Friday, October 16, 2009

Mata dan fokus..

Untuk anak-anak yang mempunyai kondisi yang sama seperti Rayyan Ariff, kami sedia maklum bahawa ianya mungkin memberi kesan kepada penglihatan dan pendengaran.
.
Dalam kes Rayyan Ariff sendiri, kami pernah dimaklumkan bahawa Rayyan tidak dapat melihat. Ini kerana, optic disc pada matanya pucat sewaktu diperiksa pada usianya sebulan. Makanya, kami diberitahu untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.
.
Namun Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang untuk Rayyan Ariff melihat keindahan ciptaanNya. Pada usianya 5 bulan, dia disahkan mampu melihat. Namun begitu, Rayyan Ariff mempunyai masalah crossed eyes atau pun juling.
.
Berkali-kali hal ini saya bangkitkan kepada doktor-doktor yang memeriksa Rayyan Ariff. Tetapi jawapan yang saya terima tidak pernah memuaskan hati. Kalau mengikut kepada salah seorang doktornya, pada anak yang mempunyai masalah yang serius seperti Rayyan Ariff, saya harus sahaja bersyukur apabila dia boleh melihat. Hal-hal lain tidak perlu diperkatakan dahulu, sekurang-kurangnya bukan pada masa ini.
..
Seiring dengan pembesarannya, crossed eyes pada mata Rayyan Ariff semakin baik. Ianya tidak seserius seperti pada awal usianya.
.
Walaupun keadaan matanya masih 'lari' pada sesetengah waktu, namun ia tidak pernah menjadi isu kerana doktor-doktor mengatakan fokusnya adalah baik. Untuk seketika, saya biarkan persoalan tentang mata Rayyan Ariff berlalu sepi..
.
Malah, pernah salah seorang doktor Rayyan Ariff mengatakan, "I'll be surprised if his eyes are not affected!".. Dialah juga yang agak kurang senang setiap kali saya membangkitkan soal mata Rayyan. Akhirnya, doktor yang sama itulah juga yang menyatakan kekagumannya apabila Rayyan Ariff mempunyai fokus yang baik dan peka pada keadaan sekelilingnya.
.
Kenapa saya bangkitkan soal mata Rayyan Ariff? Bukanlah kerana tidak tahu bersyukur.. Sudah diberikan betis hendakkan paha pula.. Sudah dapat melihat, sibuk pula mahu membetulkan squintnya..
.
Bukan bermaksud begitu. Namun saya agak bimbang sekiranya crossed eyes Rayyan Ariff menyebabkan dia melihat objek menjadi bertindan. Lagi pula, kasihan melihat dirinya yang bersungguh-sungguh memfokus pada satu-satu objek yang berada pada jarak yang agak jauh.
.
Saya sememangnya bersyukur apabila keadaan matanya bertambah baik. Namun yang menimbulkan gusar di hati saya adalah apabila Rayyan Ariff diserang demam atau selsema. Ianya pasti meninggalkan kesan. Setiap kali selepas demam atau selsema, matanya akan semakin 'lari' setiap kali dia cuba fokus pada sesuatu objek.
.Lihatlah gambar yang saya ambil semalam ini. Jelas bukan keadaan matanya. Ada waktu, hanya sebelah yang 'lari', namun ada juga waktu, kedua-dua matanya seakan bertentangan antara satu sama lain. Sudah beberapa doktor saya tanyakan tentang hal ini. Namun masih belum ada jawapan yang memuaskan hati saya.
.
Rasanya, ianya bermula sewaktu Rayyan Ariff diserang demam panas dan sawan pada penghujung Jun yang lalu sewaktu kami pulang bercuti. Semakin lama, ianya semakin baik. Namun apabila demam datang menyerang, matanya kembali 'lari'.. Sungguh merunsingkan.. Pertemuan dengan doktor hanya akan berlaku pada bulan April tahun hadapan. Lagi pula, saya agak bosan membicarakan hal ini dengan doktornya. Tidak betah andai dikatakan tidak tahu bersyukur lagi..
.
Mungkin ada teman-teman yang mempunyai pengalaman dengan perkara ini ataupun mempunyai ilmu pengetahuan untuk dikongsi. Sudi2lah kiranya berkongsi dengan kami di sini.
.
P/s - Kalaulah dahulu belajar bersungguh2, kan bagus kalau jadik ophtalmologist.. Bleh check mata Ian sendiri.. :P

