Wednesday, October 7, 2009

If you're happy..

Kerana keistimewaan yang ada pada Rayyan Ariff, setiap pencapaiannya benar-benar mengujakan kami. Tidak terkecuali, pencapaian yang satu ini iaitu bertepuk tangan!

Mungkin ianya kedengaran biasa-biasa sahaja. Namun apa yang dilakukan ini adalah diluar jangkaan kami.

Untuk bertepuk tangan bukanlah satu kesukaran pada Rayyan Ariff. Saya sendiri sudah lupa bilakah kali pertama Rayyan Ariff mampu menepuk tangan kerana sudah lama dia melakukannya.

Bagaimana cara Rayyan Ariff bertepuk tangan? Mudah sahaja tapi haruslah dengan bantuan kami. Apabila kami merapatkan kedua-dua tangannya, dia akan meneruskan perlakuan itu dan turut mengulanginya untuk beberapa kali. Ya, perlu diprovok sebelum dia melakukannya sendiri.

Untuk meminta dia bertepuk tangan pada lagu rakyat seperti "Tepuk Amai Amai" adalah sesuatu yang tidak pernah kami bayangkan akan menjadi nyata. Kerana kami sedia maklum dengan masalah pendengarannya. Kalau telinganya tidak bisa menangkap bunyi dengan baik, tentunya sukar bagi Rayyan Ariff menerima arahan dari lagu berirama itu.

Tanpa mengharapkan apa-apa dari Rayyan Ariff, saya bernyanyi dan mengajar dia bertepuk tangan sesuai dengan lagu yang dialunkan. Saya mengajarnya berkali-kali tanpa jemu sedari awal september. Melihatkan sikapnya yang bersahaja setiap kali saya mendendangkan irama yang sama, ada waktunya saya hampir putus asa.

Sehinggalah seminggu menjelang syawal, saya mengulangi irama yang sama sewaktu Rayyan Ariff berada di satu sudut yang agak jauh dari saya.

" If you're happy and you know it, clap your hands.
If you're happy and you know it, clap your hands.
If you're happy and you know it, then you really ought to show it
If you're happy and you know it, clap your hands. "


Tanpa saya duga, di penghujung lagu, Rayyan Ariff melaga-lagakan kedua-dua tangan kecilnya sambil mengukir senyuman yang manis. Paling mengejutkan, dia melakukannya hanya melalui nyanyian saya. Tanpa perlu saya menunjukkan cara menepuk tangan! Tanpa perlu saya menggerakkan tangannya.

Saya benar-benar gembira. Malamnya, berkali-kali saya cuba memancing Rayyan Ariff untuk menunjukkan kebolehannya yang terkini kepada hubby. Kebanyakan masa, Rayyan ARiff tidak mahu bekerjasama sehinggakan hubby mula mentertawakan saya. Namun apabila menyaksikannya sendiri, hubby juga turut teruja. Seterusnya, hubby pula yang mengajar lagu Tepuk Amai Amai kepada Rayyan Ariff.

Juga mengambil sedikit masa, namun kini Rayyan Ariff sudah mengenali lagu Tepuk Amai Amai pula, walaupun tepukannya tidaklah seghairah apabila mendengar lagu If you're happy and you know it.. Sangat omputih ini budak! :P

Sila abaikan suara mama dan juga nenek; tukang pegang Ian yang seksi itu.. Baru bangun tido.. :P

Rayyan Ariff benar-benar menyedarkan saya bahawa usaha tanpa jemu pasti akan membuahkan hasil. Yang penting, rasa percaya perlu sentiasa ada kerana tiada perkara yang mustahil dengan izinNya. =)

Alhamdulillah..

P/s - Esok akan ke Ampang Puteri untuk membuang Sebaceous Cyst di belakang badan. Harap2 ianya tidak menyakitkan.. =P

20 comments:

Adinina said...

Comelllllll!!!!!
Lepas ni bleh ajar enjit enjit semut plak. Hihi.

*What you did for Ian reminds me of neural networks concept.

