Wednesday, October 28, 2009

Kerana dia anak istimewa atau kerana dia anak kecil??

Video ini pernah saya upload beberapa minggu yang lalu. Tujuan video ini diupload kembali kerana entry ini berbentuk pertanyaan. Saya tahu, mungkin tiada jawapan tepat untuk pertanyaan ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui apa yang sebenar-benarnya bermain di minda anak sekecil ini.
.
Soalan pertama
Mengapa sebelum ini, Rayyan Ariff begitu ghairah bertepuk tangan setiap kali saya menyanyikan lagu ini? Dia masih lagi memberikan senyuman yang sama kepada saya setiap kali lagu ini saya nyanyikan, cuma tepukannya tidak lagi seghairah dulu. Ada waktu, tiada langsung tepukan darinya. Hanya senyuman jadi pengiring.
Adakah dia sudah lupa kerana dia anak istimewa, ataupun dia sudah bosan dengan lagu sama kerana dia seperti anak kecil lain?
.
.
Soalan kedua
Kenapa dia pernah berdiri tegak tanpa bantahan namun kini dia tidak mahu mengulanginya lagi. Malahan meraung-raung apabila diletakkan di dalam posisi ini?
Adakah kerana dia anak istimewa makanya dia terlupa untuk berdiri? Atau kerana dia anak kecil yang tidak suka dipaksa?
.
.
Soalan ketiga

Kenapa ada waktu dia begitu menggemari susu dan selepas beberapa ketika, susu akan kembali menjadi musuh ketatnya?Hal ini terjadi sedari umurnya 5 bulan.. Adakah kerana dia anak istimewa maka dia terlupa tentang kenikmatan yang ada pada rasa susu atau dia hanya anak kecil yang menolak untuk minum susu?
.
Soalan keempat
.
Jika dahulunya dia begitu menggemari sesetengah permainan, mengapa setelah setahun berlalu, dia masih menggemari permainan yang sama?
.Adakah kerana dia anak istimewa maka dia tidak tahu erti bosan? Atau dia hanya anak kecil yang punya mainan kegemaran yang tidak dapat ditukar ganti?
.
Soalan kelima
Kenapa Rayyan Ariff masih tidak dapat menerima makanan keras? Adakah kerana dia anak istimewa maka dia 'terlupa' untuk mengunyah makanan sebelum ditelan? Atau dia hanya anak kecil yang masih perlu dikisar buburnya kerana dia hanya memiliki 4 batang gigi yang masih separa tumbuh?
.
Sebetulnya, banyak yang saya ingin tahu. Mungkin kerana ini pengalaman pertama, saya sering tertanya samada Rayyan Ariff melakukan sesuatu yang normal atau sebaliknya.. :P
.
Owh, most of the time, especially when he's so focused and determined, I forgot that he's a brain injured child because he looks and acts just like any other kids! =)
.
Momma let me drive her car even tho I'm not 18 yet! She's supercool right? :P.. But remember friends, when you're driving, both hands need to be on the wheel k!
.
P/s - Masih mengumpul soalan untuk ditanyakan pada paed dan neurologist Ian nnt.. :P
Sebelum saya di'condemn' kerana bertanya, please take note that ini hanya bagi memenuhi rasa ingin tahu.. Bukan berniat menyatakan rasa tidak bersyukur.. Untuk ibu kepada anak istimewa seperti kami, walau sedikit perkembangan yang ditunjukkan, sudah cukup membuat kami tersenyum untuk jangka waktu yang lama..
.
P/s (2) - Ian makes us laugh so hard yesterday! Will share bout that later k.. =)

17 comments:

Anonymous said...

