Thursday, April 16, 2009

Tanpa rasa jemu..

Hari ini, hari yang agak sibuk. Ada sesi terapi di SJMC dan seterusnya temujanji dengan ophthalmologist di PMC.
.
Untuk fisioterapi, Ms. Sarjit agak terperanjat dan gembira kerana melihat ada peningkatan yang ditunjukkan Rayyan walaupun baru sekali kami menjalani fisioterapi dengannya. "I'm so impressed to see such improvement in a week. For some babies, it's not just a matter of weeks, sometimes, it could be months.. Good.. Good.." Dia berdecit-decit kekaguman di hujung ayatnya.
.
Sejujurnya, saya juga agak terperanjat.. Tapi mungkin kerana terlalu mahu 'banyak' dari Ian, saya lupa menghargai pencapaiannya yang sedikit itu. Ian sekarang, cukup rajin meniarap dan mengangkat kepalanya.
.
Terbaru, dia mula menggerak-gerakkan tangannya, seakan mahu bergerak ke hadapan. Mula menolak badan untuk belajar creeping.. Alhamdulillah.. Koordinasi antara anggota badan juga ada peningkatan. Walaupun dalam keadaan meniarap yang memenatkan, dia mampu mencapai permainannya dan bermain dengan permainan tersebut.

Sedikit sedutan sesi fisioterapi Ian dengan Ms. Sarjit..
.
Baby yang moody!
Dari pagi, Ian agak moody.. Mudah sekali menangis.. Mungkin kerana rasa kehilangan.. Atuknya datang semalam. Dan pagi ini, Atuk pulang sewaktu Ian masih tidur. Dan Ian seperti tercari-cari kelibat Atuknya..
.
Sewaktu dalam perjalanan ke SJMC, Ian tertidur.. Sebelum memulakan sesi fisioterapi, kami terpaksa mengejutkan dia. Apabila tidur terganggu, berubah sama sekali perangai anak kecil ini. Dia masih memberikan kerjasama yang baik kepada Ms. Sarjit, tapi tiada langsung senyum di bibirnya..
.
Temujanji seterusnya, jam 3 ptg.. Sementara waktu masih ada, kami singgah di Subang Parade untuk membeli core ball yang digunakan untuk sesi latihan fizikal Ian seperti di dalam klip tadi.. Sesudah makan tengahari, kami bergegas ke PMC.
.
Setibanya di PMC, Ian sekali lagi tertidur.. Lebih kurang jam 230pm, mata Ian mula dititiskan dengan cecair khas bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan. Sekali lagi, tidurnya terganggu. Kasihan Ian..
.
Alhamdulillah.. Mata Ian baik sahaja. Optic nerve ok.. Optic Disc ok.. Dan bola matanya juga tidak bergoyang-goyang.. Kedua-dua matanya bergerak elok. Crossed eyes juga sudah berkurang. Doktor menyarankan agar tidak melakukan sebarang pembedahan kerana segalanya di dalam keadaan yang bagus.. Melainkan keadaan memaksa.. Alhamdulillah.. Tentu sekali kami pulang dengan hati yang berbunga riang..
.
Doktor itu juga agak kagum melihat perkembangan Ian sekarang.. Bersungguh-sungguh mencapai objek-objek yang ada di hadapannya, bermain-main dan asyik 'berbual-bual' dengan orang-orang di sekelilingnya.. Dan mampu membuang dan memasukkan pacifier ke dalam mulutnya sendiri.. "What about feeding bottle? Can he put it in his mouth and hold it by himself?"Tanya Doktor itu di samping beberapa soalan yang lain.
.
"Definitely he can, but only for a few minutes before he started to play with his feeding bottle.." Saya menjawab soalan tadi sejujurnya.. "From what I can see here, he's just like any other normal baby.. It's amazing huh.." Sambung doktor itu. "We know he is.." Saya dan hubby hanya tersenyum..
.
Kami tiba di rumah jam 5 ptg. Saya dan bibik ke dapur untuk menyiapkan makanan Ian dan air mandiannya.. Apabila kami ke ruang tamu, agak terperanjat bila melihat dia tertidur.. Kasihan.. Penat!
.

See.. Rajinkan? Meniarap sampai tertidur.. :P

Dulu, doktor tadi pernah berkata, "I'll be so surprise if there's nothing wrong with his eyes.." Dan saya tahu, sekarang ini pun dia sudah cukup surprise melihat perkembangan Ian. Jauh bezanya dengan bayi yang dilihatnya di NICU 11 bulan yang lalu. Dan dia juga tidak menjangka Ian akan sampai sejauh ini..

