Saturday, October 10, 2009

Tentang Rumah Rayyan..

Entri ini merupakan hutang lama yang belum saya jelaskan. Ini merupakan permintaan teman seuniversiti saya dahulu, Cik Han yang mahu melihat proses ubahsuai yang dilakukan ke atas Rumah Rayyan.
.
Bukan tidak mahu bercerita lama dahulu, namun ada rasa segan. Maklumlah, Rumah Rayyan bukanlah sebuah mahligai besar yang tersergam indah.. Namun cukuplah untuk kami tiga beranak bertumpang teduh.
.
InsyaAllah, jika ada rezeki nanti, bolehlah mencari sebuah 'rumah keluarga' pula.. =)
Lagi pula, harga rumah ini terlalu murah untuk ditolak jika mengambilkira lokasi dan saiznya. Sebuah unit kondominium 3 bilik.
.
Ini merupaan pemandangan asal Rumah Rayyan apabila dilihat dari ruang tamu. Rumah ini boleh dikatakan di dalam keadaan yang agak teruk sewaktu kali pertama kami datang melihatnya. Kerna itu, kerja-kerja pembaikian major telah dilakukan.
.
Dan gambar ini diambil sewaktu kami membasuh rumah sebelum berpindah. Kami menukar pintu, tandas di bilik air. Pecahkan pemisah asal dapur basah dan tempat sinki, dan jadikannya satu dapur dengan arch. Kami juga dirikan kabinet dapur berbentuk L.
.
.
Ini pula pemandangan dari dapur sebelum pengubahsuaian dilakukan. Tidak melibatkan pengubahsuaian major di ruang tamu. Hehehhe.. Apa sangatlah renovasi yang boleh dilakukan pada sebuah unit kondominium.. :P
.
Ini pula gambar yang diambil dari dapur. Keseluruhan dinding dicat dan lampu serta kipas juga ditukar secara menyeluruh.
.
Bagi bilik pula, selain dicat, kipas siling juga dipasang. Hanya bilik utama sahaja dipasang penghawa dingin. Maklumlah, demi menjimatkan kos. Bagi built-in wardrobe pula, hanya dipasang pada bilik ketiga. Di dalam almari itulah disumbat segala baju-baju kami suami isteri.. Sudah terlalu padat.. Muahahha..
.
Bilik tidur utama agak sempit jika ingin dipasanng built in kabinet. Begitu juga dengan bilik Rayyan Ariff. Sedangkan barang-barang yang bakal diletakkan di kedua-dua bilik tersebut agak banyak. Maklumlah, dari rumah teres ke kondominium.. :P
.

Lampu hiasan..

Tentang hiasan pula, kebanyakannya hiasan dari rumah asal. Kecuali set sofa yang telah dijual di mudah.com dan diganti dengan set sofa berbentuk L dan set jati anggur, sebuah cermin berukir di ruang makan dan katil di bilik Rayyan Ariff.
.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja menukar meja makan, set bilik tidur dan display kabinet. Tapi apabila memikirkan banyak wang yang telah dan akan dihabiskan untuk proses renovasi, pembaikian dan 'percutian saya selama 6 bulan', maka hajat itu dipendamkan sahaja terlebih dahulu. =)
.
Jumlah wang yang dikeluarkan untuk proses pembaikian dan pengubahsuaian lebih kurang RM25K - Lampu, kipas, perkakasan elektrik, pintu, tandas, cat, keseluruhan dapur, kabinet dapur dan built-in wardrobe.

Ok Han.. Harap ko puas hati.. Ni je yang aku buat.. Mak tak mampu nak besar-besaran nyah..
.
P/s - Mentang2 member baru beli umah, tak sabor nak decorate la yea.. :P

P/s (2) - Sila abaikan org yg tetiba ada di dalam gambar sewaktu ia dirakam.. :P

4 comments:

Liana Manjaku said...

Jiey... sungguh lawanya rumah IAn... jeles ler... Boleh tau kat mana yer? hehehe

Cikpid said...

hehehe..lawo2...

Yasmin Nabilah.. said...

bestnya dah renovate umah..huhu..umah nabila tak ubah apa2 lagi la Ian..banyak nak ubah ni..tapi duit dah banyak pakai masa beli dulu..huhu..terpaksa tunggu bajet lain..

ibuarifa said...

amboi..cantik sungguh ummah Ian nih...mmg pandai korang renovate umah ni...saya kasi 5 bintang lah.. padan lah 25k yg dilabur tuh.