18 comments:

lel said...

syukur dengan anugerah Tuhan kan
lebih banyak keajaiban untuk Ian nanti
:)

yatie chomeyl said...

lamo mokcik x jenguk ian bucuk2 mokcik nih....windu doh. ore nk bui pendapat pun x reti mugo x ngaji sungguh jugop bab2 mato jame sekoloh dulu. try tanya kat blog sitisifir. klux slap ore, dio bukok kedai spek. mesti dio tahu bab2 nih

Marsha~ said...

rupanya byk entry pasal rayyan yg sy terlepas.. sbb baru harini sy dapat update psl blog ni.. pelik betul.. blog sudah merenglah..

sbg ibu kan Jiey, kita sentiasa risau apa2 je pasal anak kite biarpun benda tu kecil.. sbg doktor, diorg kadang2 tidak memahami.. yelah, diorg merawat beratus2 pesakit.. sy tak reti nak komen pasal mata Rayyan tu.. tapi kalau matanye lari, rasanye permandangannya takkan bertindan kot. Dulu kakak saya punye mata pernah jadi mcm ni masa dia sakit kepala yg teruk tapi permandangannya ok.. jelas mcm biasa..

Elyn Sani said...

jiey sorry i pun tak reti nk bg komen bab mata ni..... tp sejak kenal ian, serius i tak perasan pun die ade crossed eyes lepas u cite...

Mrs. Simplicity said...

oh effect ek setiap kali ian demam. tpai sebelah mata je kan? kalau crossed eye mmg pandangan dia jd bertindan eh? nak tau gak ni..

ME said...

Comelnya Rayyan .. Jiey, of course as a mum kita risau kan? Congratulations again to Rayyan for his achievement so far.
I got a fren yg cross eyes, she is a lawyer, cantik & petah orangnya, sampaikan I yg berkawan dgn dia few years pun tak perasan sampai bertahun coz i nampak kelebihan dia melebihi kekurangan dia ..
Back to Rayyan .. I rasa kalau dia tak komplen or react uneasy cam pening or tak selesa, I think tak de -ve effect.

Cikpid said...

sudah x private lagi yer??hehehe..

i know as a mother Jiey..kita bukan tamak di bagi betis nk peha..kita cume nk the best for our baby kan??

n x tau juge nk komen psl mata.. :p

Unknown said...

haiii ian macho... sihat rini... lama tak dengar cite, skali byk cite dia... heheheh seksi la ian ni duk kat kuci tu, hmmmm auntie jiey, ian nampak bulat skit la kat gambar baju belang merah tu, gambar baru ke tu? auntie, mama cakap tak pe janji ian sihat n leh melihat, macho tu tetap ada la auntie... ian kan super macho boy....

muahhh kat ian...

tini said...

jiey, kalau jiey cuma bersyukur dgn betis tanpa meminta paha, saya yakin, ian x kan sampai sejauh ni. percayalah, jiey kena terus curious dan bertanya. kdg2 kita kena mencuba dgn byk org/doktor untuk bertemu jawapan yg memuaskan hati. dah mmg kita x tau, wajar lah kita bertanya pd yg lbh arif kan? sabar, teruskan usaha.

kak zue said...

salam jiey..
kalau squint/juling biasanya imej yg dia nampak tak bertindih sebab satu mata akan take over.satu mata lg yg squint tu tak begitu berfungsi & jadi 'lazy eye'.sb tu kanak2 biasa doc buat rawatan seawal mungkin..bagi dua2 mata boleh guna.biasanya ia disebabkan otot yang mengawal mata tu yg lemah.tp kes ian lain sikit sb brain cells dia mmg ada masalah dr awal.akak rasa sb tu doc tak buat apa2.jiey jgn risau as long as ian boleh melihat..lgpun juling air ni kan comei...
my paeds lecturer once told us this
"if u are treating a paediatric patient make sure u treat their parents as well"...mmg lumrah parents akn risau atas kesihatan anak2.tapi kadang2 keadaan tu sebenarnya tidak bahaya..so atas kebijaksanaan doc tu lah nak explain kt parents..

