Rayyan, masih memakai topeng C-Pap untuk bantuan pernafasan.

Saya tiada gambar jelas wajah Ian pada hari pertama dia dilahirkan. Saya sendiri sudah lupa bagaimana wajahnya pada hari itu. Yang masih terngiang-ngiang di telinga saya adalah cubaan Ian untuk menangis. Dan tangisan itu bagaikan tersekat-sekat di kerongkongnya.

Saya menangis terharu. Bangga dengan semangat juangnya. Dia mungkin lahir dengan kekurangan, tapi dia tidak mengalah sama sekali. Dia mahu terus berjuang. Di luar dewan bedah, terdengar suara bayi lain yang menangis dengan lantang. Air mata menitis lagi..

Ian ditunjukkan kepada saya. Hanya sekali imbas dan terus di bawa ke NICU. Bantuan pernafasan diberikan dan ayah hanya mampu mengazankan Ian dari luar.

Ian banyak sekali gambar di hospital. Ayah tidak pernah jemu menjadi pengunjung NICU PMC saban hari. Kerana mahu memberi semangat dan sokongan kepada permata hati kami. Dan saya biasanya menyusul dua hari sekali kerana berpantang. (Berpantang ke kalau banyak berjalan?? hehhee..)

2) Mengenai Ian:

Nama penuh : Tuan Rayyan Ariff Tuan Alimin

Nama Panggilan : Rayyan / Ian / Ariff

Jantina : Lelaki. (Pasni nak sorang lagi laki and sorang pompuan.. Aminnn!)

Tarikh Lahir : 12 May 2008
.
Tempat Lahir : Pantai Medical Centre, Bangsar
.
Berat Lahir : 1.815Kg
.
Cara Kelahiran : Kuarkan cara paksa :P - Elective c-section
.
3) Harapan terhadap anak ini..
.
Sebagai ibu, tentu sekali saya mahukan yang terbaik untuk anak ini..
Saya mahu dia panggil saya, mama..
Saya mahu dia panggil hubby, ayah..
Saya mahu dia merangkak..
Saya mahu dia bangun..
Saya mahu dia berjalan..
Saya mahu dia berlari..
Saya mahu dia bertanya, "Mama apa ini?"
Saya mahu dia bertanya, "Mama, kenapa jadi macam ni?"
Saya mahu dia bertanya, "Mama, macam mana ayam bertelur?"
InsyaAllah, saya tidak akan penat menjawab banyak lagi soalan-soalan ingin tahu dari seorang anak kecil..
Saya mahu lihat dia solat dan menjadi imam kepada adik-adiknya..
Saya mahu menemani hari pertamanya di tadika
Saya mahu menemaninya pada hari pertama dia melangkah di alam persekolahan..
Saya mahu lihat dia naik ke pentas mengambil hadiah kerana mendapat keputusan yang bagus..
Saya mahu melihat dia memasuki kolej..
Saya mahu melihat dia berpakaian segak untuk ke temuduga kerja yang pertamanya..
Saya mahu lihat dia memandu kereta yang dibeli hasil dari penat lelahnya bekerja..
Saya mahu lihat dia bersanding di pelaminan..
Saya mahu lihat dia memeluk cahayamatanya..
Saya mahu lihat dia menjadi contoh kepada semua..
Saya mahu dia berbakti kepada agamanya..
Saya mahu dia berbakti kepada ibubapanya..
.
Ya, besar sekali harapan saya pada dia. Yang pasti, saya mahu dia terus berjuang!! Berangankah saya? Ini bukan angan, ini harapan yang saya sandarkan di atas nama impian.. Dan kalau Ian tewas setelah mencuba, saya redha.. Tapi untuk masa ini, saya masih belum mahu mengalah..
.
P/s - Sudah dpt parcel dr BabyAndKids. Superb. Hari rabu order. Hari khamis hantar. Hari jumaat dapat. Oh I loikeee.. Jue, thanks for the lovely gift. Jiey pun nk jumpe Jue. Nk gi visit. Tu yg tanya dulu MC lagi ke tak.. Ingt nak gi amik kat umah coz leh visit Jue. Tp takut kacau plak org tgh dlm confinement.. Next time kita jumpe and buat playdate untuk Ian and Iman ek.. Thanks a lot dear. Love the t-shirt so much!!
.
"Wahh.. Cantiknya baju-baju ni.. Kena tengok2 betul2 ni.. Ohh.. Ian suka la.. Terima kasih Auntie Jue!!"

9 comments:

Puteri Satu said...

doa akak ini bukan anganan jie...insyaallah jie pasti lalui harapan yang jie harapkan dari ian...berkat doa dan usaha tanpa jemu jie untuk ian...akak sentiasa doakan yg terbaik untuk ian...

Jiey^Mien said...

PuteriSatu : Terima kasih atas doa akak.. Mudah2an Allah bukakan jalan untuk kami.. AMinnn

Diarihatiku1976 said...

jie.. akak sgt kagum ngan jie... tapi itulah jie.. allah telah mengatur segala-galanya.. Tapi jie beruntung mempunyai rayyan.. tapi akak masih menunggu hingga saat ini

Sue.Aleen said...