My honest opinion,

1. Dia dah bosan mcm anak2 kecil lain gak.

2. Dia tak suka kena paksa, mungkin bagi dia meletihkan.

3. Dia nak minum sirap @ milo gak sekali sekala...hehehe

4. Dia pun ada favourite dia gak...cam bantal busuk ler...tp ni mainan busuk...

5. I choose the 2nd 1

Jiey, rayyan has developed well, i really think that you should not refer to him as a brain injured child anymore, used other terms or create your own term. Dah besar nanti kalu dia baca, kecik ati dia...

my 2 cents.

Love,
ninie

Eliss said...

hrp terjawab segala persoalan..selagi tak tanya mesti kita tak puas hati kan...

Elyn Sani said...

mana2 budak kalo tengok stereng macam teruja je kan jiey??? pastu nk lepas kan punya la seksa die pegang heheheh

Cikpid said...

Alaa..Afieq pon kdg2 gitu gak..dh pandai tepuk tgn..lps tu bile mood ok..kita nyanyi die tepuk tgn..bile die mls..die x tepuk tgn n buat muke sengih jek bile kite nyanyi..

n afieq pon suke sgt kalo dpt pegang stereng..tersengih2..

AppleCrux said...

i think he's becoming a normal child.
like my son, dulu rasanya masa reti panggil mummy, selalu je panggil, skrg ni..susahnya nak dgr dia panggil kita mummy.

makan pun, dulu suka bubur, pastu tak, skrg nak balik..camtulah kekdahnya..

so just cherished the time!

yatie chomeyl said...

tanyo jange xtanyo jiey..biar terjawab persoalan2 di benakmuu itu :)

Cikja said...

Salam jiey..

saya setuju ngan komen no 1(anonymous)..

semua yang jiey nyatakan tu, biasa bagi budak2..& saya rasa bukan sebab anak istimewa..

Izan Ishak said...

hi jiey...
beria2 nye ian pegang stereng tu...
nak bawak kete pi mana tu?

Liana Manjaku said...

Jiey...

Rasanya ia kerana Ian adalah anak kecil.

Soalan pertam :
Benda nie pun terjadi pada anak ummi! Masa baru2 dia belajar benda tu... memang suka benar dia buat! Tp, bila dah berkali2 dia dah kurang sikit! Rasanya memang normal budak2 cepat bosan! Apa yang ummi buat... Ummi pelbagaikan atau tambah lagi benda2 yang baru!

Soalan Ke-2:
Ian masih anak kecil. Sifat anak kecil selalu inginkan dimanja dan tak suka dipaksa. Ummi yakin, Ian mampu buat itu semua. Tp, belum tiba masa... Dia masih lagi nak manja2 tu! Coz, kalo dia dah pandai jalan mama suruh dia jalan sendiri! hehehe

Soalan ke-3 :
Ian masih anak kecil lagi. Sebab anak ummi pun macam ni dulu dan sekarang. hehehe... Kalo Jiey nak tahu...rasanya lah kan, hampir 10 jenis susu ummi dah tukar hanya kerana Husna tak nak susu! Sekarang Husna dah nak masuk 2 tahun, Ummi beri Enfagrow. Kadang2 ummi bagi yang honey, kadang2 yang vanila. Kadang2 ummi bagi minum soya... coz, budak seusia ni memang mudah jemu!

Soalan ke-4 :
Jawapan tetap sama! Ian masih anak kecil! Husna pun seperti Ian. Ada sesuatu barang yang dia suka sejak dulu sampai dia besar! Cuma bezanya Husna kalo dah boring, dia tak main lagi...Tp, nanti bila dia jumpa balik, dia main dengan ghairahnya!

Soalan ke-5 :
Yang ini ummi tak dapat nak jawab! Coz, Husna banyak skip pemakanan dia di rumah! Husna tak suka makan kat rumah! Dia lebih banyak makan di taska. Di mana "mama" dia di taska kabarkan...Husna kuat makan. Tp, bila balik rumah atau cuti Husna kurang makan! Dan Husna memang tak suka makan makanan yang lembut sangat! Dia geli!