Erni Aziz said...

jie..gamba2 rayyan sgt chummeeelll..emm..dah mmg sifat seorang ibu mmg cenggitu jie..cepat risauuu...erni ni pun sama jugakk..sampai naik bosan hb erni tu..sket2 nak angkut pi klinik..huhuhu..nak buat camner..dpt bini kalut sket..hahahah..

Farah said...

saya takde pengalaman la nak kongsi tp dulu nenek saya ckp kalau anak mata baby mcm juling sikit die suruh senduk (guna senduk atau tangan kita)..ntah btul ke idak..

it's ok jiey..mak mane la yg taknak yg terbaik utk anak2 die kan..keep asking the doctor sampai die naik muntah hahahaha

Ummi Alisya said...

Ian, ummi takde cerita menarik nak kongsi sebab sarra pun adakala masih 'lari' matanya. fokus pun, ada masa ok, ade mase tak...takpelah nak, perlahan2 yer 'mendaki' kejayaan. InsyaAllah, semuanya elok nanti. mata yang 'lari' tuh tak bermakna tak elok or tak leh pakai...mungkin ada 'kepandaiannya' nanti...mane tahu kan?

Rofaizal Jaafar said...

Banyak sungguh benda yg dapat aku belajar bab mata ni.. Mekasih Jie untuk info ni.. Irfan pun ada masalah mata gak.. Ada yg bg suggestion agar tutup mata sebelah elok tu.. And then biarkan a few minute.. Mata yg tak elok tu ngan sendiri nye akan elok.. Tapi kena amalkan every day la.. Problem nye Irfan bila ditutup mata ngamok tak hingat.. Tu yg lemah sikit nak buat tuh..

Yasmin Nabilah.. said...

hurmm..Ina pun mcm Ita dan Faizal gak..nak kongsi apa2 pun..ina banyak belajar dari Jiey sebenarnya..Takpelah Jiey..janji dia nampak..yang juling tu boleh di repair kemudian..tapi tu lah..yang ina tau..mcm faizal kata ..tutup sebelah mata yang elok..ajar mata yang malas ni melihat..ina pun tak buat lagi kat Nabila..sebab sekarang nak ajar dia fokus dulu.hurmm..then baru fikir untuk juling pula..

Jiey^Mien said...

Noorlaila : Syukur Alhamdulillah..

Harap2 byk lagi yang Dia akan berikan utk Ian and kawan2..

=)

******************************************************************

yatiey : mokcik jiey tgk mokcik tiey tok kuak mano doh update blog..
bakpo ehh??

p/s - siti sifir tu sapo tiey?

*********************************************************************

Marsha : Agaknya dah ramai sgt yg pki blogspot, tu yg mereng tu..

Tak nampak bertindan eh?? Dulu doktor ada penah ckp yang nnt dh besar baru bleh assess sama ada nampak clear ke bertindan..
Kena tunggu je la nampaknya neh..
*sigh*

*************************************************************

Elyn : Crossed eyes dia neh yang org tua2 pggl juling air.. Kejap nmpk, kejap tak.. Kejap jadi, kejap tak.. Agaknya tu yg tak perasan tu..
:P

*******************************************************

Alyyani : aku pun tatau bertindan ke tak.. doktor kata maybe yea, maybe tak.. yang maybe2 yang aku tak suka neh.. mei hua ke.. mei lin ke tak pe la jugak..

***********************************************************

ME : Bestnya citer lawyer tu kak.. thanks for sharing kak..