Jiey... banyak yang telah berjaya... hopefully kita² ni akan masuk list jugak... insyaAllah... ingat.. mesti ada sebab Ilahi memilih kita ni...

Ina said...

Masa kiter tgh susah payah meneran ntah utk kali ke berapa juta kali dh bape byk suara baby baru lahir from bilik sebelah menyebelah kami dgr. Setiap kali terdgr suara baby, hubby pndg kiter, kiter pndg hubby. Xterucap perasaan waktu tu. N lastly baby kami pun berjaya gak keluar but of course kami dh tau... takkan ada suara dia utk kami dgr :)

Btw semoga segala impian dimakbulkan Allah, InsyaAllah :)

Jiey^Mien said...

My Blog @ Kak Ina : Jiey tahu perasaan 'menanti'.. Jiey yang menanti kehadiran Rayyan selama 5 bulan ni pun dah tak keruan.. Yg sekejap itu sahaja pun setiap kali orang bertanya, mesti sedih.. InsyaAllah, Jiey doakan semoga akak dikurniakan zuriat penyambung kasih dalam masa terdekat ni yea.. Aminnnnn..

Kak Sue : InsyaAllah.. Mana la tahu nanti Ian and Syafiah masuk kolej sama nanti.. Bleh la kita together2 gi menghantar.. :P

Ina : Oh, syahdunya Ina.. Teringat2 plak peristimewa masa kat labor room.. InsyaAllah adik nanti menangis dengan lantang-selantang-lantangnya! =)

Jue @ atanayuiman said...

Hai Jiey.. dah selamat sampai pun barang tue.. Hopefully Rayyan suka.. :-)

Jgn sedih2 yea Jiey.., Insyallah semuanya pastie akan selamat...

Bila Jue tgk Rayyan, Jue teringat masa kelahiran Iman.. Iman pun sama dimasukkan ke dalam NICU jugak sebab tertelan najis sehingga paru2nya dijangkiti kuman. Dan ketika itu juga doktor memberi harapan 50-50..

Alhamdulillah, berkat doa kami sekeluarga, berkat susu ibu dan berkat kekuatan Iman, Iman dapat atasi segala2nya.. didalam Nicu, mereka membiarkan Iman menangis sekuat2nya.. Kita sebagai Ibu pasti merasa sedih bila melihat dia menangis apatah lagi menangis tanda belas kasihan. Tetapi, Mereka kata untuk kuatkan paru2nya. Jue terpaksa terima... dan doakan semoga ianya cepat sembuh..

Dan pesanan mereka, setiap anak yg dimasukkan NICU, selepas ini kena sentiasa peka perkembangannya sebab sumtimes ada yg pasif dan setiap follow up mst dtg. Jika berlaku apa2 spt batuk2, demam dan so on cepat2 pi hospital. Sebab mereka2 ini mudah dijangkiti jangkitan paru2..

takat nie, iman dah 3x kena mcm tue dan kena ambil gas.., alhamdulillah ubat antibiotik dapat merawatnya..

** Jiey, setiap kelahiran anak pasti ada hikmahnya.. semoga jiey dan asben tabah membesarkan Rayyan. Jue doakan yg terbaik untuk Jiey dan keluarga.. Amin..

Jiey^Mien said...

Jue : Thanks Jue, InsyaAllah, hati akan terus tabah.

Setiap bayi yang lahir pasti ada cerita keajaiban mereka sendiri kan? Syukur Iman sihat..

Ian juga pernah dibiarkan menangis kerana biasanya paru-paru premature baby tidak cukup matang.

Tp apa yang Ian hadapi skrg adalah life long desease. No cure but only treatment. Untuk anak2 seperti ini, biasanya pembedahan boleh menjadi rutin mereka. Kami pernah bertanya, apa yang boleh berlaku sekiranya terlewat merawat. Boleh menyebabkan koma dan seterusnya mati. Seumur hidup, dia juga perlu diperhatikan. Dan keadaan Ian agak merumitkan kerana ia terjadi since Ian masih di dalam rahim, atau mengikut perkiraan doktor, sejak hari pertama janin terbentuk.

Sebab itulah keputusan kami meneruskan kandungan dipertikaikan. Kerana kononnya hanya akan menyusahkan anak itu dan menjadi beban kepada kami sendiri. Tapi manalah kami berdaya untuk membunuh zuriat kami sendiri. Biarlah Ian lahir dan takdir jadi penentunya..

Andai satu masa Ian mempersoalkan kenapa dia begini takdirnya dan mempertikaikan keputusan kami melahirkan dia, hanya satu jawapan kami, kami hanya meneruskan apa yang tertulis. Allah SWT yang menetapkan segalanya..

P/s - Harap2 dia taklah marahkan mama n ayah dia kan? :P

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey,
Ini bukan angan, ini adalah doa. Ingat, doa ibu itu makbul. Teruskan berdoa dan usaha. Insya Allah, kita akan sama melihat anak-anak kita seperti anak-anak lain.