Jiey... Ini hanya pandangan ummi tau! Apa yang ummi cakap ni berpandukan anak ummi. Coz, anak kita lebih kurang sebaya. Tp, tak salah jika Jiey tanya pada pead. Ummi doakan Jiey akan dapat jawapannya nanti...

Pss! Anak2 kecil memang suka nampak stereng kereta yer... Khusuk Ian bawa ereta. HAti2 yer sayang... :)

Mrs. Simplicity said...

1. DIA DA BOSAN DGR LAGU SAMA. NIA PUN GITU. KALAU BOLE CAKAP MESTI DIA CKP KAT AKU. MAMA NI TAU LAGU NI JE KE. TU YG KADANG LALU JE DEPAN AKU, SENYUM PUN TAK. IAN OK LAGI, MAU SENYUM2 TEPUK2 SKIT..

2. DIA TAK SUKA DIPAKSA. NIA SKANG DA BOLE JALAN, KADANG KALAU LETAK KAT LANTAI DIA BOLE BARING SEBAB MALAS. KE SEBAB TAKDE MOOD KE. MMG IKUT MOOD DIA..

3. AAA TAK PASTI JIEY, TAKDE EXPERIENCE

4. TAK KISAH KALAU MAINAN YG SAMA ASALKAN ADA MENGELUARKAN BUNYI & BEGERAK.

5. NIA PUN MAKAN BUBUR KISAR GAK SMPI SKANG SEBAB KALAU NAK TUNGGU DIA KUNYAH 1 JAM TAK ABIS LG. YELA GIGI BARU NAK MASUK 2.

ALL IN ALL PERLAKUAN IAN BUKAN SEBAB DIA ISTIMEWA. MMG BUDAK2 PERANGAI GITU..

Syaz said...

jiey ni jawapan saya..

1 - situasi ni sama dgn iman...dulu 4-5 bulan yg lepas iman kemain excited dgn lagu2 dari 'Gummy bear'..skrg buka je lagu tu dia just tgk2 gitu je..dh x se excited dulu...kesimpulannya mereka jugak tahu 'bosan'...:p

2 - anak kecil tidak suka dipaksa...mcm anak saya jugak...

3 - mungkin dia dh jemu...jiey cuba la tukar susu...try bg susu berperisa ...susu perisa vanila ke coklat ke..

4 - dulu permainan tu lain 'cara main' nya...skrg dia dh besar..lain pulak 'cara main' nya...contoh dulu rather dia gigit2 or pegang...but now dia campak2...or ketok2...cm tu la..perlakuan biasa kanak2 la jeiy..

5 - ada sesetgh budak belom bersedia utk menerima makanan keras even sudah tumbuh gigi...mcm iman...dia pun ada 4 btg gigi yg baru naik..kdg2 dia nak makanan pejal but kdg2 dia xnk...ikut mood dia jgk...cm kita la (ke saya je..:p)..xnk makan daging sbb malas nk kunyah...

kesimpulannya tingkah laku rayyan ini adalah tingkah laku kanak2 biasa...kalau jiey nak lebih yakin jiey tanya la doctor...

Pnut said...

Jiey akak rasa, bagi bebudak normal pun mmg itulah peelnya..
Alesya dulu dah leh merangkak kejap, pastu boleh dia stop tak mau merangkak, ni baru minggu ni dia merangkak balik, jalan pun sama, kejap dia mau practice berjalan sendiri, kejap tak mau...

bab makan tu mmg ada musimnya kejap dia nak makan, kejap tanak makan.. cuma makanan yang kena kisar tu, mmg dia tak suka, maybe yg ni kena tanya paed la...

anyway.. Ian ni lagi terrer dari alesya tau..alesya tu minah leweh...botol susu sendiri pon tak mau pegang, dan kuat merajuk betul..hahah ikut sapa la gamaknya

pu3qute said...

he just like a normal child 2 me.. luv ian..

[I][T][A] said...