*mungkinkah ian akan jadi lawyer?*
hehhehe..

yang susahnya dia tak reti lagi nk bgtau.. tp bila dia tgk jauh, nampak beria gak la bila dia try fokus tu..

**************************************************

Cikpid : belum bukak lagi.. =)

betul2.. the best and only the best!

*************************************************

Adwan : Huhuhu.. Mama Ian ni memang rajin bab2 hapdet blog neh.. Dia bgtau Ian dia nk hapdet at least satu entri sehari.. Tp kadang2 terbabas gak.. :P

************************************************************

Tini : Tini, thanks for your words dear.. It really sooth me!

Betul2.. That is the best way to describe a mother.. Mmg takkan puas hati n akan mencuba yang terbaik untuk anak dia kan??
=)

***************************************************************

Jiey^Mien said...

Kak Zue : Thanks for the info Kak Zue!!

It really helps!!

Betul Kak..It's not lazy eye.. Sbb tu patching wont work on him.. (this is what we have been told la.. do correct me if i'm wrong!)...

Doc kata mata dia dua2 pun ok.. Bleh tgk.. Kdg2, kiri yang juling, kadang2 kanan.. Kadang2 dua2 sekali..

It depend on what he's seeing..

Itu la pentingnya bila doctor educate parents skali, baru la tak tertanya-tanya.. Kalo tak kita akan terfikir yang the doctor had never done enough..

Jiey agree yang pasal muscle tu kak.. Coz one doctor has quoted before yang cud be, since Ian punya muscle tone is getting better, muscle yang hold the eye ball pun effected jgk.. cud be that muscle tu tarik2 mata ian..

another doktor plak ckp, cud be because of infection that weaken the eyes' muscle.. bila demam kan macam2 virus yg attack kita..

sudahnya, tatau yg mana satu betul.. semua bercanggah..

*****************************************************************

ibu eishah n yusuf : huhuhu.. sgt setuju!!! I've tried so hard not to be a mother who rushed her kid to the specialist when something is wrong or when she thinks that something is wrong..
But most of the time, I failed! Mesti nk rush gi jumpe doktor gak.. Bab tepon nurse takyah cakapla..
:P

****************************************************************

Farah : Senduk camne tu Farah?? Share la kot bleh apply on Ian..

*****************************************************************

ita zakaria : itu la.. mama ian ni over.. ian nampak ok jer.. cuma mama dia ni yang kesian bila nampak ian 'bersungguh' benar bila try focus kat something yang jarak agak jauh.. hehhehe...

kuat utk sarra dan kuat utk ian!
=)

*******************************************************************

Rofaizal : Thanks for sharing.. =)

Yang tutup sebelah mata tu dipanggil patching.. Tu mmg elok utk betulkan lazy eye.. Kalo Irfan ada 'lazy eye' ni elok la teruskan patching.. So that mata yang resesive bleh take over peranan mata yang dominant..

Tapi kata doktor, problem ian bukan sbb lazy eyes and patching takkan berkesan..

It cud be because of musles yang pulling each eyes and also his brain condition.. tak plak doktor ckp camne nk fix the problem.. dia suka benar buat kitorg tergantung and siap ckp, why dont you surf on the internet..

p/s - agaknya, dia bengang when i brought up pasal patching and told her that i read it on the internet..
*sigh*

****************************************************************8

noina : Ina, kita kan sama2 sedang blaja.. moga2 sikit panduan yang ada dpt membantu perjuangan kita.. =)

patching sebelah mata tak sesuai utk ian la ina coz doc kata problem dia bukan lazy eyes..

satu2nya corrective way yang doc penah mention adalah pki spec bila dia dh besar sket nnt..
skali ngan determine power mata dia..

P/s - apa2 je la kan Ina? selagi bleh cuba, kita cuba.. =)

nyza said...

hi jiey..sesungguhnya ian anugerah tak ternilai utk jiey n hubby..b strong jiey!..kem salam ian ye..