Liana Manjaku said...

Ya Allah Jiey... betapa DIA itu maha berkuasa... DIA yang menetukan segalanya. Ummi teruja bila tengok Ian menepuk tangan... Tahniah buat Ian... Atas usahanya itu :)

Liana Manjaku said...

Ops lupa... Semoga urusan Jiey hari ini akan berjalan dengan lancar...

incik said...

slm..akak..tahniah!!!..sebab kebolehan bertepuk tgn tu mmg penting sbg respon seorg kanak2..ade belajar psl paediatrics ari tu..akak..teruskan usaha ye..lg byk yg kite kna approach n explore cara2 untuk merangsang ian..n sy yakin..ian sgt tinggi kebolehan nya...Allah tahu setiap usaha akak..insyaAllah..Dia sentiasa menolong mempermudahkan..sy doakan yg terbaik!amin..moge pmbuangan cyst bjln lancar..;)

syira said...

Tahniah Rayyan Ariff!!
Go go Ian
Tahniah Jiey n husb ^_^
tumpang gembira dengan perkembangan Ian

Cikja said...

salam jiey..

saya doakan agar semuanya selamat.amin.

KLMari said...

Alhamdulillah !!! Memang sangat teruja tau bila anak istimewa ni dpt tepuk tangan...Dina juga begitu dulu...tiap kali session di Kiwanis, mesti ada slot bagaimana nak tepuk tangan...macam mana nak stimulate dia tepuk tangan..bila dah boleh buat sendiri...mak pak nya suka kemain !!! Tahniah to Ian !!!

Unknown said...

Best ar suara jiey.. Yann pun rs nk clap clap jugak.. Huhu..

Clap clap tuk Ian..

izzahazfar said...

perkembangan anak mmg mengujakan akak...zah ni akmal pandai masukkan straw dalam mulut pun dah ngalir air mata...pagi td dia pandai masukkan sudu dalam mulut pulak..alhamdulillah..

p/s: akak nak kena operate ke?semoga lekas sembuh dan beranikan diri ya...kalau zah tak tau lah sebab zah ni penakut ngan jarum..

Marsha~ said...

sedapnyaaaaaaaaa suara mama Rayyan.. hehehe.. gud job Rayyan, pasni bolehlah berjoget goyang punggung plak.. heheh

LeLa HuSaiN said...

kesabaran mu membuahkan hasil..
tiap apa yg berlaku pasti ada hikmah nya..
take care...
to rayyan...muahhhh..from aunty ell

mas said...

Alhamdulillah...ummi bangga dgn Ian...Ian punya mama yg hebat...
teruskan usahamu sayang...anak yg baik...

misz_nierah said...

syabas Ian! bravo! bravo! keep it up. ^_^

Ummi Alisya said...

waahhh..ian dah pandai tepok tgn yer..ummi baru ajar Sarra. lambat laun Sarra pun akan pandai macam Ian kot..nanti tepuk tgn same2 Sarra erk...hehe.

kak zue said...

wahhh!!! so cute...

idah said...

wahhh...ian sgt comel....ian da pandai tepuk tgn...menitis air mata saat tengok ian tepuk tangan..betapa besar kuasa NYA...teruskan usaha kak jiey...kami semua dibelakang akak mendoakan kesihatan dan kesejahteraan rayyan arif....usaha lagi ian...insyaallah...akan membuahkan hasil...=)....

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey, Ina doakan segalanya berjalan lancar yek.

Comella Ian..hehe..nabila baru nak balajar tepuk amai2..pun suika gak bila Ina nyanyi untuk dia..hehe..:) budak memang suka muzik...!

nieza said...

jiey.
tahniah utk Ian.. memang best! harap jiey takkan letih berusaha. nothing is impossible.

Elyn Sani said...

huhu cute nyer die main clap2.......

lel said...

Great!
Congratz Kak Jiey dan Ian jugak
yang penting usaha kan?
:)

Sangat terer Ian mesti tepuk dengan lagu omputih
kita dulu lagu melayu je
huhu