Kalau tubuh kecil ini rajin berusaha tanpa rasa jemu, mengapa kita mahu mengalah bukan? InsyaAllah.. Akan ada sinar buat kita.. =)

P/s - Sewaktu di PMC, saya cuba memotong kuku Ian yang sudah agak panjang dan tajam.. Tanpa sengaja, terkena isinya.. Mulanya, tiada darah menyebabkan saya tidak perasan terkena isi.. Apabila Ian menangis, dia dimarahi kerana 'manja'.. Setelah melihat ada sedikit darah, saya pula dimarahi hubby.. Hehehhehe.. I'm sorry sayang.. :P

15 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

wow..Ian dah bagus la..jauh ketinggalan dari Nabila..Ian doakan Nabila pun cepat2 leh buat cam Ian yek..good boy..acik Ina sayang sgt2 kat Ian.. :)

nieza said...

jiey
saya pun notice Ian punya crossed eyes dah tak nampak.. dia nampak macam budak2 lain je.. alhamdulillah.. Dr hanya predict apapun semuanya dariNya. Alhamdulillah! peluk cium utk Ian

Jiey^Mien said...

Acik Ina : Ian selalu doakan Nabila dalam doa Ian.. InsyaAllah, satu masa nanti, Ian n Nabila main kejar2 kat playground kat umah Ian yea..

Nieza : Ada jugak lagi.. Especially kalau dia focus on something.. Hehhehhe.. Cuma tak se obvious dulu.. Alhamdulillah.. :P
Bila nak peluk n cium betul2 ni? =)

yatie chomeyl said...

i'm happy for both of u...Ian memang anak yg kuat

AppleCrux said...

Keep up the spirit Ian! Rasa nak nangis tgk clip tadi, sbb rasa happy sgt..:)

Leen Die said...

wah..bagus2..Ian kan anak yang kuat kan..nanti autie bg present kat Ian..tapi bila nak jumpa nie..huhuh..hahaha..ngeri betul klu nak potong kuku..pernah terkena isi rayyan jugak..free2 kena tegur ngan hubby..huhuh..anyway..happy dengar perkembangan Ian..u can do it boy..

Leen Die said...

satu lagi ambo paling suko tgk ian sebab senang benar dia tido..huhuhu...

♥ Che NamNam ♥ said...

wahhh so impress...tahniah Ian..good boy..ian memang hebat..jgn berhenti utk berusaha sayanggg...jgn sekali berputus asa..untie akan selalu doakan utk Ian..

bykkan kan berdoa yer Jiey..mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan..InsyaAllah..ko pon jgn sekali berputus asa tau...ini amaran utk ko..

Jiey^Mien said...

Yatiey Chomeyl : Thanks dear.. Alhamdulillah..

AppleCrux: Itu la feeling sbg ibu, mudah tersentuh kan? =)

Leed Die : Alhamdulillah.. Rezeki Ian.. =)
P/s - kalu nok tidok letok jah, pah dio golek2 gak. jenero la..

shi3la : hahhaha.. tergelak aku baca komen nih.. Hamboi ian.. Dah ada supporter skrg.. Siap kena warning tuh..
P/s - Kalau aku give up on him, dari dalam perut dulu lagi aku dah 'buang'.. :P

Anonymous said...

i have been following your blog for quite sometime now. being a mother to a 27-weeker myself, it bring tears to my eyes when i read what you jot down here. i have been through all that too. having a person calling from the nicu was the hardest i must say. rasa nak tercabut jantung kalau nampak nicu number kuar kat handset.

anyway. segala puji bagi Allah kerana dengan kehendakNya Ian telah berjaya sampai ke tahap ini. alhamdulillah sangat sangat.

i believe Ian is in good hands. you will go thru it all for him, because this is what a mother would do! a strong, courageous, loving mother like you!

Allah telah berjanji yang sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (Surah Alam Nasyrah)

Semoga dipermudah urusan anak anak kita. InsyaAllah.

NizA said...

suker unty dgr perkembangan Ian...truskan usaha Ian!!!u can do it!!!

M@y said...

GO IAN GO!! keep up the good work..sejuk je hati tgk muka Ian ni jiey..u r really blessed with a wonderful baby..anugerah ;p

Unknown said...

auntie bangga ngan ian, auntie tak mo ckp pe just...CHAIYOOOKKK IAN... YOU KAN BEAT IT....

mOmmy of Triplets plus One said...

nampak very coperative ryan.
i pun ade bola tu...mmg gune tu tuk lentik2 kn bebudak..hihi

Jiey^Mien said...

Anon : Thanks for dropping by.. Kalau sudi, mungkin kita boleh bertukar-tukar cerita.. Sebagai panduan.. Melalui email mungkin?
Cukup mengerti.. Setiap kali tertera nombor NICU di skrin handphone, serasa bumi yang dipijak sudah runtuh..
=)

niza : InsyaAllah Ian akan rerus mencuba..

may : betul.. baby yang byk mengajar kita untuk lebih menghargai kehidupan..=)

adwiinda : dengan izinNya dan dengan usaha Ian, insyaAllah..

munirah : dengan therapyst tu dia cooperative la.. Kalau kat umah sket2 nangis.. heheheh..