Bagi pendapat ita.... Ian sama macam kanak2 yang lain....

mempunyai perasaan suka, duka, bosan, minat, marah, tidak suka, sayang dan lain2.... sebab itulah ada ketikanya mood ian akan sentiasa berubah-ubah...

Unknown said...

jiey,
rasanya semua persoalan jiey tu jawapannya ialah: kerana dia adalah anak kecil. rasanya semua budak-budak macam tu, termasuklah anak-anak saya.

be it bosan dgn lagu yg sama, takmo kena paksa, fav toys, menolak susu, atau makan bubur. dua-dua anak saya berperangai mcm tu gak.

anak sulung saya makan bubur yang dikisar sampai umur 20 bulan kalo tak silap. kisar halus okeh. padahal gigi banyak. dia malas nak kunyah gamaknya. :D

ada. said...

hehehe.ian makin comel dan suare yang menyanyi pun sweet jerk.patut la dy tersengih-sengih:D

Jiey Mien said...

Ninie : Air Sirap or Milo mmg nk la.. Lagi2 kalo sejuk.. :P

Ada idea x nk refer as what? Mommy suh refer as H** child.. Namo diagnosis dio.. :P

***************************************************************

eliss : Tu la.. Tp bila depan doktor, semua ilang.. Kena tulis siap2 neh.. :P

.********************************************************

Elyn : Itu la.. Dalam2 tanak kat ayah dia, sanggup lagi gi sbb seat ayah ada stereng.. Muahhaha...

***************************************************************

Cikpid : A'ah la.. Cam Ian neh..
Normal.. normal..
*sengih*sengih*

*******************************************************

Applecrux : A'ah la.. B4 ths Ian bukan main beria pggl mama.. Tp sekarang dah kurang.. Huhuhuhu..

**********************************************************

Yatiey : Memey wojik tanyo nih mokcik tiey..

***************************************************

Ijah : Itu la.. Bila baca komen kawan2 ni la baru sejuk ati.. Baru terasa persamaan Ian ngan anak2 lain..
=)

**************************************************************

Izan : Nak gi taman lagi la tu..

****************************************************************

Liana : Thanks for sharing dear.. Lega hati bila baca yang Ian dan anak2 lain ni hampir sama jer.. Bagus jugak blogging nih..
bleh berkongsi ilmu.. =)

**************************************************************

Alyyani :Thanks Ly.. It means a lot to me.. Kalo tak kerana perkongsian ilmu ni, mesti aku tertanya-tanya lagi..
Thanks, friend!

********************************************************

Syaz : Thanks a lot!!!! Lega tau hati ni bila baca.. Rasa cam malas nk tanya paed dah.. Lega benar.. =)

************************************************************

Kak Pinut : Wahhh.. Alesya pun sama ke? Jiey dok pelik nape Ian leh ngesot tp tanak buat.. Bleh lepas tangan smbl duduk tp tanak buat..
At the end rs cam takde improvement coz asyik blk ke tempat asal..
Tp bila akak kata Alesya pun camtu, lega hati mokcik!
=)
P/s - Ian terpaksa pgg botol sdr coz mama dia malas.. Tp yang tak tahannyam bila dia tanak, dibaling2nya botol tu, sudanya, bercorak2 la cadar katil tu... :P

********************************************************

Pu3cute : Thanks dear.. Hopefully he is acting like a typical child.. =)

************************************************************

Ita : Thanks Ita.. Harap2 camtu la kan?

**********************************************************

Zety Zin : Thanks Zety.. Lega bila Zety citer pasal ur son.. Bukan apa, takut tau..
Coz ms kitorg kat spital ari tu, ada ths one special kid aged 8 yg still makan blended porridge lagi.. tu yg Jiey takut tu.. Hopefully nnt Ian leh mkn makanan keras la kan?
=)

********************************************************

Ada : Yg nyanyi tu nk masuk AF dulu tp tak lepas.. :P

P/s - Cantik wajah baru blog.. =)